Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Jumat, 10 April 2026

Ajaran Nabi dan Rasul

 Ajaran Nabi dan Rasul

 Injil   Mata menyebutkan        melalui    lisan   Isa:  "Janganlah     kalian   mengira     bahawa     aku membawa        kedamaian     ke   muka    bumi.    Aku   tidak  datang    hanya    membawa kedamaian tetapi aku datang membawa pedang." Kalimat tersebut menyiratkan hakikat yang penting dari hakikat dakwah para nabi. Para nabi adalah pejuang sejati di mana senjata yang mereka gunakan di medan   peperangan   beraneka   ragam.   tetapi   mereka   pada   hakikatnya   adalah pejuang.

Ajaran Nabi dan Rasul


  Mereka   memulai   peperangan   mereka   dengan   satu   pemikiran   yaitu suatu tekad mengatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT. Pemikiran itu tentu   berbenturan   dengan   kepercayaan   akan   tuhan-tuhan   yang   diyakini   oleh manusia,   baik   tuhan-tuhan   yang   terbuat   dari   emas   atau   batu.   Pemikiran   itu sangat   mengganggu   ketenangan   orang-orang   yang   lalim   atau   penguasa   yang bengis serta sangat melawan kepentingan mereka, sehingga para raja dan para penguasa      seperti   biasanya    bergerak     menentang      nabi   kecuali   orang    yang mendapatkan petunjuk dari Allah SWT. Para pembesar dari kalangan kaum nabi menentang       nabi.   Al-Mala'   adalah   para   pembesar      sebagaimana telah   kamijelaskan     dalam    kisah    Nabi   Nuh    dan    sesudahnya.    

Kemudian      Nabi    terus melangsungkan        peperangan      mewujudkan      tekadnya:     Nabi   meletakkan      dasar peperangannya dengan menyampaikan ketuhanan Allah SWT. Setelah     meneguhkan      dasar   yang   kuat   ini,  Nabi   menetapkan      keadilan.    Tak seorang pun berhak untuk menghinakan seseorang atau menjadikannya sebagai budak kerana penghambaan hanya pantas ditujukan kepada Allah SWT. Manusia adalah     sama    di   antara    mereka     sehingga    tidak   berhak    seseorang     untuk memanfaatkan         kekuatan  manusia     untuk   membangun       kejayaan     peribadinya atau     untuk    memperkaya        dirinya    dengan     merugikan      orang     lain,   atau menghancurkan   hak-hak   mereka   atau   berbuat   buruk   terhadap   mereka   dalam berbagai     bentuknya.      Jadi,  inti  dakwah     para   nabi   berarti   mengganti      dan mengubah   sistem   yang   rosak   yang   didirikan   oleh   para   pembesar   kaumnya. Kalau begitu, ia adalah dakwah yang menyatakan peperangan dan kerana itu seseorang      nabi   harus   membawa       senjata.    Setelah    meneguhkan       pemikiran tersebut,     dimulailah     peperangan.     Seorang     nabi   menggunakan       pedang.     Ia berlindung      di  balik   senjata    dan senjata    yang    dimiliki  oleh    setiap   nabi berbeza-beza. Mula-mula       seorang     nabi    tidak   menggunakan  senjata     apa   pun     dalam peperangannya   selain   berusaha   untuk   membangkitkan   akal.   Lalu   peperangan semakin meningkat sehingga nabi terpaksa untuk menggunakan senjata. Para musuh      memaksanya       untuk   menggunakan       senjata    sehingga    para    nabi   pun menggunakan         senjata.     Di   sini   setiap    nabi   mempunyai       senjata    yang berbeza-beza.  

Terkadang   senjata   seorang   nabi   berupa   mukjizat   yang   dapat menghentikan langkah dan menghancurkan mereka seperti taufan (kisah Nabi Nuh)   atau   angin   (kisah   Nabi   Hud),   dan   terkadang   senjata   para   nabi   adalah mukjizat yang membantunya untuk mengalahkan musuh-musuhnya secara pasti seperti    ditundukkannya      jin  dan   burung    baginya    (kisah  Nabi   Sulaiman)     dan senjata   nabi   berupa   mukjizat   yang   menyelamatkannya   dari   tipu   daya   musuh seperti     berubahnya       api   menjadi     sesuatu     yang    dingin    dan    membawa keselamatan (kisah Nabi Ibrahim) dan terkadang senjata nabi yang luar biasa yang   memperkuat   dakwahnya   seperti   menghidupkan   orang-orang   yang   mati (kisah Nabi Isa) dan terkadang senjata nabi berupa pedang yang dipegang di tangannya  saat    ia    melangsungkan        peperangan       dan    mempertahankan dakwahnya (kisah Nabi Muhammad saw). Jadi,   senjata   para   nabi   berbeza-beza,   baik   dalam   bentuk   kualiti   mahupun kapasitinya.   Allah   SWT   mengetahui   kondisi   mereka   lebih   dari   apa   yang   kita ketahui     sehingga   Allah   SWT   sangat   tepat   ketika   memilihkan   senjata   untuk setiap nabi.

