Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 24 Maret 2026

Kisah Kelahiran Nabi Isa AS

 KISAH NABI ISA A.S

Kisah Kelahiran Nabi Isa AS

Matahari   tampak   akan   tenggelam,   angin   pun   bertiup   sepoi-sepoi   di   sekitar pepohonan.       Harum     semerbak     mulai   memenuhi      mihrab    Maryam.    

Kisah Kelahiran Nabi Isa AS


Bau    itu menembus       jendela    mihrab    dan   mengepakkan      sayapnya     di  sekeliling  gadis perawan   yang   khusyuk   dalam   solat   tanpa   seorang   pun   mendengar   suaranya. Maryam merasa bahawa udara dipenuhi dengan bau harum yang mengagumkan. Ia   kembali   melakukan   solatnya   dengan   khusyuk   dan   mengungkapkan   syukur kepada Allah SWT.

Seekor burung hinggap di jendela mihrab. Ia mengangkat paruhnya ke atas dan mengarahkan ke matahari serta mengepakkan kedua sayapnya lalu ia terjun ke air dan mandi di dalamnya. Kemudian ia terbang ringan di sekitamya. Maryam ingat bahawa beliau lupa untuk menyirami pohon mawar yang tumbuh secara tiba-tiba     di  tengah     dua   batu    yang    tumbuh     di   luar   masjid.    Maryam menyelesaikan solatnya lalu ia keluar dari mihrab dan menuju pohon. Belum selesai beliau siap-siap untuk keluar sehingga para malaikat memanggilnya:

"Hai   Maryam,   sesungguhnya   Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu dan   melebihkan   kamu   atas   segala   wanita   di   dunia   (yang   semasa   dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42)

Maryam   berhenti   dan   tampak   wajahnya   yang   pucat   dan   semakin   bertambah. Mihrab itu dipenuhi dengan kalimat-kalimat para malaikat yang memancarkan cahaya.   Maryam   merasa   bahawa   pada   hari-hari   terakhir   terdapat   perubahan pada   suasana   rohaninya   dan   fiziknya.   Di   tempat   itu   tidak   terdapat   cermin sehingga     ia  tidak  dapat   melihat    perubahan    itu.  Tetapi   ia  merasa    bahawa darah,     kekuatan    dan   masa    mudanya     mulai   meninggalkan      tempatnya      dan digantikan dengan kesucian dan kekuatan yang lebih banyak. Beliau menyedari bahawa ia sedang gugup. Beliau merasakan kelemahan manusiawi dan adanya kekuatan   yang   luar   biasa.   Setiap   kali   tubuhnya   merasakan   kelemahan,   maka bertambahlah       kekuatan    dalam    rohnya.    Perasaan    yang   demikian    ini  justru membangkitkan        kerendahan      hatinya.   Maryam     mengetahui     bahawa     ia  akan memikul tanggung jawab besar.

"Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu   dan   melebihkan   kamu   atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42)

Dengan   kalimat-kalimat   yang   sederhana   ini   Maryam   memahami   bahawa   Allah SWT telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para wanita dunia. Beliau adalah wanita terbesar di dunia. Para malaikat kembali

berkata kepada Maryam:

"Hai    Maryam,      taatlah   kepada     Tuhanmu,      sujud    dan    rukuklah     bersama orang-orang yang ruku." (QS. Ali 'Imran: 43)

Perintah     tersebut    ditetapkan     setelah   adanya    berita   gembira     agar   beliau meningkatkan       kekhusyukannya,       sujudnya,    dan  rukuknya     kepada    Allah  SWT. Maryam      lupa   terhadap     pohon    mawar     dan   beliau   kembali    solat.   Maryam merasakan bahawa sesuatu yang besar akan terjadi padanya. Beliau merasakan hal itu sejak beberapa hari, tetapi perasaan itu semakin menguat saat ini.

Matahari     meninggalkan      tempat     tidurnya    sementara     malam     telah   bangkit sedangkan   bulan   duduk   di   atas   singgahsananya   di   langit   dan   di   sekelilingnya terdapat awan-awan yang indah dan putih. Kemudian datanglah pertengahan malam dan Maryam masih sibuk dalam solatnya. Beliau menyelesaikan solatnya dan   teringat   pohon   mawar   itu   lalu   beliau   membawa   air   di   suatu   bejana   dan pergi untuk menyiramnya.

