Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 17 Mei 2025

Kisah Nabi Muhammad Saw bag 2

 Akhirnya,   beliau dapat keluar dari Mekah. Beliau berjalan beberapa mil. Kemudian beliau mulai mendaki      dan   mendaki.    Setiap   kali  ia  mendaki     gunung,    maka    tempat    itu semakin   luas.   Udara   tampak   lembut   dan   tersingkaplah hijab,   dan   pandangan semakin terbentang. Kemudian beliau memasuki gua. Keheningan menyelimuti segala   sesuatu,   namun   hati   tetap   sadar   dan   tidak   ada   sesuatu   yang   dapat menghalang-halangi pandangan internal yang dalam. Dalam suasana kesunyian terkadang       lahirlah   pemikiran-pemikiran        yang    cemerlang      yang    kemudian menyebarkan         sayap-sayapnya       dan   membumbung,        

kisah nabi muhammad


pertama-tama       di   atas angkasa gua lalu tersebar menuju ke tempat yang lebih luas. Tidak ada sesuatu pun yang membatasinya atau mengekang kebebasannya. Kita tidak mengetahui fikiran-fikiran apa yang terlintas pada manusia termulia dan terbesar di atas bumi itu saat beliau duduk di gua Hira beberapa bulan. Apa   yang   beliau   fikirkan   dan   apa   gerangan   yang   beliau   risaukan?   Mimpi   apa yang   ada   di   benaknya   dan   perasaan-perasaan   apa   yang   lahir   dalam   hatinya? Bagaimana   keadaan   batu-batu   yang   ada   di   sisinya?   Apakah   atom-atom   batu yang     berputar    di   sekelilingnya    menyahuti      tasbihnya     yang   diam,    seperti atom-atom       batu   yang    bersahut-    sahutan    bersama     Daud    saat  ia  membaca kitabnya Zabur. Kami     tidak   mengetahui      secara   pasti   bentuk    kelahiran   yang    terjadi   dalam dirinya.    Yang    kita   ketahui    adalah    bahawa     beliau    tidak   berfikir   tentang kenabian      dan    beliau   tidak   berfikir   untuk    memberikan       petunjuk     kepada manusia; beliau tidak melakukan praktik-praktik sufisme kerana beliau sudah menjadi      seorang   sufi  sebelum     diutus   di  tengah-tengah      manusia.    Kemudian Allah   SWT   memilihnya   sebagai   Nabi   lalu   beliau   meninggalkan   uzlahnya   dan turun ke medan serta membawa senjata. Beliau mempertahankan kebenaran, sehingga   beliau   bertemu   dengan   Tuhannya.   Mula-mula   lahirlah   tasawuf   dan setelahnya lahirlah jihad di jalan Allah SWT. Tasawuf bukanlah      puncak    atau   hasil   sebagaimana      diyakini   oleh   manusia    sekarang, tetapi   ia   adalah   permulaan   jalan   yang   panjang   di   mana   pada   akhirnya   yang bersangkutan       menggunakan       senjata    sebagai    bentuk    usaha   untuk    membela manusia dan kehormatannya. Pada     suatu   hari  beliau   duduk   di   gua  Hira   dan   tiba-tiba   beliau   dikejutkan dengan   kedatangan   Jibril   yang   berdiri   di   depan   pintu   gua.   Malaikat   tersebut memeluknya erat-erat lalu memerintahkannya untuk membaca sambil berkata: "Bacalah!"  Muhammad   bin   Abdillah   menjawab:   "Aku   tidak   mampu   membaca." Beliau   ingin   mengatakan   bahawa   beliau   tidak   mengenal   bacaan   dan   tulisan. Kalau     begitu,   apa   yang   harus   beliau   baca?    Malaikat    kembali    memeluknya dengan      kuat   sehingga    Rasulullah    saw    menganggap      bahawa     ia   meninggal. Kemudian       malaikat     melepasnya      dan   memerintahkannya         untuk    membaca.

