Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 29 April 2026

Halimah binti Abi Duaib

 Halimah binti Abi Duaib

Marilah kita telusuri bagaimana Halimah binti Abi Duaib menceritakan kisahnya bersama anak kecil yang disusuinya: "Saat itu terjadi musim tandus dan kami tidak memiliki sesuatu sehingga aku dan suamiku mengalami kemiskinan yang luar    biasa.    Lalu    kami    menetapkan       keluar    ke    Mekah     dan    menemani wanita-wanita   dari   Bani   Sa'ad.   Kami   semua   mencari   anak-anak   yang   masih menyusu      agar   orang    tua  mereka     dapat   membantu       kami   untuk    memenuhi kebutuhan hidup. Binatang   yang   aku   tunggangi   sangat   lemah   dan   sangat   kurus   yang   itu   semua disebabkan   oleh   kekurangan   makanan.   Bahkan   kami   khawatir   kalau-kalau   ia berhenti   di   tengah   perjalanan   dan   mati.  

Halimah binti Abi Duaib

Dan   kami   tidak   tidur   semalaman kerana melihat kondisi anak kecil yang bersama kami. Ia menangis kerana tidak menemukan   makanan   yang   dapat   dimakannya. Ia   menangis  kerana   kelaparan dan tidak mendapat air susu, baik dari air susuku mahupun air susu unta yang dibawa   oleh   suamiku,   sehingga   kami   tidak   dapat   memuaskan   dahaganya.   Di tengah-tengah       malam,     aku    merasakan     keputusasaan.     

Aku    bertanya-tanya bagaimana aku dapat melakukan sesuatu dalam keadaan yang demikian. Akhirnya,   kami   sampai   di   Mekah.   Sementara   itu,   wanita-wanita   yang   ingin mencari   anak-anak   yang   dapat   mereka   susui   telah   mendahului   kami.   Mereka mengambil       anak-anak    kecil  yang   mereka     sukai,  kecuali   satu   anak,   yaitu Muhammad di mana ayahnya telah meninggal dan ia berasal dari keluarga yang miskin meskipun sebenarnya kedudukannya sangat mulia di antara tokoh-tokoh Quraisy.   Oleh   kerana   itu,   wanita-wanita   enggan   untuk   mengasuhnya.   Namun aku dan suamiku tidak sefaham dengan mereka kerana aku tidak peduli dengan keyatiman   dan   kefakirannya.   Kemudian   aku   malu   untuk   kembali   dan   tidak mengambil bayi yang dapat aku susui kemudian. Di samping itu, aku malu jika mendapat   cercaan   dari   wanita-wanita   itu.   Lalu   aku   merasakan   adanya   kasih sayang yang memenuhi hatiku terhadap anak kecil yang tampan itu yang akan diganggu oleh udara yang kotor." Kisah    tersebut    mengatakan       bahawa     saat   anak-anak     kecil  mendapatkan wanita-wanita yang menyusuinya, maka Muhammad bin Abdillah sedang tidur dalam keadaan lapar di ranjangnya yang kasar, tanpa disusui oleh siapa pun. Suatu   hikmah   yang   tinggi   berkehendak   agar   bayi   yang   masih   menyusui   itu menghadapi dunia dalam keadaan yatim dan dalam keadaan kelaparan agar ia dapat   merasakan   penderitaan   anak-anak   yatim   dan   orang-orang   yang   lapar sebelum ia menyelamatkan mereka. Halimah   mengatakan   bahawa   ia   meyakinkan   suaminya   bahawa   ia   merasakan keinginan     yang   kuat   untuk   mengambil     anak   yatim   ini,  sehingga   suaminya menyetujuinya.  

 Halimah    tidak  mengetahui     rahsia   keinginannya    yang   samar agar ia kembali untuk mengambil anak yatim yang masih menyusu ini. Ia tidak mengetahui bahawa Allah SWT telah menanamkan rasa cinta kepada anak kecil itu dalam hatinya seperti Allah SWT menanamkan cinta kepada Musa pada hati isteri Fir'aun. Jika Musa menolak wanita-wanita lain untuk menyusuinya kecuali ibunya   setelah   Allah   SWT   mencegahnya   dari   susuan   wanita-wanita   lain   agar ibunya   merasa   bahagia   dan   tidak   bersedih,   maka   Muhammad   bin   Abdillah   - seorang     anak   kecil  yang   masih   menyusu     dan  mulia   -  -justru  ditolak   oleh wanita-wanita      yang   menyusui,    sedangkan     ia  sendiri  tidak   pernah   menolak seseorang pun. Halimah      kembali     kepadanya       dan    ia   memberitahu       bahawa      ia   akan mengasuhnya.      

