Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 14 Mei 2025

Kisah Nabi isa As

 KISAH NABI ISA A.S

Matahari   tampak   akan   tenggelam,   angin   pun   bertiup   sepoi-sepoi   di   sekitar pepohonan.       Harum     semerbak     mulai   memenuhi      mihrab    Maryam.     Bau    itu menembus       jendela    mihrab    dan   mengepakkan      sayapnya     di  sekeliling  gadis perawan   yang   khusyuk   dalam   solat   tanpa   seorang   pun   mendengar   suaranya. Maryam merasa bahawa udara dipenuhi dengan bau harum yang mengagumkan. Ia   kembali   melakukan   solatnya   dengan   khusyuk   dan   mengungkapkan   syukur kepada Allah SWT. Seekor burung hinggap di jendela mihrab. Ia mengangkat paruhnya ke atas dan mengarahkan ke matahari serta mengepakkan kedua sayapnya lalu ia terjun ke air dan mandi di dalamnya. Kemudian ia terbang ringan di sekitamya. Maryam ingat bahawa beliau lupa untuk menyirami pohon mawar yang tumbuh secara tiba-tiba     di  tengah     dua   batu    yang 


   tumbuh     di   luar   masjid.    Maryam menyelesaikan solatnya lalu ia keluar dari mihrab dan menuju pohon. Belum selesai beliau siap-siap untuk keluar sehingga para malaikat memanggilnya: "Hai   Maryam,   sesungguhnya   Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu dan   melebihkan   kamu   atas   segala   wanita   di   dunia   (yang   semasa   dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42) Maryam   berhenti   dan   tampak   wajahnya   yang   pucat   dan   semakin   bertambah. Mihrab itu dipenuhi dengan kalimat-kalimat para malaikat yang memancarkan cahaya.   Maryam   merasa   bahawa   pada   hari-hari   terakhir   terdapat   perubahan pada   suasana   rohaninya   dan   fiziknya.   Di   tempat   itu   tidak   terdapat   cermin sehingga     ia  tidak  dapat   melihat    perubahan    itu.  Tetapi   ia  merasa    bahawa darah,     kekuatan    dan   masa    mudanya     mulai   meninggalkan      tempatnya      dan digantikan dengan kesucian dan kekuatan yang lebih banyak. Beliau menyedari bahawa ia sedang gugup. Beliau merasakan kelemahan manusiawi dan adanya kekuatan   yang   luar   biasa.   Setiap   kali   tubuhnya   merasakan   kelemahan,   maka bertambahlah       kekuatan    dalam    rohnya.    Perasaan    yang   demikian    ini  justru membangkitkan        kerendahan      hatinya.   Maryam     mengetahui     bahawa     ia  akan memikul tanggung jawab besar. "Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu   dan   melebihkan   kamu   atas segala wanita di dunia (yong semasa dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42)

KISAH NABI ISA


Dengan   kalimat-kalimat   yang   sederhana   ini   Maryam   memahami   bahawa   Allah SWT telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para wanita dunia. Beliau adalah wanita terbesar di dunia. Para malaikat kembali berkata kepada Maryam: "Hai    Maryam,      taatlah   kepada     Tuhanmu,      sujud    dan    rukuklah     bersama orang-orang yang ruku." (QS. Ali 'Imran: 43) Perintah     tersebut    ditetapkan     setelah   adanya    berita   gembira     agar   beliau meningkatkan       kekhusyukannya,       sujudnya,    dan  rukuknya     kepada    Allah  SWT. Maryam      lupa   terhadap     pohon    mawar     dan   beliau   kembali    solat.   Maryam merasakan bahawa sesuatu yang besar akan terjadi padanya. Beliau merasakan hal itu sejak beberapa hari, tetapi perasaan itu semakin menguat saat ini. Matahari     meninggalkan      tempat     tidurnya    sementara     malam     telah   bangkit sedangkan   bulan   duduk   di   atas   singgahsananya   di   langit   dan   di   sekelilingnya terdapat awan-awan yang indah dan putih. Kemudian datanglah pertengahan malam dan Maryam masih sibuk dalam solatnya. Beliau menyelesaikan solatnya dan   teringat   pohon   mawar   itu   lalu   beliau   membawa   air   di   suatu   bejana   dan pergi untuk menyiramnya. Pohon mawar itu tumbuh di antara dua batu di tempat yang tidak jauh dari masjid yang hanya ditempuh beberapa langkah darinya. Tempat itu jauh dari jangkauan manusia sehingga tak seorang pun mendekatinya. Tempat itu sudah dijadikan tempat yang khusus bagi Maryam untuk melakukan solat di dalamnya atau   beribadah.   