Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 22 Januari 2026

Mukjizat Nabi Sulaiman AS

Mukjizat Nabi Sulaiman AS

Nabi Sulaiman mampu mendengar bisikan semut yang berbicara dengan sesama mereka, bahkan ia mampu memerintahkan semut tersebut sehingga semut itu taat   kepada    perintahnya.   Pasukan    Nabi   Sulaiman   memiliki   kekuatan    yang sangat    dahsyat   di  dunia.  Belum   pernah   ada   di  dunia  suatu  pasukan    yang memiliki kekuatan seperti ini, Kekuatan Nabi Sulaiman berasal dari beberapa kombinasi     yang   sangat   mengagumkan      sehingga   kerananya    ia  tidak   dapat tertanding.     Kekuatan    itu  terdiri   dari  manusia,    jin,   dan   burung.  

Mukjizat Nabi Sulaiman AS

Kita mengetahui bahawa jin adalah makhluk Allah s.w.t dan manusia tidak mampu melihatnya   atau   menghadirkannya   atau   meminta   pertolongannya,   sedangkan Sulaiman   telah    diberi  Allah  s.w.t   kemampuan   untuk   menundukkan   jin   dan memperkerjakan   mereka    sebagai    tentera   di  tengah-tengah     peperangan, bahkan     ia  mampu     menjadikan    mereka    sebagai    pekerja-pekerja    kasar   di kerajaannya saat tidak ada peperangan. Ketika ada pasukan lain yang mencuba melawan   pasukan   ini,   maka   mustahil   mereka   akan   merasakan   kemenangan. Bahkan     pasukan   Sulaiman   juga   diperkuat   oleh  pasukan    burung.   Burung   di pasukan Sulaiman memerankan tugas penting. Yaitu apa yang kita kenal saat  ini dengan istilah badan perisikan. Kita mengetahui bahawa peranan informasi

saat    peperangan     adalah    hal  yang   sangat   penting.    Dari  informasi    tersebut, pasukan   dapat   mengetahui   keadaan   musuhnya.   Demikianlah   peranan   burung pada     pasukan    Sulaiman.    Ia  terbang    di  tengah-tengah      musuh     kemudian     ia kembali      kepada    Sulaiman     untuk    menyampaikan        berita    tentang    keadaan musuhnya.   Di   samping   jin   dan   burung,   Allah   s.w.t   juga   menundukkan   angin untuk Sulaiman. Nabi Sulaiman dapat memerintah angin dan ia mampu untuk menaiki angin bersama tenteranya.

Sekarang,      kita  mengetahui      bahawa      ide  adanya     pesawat     terbang    adalah berangkat   dari   usaha   memanfaatkan   udara   di   mana   pesawat   tersebut   dapat terbang   di   dalamnya   meskipun   ia   lebih   berat   darinya.   Namun   sejak   dahulu Allah s.w.t   memberikan   kemampuan   ini kepada   Sulaiman   di mana   ia   mampu menundukkan angin dan menggunakannya demi kepentingannya. Oleh kerana itu, pasukan Sulaiman juga terdiri dari pasukan udara pada saat di mana tak seorang pun memimpikan untuk terbang di udara. Barangkali mukjizat ini yang Allah    s.w.t   berikan    kepada    Sulaiman     menjadi    sebab    kejayaan     militernya sehingga pasukannya tidak tertanding. Allah s.w.t berfirman:

"Dan     dihimpunkan       kepada     Sulaiman     tenteranya     dari   jin,  manusia     dan burung, lalu mereka diatur dengan tertib (dalam barisan)." (QS. an- Naml: 17)

"Kemudian       Kami    tundukkan      kepada    angin   yang    berhembus      dengan     baik menurut       kemana     saja  yang    dikehendakinya,       dan   (Kami    tundukkan      pula kepadanya)       syaitan-syaitan     semuanya      ahli  bangunan      dan   penyelam,     dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu. Inilah anugerah Kami;, maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada   pertanggungan   jawab.   Dan   sesungguhnya   dia   mempunyai   kedudukan yang dekat pada sisi Kami dan tempat kembali yang baik." (QS. Shad: 36-40)

0 comments:

Posting Komentar