Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 30 April 2026

Kisah Dua orang Laki-laki Membelah dada Nabi Muhammad Saw

 Kisah Dua orang Laki-laki Membelah dada Nabi Muhammad Saw

   Di   tengah   hari, saudaranya   berlari-lari dalam   keadaan   takut dan menangis sambil berteriak bahawa Muhammad telah terbunuh. Muhammad diambil   oleh   dua   orang   laki-laki   yang   memakai   baju   yang   putih   lalu   kedua orang itu menelentangkannya dan membelah dadanya. Mendengar hal itu, Halimah sangat kejut dan terpukul. 

Kisah Dua orang Laki-laki Membelah dada Nabi Muhammad Saw


Ia segera pergi sambil berlari mencari Muhammad dan diikuti oleh suaminya yang mengikuti petunjuk anak kecil dari saudara Muhammad. Akhirnya, mereka menemukan Muhammad sedang     duduk    di  atas  tanah    di  mana    wajahnya     tampak    pucat    dan   kedua matanya menyala. Halimah dan suaminya mencium dengan lembut dan mulai menampakkan kasih sayangnya.      Kemudian      mereka     bertanya,     "apa   yang    terjadi?"   Muhammad menjawab:   "Ketika   aku   memperhatikan   domba-domba   yang   sedang  bermain aku   dikejutkan   dengan   kedatangan   dua   orang   yang   memakai   pakaian   yang putih.   Mula-mula   aku   menyangka   bahawa   mereka   adalah   burung   yang   besar, namun ternyata aku salah. Mereka adalah dua orang yang tidak aku kenal yang memakai   pakaian   warna   putih.   Salah   seorang   dari   mereka   berkata   kepada temannya       dengan  menunjuk      ke  arahku,    "Apakah     ini  anaknya?"    Yang    lain menjawab,   "benar."   Aku   merasakan   ketakutan   yang   luar   biasa.

  Lalu   mereka mengambilku        dan   menidurkan      aku    serta   membelah      dadaku     dan   mereka mengambil   sesuatu   darinya   hingga   mereka   mendapatinya   dan   membuangnya jauh-jauh. Setelah itu, mereka bersembunyi laksana bayangan." Hadis tersebut diriwayatkan oleh Anas dan juga diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad.   Para   mufasir   berbeza   pendapat   tentang   simbolisme   yang   dalam   ini. Sebahagian   besar   ulama   menakwilkan   peristiwa   tersebut.   Pakar-pakar   klasik, seperti     Qurthubi     berpendapat       bahawa     peristiwa     itu   diisyaratkan     oleh firman-Nya:  "Bukankah   Kami   telah   melapangkan   untukmu   dadamu?.   "   (QS. Alam Nasyrah: 1) Sedangkan   tokoh-tokoh   hadis,   seperti   Ghazali   berpendapat   bahawa   manusia istimewa seperti Muhammad saw tidak mungkin terlepas dari bimbingan Ilahi dan    tidak   mungkin     terkena   waswas     sekecil   apa   pun   yang   biasa   menimpa manusia biasa. Jika suatu kejahatan menjadi suatu gelombang yang memenuhi cakerawala,      maka    di  sana    terdapat    hati  yang    segera   memungutnya        dan terpengaruh dengannya, namun hati para nabi dengan adanya bimbingan Allah SWT tidak akan terpanggil dan tidak terkena arus kejahatan tersebut. Dengan demikian, usaha para nabi terfokus pada peningkatan kemajuan atau ketinggian,     bukan    memerangi      kerendahan.    

Diriwayatkan     oleh   Abdillah   bin Mas'ud bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada seseorang di antara kalian kecuali   ia   diawasi   oleh   temannya   dari   kalangan   jin   dan   temannya   dan   dari kalangan     malaikat."    Para   sahabat    berkata:    "Apakah     hal  itu  juga   berlaku kepadamu       wahai     Rasulullah?"    Beliau   menjawab:      

"Ya,  tetapi    Allah   SWT membantuku,   sehingga   ia   berserah   diri   dan   tidak   memerintahkan   kepadaku kecuali dalam kebaikan." Begitulah sikap orang-orang yang dahulu dan para ahli hadis berkaitan dengan peristiwa     pembelahan      dada.   Kami    kira  bahawa     kejadian    yang   luar   biasa tersebut berhubungan dengan persiapan Nabi untuk melalui Isra' dan Mi'raj. Ia merupakan perjalanan di mana Rasulullah saw akan menebus alam angkasa dan akan    mencapai      alam   langit.   Kemudian     beliau   akan    melampaui     alam    ini, sehingga sampai di Sidratul Muntaha yang di sana terdapat Janatul Ma'wah. Pandangan tersebut kembali kepada pendapat kami yang mengatakan bahawa peristiwa pembelahan dada berulang lebih dari sekali saat Rasul saw mencapai usia lima puluh tahun.

 Dan peristiwa pembelahan dada terjadi kedua kalinya pada malam Isra' dan Mi'raj. Bukhari     meriwayatkan       dari   Malik    bin   Sh'asha'a   bahawa     Rasulullah     saw menceritakan kepada mereka peristiwa malam Isra' di mana beliau bersabda: "Ketika aku berada di Hathim - atau beliau berkata di Hijr - saat aku dalam keadaan      antara   tidur  dan   bangun,    maka    seorang   datang    kepadaku     lalu  ia membelah antara ini dan ini. Yaitu antara kerongkongan dan perutnya. Beliau melanjutkan: Lalu ia mengeluarkan hatiku dan membawa mangkok dari emas yang penuh dengan keimanan lalu ia menyuci hatiku. Kemudian diulanginya." Kami     kira   bahawa     pembelahan       dada    merupakan      bentuk     simbolis    yang menunjukkan        kesucian   Rasul   saw   dan   sebagai    bentuk   penyiapannya      untuk melalui Isra' dan Mi'raj. Itu merupakan pemberitahuan dari Ilahi bahawa anak ini akan mencapai suatu kedudukan yang belum pernah dicapai oleh manusia dan   tidak   akan   dicapai   manusia   sesudahnya.   Setelah   peristiwa   pembelahan dada, berubahlah kehidupan anak kecil itu di mana sebahagian besar waktunya digunakan      untuk   merenung     dan   menyendiri.     Dari  roman    wajahnya     tampak keseriusan yang biasanya menghiasi wajah orang-orang dewasa. Berlalulah hari demi hari, tahun demi tahun dan Selesailah masa menetapnya bersama   Halimah   di   dusun   Bani   Sa'ad. 

0 comments:

Posting Komentar