Pohon mawar itu tumbuh di antara dua batu di tempat yang tidak jauh dari masjid yang hanya ditempuh beberapa langkah darinya. Tempat itu jauh dari jangkauan manusia sehingga tak seorang pun mendekatinya. Tempat itu sudah dijadikan tempat yang khusus bagi Maryam untuk melakukan solat di dalamnya atau   beribadah.   Maryam   mendekati   pohon   mawar   itu   dan   menyiramnya.   lalu beliau meletakkan bejana, kemudian ia memikirkan pohon mawar itu di mana tangkainya semakin panjang pada dua malam yang dilaluinya.

Tiba-tiba,    Maryam     mendengar      suara   derap    kaki  yang   menggoncang       bumi. Beliau   tidak   mendengar   suara   kaki   yang   berjalan,   tetapi   beliau   mendengar suara    kaki   yang    menetap     di  atas   batu    serta  pasir.   Maryam     merasakan ketakutan. Ia merasakan bahawa ia tidak sendirian. Ia menoleh ke sebelahnya namun      ia  tidak  mendapati      sesuatu   pun.   Kemudian      kedua    matanya    mulai berputar-putar dan memperhatikan suatu cahaya yang berdiri di sana. Maryam gementar      ketakutan     dan   menundukkan       kepalanya.    Maryam     berkata    dalam dirinya, siapa gerangan orang yang berdiri di sana. Maryam memandang kepada wajah   orang   asing   itu,   dan   menyebabkan   ia   gelisah.   Wajah   orang   itu   sangat aneh,    di  mana    dahinya    bercahaya     lebih  daripada    cahaya    bulan.   Meskipunkedua matanya memancarkan kemuliaan dan kebesaran tetapi wajah orang itu justru menggambarkan kerendahan hati yang mengagumkan. Pandangan       pertama     yang    di   lihat  oleh    Maryam     kepada     orang    itu mengisyaratkan,   bahawa   orang   itu   memiliki   kemuliaan   yang   diperoleh   orang yang   menyembah   Allah   SWT   selama   jutaan   tahun.   Maryam   bertanya   kepada dirinya,   siapa  gerangan    orang   ini?  Kemudian   seakan-   akan   orang   asing  itu membaca      fikiran  Maryam     dan  berkata:   "Salam   kepadamu     wahai    Maryam." Maryam     dibuat   terkejut    mendengar     adanya   suara   manusia    di  depannya. Maryam berkata sebelum menjawab salamnya: "Sesungguhnya       aku   berlindung     daripadamu      kepada    Tuhan    Yang    Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa." (QS. Maryam: 18)

Maryam berlindung di bawah lindungan Allah SWT dan ia bertanya kepadanya, "Apakah engkau manusia yang mengenal Allah SWT dan bertakwa kepadanya?" Kemudian orang itu tersenyum dan berkata: "Sesungguhnya        aku    ini  hanyalah      seorang    utusan     Tuhanmu,      untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci." (QS. Maryam: 19) Orang asing itu belum selesai menyampaikan kalimatnya sehingga tempat itu dipenuhi   cahaya   yang   menakjubkan   yang   tidak  menyerupai cahaya   matahari, cahaya bulan, cahaya lampu, cahaya lilin bahkan cahaya api. Di sana terdapat cahaya yang sangat jernih.

 Kemudian terngianglah di kepala Maryam kalimat: "Aku   adalah   seorang   utusan   Tuhanmu."   Kalau   begitu,   dia   adalah   penghulu para malaikat, Ruhul Amin (Jibril) yang telah berubah wujud menjadi manusia. Maryam mengangkat kepalanya dengan gementar menahan luapan cinta. Jibril berdiri di depannya dalam bentuk manusia. Maryam memperhatikan kejernihan dahinya    dan   kesucian   wajahnya.    Benar   apa   yang  diduganya    bahawa    Jibril memiliki kemuliaan yang diperoleh orang yang menyembah Allah SWT selama jutaan    tahun.   Kemudian     Maryam    mengingat    kembali   kalimat-kalimat     yang diucapkan     Jibril.  Malaikat  itu  telah  mengatakan     bahawa    ia  adalah  utusan Tuhannya, dan ia telah datang untuk memberi Maryam seorang anak laki-laki yang suci. Maryam ingat bahawa dirinya adalah seorang perawan yang belum tersentuh     oleh  seorang   pun.   Ia  belum   menikah     dan  belum    dilamar   oleh seseorang pun, maka bagaimana ia melahirkan anak tanpa melalui pernikahan.

