Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 01 Juni 2025

Sejarah nabi Ismail As

 Nabi Ismail A.S

 Nabi   Ibrahim   yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya   di   tempat   tujuannya   di   Palestin.   Ia   telah   membawa   pindah   juga   semua   binatang ternaknya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. 

kisah nabi ismail as


Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.berkata: Pertama-tama   yang   menggunakan   setagi   (setagen)   ialah   Hajar   ibu   Nabi   Ismail   tujuan   untuk menyembunyikan          kandungannya       dari  Siti  Sarah   yang    telah  lama   berkumpul      dengan    Nabi Ibrahim     a.s.  tetapi  belum   juga   hamil.   tetapi  walaubagaimana       pun   juga   akhirnya   terbukalah rahasia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s.   lebih   banyak   mendekati   Hajar   karena   merasa   sgt   gembira   dengan   puteranya   yang   tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat. Untuk     suatu   hikmah     yang   belum     diketahui   dan   disadari    oleh  Nabi    Ibrahim    Allah    s.w.t. mewahyukan         kepadanya      agar   keinginan     dan    permintaan     Sarah    isterinya    dipenuhi     dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan    di  mana    Ismail   puteranya    bersama    ibunya    akan   di  tempatkan     dan   kepada    siapa  akan ditinggalkan. Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah     diri  kepada   Allah   yang   akan   memberi     arah   kepada    binatang    tunggangannya.      Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota    masuk    ke  lautan   pasir   dan  padang     terbuka   di  mana    terik  matahari    dengan    pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir. Ismail dan Ibunya Hajar Ditingalkan di Makkah Setelah     berminggu-minggu        berada    dalam    perjalanan    jauh   yang    memenatkan       tibalah  pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan   menjadi   pujaan   manusia   dari   seluruh   dunia.   di   tempat   di   mana   Masjidil   Haram   sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan disitulah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu   dan   pasir   kering   . 

 Alangkah   sedih   dan   cemasnya    Hajar   ketika   akan   ditinggalkan   oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat- kuat   baju   Nabi   Ibrahim   memohon   belas   kasihnya,   janganlah   ia   ditinggalkan   seorang   diri   di tempat   yang   kosong   itu,   tiada   seorang   manusia,   tiada   seekor   binatang,   tiada   pohon   dan   tidak terlihat   pula   air   mengalir,   sedangkan   ia   masih   menanggung   beban   mengasuh   anak   yang   kecil yang    masih    menyusu.     Nabi    Ibrahim    mendengar      keluh   kesah    Hajar   merasa    tidak   tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan   ibunya   dalam   tempat   pengasingan   itu   dan   segala   kesukaran   dan   penderitaan.   Ia   berkata kepada Hajar : "Bertawakkallah        kepada     Allah   yang    telah   menentukan      kehendak-Nya,        percayalah     kepada kekuasaan-Nya   dan   rahmat-Nya.   Dialah           yang   memerintah   aku   membawa   kamu   ke   sini   dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri   bersama   puteraku   yang   sangat   ku   cintai   ini.   Percayalah   wahai   Hajar   bahwa   Allah   Yang Maha      Kuasa    tidak   akan   melantarkan      kamu     berdua    tanpa   perlindungan-Nya.       Rahmat      dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah." Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menetak. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah dengan puteranya yang kedua Ishak sedang menanti. Ia   tidak   henti-henti   selama   dalam   perjalanan   kembali   memohon   kepada   Allah   perlindungan, rahmat   dan   barakah   serta  kurniaan   rezeki   bagi   putera   dan   ibunya   yang   ditinggalkan   di   tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak- anak keturunannya di dekat rumah-Mu { Baitullahil Haram } di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia   cenderung   kepada   mereka   dan   berilah   mereka   rezeki   dari   buah-buahan            yang   lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu." Mata Air Zamzam Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib   yang telah ditakdirkan   oleh Allah atas dirinya   dengan kesabaran dan keyakinan      penuh    akan   perlindungan-Nya.       Bekalan    makanan      dan   minuman      yang   dibawanya dalam     perjalanan    pada    akhirnya    habis   dimakan     selama    beberapa     hari  sepeninggalan      Nabi Ibrahim.   Maka   mulailah   terasa   oleh   Hajar   beratnya   beban   hidup        yang   harus   ditanggungnya sendiri   tanpa   bantuan   suaminya.   Ia   masih   harus   meneteki   anaknya,   namun   air   teteknya   makin lama   makin   mengering   disebabkan   kekurangan   makan   .Anak   yang   tidak   dapat   minuman   yangmemuaskan dari tetek ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sgt menyayat hati itu.

Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang     dpt   meringankan      kelaparannya       dan   meredakan      tangisan    anaknya,     namun     sia-sialah usahanya.      Ia  pergi  berlari   harwalah    menuju     bukit  Shafa    kalau-kalau     ia  boleh  mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari   bukit   Shafa   ia   melihat   bayangan   air   yang   mengalir   di   atas   bukit   Marwah   dan   larilah   ia berharwahlah ke tempat itu namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalha fatamorangana {bayangan}   belaka   dan   kembalilah   ke   bukit   Shafa   karena   mendengar   seakan-akan   ada   suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka karena dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali antara bukit Shafa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa. Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:" Siapakah sebenarnya engkau ini?" " Aku adalah hamba sahaya Ibrahim". Jawab Hajar." Kepada siapa   engkau   dititipkan   di   sini?"tanya   Jibril."   Hanya   kepad   Allah",jawab   Hajar.Lalu   berkata Jibril:"   Jika   demikian,   maka   engkau   telah   dititipkan   kepada   Dzat   Yang   Maha   Pemurah   Lagi Maha      Pengasih,    yang    akan   melindungimu,       mencukupi      keperluan     hidupmu     dan   tidak   akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya." Kemudian   diajaklah   Hajar   mengikuti-nya   pergi   ke   suatu   tempat   di   mana   Jibril   menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang   jernih   dengan   kuasa   Allah   .Itulah   dia   mata   air   Zamzam      yang   sehingga   kini   dianggap keramat   oleh   jemaah   haji,   berdesakan   sekelilingnya   bagi   mendapatkan   setitik   atau   seteguk   air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang " Injakan Jibril ". Alngkah   gembiranya   dan   lega   dada   Hajar   melihat   air   yang   mancur   itu.   Segera   ia   membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sgt bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang    mengembalikan        kesegaran     hidup   kepadanya      dan   kepada    puteranya    sesudah    dibayang- bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada. Mancurnya       air  Zamzam      telah   menarik    burung-burung       berterbangan     mengelilingi     daerah   itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahwa di mana ada terlihat burung   di   udara,   nescaya   dibawanya   terdapat   air,   maka  diutuslah   oleh   mereka   beberapa   orang untuk   memeriksa   kebenaran   teori   ini.   Para   pemeriksa   itu   pergi   mengunjungi   daerah   di   mana Hajar   berada,   kemudian   kembali   membawa   berita   gembira   kepada   kaumnya   tentang   mata   air Zamzam        dan   keadaan      Hajar    bersama     puteranya.     Segera    sekelompok       suku    Jurhum     itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam ,dimana kedatangan mereka disambutdengan      gembira    oleh   Hajar    karena   adanya     sekelompok      suku   Jurhum     di  sekitarnya,    ia memperolehi       jiran-jiran  yang   akan   menghilangkan   kesunyian   dan   kesepian       yang   selama   ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar   bersyukur   kepada   Allah   yang   dengan   rahmatnya   telah   membuka   hati   orang-orang   itu cenderung   datang   meramaikan   dan   memecahkan   kesunyian   lembah   di   mana   ia   ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim. Nabi Ismail Sebagai Qurban Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di   tempat   pengasingannya   bagi   menghilangkan   rasa   rindu   hatinya   kepada   puteranya   yang   ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama     ibunya    yang   ditinggalkan    di  tempat   yang    tandus,   jauh  dari  masyarakat     kota   dan pengaulan umum. Sewaktu   Nabi   Ismail   mencapai   usia   remajanya   Nabi   Ibrahim   a.s.   mendapat   mimpi   bahwa   ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya   wahyu   Allah   ,   maka   perintah   yang   diterimanya   dalam   mimpi   itu   harus   dilaksanakan oleh   Nabi   Ibrahim.   Ia   duduk   sejurus   termenung   memikirkan   ujian   yang   maha   berat   yang   ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap- harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat   dimanfaatkan   oleh   si   ayah   ,   seorang   putera   yang   diharapkan   menjadi   pewarisnya   dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri. Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh    dan   teladan   bagi  para   pengikutnya   dalam     bertaat  kepada   Allah    ,menjalankan   segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu. Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang    bermaksud:"     Allah   lebih   mengetahui     di  mana   dan   kepada    siapa  Dia   mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan. Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika   diberitahu   oleh   ayahnya   maksud   kedatangannya   kali   ini   tanpa   ragu-ragu   dan   berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh   Allah   kepadamu.   Engkau   akan   menemuiku   insya-Allah   sebagai   seorang   yang   sabar   danpatuh kepada perintah.

Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku   kuat-kuat   supaya   aku   tidak   banyak   bergerak   sehingga   menyusahkan   ayah,   kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku       dan    terharunya     ibuku     bila   melihatnya,      ketiga    tajamkanlah       parangmu      dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan   agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan   yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku   ini   untuk   menjadi   penghiburnya   dalam   kesedihan   dan   tanda   mata   serta   kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim   seraya   berkata:"   Bahagialah   aku   mempunyai   seorang   putera   yang   taat   kepada   Allah, bakti    kepada    orang   tua  yang    dengan    ikhlas   hati  menyerahkan      dirinya   untuk    melaksanakan perintah Allah." Saat    penyembelihan       yang   mengerikan      telah   tiba.  Diikatlah   kedua    tangan    dan   kaki   Ismail, dibaringkanlah   ia   di   atas   lantai,   lalu   diambillah   parang   tajam   yang   sudah   tersedia   dan   sambil memegang        parang    di  tangannya,     kedua    mata   nabi   Ibrahim     yang   tergenang     air  berpindah memandang   dari   wajah   puteranya   ke   parang   yang   mengilap   di   tangannya,   seakan-akan   pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan. Kejadian      tersebut   merupakan      suatu   mukjizat    dari  Allah    yang   menegaskan       bahwa    perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti     melaksanakan      perintah    Allah   sedangkan     Nabi    Ismail   tidak   sedikit   pun   ragu   atau bimbang   dalam   memperagakan   kebaktiannya   kepada   Allah   dan   kepada   orang   tuanya   dengan menyerahkan   jiwa   raganya   untuk   dikorbankan,   sampai-sampai   terjadi   seketika   merasa   bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa- rupanya      engkau    tidak   sampai     hati   memotong      leherku    karena    melihat     wajahku,    cubalah telangkupkan   aku   dan   laksanakanlah   tugasmu   tanpa   melihat   wajahku."Akan   tetapi   parang   itu tetap    tidak   berdaya    mengeluarkan       setitik   darah    pun   dari   daging    Ismail    walau    ia  telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang. Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan      ."Kemudian      sebagai    tebusan    ganti   nyawa    Ismail   telah   diselamatkan     itu,  Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranyaIsmail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban   yang dilakukan   oleh umat   Islam pada tiap hari raya Idul Adha di seluruh pelosok dunia.

0 comments:

Posting Komentar