Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 29 Juli 2025

Kisah kelahiran Nabi Isa A.S

 Nabi Isa A.S

Kisah Kelahiran nabi Isa A.S

Nabi Isa A.S Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.

 

kisah kelahiran nabi isa

Ibunya   seorang   yang   sangat   dimuliakan   Allah.   Dia   memilihnya   di   atas   semua   perempuan   di semua     alam.    Firman-Nya,      "Dan   ketika   malaikat-malaikat      berkata,    'Wahai    Mariam,    Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan   Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42). Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci. Kelahiran Kelahiran      Nabi   Isa   merupakan      suatu   mukjizat    kerana    dilahirkan    tanpa   bapa.    Kisahnya diceritakan     di  dalam   al-Qur'an.   Di   sini,  ceritanya  bermula    dari  kunjungan     malaikat    kepada Mariam      atas  perintah   Allah.   Ketika   itu,  malaikat   menyerupai     manusia    dengan    tanpa   cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata, "Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!' Dia   (malaikat)   berkata,   'Aku   hanyalah   seorang   rasul   yang   datang   daripada   Pemelihara   kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (19:18-19) Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi: "Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada- Nya,   yang   namanya   al-Masih,   Isa   putera   Mariam,   terhormat   di   dunia   dan   di   akhirat,   daripada orang-orang yang didekatkan." (3:45) Kemudian Mariam bertanya, "Bagaimanakah         aku   akan    ada   seorang    anak    lelaki  sedang     tiada   seorang    manusia     pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20) Malaikat menjawab, "Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21). Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah    membuat      Nabi    Isa  dan   ibunya    satu  ayat   (tanda)   bagi   manusia,    iaitu  tanda   untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).

Allah   juga   menyatakan   bahawa   Nabi   Isa   adalah   seperti   Adam,   walaupun   Adam   diwujudkan tanpa    ibu  dan   bapa.   Kesamaan      mereka    berdua    adalah   pada   ciptaan.   Kedua-duanya      dicipta daripada   tanah   (3:59).   Itu   menunjukkan   mereka   adalah   manusia   biasa,   kerana   manusia   dicipta daripada tanah. Kerasulan dan Kenabian Isa   adalah   seorang    Nabi   dan   juga  seorang    Rasul.   Baginda    dan   beberapa    orang   rasul  telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan   darjat,   dan   bagi   Isa,   Dia   memberi   bukti-bukti   yang   jelas   serta   mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya: "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang     kepadanya     Allah    berkata-kata,    dan    sebahagian     Dia   menaikkan      darjat.   Dan    Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253) Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi, "Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada   Ibrahim, dan   Ismail, dan   Ishak, dan   Yaakub, dan puak-puak, dan apa   yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami     tidak   membeza-bezakan   seorang   pun   antara   mereka,   dan   kepada-Nya   kami           muslim.'" (2:136) Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama. Ajaran Oleh   kerana   Isa   seorang   Nabi   baginda   diberi   sebuah   Kitab,   Injil,   yang   mengandungi   petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan   mentaati   Injil,   baginda   mengesahkan   kitab   Taurat   yang   diturunkan   sebelumnya.   Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi: "Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka,   Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46) dan, "Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'"

0 comments:

Posting Komentar