Fikiran- fikiran ini berputar-berputar di kepala Maryam lalu ia berkata kepada Jibril: "Maryam berkata: Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak    pernah     seorang    manusia      pun   menyentuhku        dan    aku   bukan (pula) seorang penzina!" (QS. Maryam: 20) Jibril berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman: 'Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat   Kami   menjadikannya   suatu   tanda   bagi   manusia   sebagai   rahmat   dari Kami;     dan    hal  itu   adalah    suatu    perkara    yang    sudah    diputuskan."'      (QS. Maryam: 21) Maryam   menerima   kalimat-kalimat   Jibril. 

 Tidakkah   Jibril   berkata   kepadanya bahawa        ini   adalah     perintah      Allah    SWT     dan     segala     sesuatu     yang diperintahkan-Nya pasti akan terlaksana. Kemudian, mengapa ia harus (ketika) melahirkan   tanpa   disentuh   oleh   seorang   manusia   pun.   Bukankah   Allah   SWT menciptakan        Nabi    Adam    tanpa    seorang     ayah    dan   seorang     ibu?   Sebelum diciptakannya   Nabi   Adam   tidak   ada   lelaki   dan   wanita.   Hawa   diciptakan   dari Nabi Adam dan ia pun diciptakan dari laki-laki, tanpa perempuan. Biasanya      manusia     diciptakan     melalui    pasangan      laki-laki   dan   perempuan; biasanya   ia   memiliki   ayah   dan   ibu,   tetapi   mukjizat   terjadi   ketika   Allah   SWT menginginkannya untuk terjadi. Kemudian Jibril meneruskan pembicaraannya: "Sesungguhnya         Allah   menggembirakan     kamu     (dengan     kelahiran     seorang putera  yang   diciptakan)   dengan   kalimat   (yang   datang)   dari-   Nya,   namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan     termasuk      orang-orang       yang    didekatkan       (kepada     Allah),    dan    dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh." (QS. Ali 'Imran: 45-46) Kehairanan   Maryam   semakin   bertambah.   Betapa   tidak,   sebelum   mengandung anak   itu   di   perutnya   ia   telah   mengetahui   namanya.   Bahkan   ia   mengetahui bahawa      anaknya     itu  akan    berbicara    dengan     manusia     saat  ia  masih   kecil. Sebelum   Maryam   menggerakkan   lisannya   untuk   melontarkan   pertanyaan   lainJibril   mengangkat       tangannya     dan    mengerahkan       udara    ke   arah    Maryam. Kemudian   datanglah   hembusan   udara   yang   bercahaya   yang   belum   pernah   di lihat   sebelumnya   oleh   Maryam.   Lalu   cahaya   tersebut   ke   jasad   Maryam   dan memenuhinya.   Tak   sempat   Maryam   melontarkan   pertanyaan   yang   lain,   Jibril yang suci telah pergi tanpa meninggalkan suara. Udara yang dingin telah bergerak dan Maryam pun tampak menggigil.

