Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 31 Desember 2025

Kisah Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud

 Kisah Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengeluarkan perintahnya kepada pasukannya untuk   bersiap-siap.   Sulaiman   keluar   memeriksa   pasukannya.   Satu   demi   satu pasukannya   ditelitinya.   Kelompok   yang   pertama   adalah   kelompok   manusia. Sulaiman      memperhatikan        kesiapan     mereka,     lalu   Sulaiman     mengeluarkan perintah-perintahnya.    

burung apakah yang menyampaikan surat kepada ratu balqis

Kemudian      Sulaiman      memeriksa      kelompok      jin   dan menyampaikan perintah-perintahnya kepada mereka. Beliau memenjarakan jin yang   tampak   bermalas-malas   saat   bekerja.   Lalu   ia   memeriksa   binatang   dan berkata kepada mereka, apakah mereka sudah, makan dengan baik dan tidur dengan      nyenyak,    apakah     ada   yang   mengadu      kepadanya,     misalnya     kerana penyediaan,       makanan      tidak   layak,   apakah    di   sana   ada   yang    sakit,   dan sebagainya.    Ketika    Sulaiman     merasa     puas    dengan     semuanya,      Sulaiman memasuki        tenda    tempat     berkumpulnya        burung.     Belum     lama    Sulaiman memasuki tenda tersebut dan mengamat-amati keadaan di sekitarnya sehingga ia mengetahui burung yang tidak hadir yaitu Hud-hud:

"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: 'Mengapa aku tidak melihat hud-hud." (QS. an-Naml: 20)

Burung-burung       yang    lain  tampak    terdiam     sebagai   penghormatan   dan   akanmendengarkan   apa   yang   akan   dikatakan   pemimpin   mereka   Sulaiman.   Beliau mengarahkan        pandangannya        pada    semua     burung    dan    tidak   menemukan Hud-hud       di  antara    mereka.      Tak   seekor     burung    pun    yang    mengetahui keberadaannya. Sulaiman mulai menampakkan kemarahannya:

"Apakah dia termasuk yang tidak hadir?" (QS. an-Naml: 20)                      

Tiba-tiba     seekor    burung    kecil   memberanikan        diri  untuk    berkata    kepada Sulaiman:      "Wahai    Nabi    yang   mulia,    seharusnya      hud-hud     ada   bersamaku kelmarin untuk melaksanakan tugas penyelidikan. Ia adalah pemimpin misi itu namun hud-hud belum datang. Oleh kerana itu, aku tidak pergi bersamanya." Burung itu tampak gementar ketakutan. Sulaiman mengetahui bahawa hud-hudtidak   hadir,   dan   tak   seorang   pun   mengetahui   kepergiannya.   Hud-hud   pergi tanpa terlebih dahulu meminta izin kepada Sulaiman dan tidak memberitahu di mana keberadaannya. Dalam keadaan marah, Sulaiman berkata:

"Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika ia benar-benar datang kepadaku dengan alasan yang jelas." (QS. an-Naml: 21)

Kawanan      burung    mengetahui      bahawa     Sulaiman    sedang    marah    dan   telah menetapkan       untuk    menyeksa     hud-hud     atau   menyembelihnya       atau   justru memaafkannya dengan syarat, ia datang dengan membawa alasan yang dapat menyelamatkannya. Atau dengan kata lain, hud-hud dapat memastikan bahawa ia melaksanakan tugas yang penting. Sulaiman menunjukkan kemarahan yang besar    sehingga    siapa   pun   akan   merasa     takut.  Ketika    Sulaiman    marah   - meskipun beliau terkenal dengan kasih sayangnya - maka kemarahannya kerana membela       kebenaran,     kemudian     beliau    dapat   melaksanakan       ancamannya dengan cara yang mudah. Seekor burung tampak gementar ketakutan melihat kemarahan   Sulaiman, lalu   beliau   menghulurkan   tangannya   ke   burung   itu   dan memegang-megang kepalanya sehingga burung itu pun merasa tenang dan rasa takutnya hilang.

