Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki

Selasa, 18 Februari 2025

NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH

 NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH

Menurut   riwayat   sementara   ahli   tafsir,   bahawasanya   tatkala   Nabi   Musa   berada   di Mesir, ia telah berjanji kepada kaumnya akan memberi mereka sebuah kitab suci yang dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang akan memberi bimbingan dan sebagai tuntunan bagaimana cara mereka bergaul dan bermuamalah dengan sesama manusia dan   bagaimana   mereka   harus   melakukan   persembahan   dan   ibadah   mereka   kepada Allah. Di dalam kitab suci itu mereka akan dapat petunjuk akan hal-hal yang halal dan haram, perbuatan yang baik yang diredhai oleh Allah di samping perbuatan-perbuatan yang mungkar yang dapat mengakibatkan dosa dan murkanya Tuhan.

NABI MUSA a.s. BERMUNAJAT DENGAN ALLAH


Maka   setelah   perjuangan   menghadapi   Fir'aun   dan   kaumnya   yang   telah   tenggelam binasa di laut, selesai, Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberinya sebuah kitab suci   untuk   menjadi   pedoman   dakwah   dan   risalahnya   kepada   kaumnya.   Lalu   Allah memerintahkan kepadanya agar untuk itu ia berpuasa selama tiga puluh hari penuh, iaitu   semasa   bulan   Zulkaedah.   Kemudian   pergi   ke   Bukit   Thur   Sina   di   mana   ia   akan diberi   kesempatan   bermunajat   dengan   Tuhan   serta   menerima   kitab   penuntun   yang diminta. Setelah   berpuasa   selama   tiga   puluh   hari   penuh   dan   tiba   saat   ia   harus   menghadap kepada Allah di atas bukit Thur Sina Nabi Musa merasa segan akan bermunajat dengan Tuhannya   dalam   keadaan   mulutnya   berbau   kurang   sedap   akibat   puasanya.   Maka   ia menggosokkan   giginya   dan   mengunyah daun-daunan   dalam   usahanya   menghilangkan bau mulutnya.

 Ia ditegur oleh malaikat yang datang kepadanya atas perintah Allah. Berkatalah       malaikat     itu   kepadanya:     "Hai     Musa,    mengapakah         engkau     harus menggosokkan          gigimu     untuk     menghilangkan         bau     mulutmu       yang    menurut anggapanmu   kurang   sedap,   padahal   bau   mulutmu   dan   mulut   orang-orang   yang berpuasa bagi kami adalah lebih sedap dan lebih wangi dari baunya kasturi. Maka akibat     tindakanmu      itu,   Allah   memerintahkan        kepadamu       berpuasa     lagi  selama sepuluh hari sehingga menjadi lengkaplah masa puasamu sepanjang empat puluh hari." Nabi Musa mengajak tujuh puluh orang yang telah dipilih di antara pengikutnya untuk menyertainya       ke   bukit   Thur   Sina   dan   mengangkat       Nabi   Harun    sebagai   wakilnya mengurus   serta   memimpin   kaum   yang   ditinggalkan   selama   kepergiannya   ke   tempat bermunajat itu. Pada   saat  

yang   telah   ditentukan   tibalah   Nabi   Musa   seorang   diri   di   bukit   Thur   Sina mendahului tujuh puluh orang yang diajaknya turut serta. Dan ketika ia ditanya oleh Allah:  "Mengapa   engkau   datang   seorang   diri   mendahului   kaummu,   hai   Musa?"  Ia menjawab:      "Mereka      sedang     menyusul     di   belakangku,      wahai    Tuhanku.    

Aku cepat-cepat datang lebih dahulu untuk mencapai redha-Mu." Berkatalah   Musa   dalam   munajatnya   dengan   Allah: "Wahai   Tuhanku,   nampakkanlah zat-Mu kepadaku, agar aku dapat melihat-Mu" Allah berfirman: "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cubalah lihat bukit itu, jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya sebagaimana sedia kala, maka nescaya engkau      akan    dapat    melihat-Ku."     Lalu   menolehlah      Nabi    Musa    mengarahkan pandangannya        kejurusan     bukit   yang   dimaksudkan      itu   yang   seketika    itu  juga dilihatnya hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa menghilangkan bekas. Maka terperanjatlah Nabi Musa, gementarlah seluruh tubuhnya dan jatuh pengsan. Setelah   ia   sedar   kembali   dari   pengsannya,   bertasbih   dan   bertahmidlah   ia   seraya memohon        ampun     kepada    Allah   atas   kelancangannya       itu  dan   berkata:    "Maha Besarlah Engkau wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang yang pertama beriman kepada-Mu." Dalam kesempatan bermunajat itu, Allah menerimakan kepada Nabi Musa kitab suci "Taurat" berupa kepingan-kepingan batu-batu atau kepingan kayu menurut sementara ahli   tafsir  yang   di  dalamnya    tertulis  segala   sesuatu   secara   terperinci    dan  jelas mengenai pedoman hidup dan penuntun kepada jalan yang diredhai oleh Allah. Allah mengiring pemberian "Taurat" kepada Musa dengan firman-Nya:  "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah memilih engkau lebih dari manusia-manusia yang lain di masamu, untuk membawa risalah-Ku dan menyampaikan kepada hamba-hamba-Ku.