Maryam   mendekati   pohon   mawar   itu   dan   menyiramnya.   lalu beliau meletakkan bejana, kemudian ia memikirkan pohon mawar itu di mana tangkainya semakin panjang pada dua malam yang dilaluinya. Tiba-tiba,    Maryam     mendengar      suara   derap    kaki  yang   menggoncang       bumi. Beliau   tidak   mendengar   suara   kaki   yang   berjalan,   tetapi   beliau   mendengar suara    kaki   yang    menetap     di  atas   batu    serta  pasir.   Maryam     merasakan ketakutan. Ia merasakan bahawa ia tidak sendirian. Ia menoleh ke sebelahnya namun      ia  tidak  mendapati      sesuatu   pun.   Kemudian      kedua    matanya    mulai berputar-putar dan memperhatikan suatu cahaya yang berdiri di sana. Maryam gementar      ketakutan     dan   menundukkan       kepalanya.    Maryam     berkata    dalam dirinya, siapa gerangan orang yang berdiri di sana. Maryam memandang kepada wajah   orang   asing   itu,   dan   menyebabkan   ia   gelisah.   Wajah   orang   itu   sangat aneh,    di  mana    dahinya    bercahaya     lebih  daripada    cahaya    bulan.   Meskipun kedua matanya memancarkan kemuliaan dan kebesaran tetapi wajah orang itu justru menggambarkan kerendahan hati yang mengagumkan. Pandangan       pertama     yang    di   lihat  oleh    Maryam     kepada     orang    itu mengisyaratkan,   bahawa   orang   itu   memiliki   kemuliaan   yang   diperoleh   orang yang   menyembah   Allah   SWT   selama   jutaan   tahun.   Maryam   bertanya   kepada dirinya,   siapa  gerangan    orang   ini?  Kemudian   seakan-   akan   orang   asing  itu membaca      fikiran  Maryam     dan  berkata:   "Salam   kepadamu     wahai    Maryam." Maryam     dibuat   terkejut    mendengar     adanya   suara   manusia    di  depannya. Maryam berkata sebelum menjawab salamnya: "Sesungguhnya       aku   berlindung     daripadamu      kepada    Tuhan    Yang    Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa." (QS. Maryam: 18) Maryam berlindung di bawah lindungan Allah SWT dan ia bertanya kepadanya, "Apakah engkau manusia yang mengenal Allah SWT dan bertakwa kepadanya?" Kemudian orang itu tersenyum dan berkata: "Sesungguhnya        aku    ini  hanyalah      seorang    utusan     Tuhanmu,      untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci." (QS. Maryam: 19) Orang asing itu belum selesai menyampaikan kalimatnya sehingga tempat itu dipenuhi   cahaya   yang   menakjubkan   yang   tidak  menyerupai cahaya   matahari, cahaya bulan, cahaya lampu, cahaya lilin bahkan cahaya api. Di sana terdapat cahaya yang sangat jernih. Kemudian terngianglah di kepala Maryam kalimat: "Aku   adalah   seorang   utusan   Tuhanmu."   Kalau   begitu,   dia   adalah   penghulu para malaikat, Ruhul Amin (Jibril) yang telah berubah wujud menjadi manusia. Maryam mengangkat kepalanya dengan gementar menahan luapan cinta. Jibril berdiri di depannya dalam bentuk manusia. Maryam memperhatikan kejernihan dahinya    dan   kesucian   wajahnya.    Benar   apa   yang  diduganya    bahawa    Jibril memiliki kemuliaan yang diperoleh orang yang menyembah Allah SWT selama jutaan    tahun.   Kemudian     Maryam    mengingat    kembali   kalimat-kalimat     yang diucapkan     Jibril.  Malaikat  itu  telah  mengatakan     bahawa    ia  adalah  utusan Tuhannya, dan ia telah datang untuk memberi Maryam seorang anak laki-laki yang suci. Maryam ingat bahawa dirinya adalah seorang perawan yang belum tersentuh     oleh  seorang   pun.   Ia  belum   menikah     dan  belum    dilamar   oleh seseorang pun, maka bagaimana ia melahirkan anak tanpa melalui pernikahan.