Nabi   Muhammad       saw   adalah    seorang   yang   mulia.    Halimah meletakkan   tangannya   di   dadanya,   sehingga   anak   kecil   itu   tertawa.   Halimah mencium   di   antara   kedua   matanya.   la   meletakkannya   di   kamarnya.   Halimah mengetahui       bahawa     kedua    air  susunya    telah   kering,    namun    tiba-tiba    air susunya     memancar       dengan    keras   sebagai    bentuk    kasih   sayang    dan   tanda kebesaran   dari   Allah   SWT.   Kini   Halimah   pun   dapat   menyusuinya.   Apakah   itu merupakan   hikmah   yang   tinggi   di   mana   anak   kecil   tersebut   merasa   cukup dengan   sesuatu   yang   sedikit?   Ataukah   anak   kecil   itu   sudah   dapat   mendidik dirinya   untuk   zuhud   dan   qanaah      sebelum   ia   mendidik   orang-orang   dewasa tentang pengorbanan dan kesatriaan? Halimah kembali ke gurun Bani Sa'ad dan ia membawa Muhammad bin Abdillah. Belum lama ia menyaksikan tanahnya yang tandus sehingga tiba-tiba kebaikan dunia    terbuka    dan   mekar    di  hadapannya,      di  mana     bumi   dipenuhi    dengan kehijau-hijauan   setelah   mengalami   masa   tandus.   Pohon-pohon   berbuah   dan buah   kurma   tampak   berseri-seri   setelah   sebelumnya   layu,   bahkan   susu-susu binatang pun mulai tampak banyak. Allah SWT memberikan berkah-Nya kepada tempat      tersebut.    Halimah    mengetahui      bahawa     kebaikan     ini  telah   datang bersama kedatangan anak kecil yang diberkahi, sehingga cintanya kepada anak itu semakin bertambah. Bahkan suaminya pun menjadi tawanan cinta yang lain kepada Muhammad saw.

Pada suatu hari ia berkata kepada isterinya: "Apakah engkau mengetahui wahai Halimah bahawa engkau telah mengambil seorang anak yang mulia?" Halimah berkata: "Anak kecil itu tidak menangis dan tidak berteriak kecuali ketika ia telanjang." Ketika anak kecil itu gelisah di tengah malam dan tidak tidur, maka Halimah      membawanya        keluar   dari  khemah     dan   ia  berhenti    bersamanya      di bawah sinar bintang. Saat itu anak itu tampak bergembira ketika menyaksikan langit. Setelah kedua   matanya   terpuaskan   oleh   pandangan   ke   arah   langit,   ia pun mulai tidur. Ketika anak itu mencapai tahun yang kedua, maka ia telah disapih, sehingga ibunya     ingin   mengambilnya,        tetapi   Halimah     tidak    kuat   untuk    menahan perpisahan ini. Halimah menjatuhkan dirinya di hadapan kedua kaki sang ibu dan    ia  mulai   menciuminya       dan   ia  meminta     agar   membiarkannya        bersama anaknya   sehingga   anak   itu   benar-benar   kuat   dan   dapat   kembali   menghirup udara     segar   gurun.   Akhirnya,    Rasulullah    saw   tinggal   di  tempat    Bani   Sa'ad sampai   lima   tahun.   Dan   pada   masa   lima   tahun   ini   terjadi   peristiwa   penting yang     terkenal    dengan    peristiwa    pembelahan       dada.    Kehendak     Ilahi   telah menetapkan   kepada   Ruhul   Amin,   yaitu   Jibril   untuk   menemui   Muhammad   bin Abdillah dan membelah dadanya dengan perintah Ilahi serta menyuci hatinya dengan      rahmat     dan   mengeringkannya        dengan     cahaya    dan    mengeluarkan bahagian dunia darinya. Seperti    biasanya    Rasulullah    saw   keluar    pada   suatu   hari   bersama     saudara susuannya       dengan      menunggangi        sekawanan        domba      menuju      tempat penggembalaan.

0 comments:

Posting Komentar