Beliau   kembali   menjawab:   "Aku   tidak   bisa   membaca."   Malaikat   yang   mulia kembali     memeluknya       dan   kembali    memerintahkan       untuk    membaca.      Dan lagi-lagi   Rasulullah   saw   menjawab   dengan   gementar:   "Apa   yang   aku   baca?" Kemudian Jibril membaca permulaan ayat-ayat yang turun kepada beliau: "Bacalah   dengan   (menyebut)   nama   Tuhanmu   Yang   menciptakan,   Dia   telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu lah Yang Paling   Pemurah.   Yang   mengajar   (manusia)   dengan   perantaraan   kalam.   Dia mengajarkan   kepada   manusia   apa   yang   tidak   diketahuinya."   (QS.   al-'Alaq: 1-5) Setelah     peristiwa   itu,  Jibril  menghilang     secara   tiba-tiba   sebagaimana      ia muncul   secara   tiba-tiba.   Rasulullah   saw   merasakan   dalam   dirinya   kejadian yang luar biasa yang pernah dirasakan oleh Nabi Musa saat beliau mendengar panggilan-panggilan       suci  di   lembah    Thuwa.    Sebagaimana      Nabi    Musa   lari ketakutan,   maka   Muhammad   bin   Abdillah   pun   segera   menuju   ke   rumahnya dalam keadaan ketakutan. Ia turun ke gunung dan kembali ke rumahnya dan kembali ke isterinya. Tubuhnya yang mulia bergetar dengan keras dan beliau merasakan ketakutan dan kegelisahan. Apakah beliau kali ini berhubungan dengan jin atau alam perdukunan? Apakah beliau   telah   mengigau   sehingga   beliau   mendengar   suara-suara   dan   melihat wajah-wajah   yang   belum   pernah   dilihatnya?   Rasulullah   saw   mengkhuatirkan dirinya    kerana   beliau   sangat   benci   kepada    perdukunan.      Beliau  memasuki rumahnya       dengan    keadaan     gementar.     Beliau    berkata    kepada    isterinya: "Selimutilah    aku,   selimutilah   aku!"   Kemudian     isterinya  segera    menyelimuti dengan   selimut   dari   wol   dan   mengusap   keringat   yang   berada   di   keningnya. Isterinya     dikejutkan    dengan     kepucatan     wajah     beliau   yang    mulia    dan kegementaran tubuhnya. Khadijah      bertanya     kepadanya:      "Apa    yang    sedang    terjadi?"    Kemudian Muhammad        saw    menceritakan      secara    terperinci    apa    yang   dialaminya. Kemudian      ia  berkata:    "Sungguh    aku   khawatir    terhadap     diriku."  Khadijah mengetahui bahawa ia sekarang berhadapan dengan masalah yang serius, suatu berita   gembira   yang   ia   tidak   mengetahui   hakikatnya,   suatu   berita   gembira yang    seharusnya     tidak  dihadapi    Muhammad       saw   dengan    kekhuatiran     dan kegelisahan. Khadijah berkata dengan maksud untuk meredakan ketakutannya: "Tenanglah. Demi Allah, Allah SWT tidak akan menghinakanmu selama- lamanya. Sungguh engkau   adalah   seorang   yang   baik,   yang   menyambung   tali   silaturahmi,   yang berbicara dengan jujur, dan yang menghormati tamu." Meskipun   kalimat-kalimat   tersebut   penuh   dengan   kedamaian   dan   kesejukan, tetapi    kegelisahan     Rasul  saw    juga  belum    hilang.   Kemudian      Khadijah    pergi bersama beliau ke rumah Waraqah bin Nofel, yaitu anak dari paman Khadijah. Waraqah adalah seorang Nasrani dan dia mampu menulis kitab dalam bahasa Ibrani dan ia cukup mengetahui kitab-kitab Taurat dan Injil di mana matanya telah buta kerana masa tua. Khadijah   berkata   kepadanya:   "Wahai   putera   pamanku,   dengarlah   dari   anak saudaramu." Waraqah berkata: "Wahai anak saudaraku, apa yang engkau lihat?" Rasulullah saw menceritakan apa yang dialaminya secara sempurna. Waraqah berkata   sambil   mengangkat   kepalanya   yang   tampak   kehairanan:   "Itu   adalah Namus   (Jibril)   yang   Allah   SWT   turunkan   kepada   Musa."  Sebagai   seorang   yang mengerti,      Waraqah     bin   Nofel   mengetahui      bahawa     ia  berada     di  hadapan seorang Nabi yang berita gembiranya disampaikan oleh Taurat dan Injil. Setelah   keheningan   sesaat,   Waraqah   berkata:   "Seandainya   aku   masih   hidup ketika   kaummu   mengeluarkanmu   dan   mengusirmu."   Rasulullah   saw   bertanya: "Mengapa aku harus diusir oleh mereka?'' Waraqah menjawab: "Benar, tidak ada seorang pun yang akan datang seperti dirimu kecuali engkau akan mengalami penderitaan dan pengusiran. Seandainya aku hadir di saat itu nescaya aku akan menolongmu." Demikianlah,        akhirnya    Islam    pun    dikembangkan.        Kehendak      Allah    SWT terlaksana dan Allah SWT telah memilih Nabi yang terakhir di muka bumi dan orang Muslim yang pertama. Barangkali pembaca akan bertanya: Apa hakikat dari Islam? Apabila Muhammad saw sebagai Nabi yang terakhir yang diutus oleh Allah   SWT   di   muka   bumi   dan   kita   mengetahui   bahawa   para   nabi   semuanya sebagai Muslim, maka bagaimana beliau dapat dikatakan mendahului mereka dalam keislaman dan menjadi orang Muslim yang pertama? Islam yang dibawa oleh Muhammad saw tidak berbeza dalam esensinya dengan Islam   yang   dibawa   oleh   Nabi   Nuh,   Nabi   Musa,   Nabi   Isa   atau   nabi   yang   lain, tetapi    yang   berbeza    adalah    bentuknya,     sedangkan     esensinya    tetap   seperti semula,   yakni   berdasarkan   tauhid.   Islam   yang   dibawa   oleh   Nabi   Muhammad saw berbeza dalam bentuknya dengan Islam yang dibawa nabi-nabi sebelumnya kerana   sebab   yang   penting,   yakni   bahawa   Islam   ini   merupakan   ajaran   yang universal dan berisi aspek kemanusiaan yang abadi. Islam tidak terbatas atas orang-orang   Arab   tetapi   ia   berlaku   atas   semua   golongan.   Islam   yang   dibawa oleh Nabi Muhammad saw   tidak  terbatas  untuk  kabilah   tertentu   atau   bangsa tertentu   atau   bumi   tertentu   atau   lingkungan   tertentu   atau   zaman   tertentu, tetapi ia untuk semua manusia. Atau dengan kata lain, ia merupakan ajakan untuk   membangkitkan   akal   manusia   di   mana   saja   mereka   berada   tanpa   ada batasan tempat atau waktu. Universalitas ajaran Islam tidak dikenal pada risalah-risalah Ilahi sebelumnya di mana      setiap   risalah  itu   diperuntukkan     bagi   bangsa    tertentu    dan   zaman tertentu. Oleh kerana itu, mukjizat-mukjizat yang mengagumkan yang bersifat sementara      seringkali   mendukung   risalah-   risalah   yang   dahulu.     Ketika   Islam datang sebagai bentuk ajakan untuk menghidupkan akal manusia secara bebas, maka di sana tidak ada alasan untuk membawa mukjizat yang mengagumkan. Hanya   ada   satu   kata   yang   dapat   dijadikan   pembuka   untuk   berdakwah   dan membuka akal manusia, yaitu kata "iqra"' (bacalah). Dan hendaklah bacaan ini berdasarkan nama Allah SWT. Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Cuba Anda renungkan       permulaan       pertumbuhan       dan    puncak     pencapaian.       Di   sini tersembunyi   mukjizat   yang   hakiki   jika   Anda   berusaha   mencari   mukjizat   yang hakiki. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Mulia, yang memberikan nikmat penciptaan dan   rezeki   serta   rahmat   dan   kelembutan.   Dia   Maha   Mulia   yang   mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahuinya. Demikianlah esensi dari Islam, yaitu ajakan untuk membaca. Ia adalah dakwah yang menunjukkan kedudukan ilmu. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya        yang    takut    kepada     Allah    di  antara    hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (QS. Fathir: 28) Takut kepada Allah SWT tidak akan muncul kecuali berdasarkan ilmu. Mustahil kebodohan   dengan   bentuk   apa   pun   akan   melahirkan   rasa   takut.   Oleh   kerana itu, dalam pandangan Islam ilmu adalah hal yang pokok. Ia bukan kemewahan dan   bukan   hanya   perhiasan.   Kaum   Muslim   telah   mengalami   masa   kemuliaan dan kejayaan dan mereka berhasil menguasai bumi ketika mereka memahami Islam   secara   benar,   tetapi   ketika   pemahaman   ini   jauh   dari   mereka,   maka mereka      kembali    dalam    keadaan     yang   paling   buruk,    bahkan    lebih   buruk daripada masa jahiliah. Jadi,   ilmu   dalam   Islam  merupakan     tujuan   yang  mulia   dan   utama   dalam penciptaan alam wujud. Kisah Nabi Adam dan Hawa, sebagaimana diceritakan oleh   Al-Quran   adalah   bukan   semata-mata   kisah   kesalahan   memakan   pohon terlarang, tetapi ia juga kisah yang memiliki dimensi- dimensi yang dalam dan aspek-aspek     yang  beraneka    ragam.   Ketika  Anda   menyelami    kedalamannya, maka   Anda   akan   dapat   menemukan   simbol-   simbol   dari   makna-makna   yang lebih penting. Dialog internal yang dialami oleh para malaikat tentang rahsia pemilihan Nabi Adam     untuk  memakmurkan       bumi   dan  menjadi    khalifah  di  dalamnya   serta pengajaran     yang   diperoleh  Nabi   Adam   tentang   nama-nama      semuanya    dan bagaimana beliau mengemukakan nama-nama tersebut kepada para malaikat, serta   ketidaktahuan   mereka   tentang   nama-nama   itu,   kemudian   usaha   Nabi Adam     untuk   memberitahu     mereka    tentang    apa   yang  diketahuinya    serta pengetahuan      para  malaikat   tentang   rahsia  pemilihan   Nabi  Adam    dan  para keturunannya   untuk   memakmurkan   bumi,   semua   ini   menjadikan   tujuan   dari penciptaan     manusia   adalah   pencapaian    ilmu   atau  ma'rifah   secara  umum. Pandangan tersebut dikuatkan oleh firman Allah SWT: "Dan     Aku     tidak    menciptakan       jin   dan     manusia     kecuali    untuk menyembah-(Ku)." (QS. adz-Dzariat: 56) Lalu   bagaimana    kita  memahaminya      saat  ini  dan  bagaimana    generasi   yang pertama     dari  kaum   Muslim   dan   dari  sahabat-sahabat    Rasul  saw   dan  para pengikutnya   dan   para   tenteranya   memahaminya?   Saat   ini   kita   memahaminya dengan pemahaman yang sederhana. Kita mengetahui bahawa kalimat "untuk menyembah-Ku " bererti ritual dalam beribadah dan aspek-aspek lahiriahnya, seperti mengucapkan kalimat syahadat, solat, puasa, haji, zakat dan lain-lain. Sehingga orang-orang yang solat diperbolehkan untuk menyembah Allah SWT di negeri mereka atau di rumah-rumah mereka, meskipun mereka hidup di bawah pemikiran orang-orang Barat dan membeli produk-produk yang dibuat mereka serta   memanfaatkan       ilmu  dan   kecanggihan    teknologi   orang-orang    Barat. Namun     mereka    sendiri   tidak  menghasilkan    apa-apa.    Mereka   tidak   dapat memberikan   kontribusi   kepada   kehidupan;   mereka   tak   ubah-nya   seperti bulu yang   dimainkan   oleh   ombak.   Sedangkan   pemahaman   yang   dahulu   berkaitan dengan kalimat tersebut sebagai berikut: "Dan      Aku     tidak     menciptakan         jin    dan     manusia      kecuali      untuk menyembah-(Ku). " (QS. adz-Dzariat: 56) Ibnu     Abbas    membacanya:        "Illa  liya'rifuun."   (Agar    mereka     mengetahui). Perhatikanlah bagaimana pentingnya perbezaan antara praktek-praktek ibadah dengan   bentuk-bentuknya   dan   kedalamannya   yang   jauh   dalam   ma'rifah   yang menyebabkan        rasa   takut   kepada    Allah   SWT.    Orang    Muslim    yang   pertama meyakini   bahawa   Allah   SWT   menciptakannya   agar   ia   mengetahui   Allah   SWT atau agar ia mengenal Allah SWT. Sehingga ambisi orang Muslim yang pertama sangat mengagumkan. Mereka pergi untuk membebaskan dunia semuanya: satu tangan berpegangan dengan Al- Quran dan tangan yang lain memegang pedang untuk     menghancurkan        belenggu-belenggu       yang   menyeret      manusia    kepada kesesatan. Kemudian   jatuhlah   dari   Islam   hakikat   ilmu,   sehingga   umat   Islam   tidak   dapat memimpin   kehidupan   dan   mereka   justru   mendapatkan   kehinaan.   Allah   SWT berfirman: "Allah    menyatakan       bahawasanya       tidak   ada   Tuhan     melainkan     Dia,   Yang menegakkan   keadilan.   Para   malaikat   dan   orang-orang   yang   berilmu   (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya agama yang diridhai di sisi Allah hanyalah Islam." (QS. Ali 'Imran: 18) Setelah     kesaksian   kepada    Allah   swt   dan   kesaksian   kepada     malaikat,    maka disebutlah secara langsung kesaksian kepada orang-orang yang berilmu. Maka, adakah penghormatan terhadap ilmu yang lebih besar daripada penghormatan ini?   Ilmu   dalam   Islam   berbeza   dengan   ilmu   dalam   peradaban   Barat.   Memang benar   bahawa   Islam   yang   bertanggungjawab   terhadap   tumbuhnya   pandangan ilmiah   dan   metode   eksperimental   di   mana   berdasarkan   metode   ini   tegaklah peradaban   Barat   yang   kemudian   melahirkan   berbagai   produksi,   pembuatan, dan   penemuan.   Dan   metode   eksperimental   adalah   metode   al-Istiqra,   yaitu suatu    metode     yang   mengikuti     bahagian-bahagian       terkecil  (parsial)   melalui jalan   eksperimen   yang   dapat   tunduk   terhadap   eksperimen   dan   melalui   jalan memperhatikan   hal-hal   yang   tidak   dapat   tunduk   terhadap   suatu   eksperimen, atau   melalui   jalan   matematis   murni   yang   membutuhkan   kepada   matematis murni     di  mana     hal  itu  bertujuan     untuk    menyingkap      hukum-hukum       yang menguasai benda. Sistem ini bidangnya adalah alam dan alatnya adalah panca indera   dan   akal.   Sistem   ini   dimanfaatkan   oleh   seorang   Eropa   yang   bernama Roger Bikun. Ia mengakui bahawa ia sangat berhutang kepada kaum Muslim dan peradaban Islam. Seorang      guru    yang    bernama     Bruicll   dalam     bukunya     Abna'    al-Insaniah menceritakan tentang dasar-dasar peradaban Barat di mana ia berkata: "Roger Bikun mempelajari bahasa Arab dan ilmu-ilmu Arab di sekolah Oxford kepada guru-gurunya yang berasal dari Arab di Andalus. Dan Roger Bikun dan Fenessis Bikun     tidak   dapat    menisbatkan     keutamaan      yang    mereka     peroleh    dalam menciptakan   sistem   eksperimental   kepada   diri   mereka   sendiri.   Roger   Bikun hanya seorang duta dari duta-duta ilmu. Oleh kerana itu, ia tidak malu ketika menyatakan bahawa mempelajari bahasa Arab dan ilmu-ilmu Arab adalah jalan satu-satunya untuk mengetahui kebenaran." Demikianlah pernyataan pakar-pakar Barat yang jujur. Yang demikian ini bisa dijadikan sanggahan terhadap orang-orang Barat yang tidak jujur agar mereka mengetahui   bahawa   mereka   sebenarnya   mengambil   senjata   yang   sebenarnya berasal dari Islam. Dan jika dikatakan bahawa rahsia kebangkitan Barat saat ini dan    keunggulannya      atas   Timur    kembali    kepada    pengambilannya       terhadap sebab-sebab       metode      eksperimental,      yaitu   metode      Islam,   maka     rahsia kehancuran      Barat   dan   kebingungannya       serta  kegelisahannya      adalah   kerana mereka   tidak   menghubungkan   metode   tersebut   dengan   kebesaran   Allah   SWT sebagaimana       semestinya.      Metode     eksperimen-tal      -  sebagaimana      diambil orang-orang Barat - dimulai dari alam dan berakhir kepadanya sebagai sesuatu tujuan.     Jadi,  ruang    lingkup   pembahasan       mereka    adalah    berkisar   kepada materi,   dan   alat-alat   pembahasan   adalah   eksperimen   dan   pengamatan   serta istiqra. Tiada setelah alam kecuali kematian dan kematian adalah rahsia yang misteri dan   melawannya   adalah   hal   yang   mustahil.   Kita   tidak   mengetahui   apa   yang terjadi   setelah    kematian;    kita   tidak   mengetahui   sesuatu   pun   tentang   roh. Tidak   ada   hubungan   antara   ilmu   dan   akhlak;   tidak   ada   jawapan   dari   ilmu tentang   tujuan   kehidupan   ini.   Kita   hanya   mempelajari   aspek-aspek   lahiriah dan   mencapai   hukum-hukumnya   saja.   Demikianlah   pandangan   Barat   tentang ilmu   di   mana   ia   hanya   sekadar   alat   dan   sarana   untuk   mengatur   alam   dan berusaha   menguasainya.   Sedangkan   metode   ilmiah   dalam   Islam   menyatakan bahawa gerakan atom dengan gerakan sistem tata suria di bawah kendali Zat Yang    Maha    Tahu    dan   Zat   Yang   Maha    Pencipta.    Ilmu   dalam    Islam   justru membimbing manusia untuk menuju Allah SWT: "Dan bahawasanya kepada Tuhanmu lah kesudahan (segala sesuatu). " (QS. an-Najm: 42) Ilmu   justru   menghantarkan   manusia   untuk  mencapai   rasa   takut   kepada   Allah SWT sebagaimana membimbingnya beribadah kepadanya dan mencintai-Nya: "Sesungguhnya         yang    takut   kepada      Allah   di   antara    hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)." (QS. Fathir: 28) Islam datang dan mengajak manusia untuk membaca, mengetahui, dan takut kepada   Allah   SWT   serta   hanya   beribadah   kepadanya.   Jika   ilmu   merupakan sayap   pertama   di   dalam   Islam,   maka   sayap   yang   kedua   adalah   kebebasan. Rasulullah saw memberitahu dan menyatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT dan tidak ada sembahan selain Allah SWT. Seruan     ini  mengisyaratkan       keruntuhan      tuhan-tuhan     yang    mengusai     bumi semuanya,       baik    tuhan    yang    berupa     kepentingan-kepentingan          peribadi, kekayaan,      raja,   penguasa,      pemikiran-pemikiran       yang    mengusai     manusia, warisan   para   datuk   dan   nenek,   berhala-berhala   yang   terbuat   dari   batu   dan kayu,   mahupun   berbagai   macam   tuhan   lain   yang   bohong.   Adalah   salah   jika seseorang   membayangkan   bahawa   kalimat   "tiada   Tuhan   selain   Allah"   hanya sekadar   hiasan   mulut   seorang   Muslim   di   mana   segala   sesuatu   yang   ada   di sekitarnya     penuh     dengan    kebohongan      dan   tidak   membenarkan        apa   yang dikatakannya.       Kalimat    tersebut    dalam    Islam   merupakan      pergelutan    besar bersama kegelapan yang ada pada diri manusia, suatu pergelutan yang berakhir pada   penyerahan   diri;   pergelutan   yang   akan   berpindah   pada   kehidupan   yang lebih berat, sehingga kehidupan akan berserah diri. Dan mustahil pergelutan itu akan terjadi kecuali jika terpenuhi suatu kebebasan: kebebasan akal untuk meragukan       dan   menolak    dan   kebebasan     yang    berakhir   kepada    pencapaian batas-batasnya       dan   kemampuannya        serta   kebebasan     yang    meninggi    untuk mencapai   keimanan   yang   dalam   dan   kukuh.   Itu   adalah   tanggung   jawab   yang berarti    bahawa     ia  harus   memikul     senjata   untuk    membebaskan       orang    lain sebagaimana   ia   membebaskan   dirinya   sendiri.   Demikianlah   esensi   dari   Islam, yaitu   ilmu   yang   berdiri   di   atas   kebebasan   dan   tanggung   jawab   yang   tumbuh dari kebebasan, dan buah terakhirnya adalah tauhid dalam kedalamannya yang jauh. Jika    tauhid    difahami    secara    benar,    maka     manusia     akan    terbebas    dari penyembahan selain Allah SWT: manusia akan bebas terhadap rasa takut dari kematian,   kekhuatiran   atas   rezeki,   manusia   akan   terbebas   dari   sikap   bakhil dan ketakutan terhadap hari-hari yang akan datang. Muhammad   bin   Abdillah   datang   untuk   menyerukan   bahawa   hanya   Allah   SWT yang patut disembah dan bahawa semua manusia adalah hamba- hamba-Nya. Dengan      membebaskan        manusia     dari   menyembah        sesama     mereka,     maka kebebasan   yang   hakiki   telah   dimulai.   Rasulullah   saw   memberitahu   bahawa kematian   adalah   perpindahan   dari   satu   rumah   ke   rumah   yang   lain.   Ia   bukan akhiran yang misteri dari kehidupan yang tidak dapat difahami, tetapi ia hanya sekadar perpindahan. Takut kepada kematian tidak akan menyelamatkan dari kematian   itu   sendiri,   dan   cinta   kepada   kehidupan   tidak   akan   memanjangkan ajal.   Pada   setiap   ajal   ada   ketentuannya.   Maka   keberanian   merupakan   unsur dari    unsur-unsur      pembentukan        keperibadian      Islam    dan    bahagian     dari bahagian-bahagian sel yang ada dalam tubuh seorang Muslim. Rasulullah   saw   juga   menyatakan   bahawa   rezeki   di   dunia   sudah   dijamin   dan ditentukan oleh Allah SWT: "Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah- lah yang memberi rezekinya. " (QS. Hud: 6) Jibril mewahyukan kepada Rasul saw bahawa suatu jiwa tidak akan memenuhi ajalnya sehingga rezekinya disempurnakan. Jika demikian halnya, maka tidak ada    alasan   bagi   manusia    untuk    khawatir    terhadap    rasa   lapar   dan   gelisah terhadap   hari   esok.   Semua   ini   terjadi   dalam   ruang   lingkup   mengambil   atau melalui jalan-jalan menuju sebab. Yakni berusaha untuk mencapai rezeki yang merupakan   kewajipan   bagi   orang   Muslim   dan   percaya   terhadap   kedermawan Allah   SWT   yang   juga   merupakan   suatu   kewajipan   bagi   orang   Muslim   untuk mempercayainya. Allah SWT berfirman: "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. " (QS. adz-Dzariat: 22) Allah SWT telah menjamin rezeki di dunia dan memerintahkan manusia untuk berusaha   mencapai   rezeki   di   akhirat.   Rezeki   di   dunia   adalah   sesuatu   yang sudah   dijamin,   sehingga   manusia   tidak   perlu   melakukan   usaha   yang   terlalu sengit   untuk   mencapainya.   Cukup   baginya   untuk   berusaha   secara   benar   dan seimbang.       Sedangkan       berkenaan      dengan      rezeki    akhirat,