Fikiran- fikiran ini berputar-berputar di kepala Maryam lalu ia berkata kepada Jibril: "Maryam berkata: Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak    pernah     seorang    manusia      pun   menyentuhku        dan    aku   bukan    (pula) seorang penzina!" (QS. Maryam: 20) Jibril berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman: 'Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat   Kami   menjadikannya   suatu   tanda   bagi   manusia   sebagai   rahmat   dari Kami;     dan    hal  itu   adalah    suatu    perkara    yang    sudah    diputuskan."'      (QS. Maryam: 21) Maryam   menerima   kalimat-kalimat   Jibril.   Tidakkah   Jibril   berkata   kepadanya bahawa        ini   adalah     perintah      Allah    SWT     dan     segala     sesuatu     yang diperintahkan-Nya pasti akan terlaksana. Kemudian, mengapa ia harus (ketika) melahirkan   tanpa   disentuh   oleh   seorang   manusia   pun.   Bukankah   Allah   SWT menciptakan        Nabi    Adam    tanpa    seorang     ayah    dan   seorang     ibu?   Sebelum diciptakannya   Nabi   Adam   tidak   ada   lelaki   dan   wanita.   Hawa   diciptakan   dari Nabi Adam dan ia pun diciptakan dari laki-laki, tanpa perempuan. Biasanya      manusia     diciptakan     melalui    pasangan      laki-laki   dan   perempuan; biasanya   ia   memiliki   ayah   dan   ibu,   tetapi   mukjizat   terjadi   ketika   Allah   SWT menginginkannya untuk terjadi. Kemudian Jibril meneruskan pembicaraannya: "Sesungguhnya         Allah   menggembirakan          kamu     (dengan     kelahiran     seorang putera  yang   diciptakan)   dengan   kalimat   (yang   datang)   dari-   Nya,   namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan     termasuk      orang-orang       yang    didekatkan       (kepada     Allah),    dan    dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh." (QS. Ali 'Imran: 45-46) Kehairanan   Maryam   semakin   bertambah.   Betapa   tidak,   sebelum   mengandung anak   itu   di   perutnya   ia   telah   mengetahui   namanya.   Bahkan   ia   mengetahui bahawa      anaknya     itu  akan    berbicara    dengan     manusia     saat  ia  masih    kecil. Sebelum   Maryam   menggerakkan   lisannya   untuk   melontarkan   pertanyaan   lain,

Jibril   mengangkat       tangannya     dan    mengerahkan       udara    ke   arah    Maryam. Kemudian   datanglah   hembusan   udara   yang   bercahaya   yang   belum   pernah   di lihat   sebelumnya   oleh   Maryam.   Lalu   cahaya   tersebut   ke   jasad   Maryam   dan memenuhinya.   Tak   sempat   Maryam   melontarkan   pertanyaan   yang   lain,   Jibril yang suci telah pergi tanpa meninggalkan suara. Udara yang dingin telah bergerak dan Maryam pun tampak menggigil. Maryam segera   kembali   ke   mihrabnya.   Ia   menutup   pintu   mihrab   dan   ia   tenggelam dalam      solat   yang    khusyuk     dan    ia   pun    menangis.     Maryam      merasakan kegembiraan,       kebingungan      dan   kegoncangan      serta   kedamaian     yang    dalam. Kini, Maryam tidak lagi sendirian. Sejak Jibril meninggalkannya, ia merasakan bahawa      ia  tidak   lagi  sendirian.   