 Maryam segera   kembali   ke   mihrabnya.   Ia   menutup   pintu   mihrab   dan   ia   tenggelam dalam      solat   yang    khusyuk  dan    ia   pun    menangis.     Maryam      merasakan kegembiraan,       kebingungan      dan   kegoncangan      serta   kedamaian     yang    dalam. Kini, Maryam tidak lagi sendirian. Sejak Jibril meninggalkannya, ia merasakan bahawa      ia  tidak   lagi  sendirian.   Ia  menggerakkan      tangannya     yang    dipenuhi dengan cahaya, kemudian cahaya ini berubah di dalam perutnya menjadi anak, seorang     anak    yang    akan   menjadi     kalimat    Allah   SWT     dan   roh-Nya    yang diletakkan pada Maryam. Ketika anak itu besar, ia akan menjadi seorang rasul dan nabi yang ajarannya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Maryam   di   malam   itu   tidur   dengan   nyenyak   dan   ia   bangun   di   waktu   Subuh. Belum   lama  ia   membuka   kedua   matanya   sehingga   ia   dibuat   terkejut   ketika melihat     mihrab    dipenuhi    dengan     buah-buahan      yang   sebenarnya      tidak   lagi musim.   Maryam   heran   melihat   hal   itu.   Ia   mulai   mengingat   apa   yang   telah terjadi   padanya   kelmarin,       yaitu   bagaimana     kejadian   saat   menyiram   pohon mawar,      bagaimana     pertemuannya       dengan     malaikat    Jibril,  bagaimana     Allah SWT   meniupkan   kalimat-Nya   padanya, bagaimana   ia   kembali   ke   mihrab,   dan bagaimana       tidurnya   yang    nyenyak.    Maryam     berkata    kepada    dirinya   sambil melihat     buah-buahan       yang   banyak:    Apakah     aku   akan    memakan      sendirian buah-buahan   ini.   Kemudian   ada   suara   dalam   dirinya   yang   berkata:   "Engkau tidak   lagi   sendirian   wahai   Maryam.   Kini,   engkau   bersama   Isa.   Engkau   harus makan dengan baik. Dan Maryam mulai makan. Lalu berlalulah hari demi hari. Kandungan Maryam berbeza dengan kandungan umumnya   wanita.   Ia   tidak   merasakan   sakit   dan   tidak   merasa   berat;   ia   tidak merasakan   sesuatu   telah   bertambah   padanya   dan   perutnya   tidak   membuncit seperti umumnya wanita.

Alhasil, kehamilan yang dialaminya dipenuhi dengan nikmat   yang   baik.   Datanglah   bulan   yang   ke   sembilan.   Ada   sebahagian   ulama yang    mengatakan       bahawa    Maryam     tidak   mengandung       Isa  selama    sembilan bulan, tetapi ia melahirkannya secara langsung sebagai mukjizat. Pada suatu hari, Maryam keluar ke suatu tempat yang jauh. Ia merasa bahwasesuatu akan terjadi hari itu. Tetapi ia tidak mengetahui hakikat sesuatu itu. Kakinya   membimbingnya   untuk   menuju   tempat   yang   dipenuhi   dengan   pohon kurma.   Tempat   itu   tidak   biasa   dikunjungi   oleh   seseorang   pun   kerana   saking jauhnya; tempat yang tidak diketahui oleh seseorang pun kecuali Maryam. Tak seorang pun yang mengetahui Maryam bahawa sedang hamil dan ia akan melahirkan.       Mihrab    yang    menjadi     tempat     ibadahnya      selalu   tertutup. Orang-orang mengetahui bahawa Maryam sedang sibuk beribadah dan tidak ada seorang   pun   yang   mendekatinya.

Maryam   duduk  beristirahat   di bawah pohon kurma yang besar dan tinggi. Maryam mulai merasakan sakit pada dirinya, dan rasa sakit tersebut semakin terasa. Akhirnya, Maryam melahirkan: "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon   kurma,   ia  berkata: 'Aduhai   alangkah  baiknya  aku  mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan." (QS. Maryam: 23) Rasa   sakit   saat   melahirkan   anak   yang   dialami   wanita   suci   ini   menimbulkan penderitaan-penderitaan         lain  yang   segera   menantinya.     Bagaimana     manusia akan menyambut anaknya ini? Apa yang mereka katakan tentangnya? Bukankah mereka mengetahui bahawa ia adalah wanita yang masih perawan?

Bagaimana seorang   gadis   perawan   bisa   melahirkan?   Apakah   manusia   akan   membenarkan Maryam       yang    melahirkan      anak    itu   tanpa    ada    seseorang     pun    yang menyentuhnya?           Kemudian         pandangan-pandangan            keraguan       mulai menyelimutinya.   Maryam   berfikir   bagaimana   reaksi   manusia   kepadanya   dan bagaimana   perkataan   mereka   terhadapnya   sehingga   hatinya   dipenuhi dengan kesedihan. Belum lama Maryam membayangkan dan meminta agar ia dimatikan dan dilupakan, tiba-tiba anak yang baru lahir itu memanggilnya: "Janganlah   kamu   bersedih   hati,   sesungguhnya   Tuhanmu   telah   menjadikan anak     sungai   di  bawahmu.  

0 comments:

Posting Komentar