Allah    SWT memerintahkan manusia untuk berusaha mencapainya kerana ia adalah rezeki yang   Allah   SWT   tidak   menjaminnya   kecuali   jika   manusia   berhasil   melampaui dua   jihad:   jihad   yang   besar   dan   jihad   yang   kecil.   Jihad   besar   adalah   jihad melawan   hawa   nafsu   dan   jihad kecil   adalah   jihad   melawan   musuh di   medan perang. Dengan terbebasnya seorang Muslim dari kerisauan pada kematian, rezeki, dan rasa   takut, maka   Islam   memberi   seorang   Muslim  senjatanya   dan   alat-alatnya dan     ia   memerintahkannya          untuk    mulai     memerangi       kekuatan-kekuatan kelaliman di muka bumi. Allah SWT berfirman tentang umat Islam: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (QS. Ali 'Imran: 110) Perhatikanlah, bagaimana Allah SWT menyebutkan amal makruf nahi mungkar sebelum      keimanan     kepada    Allah   SWT.    Ini  dimaksudkan      agar  akal   manusia tergugah   akan   pentingnya   jihad   di   jalan   Allah   SWT.   Amal   makruf   dan   nahi mungkar       tidak    terwujud     semata-mata       dengan     memegang        tongkat     dan mencambukannya kepada punggung orang-orang Islam yang tidak solat; ia juga tidak  berupa   usaha   untuk  menahan   orang-orang   Muslim  yang   tidak  berpuasa. Masalah itu lebih penting dan lebih besar dari sekadar memperhatikan hal-hal yang     bersifat    lahiriah,   sedangkan      hal-hal    yang    bersifat   batiniah     tidak diperhatikan. Ayat    tersebut    berarti,    hendaklah     seorang    Muslim    membawa        senjata   dan berdakwah   di   jalan   Allah   SWT   serta   memerangi   orang-orang   lalim   di   muka bumi. Abu Bakar berkata: "Wahai manusia, kalian membaca ayat berikut ini:" "Hai   orang-orang   yang   beriman,   jagalah   dirimu.   Tiadalah   orang   yang   sesat itu    akan    memberi      mudarat      kepadamu       apabila    kamu     telah   mendapat petunjuk," (QS. al-Maidah: 105) Dan aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya ketika masyarakat melihat orang yang lalim dan mereka tidak menghentikannya, maka Allah SWT akan menimpakan azab kepada mereka semua." Penafsiran     Abu   Bakar    terhadap    ayat   tersebut   sangat   jelas   ertinya.   Yakni bahawa pelaksanaan ayat tersebut dapat diwujudkan dengan adanya jihad di jalan     Allah    SWT    dengan      mengangkat       senjata    sebagai     usaha    untuk menghentikan       orang-orang     yang   lalim.   Setelah   itu,  seorang    Muslim   dapat mengatakan:       "Aku   telah  melaksanakan      tugasku    dan  tidak   akan   berdampak kepadaku orang yang sesat setelah aku memberikan petunjuk." Demikianlah pemahaman orang-orang Islam yang pertama. Maka bandingkanlah pemahaman   tersebut   dengan   pemahaman   kita            saat   ini  di   mana  kita   telah kehilangan keberanian, dan rasa takut telah menghinggapi tubuh orang-orang Islam.   Kaum   Muslim   lebih   mengutamakan   keselamatan   diri   mereka   daripada memerangi orang- orang yang lalim. Muhammad        bin   Abdillah   datang    dengan    membawa       risalah  Islam   yang   di dalamnya terdapat perintah Ilahi untuk memerangi orang-orang yang lalim dan mempertahankan kehormatan orang-orang yang tertindas di muka bumi. Allah SWT berfirman: "kerana itu, hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barang siapa yang berperang di jalan   Allah,   lalu   gugur   atau   memperoleh   kemenangan,   maka   kelak   akan Kami     berikan    kepadanya     pahala    yang   besar.    Mengapa     kamu    tidak   mau berperang       dijalan   Allah   dan   (membela)      orang-orang      yang   lemah     baik laki-laki,   wanita-wanita   mahupun   anak-   anak   yang   semuanya   berdoa:   'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang lalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berilah kami penolong dari sisi-Mu. " (QS. an-Nisa': 74-75) Muhammad        bin  Abdillah   membacakan       kepada    kaumnya     tentang    penafsiran Allah SWT berkenaan dengan makna kejayaan yang besar: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka   dengan   memberikan   syurga   untuk   mereka.   Mereka   berperang   di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang   benar   dari   Allah   di   dalam   Taurat,   Injil,   dan   Al-Quran.   Dan   siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS. at- Taubah: 111)

Bacalah   ayat   tersebut   dua   kali   dan   renungkanlah   tentang   kedermawan   Allah SWT. Betapa tidak, Dia membeli jiwa orang-orang mukmin dan harta mereka, padahal   jiwa   tersebut   dan   harta   tersebut   pada   hakikatnya   adalah   milik-Nya sendiri. Lihatlah bagaimana kemuliaan Allah SWT di mana Dia membeli harta milik-Nya yang khusus dengan syurga dan bagaimana Allah SWT menganjurkan orang-orang      Islam   untuk   berperang,     dan   Dia  memberitahu   mereka         bahawa urusan memerangi orang-orang lalim dan orang-orang yang tersesat bukanlah hal   yang   baru   atas   orang-   orang   Islam.   Allah   SWT   telah   memerintahkan   hal tersebut dalam Injil dan Taurat. Sebagaimana Nabi    Isa  diutus   dengan    pedang,     seperti   yang   disebutkan     dalam    lembaran- lembaran   atau   buku-buku   orang-orang   Nasrani,   maka   Nabi   Musa   pun   diutus dengan   membawa   pedang.   Dan   ketika   Bani   Israil   berkata   kepada   Nabi   Musa, "pergilah engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah, dan kami hanya di sini duduk-duduk         saja,",   maka      kehendak      Ilahi   menetapkan        agar    mereka mendapatkan         kesesatan    selama     empat     puluh   tahun    sebagai     akibat   dari perbuatan   mereka   itu,   agar   generasi   yang   lemah   dan   hina   itu   hancur   yang mereka justru tidak memenuhi panggilan Allah SWT dan mereka membiarkan Nabi Musa bersama Tuhannya berperang, padahal peperangan itu merupakan tanggung jawab mereka dan tugas mereka yang harus mereka emban sebagai pengikut Nabi Musa. Demikianlah       esensi    dari    ajaran    Islam    sebagaimana       yang    dibawa     oleh Muhammad bin Abdillah. Yakni ajakan untuk membaca dan menggali ilmu serta mendapatkan         kebebasan      dan    yang     terpenting     adalah     usaha    melawan kekuatan-kekuatan lalim. Suatu ajakan yang universal yang tidak dikhususkan untuk   kalangan   tertentu   atau   untuk   warna   kulit   tertentu   atau   untuk   kaum tertentu      atau   untuk    tempat     tertentu;     suatu   ajakan     kemanusiaan      yang komprehensif yang universal yang ingin mengikat ilmu dan kebebasan dan jihad dengan tujuan yang lebih tinggi, yaitu mencapai tauhid kepada Allah SWT dan menyucikan-Nya         serta  keimanan      terhadap    hari   kemudian     dan   kebangkitan manusia semuanya di hadapan Allah SWT. Adalah      salah   jika   ada    orang     yang    menganggap       bahawa      Islam    hanya memperhatikan   aspek   akhirat   dan   melupakan   aspek   duniawi.   Menurut   Islam dunia   adalah   lembar-lembar   jawapan   yang   akan   di   koreksi   di   hari   akhir.   Ia adalah   ujian   dan   tempat   percubaan   bagi   manusia   agar   manusia   mengetahui apakah   ia   layak   untuk   mendapatkan        kemuliaan     dari  Allah   SWT   yang   telah diberikan kepada Adam. Atau apakah ia justru layak untuk jadi bahagian dari tanah neraka Jahim dan batunya,

 sebagaimana firman Allah SWT:

"Yang bahan bakarnya manusia dan batu. " (QS. al-Baqarah: 24) Rasulullah saw telah menjelaskan hikmah dari penciptaan manusia, penciptaan kehidupan dan kematian ketika beliau menyampaikan firman Allah SWT dalam surah al-Mulk: "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. " (QS. al-Mulk: 2)

Dunia adalah rumah pergelutan. Dan Allah SWT telah menciptakan kehidupan dan   kematian   agar   manusia   menyedari   siapa   di   antara   mereka   yang   terbaik amalnya. Tentu pengetahuan ini tidak akan menambah kekuasaan Allah SWT. Pengetahuan       itu  justru  dibutuhkan     oleh  manusia.    Allah   SWT   menciptakan manusia     agar   manusia    mengetahui,     dan   pengetahuan      yang   paling  penting adalah   pengetahuan   atau   pengenalan   terhadap   diri.   Dan   pada   hari   kiamat manusia akan mengenal dirinya secara sempurna dan ia akan mengenal balasan yang akan di terimanya secara sempurna. Dan barangkali mukadimah yang kami sarikan dari hari akhir ini mengharuskan kehidupan      di  atas  bumi    dipenuhi   dengan    kesucian    dan   kebersihan,    yaitu diliputi dengan kemanusiaan yang sempurna yang di dalamnya manusia layak untuk    hidup.   Demikianlah     Islam   yang   dibawa   oleh   Muhammad       saw.   Inilah asasnya dan hakikatnya. Itu adalah pondasi dan hakikat yang tidak diciptakan oleh   Muhammad   saw   dan   tak   didahului   oleh   rasul-rasul   sebelumnya.   Hakikat risalah-risalah    yang    dulu   semuanya     adalah    tauhid    dan   mempertahankan kebenaran   serta   keimanan   terhadap   hari      akhir   dan   menyerahkan   jiwa   dan anggota tubuh hanya kepada Allah SWT. Yang baru dalam Islam adalah ilmu, kebebasan   dan   universalitas   ajaran   Islam   serta   warna   keadilan   yang   sangat kental, sehingga sangat tepat jika dikatakan bahawa karakter dari Islam adalah keadilan. Barangkali bahagian ini perlu diperhatikan. Meskipun   agama-agama   samawi   pada   esensinya   satu,   tetapi   kehendak   Allah menuntut      turunnya    lebih  dari  agama    dan   lebih   dari  satu  nabi.   Kehendak tersebut menuntut agar pada setiap agama terdapat karakter yang khusus yang menggambarkan   bentuk   yang   paling   tepat   sesuai   dengan   kebutuhan   utama yang    di  situ   agama    itu  diturunkan     dan   sesuai   dengan    waktu    saat   itu. Orang-orang       Yahudi    misalnya,    mereka     hidup   di   tengah-tengah      suasana penyembahan         berhala     di   kalangan     orang-orang      Mesir    kuno.    Yahudisme diturunkan pada Bani Israil yang suka membangkang dan kerana itu, karakter utamanya   adalah   ketegasan   (as-   Sharamah)   agar   mereka   tidak   terpengaruh dengan   fenomena   berhalaisme   ala   Mesir   atau   mereka   terkena   pengaruh   dari tindakan semena-mena Fir'aun. Dengan ketegasan inilah agama Yahudi selamat dan dapat menjadi risalah penyelamatan dan pembebasan. Namun Bani Israil yang memperbudak manusia dan mempunyai hati yang keras pada   saat   yang   sama   mereka   keluar   dari   Fir'aun   untuk   masuk   ke   cengkaman orang-orang Romawi di mana orang-orang Romawi justru lebih lalim dan lebih kuat     dari    orang-orang      Mesir.   

Oleh    kerana     itu,   orang-    orang     Masehi bertanggungjawab untuk melakukan pembebasan baru tetapi dengan cara yang berbeza sesuai dengan perubahan keadaan. Cara tersebut adalah menjauhkan penggunaan        kekuatan      bersenjata     kerana     kekuatan     orang-orang       Romawi mengungguli kekuatan saat itu dan menguasai bumi secara keseluruhan. Maka kemenangan   yang   mungkin   dapat   diperoleh   adalah   dengan   cara   menghindari tindak   kekerasan   dan   lebih   mengutamakan   pendekatan   cinta.   Dan   pada   kali yang     lain   orang-    orang    Masehi     memperoleh        kemenangan       melalui     cara kedamaian   dan   cinta   yang   disebarkannya   atas   imperialisme   Romawi   dengan segala senjatanya dan kekuasaannya. Adapun Islam datang sebagai agama yang terakhir dan menyeluruh yang layak untuk diterapkan di muka bumi, sehingga Allah SWT mewariskan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya kepada orang-orang yang berhak mewarisinya. Oleh kerana   itu,   agama   yang   terakhir   ini   harus   mempunyai   karakter   khusus   dan karakter itu adalah karakter keadilan. Ketegasan      hanya    cocok   untuk    zaman     tertentu   dan   kelompok   tertentu       dan keadaan   tertentu,   sedangkan   cinta   adalah   contoh   yang   tertinggi,   tetapi   ia tidak     dapat     menjadi     sesuatu     tolok    ukur    untuk    dibandingkan       dengan tindakan-tindakan         tertentu    atau    untuk    dijadikan     alat   untuk    melakukan sesuatu.     Dan    jika  ia  menjadi     tolok   ukur   bagi   orang-orang      yang   memilki perasaan   yang   tinggi   atau   budaya   yang   tinggi,   maka   ia   tidak   dijadikan   tolok ukur   umum   dan   universal.   Adapun   keadilan,   maka   ia   menjadi   karakter   Islam yang berarti keseimbangan dalam sifat-sifat keutamaan dan meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Ini adalah tolok ukur yang menyeluruh dan barometer yang     akhir.   Dan    barangkali    kebesaran      keadilan    dan    pengaruhnya      dalam pengaturan alam bersandarkan kepada firman Allah SWT:

"Allah    menyatakan      bahawasanya      tidak  ada   Tuhan    melainkan     Dia.  Yang menegakkan   keadilan.   Para   malaikat   dan   orang-orang   yang   berilmu   (juga menyatakan yang demikian itu)." (QS. Ali 'Imran: 18) Apabila    Allah   SWT   dalam    Islam   merupakan     cermin   yang   tertinggi,   maka keadilan    yang   disaksikan   oleh   Allah  SWT    terhadap    diri-Nya   sendiri  harus menjadi karakter Islam dan kaum Muslim. Keadilan dalam Islam bukan hanya keadilan ekonomi atau keadilan hukum atau keadilan dalam balasan, tetapi ia mencakup semuanya. Sebelum semua ini dan sesudahnya, keadilan dalam Islam merupakan suatu sistem dalam kehidupan dan metode utama dalam Islam. Ketika    Anda   memalingkan     pandangan     Anda   dalam    Islam,  maka    Anda   akan menemukan keadilan menghiasi seluruh wajah Islam. Di sana terdapat keadilan antara    agama-agama      yang   dulu,  keadilan   antara   individu  dan   masyarakat, keadilan antara dunia dan agama, keadilan antara lelaki dan wanita, keadilan untuk orang-orang yang fakir dan orang-orang yang kaya, keadilan antara para penguasa     dan   rakyat,   bahkan   dengan   keadilan   itu   sendiri   bumi  dan   langit ditegakkan dan Allah SWT menyebut diri-Nya sebagai al-'Adl (Yang Maha Adil). Selanjutnya,     Islam   adalah   agama    yang   sudah   lama   sebagaimana     lamanya kedatangan para nabi. Nabi Nuh as berkata dalam surah Yunus: "Jika kamu  berpaling   (dari peringatanku),   aku  tidak   meminta upah  sedikit pun darimu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepadanya)." (QS. Yunus: 72) Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as berkata dalam surah al-Baqarah saat keduanya membangun Ka'bah: "Ya    Tuhan     kami,   terimalah     dari   kami    (amalan    kami),    sesungguhnya Engkaulah   Yang   Maha   Mendengar   lagi   Maha   Mengetahui.   Ya   Tuhan   Kami, jadikanlah     kami   berdua    orang    yang   tunduk    patuh   kepada    Engkau     dan tunjukkanlah   kepada   kami   cara-cara   dan   tempat-tempat   ibadat   haji   kami, dan   terimalah  taubat   kami.   Sesungguhnya Engkaulah  Yang   Maha  Menerima taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 127-128) Nabi Ibrahim  tidak  lupa   untuk  berwasiat   kepada   keturunannya   dan   di   antara mereka     adalah   Yakub   agar  mereka    mati   dalam   keadaan    Islam.  Allah  SWT berfirman: "Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anaknya, Demikian pula Yakub.     (Ibrahim   berkata):    'Hai  anak-anakku,     Sesungguhnya      Allah   telah memilih     agama    ini  bagimu,    maka    janganlah    kamu    mati   kecuali   dalam memeluk agama Islam.'" (QS. al-Baqarah: 132) Ketika    kematian    mendekati    Yakub,   beliau   mengumpulkan      anak-anaknya     di sekelilingnya dan bertanya kepada mereka: "Apa   yang   kamu   sembah   sepeninggalanku?   Mereka   menjawab:   'Kami   akan menyembah   Tuhanmu   dan   Tuhan   nenek   moyangmu,   Ibrahim,   Ismail,   dan Ishaq,    (yaitu)   Tuhan    Yang    Maha    Esa  dan    kami   hanya    tunduk    patuh kepadanya.'" (QS. al-Baqarah: 133) Allah SWT memberitahu kita dalam surah Yunus tentang perkataan Nabi Musa kepada kaumnya: "Hai    kaumku,     jika  kamu     beriman    kepada     Allah,  maka     bertawakallah kepada-Nya   saja,   jika   kamu   benar-benar   orang   yang   berserah   diri."   (QS. Yunus: 84) Sementara      itu,  Nabi  Sulaiman    adalah   seorang    Muslim   sesuai  dengan    nas ayat-ayat yang menceritakan tentang kisahnya bersama Ratu Saba' ketika Ratu tersebut berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat lalim terhadap diriku dan aku berserah   diri   bersama   Sulaiman   kepada   Allah,   Tuhan   semesta   alam."   (QS. an-Naml: 44) Demikian     juga  Nabi   Yusuf,  beliau   berdoa   kepada   Allah  SWT    dan  meminta kepadanya agar mematikannya sebagai orang Muslim dan memasukannya dalam kelompok orang-orang yang saleh. Allah SWT berfirman dan bercerita tentang Yusuf dalam surah Yusuf:

"Ya    Tuhanku,      sesungguhnya      Engkau     telah   menganugerahkan         kepadaku sebahagian      kerajaan    dan   telah   mengajarkan      kepadaku      sebahagian    ta'bir mimpi.     (Ya   Tuhan)    Pencipta   langit   dan   bumi,   Engkaulah   Pelindungku   di dunia     dan    di   akhirat,    wafatkanlah       aku   dalam     keadaan      Islam   dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh." (QS.Yusuf: 101) Sementara   itu   dalam   surah   al-Maidah,   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   kaum Hawariyin agar mereka beriman kepadanya dan kepada rasul-Nya lalu mereka berkata: "Kami   telah   beriman   dan   saksikanlah   (wahai   rasul)   bahawa   Sesungguhnya kami   adalah   orang-orang   yang   patuh   (kepada   seruanmu)."   (QS.   al-Maidah: 111) Jadi, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Yakub, Nabi Musa Harun, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Isa adalah nabi-nabi yang Muslim sesuai dengan nas ayat-ayat     tersebut.    Maka    seluruh    nabi   adalah    orang-orang     Muslim,    lalu bagaimana Nabi Muhammad saw sebagai Nabi yang terakhir dikatakan sebagai orang Muslim yang pertama? Allah   SWT   berfirman   dalam   surah   al-An'am   yang   ditujukan   kepada   Nabi   yang terakhir: "Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk     Allah,  Tuhan   semesta   alam,      tiada   sekutu   bagi-Nya;    dan   demikian itulah     yang    diperintahkan       kepadaku       dan    aku    adalah     orang    yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163) Maka,     bagaimana      beliau   menjadi     orang   Muslim    yang    pertama,     padahal penamaan umat beliau   dengan   sebutan   al-Muslimin   adalah   penamaan   yang   sebenarnya   sudah dahulu dikenal    di  kalangan    nabi-nabi   yang   terdahulu    dan   kedatangannya      ke  alam wujud dan penamaan   agamanya   dengan   sebutan   al-Islam   sebenarnya   berhutang   kepada datuknya yang jauh, yaitu Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hajj: "Dan    Dia   sekali-kali   tidak   menjadikan      untuk    kamu    dalam    agama    suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.

 Dia telah menamai kamu sekalian orang- orang Muslim dari dahulu. " (QS. al-Hajj: 78) Tidak   ada   pertentangan      dalam   pendahuluan      para   nabi  dengan    sebutan    al- Muslimin daripada Rasulullah saw dan kedudukan beliau sebagai orang Muslim yang pertama. Tentu kata al-Awwal (yang pertama) di sini tidak difahami dari sisi waktu atau masa kemunculan, tetapi yang dimaksud dengan orang Muslim di   sini  adalah    akmalul   muslimin     (orang   yang   paling   sempurna     di  antara orang-orang      Muslim).   Suatu    kali  Aisyah  pernah    ditanya    tentang   akhlaknya Rasulullah   saw   lalu   dia   menjawab   dengan   kalimatnya   yang   singkat:   "Akhlak beliau adalah Al-Quran." Kita   mengetahui   bahawa   Al-Quran   al-Karim   menetapkan   akhlak   yang   mulia meskipun   dalam   batasannya   yang   sederhana   dan   rendah,   dan   menyebutkan keutamaan   akhlak   dalam   tingkatannya   yang   tinggi.   Oleh   kerana   itu,   akhlak seperti apa yang dimiliki oleh Rasulullah saw: apakah beliau memiliki akhlak yang sifatnya tengah-tengah, atau apakah beliau mendahului dalam kebaikan, atau    apakah    beliau   termasuk    ashabul   yamin    (orang-orang     yang   berasal   di sebelah kanan), atau apakah beliau termasuk al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT)? Rasulullah     saw   tidak  hanya    memiliki   semua    karakter    tersebut   dan   atribut tersebut,   bahkan   kedudukan   beliau   lebih   dari   itu   semua.   Beliau   berada   di puncak   dari   segala   puncak   keutamaan   akhlak,   sehingga   beliau   berhak   untuk mendapatkan sebutan dari Allah SWT: "Dan   sungguh   pada   dirimu   terdapat   budi   pekerti   yang   agung.   "   (QS.   al- Qalam: 4) Para   Mufasir   berbeza   pendapat   tentang   makna   dari   al-Huluqul   'adzim   (budi pekerti   yang   agung).   Sebahagian   mereka   mengatakan   bahawa   yang   dimaksud adalah Al-Quran. Sebahagian yang lain mengatakan itu adalah Islam. Ada juga yang    mengatakan      bahawa    beliau   tidak   memiliki   sesuatu    kecuali   keinginan untuk menuju jalan Allah SWT.

Dalam Al-Qur'an al-Karim terdapat penjelasan tentang darjat beliau yang tinggi dalam dua ayat yang mulia. Ayat yang pertama adalah firman-Nya: "Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk     Allah,   Tuhan   semesta   alam,      tiada   sekutu    bagi-Nya;    dan   demikian itulah     yang     diperintahkan       kepadaku       dan    aku    adalah     orang     yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163) Beliau   adalah   orang   yang   paling   utama   di   antara   manusia   semuanya;   beliau memiliki   keutamaan   yang   melebihi   semua   manusia;   beliau   memiliki   rahmat dan    kemuliaan     yang   tidak   dapat   ditandingi    oleh   seseorang    pun.   Meskipun beliau   datang   sebagai   Nabi   yang   terakhir   namun   justru   kerana   posisi   beliau sebagai   Nabi   yang   terakhir,   maka   beliau   menjadi   bata   yang   terakhir   dalam pembangunan   rumah   kenabian   yang   tinggi,   sehingga   bata   yang   terakhir   itu harus    menjadi    puncak    pembangunan        manusia.    Sedangkan     ayat   yang   kedua adalah firman-Nya: "Dan   Kami   tidak   mengutusmu   kecuali   sebagai   rahmat   bagi   alam   semesta." (QS. al-Anbiya': 107) Beliau bukan hanya menjadi rahmat bagi orang-orang Arab saja; beliau bukan hanya   menjadi   rahmat   bagi   orang-orang   Quraisy   dan   beliau   bukan   menjadi rahmat   bagi   zamannya   saja,   begitu   juga   beliau   tidak   menjadi   rahmat   bagi jazirah   Arab   saja,   tetapi   beliau   menjadi   rahmat   bagi   alam   semesta;   beliau senantiasa   menjadi   rahmat   bagi   alam   semesta:   dimulai   dari   diturunkannya wahyu kepadanya dengan kalimat iqra hingga Allah SWT mewariskan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya kepada orang- orang yang berhak mewarisinya sampai   hari   kiamat.   Alhasil,   beliau   adalah   rahmat   yang   dihadiahkan   kepada manusia;      beliau    adalah    rahmat    yang    tidak   menonjolkan       mukjizat    yang mengagumkan,         tetapi  beliau   adalah    rahmat    yang   memulai     dakwah    dengan mengutamakan   fungsi   akal   atau   pembacaan   dua   kitab:   pertama,   pembacaan kitab   alam   atau   Al-   Qur'an   yang   diciptakan   atau   kalimat-kalimat   Allah   SWT yang     terdiri  dari   jutaan    bentuk     dan   kedua    pembacaan       Al-Qur'an    yang diturunkan      melalui   malaikat    Jibril   di  mana  ia  merupakan      kalamullah    yang abadi. Dan kitab alam dibaca dengan ribuan cara: dibaca melalui penelusuran dunia:

"Katakanlah:      'Berjalanlah   kamu    di  muka   bumi     dan   amat-amatilah.'"     (QS. an-Naml: 69) Atau dibaca melalui usaha menyingkap misteri dan penggunaan akal: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di   segenap   penjuru   dan   pada   diri   mereka   sendiri,   sehingga   jelaslah   bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu adalah benar. " (QS. Fushilat: 53) Atau dibaca melalui ilmu dan pengamatan: "Atau   siapakah   yang   telah   menjadikan   bumi   sebagai   tempat   berdiam,   dan yang     telah    menjadikan       sungai-sungai      di   celah-celahnya,      dan    yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut 1 Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan      (sebenarnya)     kebanyakan      dari   mereka    tidak   mengetahui."      (QS. an-Naml: 61) Jika di sana terdapat ribuan jalan atau cara untuk membaca kalimat- kalimat Allah SWT dan kitab alam, maka di sana terdapat satu jalan untuk membaca kalamullah yang abadi, yaitu hendaklah Al-Qur'an dibaca dengan mata hati dan kecemerlangan basirah, sehingga Al-Qur'an menjadi bahagian akhlak dari yang membaca sesuai dengan kemampuannya. Sebelum   turunnya   Al-Qur'an,   dunia   diliputi   dengan   kekurangan,   baik   secara materi,   rohani,   undang-undang   mahupun   dari   dimensi   kehidupan   yang   biasa melekat pada manusia saat itu. Dan sebelum diutusnya Rasul saw yang beliau adalah    manusia    yang   sempurna     dan   paling   utama,    alam   belum    mencapai puncak   dari   penyerahan   diri   kepada   Allah   SWT   atau   puncak   dari   keutamaan akhlak. Ketika Rasulullah saw diutus, maka manusia mengalami kesempurnaan dan mampu mencapai tingkat kesempurnaannya. Dengan Kitab yang mulia ini dan Nabi yang pengasih, Allah SWT yang menyempurnakan agama bagi manusia dan menyempurnakan nikmat-Nya atas mereka, sebagaimana firman-Nya: "Pada    hari   ini  telah  Ku-sempurnakan        untuk    kamu    agamamu,      dan   telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. " (QS. al-Maidah: 3) Namun semua itu tidak terwujud begitu saja, Nabi yang mulia harus berjuang secara   serius   dan    sungguh-sungguh,   sehingga   beliau        menjadi     manusia   yang paling layak untuk mendapatkan pujian penduduk bumi dan penduduk langit. Dan   Rasulullah saw   telah   melakukan   semua   itu.   Kita   tidak  mengenal  seorang nabi   yang   perasaannya   dihina   dan   dicaci   maki   lebih   dari   apa   diterima   oleh Muhammad        bin   Abdillah;    kita  tidak   mengenal     seorang    nabi   yang   memikul berbagai   penderitaan,   dan   memiliki   kesabaran   yang   mengagumkan   di   jalan Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi kita. Kemudian,       seorang    yang   diutus   oleh   Allah   SWT   sebagai    rahmat    bagi   alam semesta tidak akan mengajak manusia menuju kebenaran kecuali jika manusia tersebut     dari   kalangan    orang-orang      yang   kafir   dan   membangkang.        Beliau berdakwah bagi orang yang berhak mendapatkan dakwah; beliau siap memikul tanggung   jawab   dakwah   dengan   berbagai   tantangan   dan   cubaannya;   beliau menunjukkan   kesabaran   yang   luar   biasa.   Setelah   itu,   beliau   datang   kepada Allah SWT   dengan   hati   yang   puas   dan   air   mata   yang   bercucuran   dan   dengan suara berbisik berkata: "Ya Allah, jika tidak ada kemurkaan pada diri-Mu, maka aku tidak akan peduli dengan manusia." Segala sesuatu akan menjadi mudah jika di sana terdapat ridha Allah SWT. Setelah   turunnya   wahyu   kepada   Rasul   saw,   beliau   memulai   tahapan   dakwah dan    mengajak      manusia     untuk   menyembah        Allah   SWT.    Dimulailah     dakwah secara rahsia yang berlangsung selama tiga tahun dalam persembunyian. Mula-mula Ummul Mu'minin, Khadijah binti Khuwailid beriman kepadanya, lalu beriman   juga   sahabatnya,   Abu   Bakar   sebagaimana   beriman   kepadanya   anak pamannya,   Ali   bin   Abi   Thalib   yang   saat   itu   masih   kecil   dan   hidup   di   bawah asuhan   Muhammad,   dan   juga         beriman   kepadanya   Zaid   bin   Tsabit,   seorang pembantunya.         Kemudian      Abu    Bakar     juga   ikut   berdakwah,       sehingga     ia memasukkan         dalam    dakwah     teman-     temannya,      seperti   Usman     bin  Affan, Thalha bin Ubaidilah, dan Sa'ad bin Abi Waqas. Juga beriman seorang Masehi, yaitu Waraqah bin Nofel dan Rasulullah saw melihatnya setelah kematiannya tanda kesenangan yang itu menunjukkan ketinggian darjatnya di sisi Allah SWT. Setelah itu, Abu Dzar al-Ghifari juga masuk Islam, lalu disusul oleh Zubair bin Awam      dan    Umar     bin   'Anbasah    serta    Sa'id  bin   'Ash.   Jadi,   Islam    mulai mengepakkan sayapnya secara rahsia di Mekah.