Ia  menggerakkan      tangannya     yang    dipenuhi dengan cahaya, kemudian cahaya ini berubah di dalam perutnya menjadi anak, seorang     anak    yang    akan   menjadi     kalimat    Allah   SWT     dan   roh-Nya    yang diletakkan pada Maryam. Ketika anak itu besar, ia akan menjadi seorang rasul dan nabi yang ajarannya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Maryam   di   malam   itu   tidur   dengan   nyenyak   dan   ia   bangun   di   waktu   Subuh. Belum   lama   ia   membuka   kedua   matanya   sehingga   ia   dibuat   terkejut   ketika melihat     mihrab    dipenuhi    dengan     buah-buahan      yang   sebenarnya      tidak   lagi musim.   Maryam   heran   melihat   hal   itu.   Ia   mulai   mengingat   apa   yang   telah terjadi   padanya   kelmarin,       yaitu   bagaimana     kejadian   saat   menyiram   pohon mawar,      bagaimana     pertemuannya       dengan     malaikat    Jibril,  bagaimana     Allah SWT   meniupkan   kalimat-Nya   padanya,   bagaimana   ia   kembali   ke   mihrab,   dan bagaimana       tidurnya   yang    nyenyak.    Maryam     berkata    kepada    dirinya   sambil melihat     buah-buahan       yang   banyak:    Apakah     aku   akan    memakan      sendirian buah-buahan   ini.   Kemudian   ada   suara   dalam   dirinya   yang   berkata:   "Engkau tidak   lagi   sendirian   wahai   Maryam.   Kini,   engkau   bersama   Isa.   Engkau   harus makan dengan baik. Dan Maryam mulai makan. Lalu berlalulah hari demi hari. Kandungan Maryam berbeza dengan kandungan umumnya   wanita.   Ia   tidak   merasakan   sakit   dan   tidak   merasa   berat;   ia   tidak merasakan   sesuatu   telah   bertambah   padanya   dan   perutnya   tidak   membuncit seperti umumnya wanita. Alhasil, kehamilan yang dialaminya dipenuhi dengan nikmat   yang   baik.   Datanglah   bulan   yang   ke   sembilan.   Ada   sebahagian   ulama yang    mengatakan       bahawa    Maryam     tidak   mengandung       Isa  selama    sembilan bulan, tetapi ia melahirkannya secara langsung sebagai mukjizat. Pada suatu hari, Maryam keluar ke suatu tempat yang jauh. Ia merasa bahawa sesuatu akan terjadi hari itu. Tetapi ia tidak mengetahui hakikat sesuatu itu. Kakinya   membimbingnya   untuk   menuju   tempat   yang   dipenuhi   dengan   pohon kurma.   Tempat   itu   tidak   biasa   dikunjungi   oleh   seseorang   pun   kerana   saking jauhnya; tempat yang tidak diketahui oleh seseorang pun kecuali Maryam. Tak seorang pun yang mengetahui Maryam bahawa sedang hamil dan ia akan melahirkan.       Mihrab    yang    menjadi     tempat     ibadahnya      selalu   tertutup. Orang-orang mengetahui bahawa Maryam sedang sibuk beribadah dan tidak ada seorang   pun   yang   mendekatinya. Maryam   duduk  beristirahat   di bawah pohon kurma yang besar dan tinggi. Maryam mulai merasakan sakit pada dirinya, dan rasa sakit tersebut semakin terasa. Akhirnya, Maryam melahirkan: "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon   kurma,   ia  berkata: 'Aduhai   alangkah  baiknya  aku  mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan." (QS. Maryam: 23) Rasa   sakit   saat   melahirkan   anak   yang   dialami   wanita   suci   ini   menimbulkan penderitaan-penderitaan         lain  yang   segera   menantinya.     Bagaimana     manusia akan menyambut anaknya ini? Apa yang mereka katakan tentangnya? Bukankah mereka mengetahui bahawa ia adalah wanita yang masih perawan? Bagaimana seorang   gadis   perawan   bisa   melahirkan?   