Dan tak seorang nabi pun yang tinggal di suatu tempat sementara ia   tidak   berjuang   dan   tidak   bergerak   dan   tidak   mengalami   penderitaan   dari kaumnya.      Oleh   kerana    itu,  sesuai   dengan    kadar   kesabaran     para   nabi   dan perjuangan mereka dalam menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT, mereka layak untuk mendapatkan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT. Isa   bin   Maryam   telah   menyampaikan   bahawa   beliau   adalah   seorang   pejuang yang     membawa       senjata.     Kata-katanya      sendiri   berusaha     menghancurkan masyarakat yang keras, masyarakat yang bodoh. Masyarakat di zaman Nabi Isa berdiri di atas kesalahan, kesyirikan, kebohongan, kemunafikan, meterialisme, pamrih, kelaliman dan tidak ada kebebasan. Maka melalui kalimat-kalimatnya, Nabi   Isa   menghancurkan   semua   ini.   Nabi   Isa   memberitahu   kaumnya   bahawa dakwahnya di jalan Allah SWT bukan terfokus pada dakwah kedamaian tetapi dalam     hal-hal   tertentu    dakwahnya     pun    berisi  pernyataan     perang.    Sesuatu menjadi      tidak   bernilai    ketika   tidak    berusaha     dipertahankan      oleh   yang bersangkutan sampai titis darah penghabisan. Timbulnya pemikiran- pemikiran, nilai-nilai   dan    prinsip-prinsip    tidak  hanya    bersandar     kepada     idealismenya tetapi nilainya justru bersandar kepada usaha keras yang dikerahkan oleh para pembawanya         dalam    rangka    mempertahankannya.         

Tanpa     peperangan      dan mengangkat senjata dakwah para nabi akan menjadi pemikiran-pemikiran yang sekadar idealisme yang tidak akan menghentikan seseorang pun dan tidak akan membangkitkan seseorang pun. Kita mengetahui bahawa sebahagian besar nabi berhadapan dengan kelompok besar     dari  masyarakat      yang   menentangnya        dan   berusaha     memeranginya. Mula-mula   mereka   mengejeknya   dan   pada   akhirnya   mereka   berusaha   untuk membunuhnya.         Kita   mengetahui      bahawa     para   nabi   berusaha    mati-matian untuk   memperjuangkan   kebenaran   yang   dibawanya.   Melalui   kisah   para   nabi, kita mengetahui bahawa bagaimana serangan masyarakat, para pembesar, dan para penguasa terhadap para nabi tetapi pada saat yang sama kita seakan-akan tidak melihat bagaimana serangan para nabi terhadap mereka.

Penjelasan dari hal itu sangat mudah. Peperangan yang dibangkitkan oleh kebatilan atas para nabi   didukung   oleh   alat-alat   yang   canggih   dan   sangat   kuat   di   mana   mereka memiliki   berbagai   macam   sarana   untuk   menjatuhkan   para   nabi,   sedangkan para   nabi   hanya   menyandarkan   kekuatan   dari   yang   Maha   Benar,   yaitu   Allah SWT; kekuatan yang tidak berdasarkan pada sebab- sebab tertentu atau tidak peduli dengan tuduhan-tuduhan atau kegaduhan. Para   nabi   hanya   terus   melangsungkan   dakwahnya   yang   berdasarkan   kepada usaha   membangkitkan   akal   dan   hati   serta   menyucikan   roh.   Keteguhan   sikappara    nabi   ini  bagi  musuh-musuh       mereka    merupakan      masalah    yang    besar.

Dakwah      nabi  juga   menjamah      suatu   keluarga    di  mana   seorang    ayah   dapat beriman   sementara   seorang   anak  dapat   menentang  atau   seorang   anak   dapat beriman sementara si ayah dapat menentang atau seorang isteri beriman atau seorang   suami   kafir   atau   seorang   suami   beriman   sementara   si   isteri   kafir. Perbezaan anak laki-laki dengan ayahnya dan seorang isteri dengan suaminya menimbulkan permusuhan di dalam rumah-rumah. Dengan terjadinya hal ini, masyarakat       bergerak    untuk    menentang      nabi   dan    semakin     meningkatkan tekanan-tekanan        mereka     kepadanya     sehingga    permusuhan       dan   kebencian mereka kepada nabi semakin meruncing. Mereka pun berusaha untuk melawan nabi itu yang bagi mereka telah memisahkan antara ayah dan anaknya atau ia datang untuk memisahkan seorang anak perempuan dari ibunya.

Kemudian      seorang    nabi   meletakkan     suatu   undang-undang       bagi  orang    yang mengikutinya, yaitu undang-undang pokok yang membatalkan undang- undang yang tidak sesuai dengannya. Undang-undang ini tampak dalam kalimat nabi:

"pertama-tama cinta kepada Allah dan kemudian cinta kepada nabi dan setelah itu cinta kepada sesama manusia." Makna-makna yang demikian ini tercermin secara   jelas   dari   kalimat-kalimat   Isa   yang   disampaikan   oleh   Injil   Mata   pada pasal ke-10. Al-Masih   berkata:   "Janganlah   engkau   mengira   bahawa   aku   datang   membawa kedamaian      di  bumi,    aku  datang    bukan    hanya   membawa       kedamaian     tetapi pedang. Aku datang untuk menjadikan seorang anak berbeza dengan ayahnya dan     seorang    anak    perempuan      berbeza     dengan     ibunya    sehingga    musuh seseorang justru terdapat pada keluarganya. Maka barang siapa yang mencintai ibunya dan ayahnya lebih dari kecintaannya kepadaku, maka ia tidak berhak mencintaiku,       dan    barang    siapa    yang    mencintai     anak    laki-lakinya    dan perempuannya        lebih   dariku,   maka    ia  tidak  berhak    mengikutiku.     Meskipun kehidupannya   tampak   beruntung   sebenarnya   ia   telah   rugi,   dan   barang   siapa yang kehidupannya merugi kerana aku, maka sebenarnya ia telah beruntung." Penjelas   Injil   mengatakan:   "Pemikiran   orang-orang   Yahudi   tentang   al-   Masih adalah,     ketika   al-Masih   datang,    maka   semua     pengikutnya     akan   merampas kekayaan dan kejayaan di dunia ini lalu ia hanya memberi mereka ketenangan dan kedamaian.

0 comments:

Posting Komentar