Kemudian       berita    tersebarnya     akidah    yang     baru   ini   sampai     kepada pembesar-pembesar   Quraisy,   tetapi   mereka   tidak   begitu   peduli.   Barangkali mereka membayangkan bahawa Muhammad telah menjadi - kerana uzlah yang dilakukannya      di  gua  Hira   -  salah  seorang   juru   bicara   tentang   ketuhanan sebagaimana pernah dilakukan oleh Umayah bin Shalt dan Qas bin Sa'adah. Demikianlah dakwah secara rahsia berhasil mengembangkan misinya dan dapat melindungi      akidah   yang    baru.   Dan   selama    perjalanan     tiga  tahun    yang dibutuhkan tahapan dakwah secara rahsia keimanan telah tertanam dalam hati kaum Muslim yang pertama. Rasulullah saw telah mendidik mereka dan telah menanamkan kepada diri mereka sifat-sifat kemuliaan dan telah menciptakan mereka sebagai benih pertama dari pasukan Islam. Pada suatu hari Jibril turun dengan membawa firman Allah SWT: "Dan    berilah   peringatan    kepada    kerabat-kerabatmu       yang   terdekat."    (QS. asy-Syu'ara': 214) Demikianlah,   datanglah   perintah   Ilahi   agar   Rasulullah   saw   berdakwah   secara terang-terangan. Lalu berkumpullah di sekeliling Nabi sekelompok tentera yang besar dan datanglah perintah Ilahi agar beliau menyampaikan dakwah secara terang-terangan dan mengingatkan keluarga dekatnya. Ketika Nabi melakukan hal   tersebut,    maka   dakwah     memasuki     tahapan   yang   kedua.    Dan   tahapan dakwah yang baru ini berakibat pada timbulnya penekanan terhadap para dai di   mana    mereka    mengalami     penindasan,     bahkan    mereka    didustakan    oleh masyarakat serta diboikot. Orang-orang Quraisy mengetahui bahawa Muhammad berbahaya bagi mereka. Beliau    bukan   hanya    berbicara   tentang   ketuhanan,     tetapi  beliau   mengajak manusia     untuk   mengikuti    agama    baru,   yaitu   agama    yang   mencuba     untuk menyingkirkan   berhala-berhala   dan   patung-patung   mereka   serta   tuhan-tuhan mereka   yang   mereka   yakini;   agama   yang   mencuba   menyingkirkan   kedudukan sosial   mereka   dan   kepentingan-   kepentingan   ekonomi   mereka;   agama   yang menyatakan bahawa tiada tuhan lain selain Allah SWT, dan tiada hukum lain selain   hukum-Nya,   serta   tiada   penguasa   lain   selain   Dia.  

Kedatangan   agama tersebut   menyebabkan   penduduk   kota   Mekah   membencinya   dan   orang-orang yang memegang kekuasaan di dalamnya merasa gelisah. Setelah     pengumuman        dakwah     secara    terang-terangan,      dimulailah     dan ditabuhlah   gendang   peperangan.   Kemudian   peperangan   yang   dahsyat   terjadi antara para pembesar Quraisy dan para pengikut Rasulullah saw. Orang yang pertama kali menyerang Islam adalah seorang tokoh Mekah yang bernama Abu Lahab. Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menaiki bukit Shafa dan beliau mulai   memanggil-manggil   tokoh   Quraisy   dan   para   kabilah   Mekah.   Dan   ketika semua   berkumpul,   beliau   bertanya   kepada   mereka:   "Apakah   kalian   percaya jika   aku   memberitahu   kalian   bahawa   seekor   kuda   akan   datang   menyerang kalian?" Mereka menjawab: "Tentu, kami belum pernah melihatmu berbohong." Beliau berkata: "Aku seorang yang diutus sebagai pemberi peringatan terhadap kalian. Di hadapanku terdapat seksaan yang berat jika kalian menentang." Abu Lahab      berkata:    "Sungguh     celaka    engkau,    apakah     kerana    ini   engkau mengumpulkan kami." Dengan   penghinaan   inilah,   peperangan   terhadap   Islam   dimulai.   Ketika   kaum Muslim   tidak   mampu   mempertahankan   diri   mereka,   maka   mula-   mula   Allah SWT membantu mereka dan menolong mereka dengan menurunkan surah yang pendek yang mengecam tindakan Abu Lahab: "Binasalah     kedua   tangan    Abu   Lahab    dan  sesungguhnya      dia  akan    binasa. Tidaklah bermanfaat kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan. Kelak   dia   akan   masuk    ke   dalam   api   yang   bergejolak.   Dan   (begitu   pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut. " (QS. Allahab: 1-5) Dengan     ayat-ayat    yang  pendek    dan   tepat   tersebut,   Abu   Lahab    memasuki kancah sejarah dari pintunya yang paling pendek. Gambaran tentang kejahatan Abu Lahab tertulis selama-lamanya. Abu Lahab adalah seorang yang menentang dakwah kebenaran kerana ia mengkhuatirkan kedudukannya dan kekayaannya, padahal harta yang dipertahankannya dan dijaganya tidak memiliki erti sama sekali   di   sisi  Allah  SWT   kerana    ia  sekarang    berada    dan   dimasukkan     di tengah-tengah      neraka   yang   menyala-    nyala,   sedangkan    isterinya  membawa kayu bakar, sehingga menambah nyala api itu sendiri. Dan di lehernya terdapat suatu   belenggu   sebagai   simbol   keterikatannya   dengan   dunia   binatang   yang tidak berakal. Sebahagian besar orang-orang yang menentang dakwah adalah orang- orang yang berhubungan dengan dunia binatang yang tidak sadar.

Allah SWT berfirman:

"Atau   apakah   kamu   mengira   bahawa   kebanyakan   mereka   itu   mendengar atau   memahami.   Mereka   itu   tidak   lain,   hanyalah   seperti   binatang   ternak, bahkan     mereka     lebih   sesat  jalannya    (dari  binatang    ternak   itu).  "  (QS. al-Furqan: 44)

 Seandainya hari ini kita merenungkan reaksi orang-orang kafir dan orang- orang musyrik, maka kita akan terhairan-hairan. Allah SWT berfirman: "Dan mereka hairan kerana mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul)   dari   kalangan   mereka;   dan   orang-orang   kafir   berkata:   'Ini   adalah seorang      ahli   sihir   yang    banyak     berdusta.    Mengapa      ia   menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan'." (QS. Shad: 4- 5) Cobak perhatikan bagaimana kebodohan kaum itu di mana mereka menganggap bahawa     pada    hakikatnya   terdapat    multi   tuhan   dan  mereka    justru   merasa hairan ketika terdapat hanya satu tuhan atau tuhan yang esa. Mereka justru merasa hairan ketika berhadapan dengan masalah yang fitri dan jelas ini. Allah SWT berfirman: "Dan     apabila    mereka     melihat     kamu    (Muhammad),        mereka     hanyalah menjadikan   kamu   sebagai   ejekan   (dengan   mengatakan):   'Inikah   orangnya yang   diutus   Allah   sebagai   rasul?   Sesungguhnya   hampirlah   ia   menyesatkan kita     dari    sembahan-sembahan          kita,    seandainya      kita    tidak    sabar (menyembah)nya. " (QS. al-Furqan: 41-42) Perhatikanlah betapa nekadnya kaum itu di mana mereka mulai menghina dan mengejek      Rasulullah    saw,   padahal   beliau   telah   datang   di  tengah-tengah mereka   untuk   menyelamatkan   mereka   dari   api   neraka,   dan   cuba   perhatikan bagaimana       pandangan      mereka     terhadap     tuhan-tuhan      mereka.     Mereka membayangkan   bahawa   mereka   nyaris   tersesat   jika   mereka   tidak   bersabar dalam     membela      tuhan-tuhan      tersebut.    Demikianlah      kesesatan    mengejek kebenaran      dan    kebodohan     menghina      ilmu.   Mereka    justru   merasa     hairan terhadap     kepandaiannya       yang   dapat   menyelamatkannya        dari   meninggalkan tuhan-tuhannya   yang   terbuat   dari   batu   dan   kayu,   bahkan   terkadang   mereka membuat   tuhan   dari   adunan   roti   di   mana   mereka   menyembahnya   kemudian memakannya. Mereka   mengatakan   bahawa   tuhan-tuhan   kami menyelamatkan kami     dari  rasa  lapar   atau   mereka     mengatakan      bahawa    kami    menyembah mereka agar mereka dapat mendekatkan kami pada Allah sedekat-dekatnya. Meskipun   demikian,   dakwah   Nabi   terus   berlanjutan   dan   tertanam   di   muka bumi.   

