Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 25 Maret 2026

Perjalanan Spiritual Siti Maryam

 Perjalanan Spiritual Siti Maryam

Dan   goyanglah     pangkal    pohon    kurma     itu  ke arahmu,   nescaya   pohon   itu   akan   mengugurkan   buah   kurma   yang   masak kepadamu makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang     manusia,     maka    katakanlah:   

Perjalanan Spiritual Siti Maryam


'Sesungguhnya       aku   telah   bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.'" (QS. Maryam: 24-26) Maryam       melihat     al-Masih     yang    tampan      wajahnya.  Wajahnya       tidak kemerah-merahan dan rambutnya tidak keriting seperti anak-anak yang lahir disaat    itu,  tetapi  ia  berkulit   lembut    dan  putih.   Anak   itu  diselimuti   dengan kesucian     dan    kasih  sayang;    anak    itu  berbicara    kepada     Maryam     agar   ia menghilangkan        kesedihannya      dan   meminta     padanya     agar   menggoyangkan batang-batang   pohon   kurma   supaya   jatuh   darinya   sebahagian   buahnya   yang lazat dan Maryam dapat memakan dan meminum darinya sehingga hatinya pun penuh dengan kedamaian serta kegembiraan dan tidak berfikir tentang sesuatu pun. Jika Maryam melihat atau menemui manusia, maka hendaklah ia berkata kepada   mereka   bahawa   ia   bernazar   kepada   Allah   SWT   untuk   berpuasa   dan tidak berbicara kepada seseorang pun. Maryam   melihat   al-Masih   dengan   penuh   kecintaan.   Anak   itu   baru   dilahirkan beberapa      saat  tetapi   ia  langsung   memikul     tanggung  jawab    ibunya   di  atas pundaknya.       Selanjutnya,    ia  akan    memikul    penderitaan      orang-orang     fakir. Maryam melihat bahawa wajah anak itu menyiratkan tanda yang sangat aneh. Yaitu   tanda   yang   mengisyaratkan   bahawa   ia   datang   ke   dunia   bukan   untuk mengambil darinya sesuatu, tetapi untuk memberinya segala sesuatu. Maryam menghulurkan  

 tangannya     ke   pohon     kurma    yang    besar.   Belum     lama    ia menyentuh batangnya   hingga   jatuhlah   darinya   buah kurma   yang   masih muda dan   lazat.   Maryam   makan   dan   minum   dan   kemudian   ia   memangku   anaknya dengan penuh kasih sayang. Saat     itu,   Maryam      merasakan      kegoncangan       yang    hebat.    Silih-berganti ketenangan   dan   kegelisahan   menghampirinya.   Segala   fikirannya   tertuju   pada satu   hal,   yaitu   Isa.  

Ia   bertanya-tanya   dalam   dirinya:   Bagaimana   orang-orang Yahudi akan menyambutnya, apa yang akan mereka katakan tentangnya, apa yang akan mereka katakan terhadap Maryam, apakah para pendeta dan para pembesar      Yahudi    percaya    bahawa    Maryam     melahirkan     seorang   anak   tanpa disentuh oleh seseorang pun? Bukankah mereka terbiasa hidup dengan suasana pencurian dan penipuan? Apakah seseorang di antara mereka akan percaya - padahal ia jauh dari langit - bahawa langit telah memberinya seseorang anak. Akhirnya, masa pengasingan Maryam telah berakhir dan Maryam harus kembali ke kaumnya.

0 comments:

Posting Komentar