Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 20 Oktober 2025

Kisah Mimpi Nabi Yusuf A.S

 Kisah Mimpi Nabi Yusuf A.S

 Pada   mulanya   kisah   itu   mengungkap   mimpi   dan pada   akhirnya   menakwilkan   mimpi   ini.   Mimpi   para   nabi   pasti          selalu   berisi kebenaran, di mana Allah s.w.t menyingkapkan di dalamnya berbagai peristiwa yang     belum     pernah     terjadi    sebelumnya.       Pada    awal     kisah,   kita    tidak mengetahui bahawa Yusuf adalah seorang Nabi. 

Kisah Mimpi Nabi Yusuf A.S

Begitu juga konteks Al-Qur'an terkesan      menyembunyikan         nama    ayahnya,     yaitu   Nabi    Yakub    sebagaimana disampaikan       oleh  Nabi   saw.    Jadi,  kita  berhak    untuk    merenungkan      mimpi tersebut   dengan   penuh   kehairanan.   Layar   akal   pertama-tama   menampilkan pemandangan mimpi. Perhatikanlah filem yang dimulai dengan mimpi. Mimpi identik dengan tidur, dan permulaan kisah apa pun yang dimulai dengan tidur tidak    terlepas    dari  rasa   ngantuk.    Tetapi    yang   perlu   diperhatikan     adalah faktor-faktor daya tarik cerita itu sendiri. Al- Qur'an menceritakan bagaimanaNabi Yusuf menyampaikan mimpinya kepada ayahnya:

"(Ingatlah),      Ketika    Yusuf     berkata     kepada      ayahnya:     'Wahai     ayahku, sesungguhnya   aku   bermimpi   melihat   sebelas   bintang,   matahari   dan   bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)

Amatilah      bentuk    tentangan      yang   diwujudkan      oleh    adanya     mimpi    yang membangkitkan   daya   khayal.   Perhatikanlah   potensi   imaginasi   bagaimana   ia menjalankan        aktivitinya.   Sesungguhnya       otak   manusia     merupakan      sumber masalah   di   mana   ia   menciptakan   di   dalamnya   suatu   gambar   dari   sujudnya matahari, bulan dan bintang. Dengan gambaran mukjizat ini yang menentang imaginasi para ahli seni dan filem, kisah Nabi Yusuf dimulai. Atau, dimulailah video   visual   dari   kisah   Nabi   Yusuf   sebagaimana   yang   diceritakan   oleh   Allah s.w.t     dalam     kitab-Nya.     Nabi    Yusuf    melihat     mimpi     dan    ia  sekarang membeberkannya kepada ayahnya:

"Ayahnya      berkata:    'Hai   anakku,    janganlah     kamu    ceritakan    mimpimu      itu kepada       saudara-saudaramu,          maka     mereka       membuat       makar      (untukmembinasakan)mu.   Sesungguhnya   setan   itu   adalah   musuh   yang   nyata   bagi manusia.'" (QS. Yusuf: 5)

Si   ayah   mengingatkannya        agar  jangan    sampai    ia  menceritakannya       kepada saudara-saudaranya.          Sesungguhnya        saudara-saudara       Nabi     Yusuf     tidak mencintainya dan tidak menyukai kedekatannya dengan ayahnya, dan mereka juga tidak simpati dengan perhatian si ayah padanya. Yusuf bukanlah saudara kandung      mereka     di  mana    Nabi    Yakub    menikahi    isteri  kedua    yang    tidak melahirkan      baginya    anak-anaknya      dan   lahirlah   darinya   Yusuf    dan   saudara kandungnya. Yusuf bin Yakub dan Yakub bin Ishak bin Ibrahim. Salasilah suci dalam   kitaran   suci.   Ketika   mendengar   mimpi   anaknya,   Nabi   Yakub   merasa bahawa      anaknya    itu  akan    mengembang       suatu   urusan    besar,   yaitu   kitaran kenabian   yang   berada   di   sekitarnya.   Sebahagian   ulama   berkata:   "Nabi   Yakub merasa bahawa Allah s.w.t memilih Yusuf melalui mimpi ini":

"Dan   demikianlah   Tuhanmu,   memilih   kamu   (untuk   menjadi   nabi)   dan   di ajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari tabir mimpi-mimpi." (QS. Yusuf: 6)

Makna   takwil   adalah   mengetahui   akhir   dari   sesuatu   dan   kemampuan   untuk menyingkap   suatu   kesimpulan,   juga   mengetahui   rahsia   yang   belum   terjadi. Lalu apa yang dimaksud dengan alhadis? Mereka mengatakan bahawa ia adalah mimpi.     Nabi    Yusuf   akan   mampu      mentafsirkan     mimpi    di  mana     melalui simbol-simbolnya yang tersembunyi, ia mampu melihat apa yang akan terjadi di     masa     depan.     Ada     yang    mengatakan        bahawa      alhadis    adalah peristiwa-peristiwa.      Nabi    Yusuf   akan   mengetahui      kesudahan     dari   suatu peristiwa,     baik   dari   permulaannya       dan   akhirannya.     Allah   s.w.t    akan memberikan ilham padanya sehingga ia mengetahui takwil mimpi.

"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. Yusuf: 6)

Pada    akhir   pembicaraannya,      Nabi   Yusuf   mengembalikan      ilmu   dan   hikmah kepada     Allah  s.w.t.  Sebahagian     ulama   ada   yang  mengatakan      bahawa    ayat tersebut   bukan   termasuk   bahagian   dari   dialog   Nabi   Yakub   bersama   anaknya Yusuf, namun ia merupakan pujian dari Allah s.w.t terhadap Yusuf. Perkataan tersebut   dimasukan   dalam   rangkaian   kisah   sejak   permulaannya,   padahal   ia bukan bahagian darinya. Jadi, sejak semula Nabi Yusuf dan Nabi Yakub tidak mengetahui   takwil   dari   mimpinya.   Kami   memilih   pendapat   ini   (pendapat   ini dikemukakan       oleh  al-Qurthubi    dalam   tafsirnya:   Al-Jami'  li  Ahkamil   Qur'an. Kalau    begitu,   kita  memahami      dialog   dalam  bentuk    pemahaman      yang   lain.

Sesungguhnya Allah s.w.t menceritakan di sini bagaimana Dia memilih Yusuf. Ini bererti proses kenabian Yusuf, dan bukan mengajarinya untuk menakwilkan mimpi   serta   memberitahunya   tentang   hakikat   simbol-simbol   yang   ada   dalam kehidupan   atau   dalam   mimpi,   selain   mukjizat-mukjizatnya   sebagai   seorang nabi.   Dan   Allah   s.w.t   Maha   Mengetahui   kepada   siapa   agamanya   diserahkan. Nabi Yakub   mendengarkan   mimpi   anaknya   dan   mengingatkannya   agar   jangan menceritakannnya   kepada   saudara-   saudaranya.   Yusuf   memenuhi   permintaan ayahnya. Ia tidak menceritakan pada saudara-saudaranya apa yang dilihatnya.

0 comments:

Posting Komentar