Hikmah Kisah Nabi Hud A.S
Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah di antaranya surah Hud ayat 50 hingga 60 surah ” Al-Mukminun ” ayat 31 sehingga ayat 41 surah ” Al-Ahqaaf ” ayat 21 sehingga ayat 26 dan surah ” Al-Haaqqah ” ayat 6 7 dan 8. Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.
Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yg baik yg patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yg sombong dan keras kepala itu dgn penuh kesabaran ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dgn serupa tetapi menolaknya dgn kata-kata yg halus yg menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dgn menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dgn lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dgn hanya mengata:”Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yg kamu sembah tidak dapatmenggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adl rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adl seorang penasihat yg jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat.” Dalam berdialog dgn kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional menggunakan akal dan fikiran yg sihat dgn memberikan bukti-bukti yg dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adl dari Allah Dia akan memberinya kepada siapa yg Dia kehendakinya.
0 comments:
Posting Komentar