Ia kemudiannya dikaitkan
dengan teks magik yang muncul dalam banyak budaya di seluruh dunia dan mencakup
beragam topik misteri
Seseorang dikatakan mampu mendapatkan kekuatan
ghaib, mentera, petunjuk untuk membuat barang sakti, azimat atau artifak yang
berisi sesuatu yang mistik
Berikut adalah beberapa kitab atau buku tentang
ilmu sihir yang pernah wujud di dunia.
1. Kitab Galdrabok
Manuskrip ini menjadi
kitab kuno yang ia dikenalpasti mula dicatat dan dikumpulkan sekitar tahun
1550-1650 Masihi
Kitab ini kononnya berisikan 47 buah jenis mantera
sihir yang dikumpulkan dari empat orang penyihir legenda Iceland
Beberapa pakar yang mengkaji buku ini menyimpulkan
bahawa isi Kitab Galdrabok terdiri dari pelbagai mantera sihir seperti mantera
yang memberikan kesan positif dalam penyembuhan tubuh badan manusia, namun di
sebalik itu, mantera di dalam buku ini juga terisi dengan mantera yang dicipta
untuk tujuan jahat seperti membunuh
Hanya tiga buah mantera sahaja yang dikenalpasti
digunakan oleh ahli sihir sebagai resipi untuk membuat ‘potion’ atau untuk
tujuan perubatan
Lapan buah mantera dalam buku ini pula digunakan
untuk mendapatkan kekuatan yang mampu mengalahkan manusia atau musuhnya
sehingga ianya dikategorikan sebagai mantera yang mematikan
Buku ini diterbitkan kepada umum buat pertama kali
pada tahun 1921 oleh Adolf Natanael Lindqvist yang diterjemahkan ke dalam
bahasa Sweden
Edisi pertama terjemahan bahasa Inggeris pula
diterjemahkan oleh Stephen Flower pada tahun 1989
Pada tahun 1995, Stephen Flower mengeluarkan buku
ini ke dalam edisi kedua dengan beberapa pembetulan tatabahasa disertai dengan
nota
Setiap mantera yang ada di dalam kitab ini
berisikan pelbagai bait-bait ayat sihir bangsa yang menetap di Iceland sejak
zaman dahulu
2. The Black Pullet (La Poule Noire)
Kitab the Black Pullet
ini menjadi kitab ilmu sihir yang cukup terkenal di kalangan bangsa Eropah
kuno, khususnya di belahan negara Perancis
Dikisahkan, buku ini mula ditulis oleh salah
seorang tentera dari pasukan Napoleon Bonaparte yang ketika itu sedang
menakluki Mesir
Tentera ini tercedera dalam sebuah pertempuran
lalu beliau diselamatkan oleh seorang lelaki misteri (berkemungkinan ahli sihir)
Lelaki misteri itu kemudiannya mengajar beliau
cara-cara untuk menghasilkan azimat atau tangkal dari bahan seperti sutera dan
besi serta seni ilmu hitam Kabbalah melalui sebuah manuskrip sihir Mesir kuno
yang diambil dari perpustakaan Alexandria ketika era Ptolemy I
Ilmu sihir lelaki misteri tersebut dicatatkan
kembali oleh tentera ini dan dikumpulkan di dalam buku yang dikenali sebagai La
Poule Noire
Mengikut pelbagai sumber, buku ini mengandungi 22
cara untuk menghasilkan azimat ke dalam bentuk cincin ataupun tangkal yang
masing-masing memberi keistimewaan kepada pemakainya
3. Kitab Picatrix (Ghayat al-Hakim)
Picatrix yang
kebanyakannya menerangkan tentang ilmu astrologi, sebenarnya terkenal sebagai
sebuah buku yang menjelaskan teori pembentukan alam semesta atau dikenali
sebagai teori kosmologi
Kitab aslinya dalam bahasa Arab bertajuk Ghayat
al-Hakim ini ditulis pada pertengahan abad ke-11
Jika nama ini diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris ianya berbunyi, ‘The Aim of the Sage’ atau ‘The Goal of the Wise’
Buku ini awalnya diterjemahkan ke dalam bahasa
Sepanyol sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1256 Masihi
oleh seseorang untuk dihadiahkan kepada Raja Alfonso the Wise dengan menyandang
nama sebagai buku ‘Picatrix’
Buku ini mengumpulkan koleksi pelbagai manuskrip
kuno ilmu sihir yang digunakan secara meluas pada abad ke sembilan dan
kesepuluh sebelum Masihi
Pacitrix dibahagikan kepada empat buah bahagian
utama iaitu Book I, Book II, Book III dan Book IV, yang mana setiap bahagiannya
mempunyai pelbagai cabang ilmu sihir melalui 55 buah sihir astrologi, 22 buah
kebaikan azimat, cara membuat ‘potion’ cinta, mencari harta karun, menyuburkan
hasil tanaman dan lain-lain lagi
Namun, beberapa orang percaya buku Picatrix adalah
sebuah kitab ilmu sihir yang mengajar pembacanya untuk mendapatkan kekuatan
sihir dengan mengetahui melalui penyelarasan kitaran bulan, waktu dan tata atur
tertentu dari beberapa planet yang terdapat di dalam sistem suria
Salah satu ajaran ataupun ilmu sihir yang didapati
di dalam buku ini melalui terjemahan John Michael Greer adalah,“Ambil empat
gram darah anjing hitam, dua gram darah babi beserta otaknya dan satu gram otak
keldai. Campurkan kesemua bahan tersebut sehingga hancur. Jadikan ia sebagai
minuman dan berikan minuman ini kepada mangsa. Mangsa yang meminum minuman ini
akan membenci kamu seumur hidup.”
