Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 31 Maret 2026

Pelanggaran Kaum Yahudi terhadap ketetapan syariat

 Pelanggaran Kaum Yahudi terhadap ketetapan syariat

 Saat yang tepat adalah saat di mana syariat-syariat    tersebut    bertentangan     dengan    kepentingan     peribadi   mereka atau    dapat    menjadi     penghalang     bagi   mereka    untuk    mendapatkan mata pencarian yang haram yang sudah siap masuk pada kantung mereka. Misalnya, terdapat   kaedah   syariat   yang   menetapkan   perjalanan   pada   hari   Sabtu   tidak boleh melebihi dua ribu ela. Namun orang-orang Farisiun mengadakan walimah di   mana   mereka   mengundang   orang-orang   untuk   menghadiri   acara   tersebut pada hari Sabtu,

Pelanggaran Kaum Yahudi terhadap ketetapan syariat


 padahal tempat diadakannya acara itu berjarak lebih dari dua ribu ela dari rumah mereka. Lalu, bagaimana mereka dapat melaksanakan hal tersebut?     Sangat   mudah     sekali.  Mereka    meletakkan     pada    sore  hari  Sabtu sebahagian makanan yang berjarak dua ribu ela dari rumah mereka lalu setelah itu   mereka   mendirikan   suatu   tempat   tinggal   di mana   mereka   dapat   berjalan setelahnya   dan   menempuh   dua   ribu   ela   yang   lain.   Dari   sini   mereka   dapat menambah jarak yang mereka inginkan.

Begitu juga agar mereka menghindar dari larangan membawa sesuatu ke luar rumah pada hari Sabtu, maka mereka membuat tipu daya yang lain. Yaitu mereka mendirikan gerbang-gerbang pintu dan jendela di berbagai jalan sehingga seluruh kota seperti rumah besar yang dimungkinkan   bagi   mereka   untuk   membawa   segala   sesuatu   dan   bergerak   di dalamnya. Contoh lain yang menunjukkan bagaimana orang-orang Yahudi mempermainkan syariat sedangkan mereka mengklaim menjaganya adalah, bahawa syariat Musa menetapkan   agar   seorang   anak   menginfaki   kedua   orang   tuanya   saat   mereka menginjak   usia   tua   dan   memerlukannya.   Tetapi   kaum   Farisiun   memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lari dan menghindar dari tanggung jawab ini dengan suatu tipu daya yang sederhana. Ketika seorang anak dituntut oleh kedua orang tuanya untuk memberi nafkah, maka ia pergi ke para pendeta dan bersepakat       kepada     mereka      untuk    mewakafkan       semua      hartanya     dan kekayaannya   kepada   haikal,   yaitu   tempat   sembahan   kaum   Yahudi.   Saat   itu kedua     orang   tuanya   tidak   mampu     mengambil     sesuatu    pun  darinya.    Ketika mereka      berdua    telah  putus   asa   dan   tidak   lagi  menuntut     padanya    untuk memberi       nafkah,    maka     semua     harta    kekayaannya      akan     dikembalikan kepadanya      oleh   para   pendeta,    dengan    catatan    hendaklah     ia  memberikan bahagian   tertentu   dari   hartanya   kepada   para   pendeta   itu.   Demikianlah   yang terdapat dalam Injil Mata. Di   tengah-tengah      suasana    kebodohan     pemikiran    yang   luar   biasa  ini,  juga terdapat   sikap   keras  kepala   dan   kejumudan   berfikir   yang   mengelilingi   kaum Yahudi. Terdapat tujuh tingkat kesucian dan dua puluh enam solat yang harus mereka   lakukan   saat   mereka   membasuh   tangan   sebelum   memakan   makanan, namun      mereka     menganggap       bahawa      meniadakan      pembacaan       solat-solat sebagai     bentuk    pembunuhan       terhadap    jiwa   dengan     cara   bunuh    diri  dan tercegah     dari   kehidupan     abadi.  

Demikianlah      kekerasan     sikap  masyarakat Yahudi   yang   menunjukkan   bahawa   moral   mereka   telah   rusak   dan   dipenuhi dengan kemunafikan yang tiada taranya. Sementara itu, Isa berjalan menuju tempat beribadah. Orang-orang berjalan di sekelilingnya. Mereka tampak membanggakan pakaian- pakaian yang berwarna dan    berharga     sedangkan     Isa   berjalan    dengan    memakai      baju   putih    dan menampakkan kezuhudannya. Rambut Isa tampak lembut yang mencapai kedua bahunya   dan   tampak   ia   basah   terkena   air   awan   yang   menurunkan   gerimis. Kemudian   kedua   kakinya   berjalan   di   atas   tanah   sehingga   tanah   itu   dipenuhi dengan bau harum yang tidak diketahui sumbernya. Baju yang dipakai oleh Isa terbuat dari bulu domba yang sangat sederhana dan kasar. Meskipun hari itu hari Sabtu,   Isa   memetik buah di   suatu   kebun   dan   mengambil  dua   buah   yang beliau berikan kepada anak kecil yang fakir dan lapar. Tindakan semacam ini menurut      kepercayaan      Yahudi    dianggap    sebagai   tindakan     yang   menentang agama Yahudi. Isa   mengetahui   bahawa   menjalankan   agama   yang   hakiki   bukan   terletak  pada ketaatan luaran sementara hati jauh dari sikap rendah diri. Oleh kerana itu, Isa mencabut buah dan memberikan makan kepada manusia pada hari Sabtu. Beliau   menyalakan   api   untuk   wanita-wanita   tua   sehingga   mereka   tidak   mati kedinginan. Isa   sering   mengunjungi      tempat     sesembahan      orang   Yahudi.    Isa  berdiri   di dalamnya      dan   mengamati      para   pendeta    dan   manusia    yang   hilir  mudik    di sekitarnya. Sesampainya Isa di tempat sembahan, ia berdiri di dalamnya. Isa mengamat-amati apa yang ada di dalamnya. Dinding-dinding tempat beribadah itu terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum. Di samping itu, terdapat     kelambu-kelambu   yang   terbuat        dari  kain-kain   yang   mengagumkan yang   dicampur   dengan   emas.  