 Mereka    orang-orang     musyrik   menuduh      Nabi   sebagai   seorang    dukun; mereka   menuduhnya   juga   sebagai   seorang   gila,   bahkan   mereka   menuduhnya sebagai    seorang   penyihir;    mereka   menuduh       bahawa   beliau    berbohong   atas nama kebenaran dan beliau dibantu oleh kaum yang lain; mereka mengatakan ini adalah dongengan orang-orang yang dahulu. Mereka meminta kepada beliau untuk mendatangkan mukjizat dengan bentuk tertentu;      mereka     memberitahu        bahawa      mereka     tidak    akan    beriman kepadanya, sehingga terdapat suatu mata air yang memancar dari bumi atau terwujud   di   depan   mereka   suatu   taman   dari   pohon   kurma   dan   anggur   yang memancar   di   tengah-tengahnya   sungai, atau   langit  akan   runtuh   sebagaimana yang beliau sampaikan kepada mereka sebagai bentuk azab atau beliau datang dengan Allah SWT dan para malaikat dan mereka semua menjamin kebenaran dakwah yang diserukannya, atau beliau memiliki rumah dari emas atau beliau mampu mendaki langit dan mereka masih belum beriman terhadap pendakian itu   meskipun     ia  mendaki     di  hadapan     mata    mereka    dan   kembali    dengan selamat, kecuali jika ia menghadirkan kitab kepada mereka yang dapat mereka baca dari langit. Nabi tidak peduli dengan usaha mereka untuk menyakiti hati beliau; Nabi tetap memberitahu mereka dengan penuh kelembutan bahawa apa saja yang mereka minta   itu   tidak   sesuai   dengan   Islam.   Sebab,   Islam   hanya   menyeru   akal   dan berusaha      menciptakan      kebebasan.      Beliau   menyampaikan        kepada    mereka bahawa beliau hanya sekadar manusia yang diutus oleh Tuhan; beliau datang kepada mereka untuk mengingatkan mereka akan suatu hari di mana seorang tua   tidak   akan   menyelamatkan   anaknya   dan   tidak   bermanfaat   di   dalamnya harta    dan   anak-anak,     dan   mereka     tidak   akan   selamat    di  dalamnya     dari seksaan.   Orang-orang   yang   mempunyai   kedudukan   atau   para   tokoh   mereka adalah para tiran-tiran di muka bumi di mana semua itu tidak akan bermanfaat bagi mereka pada hari kiamat. Seksaan yang bakal mereka terima tidak dapat mereka hindari dan mereka pun tidak dapat meringankannya. Demikianlah   Islam   -   sebagaimana   agama-agama   sebelumnya   -   mengumpulkan di   sekelilingnya   orang-orang   yang   berakal   dan   orang-   orang   yang   fakir   serta orang-orang        yang    menderita       di   muka      bumi.     Berimanlah       sekelompok orang-orang fakir di mana mereka menjadi kelompok sosial yang tertindas dan tersingkirkan di Mekah. Mereka menjadi makanan empuk kelompok-kelompok yang zalim. Islam   bukan   hanya   memberikan   solusi   ekonomi   terhadap   tragedi   kehidupan atau   masyarakat,   tetapi   Islam   memberikan   solusi   Ilahi   terhadap   keberadaan manusia secara umum; Islam meyakini bahawa manusia bukan hanya sekadar perut     yang   harus    dikenyangkan      dan   naluri   seksual    yang   harus    dipuaskan, manusia   bukan   hanya   di   lihat   dan   dinilai   dari   sisi   ini,   namun   Islam   justru meletakkan   manusia   pada   tempatnya   yang   hakiki,   tanpa   membesar-besarkan atau mengecilkannya.

 Dalam pandangan Islam, manusia terdiri dari bangunan fizik dan rohani, terdiri dari akal dan ambisi dan terdiri dari celupan dari Allah SWT dalam rohnya. Islam   tidak   mementingkan   fizik   saja   dan   meninggalkan   rohani,   begitu   juga sebaliknya.      Terkadang      fizik  boleh    jadi   mendapatkan        kebahagiaan      dalam kehidupan, tetapi rohani justru mengalami penderitaan yang luar biasa. kerana itu, pemuasan salah satu dimensi dari dimensi manusia tidak akan membawa manusia   kepada   kesempurnaan   atau   kebahagiaan.   Maka,   Islam   datang   untuk membawa suatu solusi yang dapat menyelamatkan manusia dari dalam dirinya sendiri   dan   Islam   membebankan   tugas   ini,   yakni   tugas   perubahan   ini   kepada Al-Qur'an. Al-Qur'an   menjadi   cermin   dalam   kehidupan   di mana   ayat-ayatnya   diturunkan kepada Rasul saw, lalu beliau mengajarkannya kepada kaum Muslim. Kemudian Al-Qur'an     berubah     menjadi     orang-orang     yang    berjalan    di  pasar-pasar     dan mengancam          singgasana      kebencian       yang     menguasai       Mekah,      sehingga orang-orang   musyrik   justru   meningkatkan   usaha   pengejekan   dan   penghinaan terhadap   Rasul   saw.   Oleh   kerana   itu,   beliau   semakin   sedih   lalu   Allah   SWT menghiburnya.         Allah    SWT     memberitahu        beliau     bahawa      mereka      tidak mendustakannya,   tetapi   mereka   justru   melalimi   diri   mereka   sendiri.   Mereka mulai   menentang   Nabi   dan   ayat-   ayat   Allah   SWT,   padahal   Nabi   adalah   salah satu dari ayat Allah SWT.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan        hatimu,    (janganlah    kamu    bersedih    hati),  kerana    mereka sebenarnya bukan   mendustakan   kamu,   akan   tetapi orang-orang yang lalim itu mengingkari ayat-ayat Allah." (QS. al- An'am: 33) Kemudian kaum musyrik meningkatkan penindasan kepada Rasul saw dan para pengikutnya.      Peperangan      dimulai:    dari  peperangan      urat   saraf   sampai peperangan   fizik.   Mereka   mulai   menyeksa   para   pengikut   Rasul   saw,   bahkan membunuhnya.        Pada   saat  itu,  musuh-musuh      Islam  membayangkan       bahawa dengan cara menindas kaum Muslim dan menekan mereka dakwah Islam akan berhenti dan kaum Muslin akan enggan untuk berdakwah. Mereka menganggap bahawa      kaum   Muslim    justru  memilih    untuk   menyelamatkan       diri  mereka. Namun   para   tokoh-   tokoh   Quraisy   dan   para   tokoh-tokoh   Mekah   dikejutkan ketika    melihat   penekanan    yang   mereka    lakukan   justru  semakin    membakar semangat kaum Muslim untuk berdakwah. Saat itu kaum Muslim merasa yakin bahawa      benih   yang    telah   ditanam    Rasulullah    saw   dalam    diri   mereka menjadikan mereka tetap bersemangat untuk menyebarkan risalah Allah SWT di   muka    bumi,    yaitu   suatu   risalah   yang   mengembalikan       bumi   menuju kematangan (kesempurnaan) yang telah hilang darinya dan kemanusiaan yang telah   disia-siakan   serta   kehormatan   yang   telah   ditumpahkan   dan   kebebasan yang telah hilang. Kaum Muslim yakin bahawa mereka bukan hanya membangun suatu negeri yang kecil di Mekah, dan mereka bukan hanya memperbaiki masyarakat yang rosak, yaitu   masyarakat    jazirah   Arab,  tetapi   mereka    mengetahui    bahawa    mereka akan membangun suatu manusia yang baru. Mereka akan menciptakan manusia seutuhnya;   mereka   akan   menghadirkan   dunia   dalam   bentuk   yang   baru   dan dalam gambar yang baru yang merupakan cermin dari gambar kebesaran sang Pencipta. Sebelum     kedatangan     Islam,   orang-orang    Arab   tidak  dikenal.   Dibandingkan dengan   peradaban   yang   dahulu   dan   moden,   orang-orang   Arab   tidak   memiliki apa-apa.     Mereka   tidak  memberikan      kontribusi   kepada   dunia   dalam   bentuk ilmu,    seni,   atau   peninggalan     apa    pun   yang    dapat    dijadikan   sebagai kebanggaan.      Namun     ketika  Islam   turun   kepada    mereka,    mereka    menjadi cermin kejayaan manusia di mana mereka dapat memberikan sumbangan nyata pada    umat    manusia.    Bahkan   orang-orang    Barat   banyak    berhutang    kepada mereka     dalam    kemajuan     yang   mereka    capai  saat   ini. 

Sebaliknya,   ketika mereka      berpaling    dari   Islam    di  mana     Islam   hanya    menjadi     lembaran cerita-cerita     dan    kertas-kertas     yang   tidak    berguna,    maka     saat   itulah orang-orang      Barat   dapat    menguasai     kaum    Muslim    kerana    mereka     justru mendapatkan        ilmu  dari  Kaum    Muslim    itu  sendiri.  Mereka    justru   mencapai kemajuan ketika kaum Muslim meninggalkan agama mereka. Jadi, ketika kaum Muslim     memahami      Islam   secara   benar   dan   berusaha     untuk   menghidupkan ajaran-ajarannya nescaya mereka akan mencapai puncak keilmuan. Pada    awal-awal     masa    tersebarnya    Islam,   kaum    Muslim   menyedari     bahawa mereka menghadapi peperangan yang tidak akan berhenti. Selama kehidupan ada,    maka    pertentangan     pun   tetap   ada.   Oleh   kerana   itu,  ketika   mereka mendapatkan        penganiayaan      dan   seksaan,    maka    keimanan     mereka     justru semakin     meningkat,     dan    setiap   penganiayaan     yang    dilakukan    oleh   kaum Quraisy,    maka    mereka    tetap   bertahan     untuk   mempertahankan        kebenaran. Sebagai contoh, Amar bin Yasir mengalami penderitaan dan penganiayaan. Ia adalah   salah   seorang   budak   yang   menjadi   korban   dari   sistem   ekonomi   yang berlaku saat itu, yaitu ekonomi yang berdasarkan kepada sistem perbudakan. Seorang yang beriman tersebut diseksa di Mekah di mana ia tidak memperoleh kebebasannya        yang    hakiki   kecuali    setelah    ia  memeluk      Islam.    Mereka mengeluarkannya ke gurun dan menyeksanya berserta ibunya. Bahkan seksaan semakin   meningkat   atas   ibunya   agar   ia   kembali   menjadi   musyrik.   Ketika   ia tetap mempertahankan keimanannya dan dengan tegas menolak ajakan untuk menentang Islam, maka Abu Jahal menikamnya dengan belati yang ada di dua tangannya.      Ia  pun    meninggal.     Dan   Islam   mengorbankan       syahidnya     yang pertama. Wanita mulia itu bernama Sumayah, ibu dari Amar bin Yasir. Banyak   kalangan   orang-orang   bodoh   mengatakan   tentang   persetujuan   Islam terhadap     sistem    perbudakan,     atau   Islam   mendiamkan      sistem   perbudakan. Mereka     lupa   bahawa    Islam   dibangun    berdasarkan     suatu   prinsip  yang   ingin membebaskan perbudakan dengan segala bentuknya; Islam ingin mengeluarkan manusia   dari   kepemilikan   sesama   manusia   menuju   kepemilikan   kepada   Allah SWT. Jika   Islam   tidak   turun   dengan   nas-nas   yang   terperinci   yang   mengharamkan sistem    perbudakan,     maka    dasar-dasarnya     secara    umum    dan   prinsip-prinsip utamanya       menghentikan       -   baik    dalam     tindakan    mahupun       ucapan    - sumber-sumber        sistem   ini.  Allah  SWT    sebagai   pemilik    syariat  mengetahui bahawa sistem perbudakan adalah sistem ekonomi yang sementara yang akan berubah dengan perubahan waktu, dan kerana Islam tidak turun pada waktu yang terdapat perbudakan saja, tetapi ia turun secara umum dan menyeluruh untuk     setiap   zaman,    maka     Islam   sengaja    melewati    bentuk-bentuk       yang sementara ini dari bentuk-bentuk eksploitasi menuju unsur yang pertama atau dasar pertama yang menimbulkan bentuk-bentuk eksploitasi tersebut, sehingga Islam mengharamkannya. Dengan cara demikian, Islam mengharamkan sistem perbudakan       secara   bertahap,     seperti   proses   pengharaman       khamer.    Jadi, keseriusan Islam sangat menonjol dalam usaha menghapus dan mengharamkan perbudakan. Jika dikatakan kepada kita bahawa Islam membolehkan para tenteranya untuk memperbudak para tawanan perang, maka kita akan mengatakan bahawa Islam menerapkan   sistem   ini   sebagai   bentuk   pembalasan   terhadap   perlakuan   yang sama     di   mana     musuh-musuh       Islam    menjadikan      kaum     Muslim    sebagai budak-budak       mereka    ketika   mereka    menawannya. 