Aku    telah   memberikan      kepadamu      keistimewaan      dengan     dapat   bercakap-cakap langsung   dengan   Aku,   maka   bersyukurlah   atas   segala   kurnia-Ku   kepadamu   dan berpegang teguhlah pada apa yang Aku tuturkan kepadamu. Dalam kitab yang Aku berikan kepadamu terhimpun tuntunan dan pengajaran yang akan membawa Bani Isra'il ke jalan yang benar, ke jalan yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat     bagi    mereka.      Anjurkanlah      kaummu        Bani    Isra'il  agar    mematuhi perintah-perintah Ku   jika   mereka     tidak   ingin    Aku   tempatkan      mereka      di tempat-tempat orang- orang yang fasiq."

Bacalah tentang kisah munajat Nabi Musa ini, surah "Thaha" ayat 83 dan 84 dan surah "Al-a'raaf" ayat 142 sehingga ayat 145 sebagaimana berikut :~ "83~ Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu, hai Musa?" 84~ Berkata Musa:    "Itulah   mereka  sedang    menyusuli     aku   dan   aku   bersegera    kepadamu      ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha kepadaku." { Thaha : 83 ~ 84 } "142~ Dan Kami telah janjikan kepada Musa {memberikan Taurat} sesudah berlalu waktu tiga puluh malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh {malam   lagi},   maka   sempurnalah   waktu   yang   telah   ditentukan  Tuhannya   empat puluh   malam.   Dan   berkata   Musa   kepada   saudaranya,   iaitu   Harun:   "Gantilah   aku dalam   {memimpin}   kaumku   dan   perbaikilah   dan   janganlah   kamu   mengikuti   jalan orang-orang      yang   membuat      kerosakan".     143~   Dan    tatkala   Musa   datang    untuk {munajat} dengan {Kami} pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman   {langsung}   kepadanya,   berkatalah   Musa:   "Ya   Tuhanku   nampakkanlah {Zat Engkau} kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sesekali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi melihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya {sebagai sediakala} nescaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya   nampak   bagi   gunung   itu,   kejadian   itu   menjadikan   gunung   itu   hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha     Suci   Engkau,    aku   bertaubat     kepada-Mu      dan   aku   orang   yang    pertama beriman." 144~ Allah berfirman: "Hai Musa sesungguhnya Aku memilih kamu lebih dari    manusia    yang    lain  {di  masamu}    untuk    membawa       risalah-Ku   dan    untuk berbicara langsung dengan-Ku sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan   kepadamu   dan   hendaklah   kamu   termasuk   orang-orang   yang   bersyukur." 145~   Dan   Kami   telah   tuliskan   untuk   Musa   luluh   {Taurat}   segala   sesuatu   sebagai pengajaran bagi sesuatu. Maka Kami berfirman:

"Berpeganglah kepadanya dengan teguh     dan   suruhlah    kaummu       berpegang     kepada    {perintah-perintahnya}    yang sebaik-baiknya,   nanti   Aku   akan   memperlihatkan   kepadamu   negeri   orang-   orang yang fasiq." { Al-A'raaf: 142 ~ 145 } JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA Nabi    Musa   Alaihisalam    telah   diperintahkan    oleh   Allah Subhanahu   Wataala supaya   pergi   ke   bukit   Sina   untuk   menerima   wahyu.   Semasa   pemergian   Nabi Musa,    segala   urusan   telah   diserahkan    kepada    saudaranya    Nabi   Harun    a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam. Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut bernama Samiri.

 Dia telah memanfaatkan masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir   di   tengah   lautan yang   kering   itu. 

 Dengan   segala   usaha   yang   dilakukan oleh    Nabi   Musa,   kuda   yang    ditungganginya  tetap   tidak   mahu    meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah. Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibril dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat. Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri    membuat   patung   seekor   lembu   daripada   emas   murni.

Setelah     siap, patung   itu   diisinya   dengan   pasir   yang   di   ambil   dari   bekas   tapak   kaki   kuda Jibril.   Dalam   waktu    yang   singkat   sahaja    patung    lembu    tersebut    dapat mengeluarkan        suara.   Melihat   keadaan     tersebut,    umat    Nabi   Musa    datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu. Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha      mencegah      umatnya  daripada    terus   syirik  kepada     Allah   bahkan umatnya   mengancam   Nabi   Harun   untuk   membunuhnya   jika   Nabi   Harun   terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat   apa-apa   untuk   melarang   mereka   daripada   terus   menyembah   patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad. Nabi   Harun   telah   di   persalahkan   dalam   hal   ini.   Dalam   keadaan   marah   yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.

0 comments:

Posting Komentar