Apakah   manusia   akan   membenarkan Maryam       yang    melahirkan      anak    itu   tanpa    ada    seseorang     pun    yang menyentuhnya?           Kemudian         pandangan-pandangan            keraguan       mulai menyelimutinya.   Maryam   berfikir   bagaimana   reaksi   manusia   kepadanya   dan bagaimana   perkataan   mereka   terhadapnya   sehingga   hatinya   dipenuhi dengan kesedihan. Belum lama Maryam membayangkan dan meminta agar ia dimatikan dan dilupakan, tiba-tiba anak yang baru lahir itu memanggilnya: "Janganlah   kamu   bersedih   hati,   sesungguhnya   Tuhanmu   telah   menjadikan anak     sungai   di  bawahmu.      Dan   goyanglah     pangkal    pohon    kurma     itu  ke arahmu,   nescaya   pohon   itu   akan   mengugurkan   buah   kurma   yang   masak kepadamu makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang     manusia,     maka    katakanlah:     'Sesungguhnya       aku   telah   bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.'" (QS. Maryam: 24-26) Maryam       melihat     al-Masih     yang    tampan      wajahnya.      Wajahnya       tidak kemerah-merahan dan rambutnya tidak keriting seperti anak-anak yang lahir di saat    itu,  tetapi  ia  berkulit   lembut    dan  putih.   Anak   itu  diselimuti   dengan kesucian     dan    kasih  sayang;    anak    itu  berbicara    kepada     Maryam     agar   ia menghilangkan        kesedihannya      dan   meminta     padanya     agar   menggoyangkan batang-batang   pohon   kurma   supaya   jatuh   darinya   sebahagian   buahnya   yang lazat dan Maryam dapat memakan dan meminum darinya sehingga hatinya pun penuh dengan kedamaian serta kegembiraan dan tidak berfikir tentang sesuatu pun. Jika Maryam melihat atau menemui manusia, maka hendaklah ia berkata kepada   mereka   bahawa   ia   bernazar   kepada   Allah   SWT   untuk   berpuasa   dan tidak berbicara kepada seseorang pun. Maryam   melihat   al-Masih   dengan   penuh   kecintaan.   Anak   itu   baru   dilahirkan beberapa      saat  tetapi   ia  langsung   memikul     tanggung    jawab    ibunya   di  atas pundaknya.       Selanjutnya,    ia  akan    memikul    penderitaan      orang-orang     fakir. Maryam melihat bahawa wajah anak itu menyiratkan tanda yang sangat aneh. Yaitu   tanda   yang   mengisyaratkan   bahawa   ia   datang   ke   dunia   bukan   untuk mengambil darinya sesuatu, tetapi untuk memberinya segala sesuatu. Maryam menghulurkan        tangannya     ke   pohon     kurma    yang    besar.   Belum     lama    ia menyentuh batangnya   hingga   jatuhlah   darinya   buah kurma   yang   masih muda dan   lazat.   Maryam   makan   dan   minum   dan   kemudian   ia   memangku   anaknya dengan penuh kasih sayang. Saat     itu,   Maryam      merasakan      kegoncangan       yang    hebat.    Silih-berganti ketenangan   dan   kegelisahan   menghampirinya.   Segala   fikirannya   tertuju   pada satu   hal,   yaitu   Isa.   