 Oleh   kerana    itu,  secara alami orang-orang Islam pun menawan mereka sebagai budak-budak. Jika Islam tidak melakukan yang demikian, maka boleh jadi Islam akan dimain-mainkan dan ada kesempatan besar bagi orang-orang musyrik untuk memperdaya Islam. Demikianlah bahawa dakwah Islam mengalami berbagai macam hambatan dan penindasan. Dan ketika orang-orang yang terseksa mengadu kepada Rasulullah saw atas penindasan yang mereka terima, maka Rasulullah saw memberitahu mereka   dengan   pembicaraan   yang   jelas   bahawa   para   dai   di   jalan   Allah   SWT harus    mengorbankan       kesenangan      mereka,    kedamaian      mereka,    dan   darah mereka sebagai harga yang pantas untuk tersebarnya dakwah Islam. Kebebasan bukan diperoleh dengan cuma-cuma. Sejarah kehidupan menceritakan kepada kita   bahawa     ia  dipenuhi   dengan    gumpalan     darah   yang   harus   dibayar   oleh masyarakat untuk memerangi musuh-musuhnya dari luar dan dari dalam. Jika ini   dialami   setiap   orang   yang   menuntut   kebebasan   pada   zaman   dan   tempat tertentu,     maka   bagaimana      dengan    orang-orang    yang    menuntut     kebebasan manusia secara keseluruhan. Seorang   Muslim   hendaklah   sadar   bahawa   dengan   mengumumkan   dakwahnya, maka ia pasti akan menerima pengusiran, penindasan, penjara, pengepungan dan   pembunuhan.   Ini   adalah   harga   yang   pantas   yang   harus   dibayar   ketika berdakwah di jalan Allah SWT; inilah harga kebebasan. Bahkan terkadang kaum yang   batil   pun   membayamya   dengan   senang   hati,   maka   bagaimana   mungkin orang-orang yang bersama kebenaran ragu untuk melakukannya. Pada    hakikatnya,     manusia    cinta  kepada    keabadian.     Secara   naluri  manusia merasa     takut   pada   azab   dan   kematian.    Dan   barangkali    yang   membedakan orang-orang   Islam   yang   hakiki   dengan   yang   lainnya   adalah   bahawa   mereka terbebas dari rasa ketakutan dan cinta keabadian. Ini adalah tolok ukur yang pasti    untuk   membezakan       antara   seorang    Muslim   yang   hakiki   dan   seorang Muslim yang hanya namanya atau Muslim warisan atau hanya klaim semata.

Seorang Muslim yang hakiki menyedari bahawa ajal di tangan Allah SWT, rezeki ada   juga   di   tangan-Nya,   begitu   juga   keamanan   semua   ada   di   tangan-Nya. Dengan   keimanan   seperti   ini,   ia   memulai   pergelutannya   untuk   menyebarkan dakwah.   Ia   siap   untuk   menerima   penyeksaan   dan   penderitaan   di   jalan   Allah SWT;     ia  pun   siap   menitiskan    darahnya     sebagai   harga    yang   pantas   yang diserukannya   dalam   rangka   memperoleh   kebebasan.   Ini   semua   dilakukannya dengan      begitu     sederhana     dan    tidak    ada    rasa    takut    kerana     Islam membebaskannya dari rasa ketakutan. Dahulu para pembangkang menggergaji orang-orang yang menyeru di jalan Allah SWT dengan menggergaji saat mereka dalam keadaan hidup- hidup. Khabab   bin   Irit   pergi   menemui   Rasulullah   saw   dan   meminta   tolong   kepada beliau dari penyeksaan orang-orang Quraisy, sambil berkata: "Tidakkah engkau menolong   kami,   wahai   Rasulullah?   Tidakkah   engkau   berdoa   kepada   kami,   ya Rasulullah?"     Rasulullah   saw   menjawab:      "Sungguh     sebelum    kalian   terdapat orang-orang yang berdakwah di jalan Allah SWT lalu mereka dimasukkan dalam suatu    galian   tanah   lalu  mereka    digergaji   di  mana   tubuh    mereka    di  pisah menjadi   dua,   namun   mereka   tetap   mempertahankan   agamanya.   Demi   Allah, sungguh      Allah   SWT    akan    menolong      masalah     ini  tetapi    kalian   terlalu tergesa-gesa." Dengan kalimat-kalimat yang penuh kesabaran dan keberanian ini, Rasulullah saw     ingin   memahamkan        kepada    orang    tersebut    bahawa     termasuk     dari kesempurnaan   iman   adalah   membayar   harga   kebebasan.   Jelas   sekali   bahawa Islam tidak memberikan keuntungan bagi orang yang memeluknya. Orang-orang Islam   yang   pertama   tidak   bertanya   dan   mengatakan:   "Apa   yang   kita   peroleh dari   agama   ini?"   Sebaliknya,   mereka   bertanya:   "Apa   yang   kita   bayar   untuk Islam?"   Jawapannya   adalah:   "Segala   sesuatu   dimulai   dari   suapan-suapan   roti sampai     darah    yang   tertumpah."     Jadi,   kaum    Muslim    yang   pertama     telah membayar   ongkos   kebebasan.   Mereka   merasakan   kedamaian   yang   luar   biasa untuk mempertahankan agama Allah SWT; mereka mendapatkan kepercayaan yang    tinggi  tentang    kemenangan      kebenaran     yang   datang    kepada    mereka; mereka justru memberitahu orang-orang musyrik bahawa mereka akan dapat mengalahkan raja-raja Kisra dan Kaisar. Dengan dakwah yang mereka lakukan, mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin di muka bumi. Kaum musyrik justru memanfaatkan   kepercayaan   ini   untuk   mengejek   mereka   dan   mentertawakan mereka. Ketika     Aswad    Ibnu   Matlab    dan   orang-orang     yang    bersamanya     melihat sahabat-sahabat Nabi, maka mereka mengejek dan mengatakan: "Telah datang kepada kalian pemimpin-pemimpin bumi yang esok akan mengalahkan raja-raja Kisra dan Kaisar, kemudian mereka bersiul dan bertepuk tangan." Namun kaum mukmin   tidak   peduli    dengan    ejekan   tersebut.  

Demikianlah    bahawa    ejekan demi   ejekan   terus   menyertai   dakwah   kaum   Muslim.   Kemudian   kaum   Quraisy mengadakan pertemuan yang bersejarah untuk menyatukan pandangan dalam rangka menyerang Rasulullah saw. Kaum musyrik menuduhnya bahawa beliau adalah seorang ahli sihir, dan pada kali yang lain mereka menuduhnya bahawa beliau adalah dukun, dan pada kali yang lain lagi mereka menuduhnya bahawa beliau adalah penyair, bahkan pada kali yang lain mereka menuduhnya bahawa beliau    adalah   seorang   yang   gila.  Kemudian    mereka    semua    sepakat    untuk menuduh bahawa beliau adalah seorang penyihir. Walid bin Mughirah yang terkenal sebagai orang yang terpandang di kalangan mereka     menuduh     Rasulullah   saw   sebagai   penyihir  yang   dapat   memisahkan antara    sesama    saudara   dan   antara   seseorang    dengan   isterinya.   Kemudian mereka   membikin   kelompok-kelompok   yang   mengingatkan   para   pendatang   di Mekah     bahawa     Muhammad      adalah    seorang   penyihir.   Meskipun     demikian, dakwah Islam tetap berlangsung. Ia tetap tersebar dengan pelan namun pasti dan kalimat-kalimat yang diutarakan Nabi justru mengingatkan perjanjian yang pernah      dilakukan     oleh    manusia,     yaitu   perjanjian     saat    Allah   SWT menyaksikannya ketika mereka masih di alam atom di punggung Adam: "Bukankah   aku   Tuhan   kalian?   Mereka   menjawab:   'Benar.'"   (QS.   al-   A'raf: 172) Bertambahlah jumlah kaum Muslim hingga kaum Quraisy merasakan ketakutan. Mereka   mulai   melihat   bahawa   penggunaan   cara-cara   kekerasan   tidak   selalu berhasil.    Kemudian    mereka    memilih    untuk   menggunakan      cara   baru,  yaitu bagaimana      seandainya    mereka    menggunakan      perdamaian    dan   perundingan. Orang-orang Quraisy mengutus 'Utbah bin Rabi'ah, seorang lelaki yang terkenal dengan kecerdasan dan kebijaksanaan sebagai juru runding. 'Utbah   berkata   kepada   Rasul   saw:   "Wahai   anak   saudaraku,   kami   mengetahui kedudukanmu        di  sisi  kami  dari  sisi  nasab.   Engkau  datang   kepada   kaummu dengan suatu hal yang besar di mana engkau memisahkan kelompok-kelompok mereka. Maka dengarkanlah aku kerana aku ingin berbicara tentang beberapa hal.   Barangkali   engkau   akan   menerima   sebahagiannya."   Rasul   saw   berkata: "Silakan   berbicara   wahai   'Utbah."   'Utbah   berkata:   "Jika   engkau   menginginkan harta nescaya kami akan mengumpulkan harta bagimu, sehingga engkau akan menjadi orang yang paling kaya di antara kami, dan jika engkau menginginkan kehormatan, maka kami akan memberi kehormatan itu bagimu dan jika engkau menginginkan   kekuasaan,   maka   kami   akan   menyerahkan   kekuasaan   padamu dan jika engkau terkena penyakit yang engkau tidak mampu menolaknya dari dirimu,     maka     kami    akan    mencarikan      tabib    bagimu    dan    kami    akan mengeluarkan harta kami sehingga engkau sembuh." Demikianlah 'Utbah mengakhiri pembicarannya. Kemudian ia menunggu reaksi Nabi. Lalu Rasulullah saw berkata: "Dengan   nama   Allah   yang   Maha   Pengasih   lagi   Maha   Penyayang.     

Haa   miim. Diturunkan   dari   Tuhan   Yang   Maha   Pemurah lagi   Maha   Penyayang. Kitab yang dijelaskan   ayat-ayatnya,   yakni   bacaan   dalam   bahasa   Arab,   untuk   kaum   yang mengetahui.   Yang   membawa   berita   gembira   dan   yang   membawa   peringatan, tetapi    kebanyakan     mereka    berpaling   (darinya);,   maka    mereka    tidak  (mau) mendengarkan.        Mereka    berkata:    'Hati  kami   berada    dalam    tutupan    (yang menutupi)      apa  yang   kamu    seru   kami   kepadanya     dan  di  telinga   kami   ada sumbatan   dan   antara   kami   dan   kamu   ada   dinding,   maka   bekerjalah   kamu; Sesungguhnya   kami   bekerja   (pula).'   Katakanlah:   'bahawasanya   aku   hanyalah seorang     manusia    seperti  kamu,    diwahyukan     kepadaku     bahawasanya      Tuhan kamu     adalah   Tuhan    Yang   Maha   Esa,   maka   tetaplah   pada   jalan   yang   lurus menuju kepadanya dan mohonlah ampun kepadanya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-(Nya) (yaitu) orang-orang yang tidak menunaikan       zakat    dan   mereka     kafir  akan    adanya    (kehidupan)     akhirat. Sesungguhnya   orang-orang   yang   beriman   dan   mengerjakan   amal   yang   saleh mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.' Katakanlah:' Sesungguhnya   patutkah   kamu   kafir   kepada   yang   menciptakan   bumi   dalam dua     masa    dan   kamu     adakan    sekutu-sekutu      bagi-Nya?     (Yang    bersifat) demikian   itulah   Tuhan   semesta   alam.   Dan   dia   menciptakan   di   bumi   itu gunung-gunung        yang    kukuh     di  atasnya.



0 comments:

Posting Komentar