Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 04 Desember 2025

Keluhan bani israil kepada Nabi Musa AS dan tipu daya firaun

 Keluhan bani israil kepada Nabi Musa AS dan tipu daya firaun

Fir'aun   menghadapi   masalah   baru. Fir'aun mengadakan serangkaian pertemuan- pertemuan penting di istananya. Fir'aun    memanggil      penanggung      jawab    tentera  dan    pasukan.    Fir'aun   juga memanggil   apa   saat   ini   dinamakan   dengan   kepala   intelejen.   Bahkan   Fir'aun juga   memanggil  para   menteri   dan   para   penjabat   serta   tukang-tukang   dukun. Jadi,   Fir'aun   memanggil   semua yang   mempunyai   kekuatan   untuk   mengubah jarum sejarah.

Keluhan bani israil kepada Nabi Musa AS dan tipu daya firaun


Fir'aun    bertanya    kepada     kepala   intelejennya:     "Apa    yang   dikatakan    orang- orang?" Ia berkata: "Anak buahku telah kusebar di antara khalayak dan mereka mendapat informasi bahawa Musa dapat memenangkan perlumbaan itu kerana ia   berhasil   membikin   suatu   konspirasi   bersama   para   tukang   sihir."   Kemudian Fir'aun bertanya kepada salah seorang ketua keamanan: "Apa yang terjadi pada jasad-jasad tukang sihir?" Ia berkata: "Anak buahku menggantunginya di tempat umum   dan   di   pasar-pasar   untuk  menakuti manusia   dan   kami sebarkan   berita bahawa Fir'aun akan membunuh setiap orang yang memiliki persekongkolan." Lalu   Fir'aun   bertanya   kepada   komandan   pasukan:   "Apa   yang   dikatakan   oleh pasukan?"   Ia   menjawab:   "Mereka   menginginkan           agar   mendapatkan       perintah untuk   bergerak   di   tempat   mana   pun   yang   ditentukan   oleh   Fir'aun."   Fir'aun berkata: "Belum datang giliran pasukan maka akan datang gilirannya." Fir'aun    kemudian     terdiam.    Lalu   Haman     salah   seorang    ketua   para   menteri bergerak   dan   mengangkat   tangannya   dan   ia   mulai   meminta   untuk   berbicara, dan     Fir'aun   mengizinkan      kepadanya.     Haman      berkata:    "Apakah     kita  akan membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di muka bumi dan mereka      mengalihkan      ibadah    kepada     selainmu?"    Fir'aun   berkata:    "Sungguh engkau      dapat    membaca       fikiranku    wahai    Haman.      Kita   akan    membunuh anak-anak mereka dan akan mempermalukan perempuan-perempuan mereka. Aku memiliki kekuasaan di atas mereka." Pasukan   Fir'aun   pergi   untuk   membunuh   anak-anak   laki   dari   Bani   Israil   dan menodai   kehormatan   wanita-wanita   mereka,   serta   memenjarakan   siapa   pun yang   menentang.

  Musa   berdiri   menyaksikan   apa   yang   terjadi   tanpa   mampu turut   campur   dan   tanpa   mampu   mencegahnya.   Yang   beliau   lakukan   hanya memerintahkan kaumnya untuk bersabar. Beliau memerintahkan mereka untuk meminta pertolongan kepada Allah s.w.t dan bersabar atas segala ujian. Beliau menjadikan para tukang sihir sebagai teladan bagi mereka di mana tukang sihir Mesir   itu   mampu   menahan   derita   di   jalan   Allah   s.w.t   tanpa   berkeluh   kesah. Nabi     Musa   memberitahu       mereka     bahawa      tentera-tentera      Fir'aun   berbuat aniaya   di   muka   bumi   yang   seakan-akan   bumi   adalah   milik   khusus   mereka. Sebenarnya       Allah   s.w.t   akan   mewariskan       bumi   kepada     orang-orang     yang bertakwa. Kemudian   intimidasi   yang   dilakukan   Fir'aun   sangat   mempengaruhi   jiwa   Bani Israil   sehingga    mereka    merasakan      kekalahan     dan   pesimis.  

Mereka     berkata kepada Musa: "Wahai Musa kami sangat menderita sebelum kedatanganmu dan sesudah      kedatanganmu,        anak-anak     dibunuh     sebelum      kedatanganmu       sesudah   kedatanganmu."   Seakan-akan   mereka   berkata   kepada   Musa   bahawa keberadaanmu tidak memberikan manfaat sedikit pun. Kami tetap merasakan kesendirian.   Musa   menolak   kebodohan   mereka   ini.   Ia   memberitahu   mereka bahawa      Allah   s.w.t  akan    menghancurkan       musuh-musuh       mereka,    kemudian Allah    s.w.t  akan    menjadikan     bumi    dikuasai   oleh   mereka.     Tetapi   lagi-lagi mereka   tetap   mengadu   kepada   Musa   dan   tampak   bahawa   mereka   tidak   kuat lagi menahan penderitaan yang mereka alami. Musa   menghadapi   keadaan   yang   sulit.   Beliau   berusaha   melawan   kemarahan Fir'aun dan konspirasinya. Pada saat yang sama, Nabi Musa mendengar keluhan kaumnya. 

0 comments:

Posting Komentar