Juga   terdapat   lampu-lampu   yang   terhulur   dari atap dan juga ada lilin-lilin yang memenuhi ruangan dengan cahaya. Meskipun demikian, kegelapan menyelimuti hati orang- orang yang ada di situ. Nabi    Isa  berdiri   cukup    lama   di  tempat     penyembahan       itu.  Setiap   kali  ia memutarkan   wajahnya,   ia   mendapati   para   pendeta   di   sana.   Terdapat   dua puluh ribu pendeta. Nama-nama mereka tercatat dalam haikal. Mereka adalah kaum     Waliyun    yang   memakai     saku-saku    yang   besar   yang   di  dalamnya     ada kitab-kitab syariat. Sedangkan kaum Farisiun, mereka memakai pakaian yanglebar yang sisi-sisinya tertenun dengan emas. Mereka adalah pembantu haikal yang    resmi    dengan    memakai      baju-baju mereka     yang   putih.   

Adapun    kaum Shaduqiyun   adalah   kelompok  para   pendeta   aristokrat   yang   bersekutu   dengan penguasa di mana mereka memperoleh kekayaan melalui persekutuan ini. Nabi Isa memperhatikan bahawa jumlah pengunjung haikalita lebih sedikit daripada jumlah     para    pendeta     dan   para    tokoh   agama.     Tempat      penyembahan       itu dipenuhi     dengan     kambing     dan   merpati    yang    dibeli   oleh   para   pengunjung tempat      penyembahan   itu.  Mereka    menyerahkannya         sebagai   korban    kepada Allah.   Yaitu   korban   yang   disembelih   di   dalam   tempat   persembahan   di   atas tempat      penyembelihan.       Alhasil   setiap   langkah     yang   diayunkan     oleh   para pejalan di tempat penyembahan itu akan menghasilkan wang. Di   tempat     penyembahan       Yahudi    itulah   tersingkap   hakikat    kehidupan     kaum Yahudi.   Nilai   satu-satunya   yang   disembah   oleh   manusia   di   zaman   itu   adalah wang. Jadi, kemewahan materi atau kekayaan adalah nilai satu-satunya yang kerananya   manusia   akan   bergulat   satu   sama   lain.

 Dalam   hal   itu,   tidak   ada perbezaan         antara      tokoh-tokoh        pembawa         ajaran      syariat     dengan manusia-manusia biasa. Kaum Shaduqiyun dan kaum Farisiun bekerja sama di antara mereka di dalam haikal itu seakan-akan mereka di dalam suatu pasar di mana      mereka    memanfaatkannya         untuk    diri  mereka dengan    terus   mencari korban-korban        di   dalamnya.      Sering   kali   kaum     Shaduqiyun      dan   Farisiun berseteru      dalam     persoalan     syariat   dan    hukum.     Demikian     juga,    mereka berseteru   dalam   menentukan   korban   yang   harus   mereka   raih   di   haikal   itu. Kaum Farisiun berpendapat bahawa haiwan-haiwan korban itu harus dibeli dari harta haikal sedangkan kaum Shaduqiyun menganggap bahawa harta dari haikal adalah   hak   mereka.  

Oleh   kerana       itu,   mereka   menganggap   bahawa   haiwan korban   itu   harus   dibeli   dengan   jumlah   tersendiri.   Begitu   juga   kaum   Farisiun mewajibkan        untuk    membakar        haiwan     yang    disembelih     di  atas   tempat penyembahan,          sedangkan      kaum     Shaduqiyun      mereka      mengambil      haiwan sembelihan ini untuk diri mereka sendiri. Di   dalam   Talmud   disebutkan   bahawa   kaum   Shaduqiyun   menjual   merpati   di toko-toko      mereka      yang    mereka     miliki.    Mereka     sengaja    memperbanyak kesempatan-kesempatan   yang   diharuskan   di   dalamnya   untuk   mengorbankan burung-burung   merpati   sehingga   harga   seekor   burung   merpati   saja   mencapai beberapa   Dinar.   Melihat   hal   itu,   salah   satu   tokoh   Farisiun   yaitu   Sam'an   bin Amlail mengeluarkan fatwa yang intinya mengurangi kesempatan-kesempatan yang diharuskan di dalamnya seseorang menyerahkan merpati sebagai korban. Setelah itu, harga burung cuma mencapai seperempat Dinar. Pergelutan antara kedua     kelompok      itu  mendatangkan       pukulan    berat    bagi   pemilik   toko   yang menyimpan burung merpati terutama anak-anak dari kepala pendeta.

0 comments:

Posting Komentar