Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 20 Juli 2025

Kisah Nabi Zakaria A.S memperoleh keturunan

 Kisah Nabi Zakaria A.S memperoleh keturunan

Nabi Zakaria khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya   atas   kaumnya,   bahawa   mereka   akan   makin   rusak   dan   makin   berani   melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama. Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin   hingga   mencapai   usia   sembilan   puluh   tahun,   

kisah nabi zakaria memperoleh keturunan di usia senja


Tuhan   belum   mengurniakannya   dengan seorang   anak   yang   ia   idam-idamkan   untuk   menjadi   penggantinya   memimpin   dan   mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya   dan   keinginanya   yang   kuat   untuk   memperolhi   keturunan   tergugah   kembali   ketika   ia menyaksikan   mukjizat   hidangan   makanan   dimihrabnya   Maryam. 

 Ia   berfikir   didalam   hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada   Maryam   dalam   keadaan   seorang   diri   tidak   berdaya   dan   berusaha,   Dia   pula   berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban. Pada    suatu   malam    yang   sudah   larut  duduklah    Zakaria    di  mihramnya     menghiningkan      cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan     yang   bulat.  Dengan   suara    yang   lemah   lembut    berucaplah   ia   dalam   doanya:   "Ya Tuhanku   berikanlah   aku   seorang   putera   yang   akan   mewarisiku   dan   mewarisi   sebahagian   dari keluarga   Ya'qub,   yang   akan   meneruskan   pimpinan   dan   tuntunanku   kepada   Bani   Isra'il.   Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan   rusak kembali   aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak   jemu-jemunya   berdoa   kepadamu   memohon   rahmat-Mu   mengurniai   kau   seorang   putera yang soleh yang engkau redhai." Allah   berfirman   memperkenankan   permohonan   Zakaria:   "Hai   Zakaria   Kami   memberi   khabar gembira   kepadamu,   kamu   akan   memperoleh   seorang   putera   bernama   Yahya   yang   soleh   yang membenarkan   kitab-kitab   Allah   menjadi   pemimpin   yang   diikuti   bertahan   diri   dari   hawa   nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."

 

Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya." Allah   menjawab   dengan   firman-Nya:   "Demikian   itu   adalah   suatu   hal   yang   mudah   bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata     Zakaria:     "Ya   Tuhanku,      berilah   aku    akan   suatu    tanda   bahawa      isteri  aku   telah mengandung."   Allah   berfirman:   "Tandanya   bagimu   bahawa   engkau   tidak   dapat   berkata-kata dengan   manusia   selama   tiga   hari   berturut-turut   kecuali   dengan   isyarat.   Dan   sebutlah   nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari."

0 comments:

Posting Komentar