Sulaiman   pergi   dari   tenda   burung   itu   dan   menuju   istananya.   Sulaiman   masih memikirkan keadaan hud-hud. Seharusnya hud-hud menjadi bahagian penting dari badan perisikan. Apakah ia pergi untuk menyingkap sesuatu, atau apakah ia   pergi   hanya   untuk    bermain-main?      Sulaiman    telah   memperhatikan  dan mengetahui bahawa hud-hud adalah seekor burung yang cerdik dan juga fasih berbicara. Terkadang Sulaiman mendapati hud-hud sedang bermain-main dan menunda pekerjaannya. Sulaiman melihatnya dan hud-hud memakami bahawa ini tidak benar. Sebab, ia tidak boleh mencampur adukkan antara waktu serius dan waktu bermain.

Akhirnya,   tidak   lama   setelah   kepergiannya,   hud-hud   tiba   di   tenda   burung. Burung-burung yang lain berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke tempat tuan kita Sulaiman. Jika ia mengetahui bahawa engkau telah sampai, maka jiwamu benar-benar terancam." Hud-hud terbang dan menemui Sulaiman. Pada waktu itu beliau sedang duduk sambil, makan. Hud-hud berdiri dan telah menetapkan untuk     memulai     pembicaraan      dengan    Sulaiman     sebelum     beliau   bertanya kepadanya ke mana dia pergi. Ini sebagai bukti bahawa ia melaksanakan tugas penting. Hud-hud berkata:

"Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: Aku telah mengetahui       sesuatu    yang    kamu    belum     mengetahuinya;       dan   kubawa kepadamu       dari  negeri   Saba'   suatu   berita   penting   yang   diyakini."   (QS. an-Naml: 22)

Aku adalah hud-hud yang miskin, tetapi aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, dan aku telah datang kepadamu dari kerajaan Saba' dengan membawa berita yang sangat penting. Sulaiman tampak terdiam dan menunggu hud-hud menyelesaikan pembicaraannya:

"Sesungguhnya   aku   menjumpai   seorang   wanita   yang   memerintah   mereka, dan    dia  dianugerahi    segala   sesuatu    serta  mempunyai      singgahsana     yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan       syaitan      telah     menjadikan         mereka       memandang         indah perbuatan-perbuatan   mereka   lalu   menghalangi   mereka   dari   jalan   (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (QS. an-Naml: 23-24)

Hud-hud   diam   sejenak   dan   Sulaiman   merasa   bahawa   hud-hud   menunjukkan kefasihan      lisannya   dan    berbicara     dengan     baik   kepadanya.      Hud-hud mengemukakan perkataan yang sering disampaikan Sulaiman kepada manusia dan burung:

"Agar    mereka     tidak   menyembah       Allah   Yang    mengeluarkan      apa    yang terpendam      di  langit  dan   di  bumi   dan  yang   mengetahui     apa   yang   kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)      kecuali  Dia,  Tuhan    yang   mempunyai      Arasy   yang  besar."   (QS. an-Naml: 25-26)

Jelas   sekali   bahawa   hud-hud   mengulangi   perkataan   pemimpin   kita   Sulaiman, sebagai   usaha   terakhir   untuk   memperoleh   kasih   sayang   Sulaiman   dan   agar beliau puas dengan penjelasannya itu. Sulaiman berkata sambil menunjukkan senyuman manis di wajahnya:

"Akan   kami   lihat,   apa   kamu   benar,   ataukah   kamu   termasuk   orang-   orang yang berdusta." (QS. an-Naml: 27)

Hud-hud   ingin   mengatakan,   aku   tidak   bohong   wahai   Nabi   yang   mulia   namun diamnya      Sulaiman    membuatnya      takut,   sehingga    ia  pun   terdiam.   Sulaiman terdiam     kerana    berfikir,  lalu  ia  memutuskan      sesuatu.    Setelah   itu,  beliau mengangkat kepalanya dan meminta secarik kertas dan pena. Sulaiman segera menulis      surat    singkat    dan    menyerahkannya        kepada     hud-    hud    serta memerintahkannya:

"Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian   berpalinglah   dari   mereka,   lalu   perhatikanlah   apa   yang   mereka bicarakan." (QS. an-Naml: 28)

Al-Quran     al-Karim    hanya    menceritakan      dalam    surah    an-Naml    bagaimana perginya   hud-hud   dan   bagaimana   ia   menyerahkan   surat   itu.   Lalu,   Al-   Quran langsung menyebut keadaan kerajaan Balqis yang saat itu ia sedang membaca surat tersebut di depan para pembesar kerajaannya dan para menterinya:

0 comments:

Posting Komentar