4. Kitab
Abramelin
Kitab Abramelin atau
lebih dikenali dengan nama ‘The Book of Abramelin’ juga diyakini sebagai kitab
yang mengajarkan tentang ilmu sihir
Kitab ini diawali dengan sebuah kisah yang
menceritakan seorang ahli sihir Mesir bernama Abra-Melin atau lebih dikenali
sebagai Abramelin
Namanya menyamai dengan nama ahli sihir mitos
‘Merlin’
Abramelin digambarkan sebagai sosok yang zuhud,
tidak terpengaruh kepada harta duniawi. Hanya hidup beribadah kepada Tuhannya
Sekitar tahun 1362 M – 1458 M
Abramelin merupakan seorang ahli sihir semi-mitos
yang terkenal mengajarkan ilmu sihir Kabbalah ke atas masyarakat Mesir dan
segala mantera sihirnya ini dimuatkan ke dalam bukunya yang bertajuk ‘The Book
of Abramelin’
Abramelin dikenal pasti tinggal di padang pasir
luar wilayah Arachi (sebuah kota kuno Tamadun Mesir yang berhampiran dengan
sungai Nil)
Abramelin mempunyai seorang anak murid bernama
Abraham the Worm dan beliau memberikan dua buah manuskrip sihir iaitu ‘Divine
Science’ dan ‘True Magic’ kepada anak muridnya ini setelah Abraham mengikat
janji setia untuk mengubah hidupnya kepada seorang yang warak dan menyembah
ajaran Tuhan Abramelin ‘The Way and Law of the Lord’
Dua buah manuskrip ini hanya diberikan kepada
orang yang dipercayainya sahaja
Pengamal sihir ajaran Abramelin harus melakukan
sebuah ritual misteri seperti bertemu dengan malaikat penjaga untuk mendapatkan
ilmu sihir secara langsung dan kuat
Buku ini dipercayai terisi dengan ajaran-ajaran
untuk mengawal kekuatan iblis dan membuatnya menuruti semua perintah ahli
sihir, menemui harta karun, terbang di langit, menjadi halimunan dan
kemampuan-kemampuan lainnya yang tidak terjangkau akal manusia
Buku ini akhirnya diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris oleh Samuel Liddell MacGregor Mathers di bawah tajuk ‘The Book of
Abramelin the Mage’ pada tahun 1898 yang dibahagikan kepada tiga buah fasa
iaitu Book I mengandungi 12 tajuk, Book II pula mengandungi 20 tajuk dan
terakhir Book III mengandungi 30 tajuk kesemuanya
5. Kitab
Luratus Honori (Liber Juratus)
Kitab yang ditulis oleh ahli
sihir bernama Liber Juratus Honorii ini diyakini sebagai buku petunjuk ilmu
sihir yang paling dahsyat pada abad pertengahan
Ini kerana segala isi di dalam buku ini
menjelaskan cara-cara untuk mendapatkan ilmu sihir yang mengerikan
Menurut sumber, isi kitab yang juga dikenali
dengan nama ‘The Sworm Book of Honorius’ ini mengajarkan cara menyeru iblis,
malaikat atau roh untuk berdamping dengan ahli sihir bagi mendapatkan kemampuan
tertentu seperti meramal masa hadapan seperti tukang tilik (fortune teller)
Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dan Latin dengan pelbagai versi seperti:The Sworn Book of Honorius: Liber
Iuratus Honorii oleh Joseph H. Peterson.The Sworn Book of Honourius the
Magician oleh Daniel Driscoll.Liber Iuratus Honorii: A Critical Edition of the
Latin Version of the Sworn Book of Honorius oleh Gosta Hedegård.
0 comments:
Posting Komentar