Ia   bertanya-tanya   dalam   dirinya:   Bagaimana   orang-orang Yahudi akan menyambutnya, apa yang akan mereka katakan tentangnya, apa yang akan mereka katakan terhadap Maryam, apakah para pendeta dan para pembesar      Yahudi    percaya    bahawa    Maryam     melahirkan     seorang   anak   tanpa disentuh oleh seseorang pun? Bukankah mereka terbiasa hidup dengan suasana pencurian dan penipuan? Apakah seseorang di antara mereka akan percaya - padahal ia jauh dari langit - bahawa langit telah memberinya seseorang anak. Akhirnya, masa pengasingan Maryam telah berakhir dan Maryam harus kembali ke kaumnya. Maryam kembali dan waktu menunjukkan Ashar. Pasar besar yang terletak di jalan yang dilalui Maryam menuju masjid dipenuhi dengan manusia. Mereka     sibuk   dengan     jual-beli.   Mereka    duduk    berbincang-bincang       sambil minum      anggur.   Belum    lama    Maryam    melewati     pasar   itu  sehingga   manusia melihatnya      membawa       seorang   anak    kecil  yang   didakapnya.     Salah   seorang bertanya:   "Bukankah   ini   Maryam   yang   masih   perawan?   Lalu,   anak   siapa   yang dibawanya itu?" Seorang yang mabuk berkata: "Itu adalah anaknya." Mari kita dengar   cerita   apa   yang   akan   disampaikannya.   Akhirnya,   orang-orang   Yahudi

mulai "mengepung" dengan berbagai macam pertanyaan: "Anak siapa ini wahai Maryam,      mengapa     engkau    tidak   mengembalikannya,       apakah    itu  memang anakmu, bagaimana engkau datang dengan membawa seorang anak sedangkan engkau adalah gadis yang masih perawan?" "Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina." (QS. Maryam: 28) Maryam      dituduh   melakukan     pelacuran.    Mereka    menyerang      Maryam    tanpa terlebih dahulu mendengarkan sanggahannya atau mengadakan penelitian atau membuktikan       bahawa     perkataan    mereka    memang      benar.   Maryam     dicerca sana-sini dan ia diingatkan, bahawa bukankah ia seseorang yang tumbuh dari rumah yang baik dan bukanlah ibunya seorang pelacur? Lalu mengapa semua ini terjadi padanya? Menghadapi semua tuduhan itu, Maryam tampak tenang dan tetap     menunjukkan       kebaikannya.      Wajahnya      dipenuhi     dengan     cahaya keyakinan.     Ketika   pertanyaan     semakin   menjadi-jadi     dan   keadaan    semakin sulit, maka Maryam menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ia menunjuk ke arah anaknya dengan tangannya. Maryam menunjuk Isa. Orang-orang yang ada di situ tampak kebingungan. Mereka memahami bahawa Maryam   berpuasa   dari   berbicara   dan   meminta   kepada   mereka   agar   bertanya kepada   anak   itu.   Para   pembesar   Yahudi   bertanya:   "Bagaimana   mereka   akan melontarkan pertanyaan kepada seorang anak kecil yang baru lahir beberapa hari?   Apakah   anak   itu   akan   berbicara   di   buaiannya"   Mereka   berkata   kepada Maryam: "Bagaimana      kami    akan   berbicara    dengan    anak    kecil  yang   masih    dalam ayunan?" (QS. Maryam: 29) Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan       aku   seorang    nabi.   Dan   Dia   menjadikan     aku    seorang    yang diberkati     di  mana    saja  aku   berada,    dan   Dia  memerintahkan        kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada     ibuku,    dan  Dia   tidak   menjadikanku      seorang    yang   sombong     lagi celaka.   Dan   kesejahteraan   semoga   dilimpahkan   kepadaku,   pada   hari   aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup

kembali. " (QS. Maryam: 30-33) Belum   sampai   Isa   menuntaskan   pembicaraannya   sehingga   wajah-wajah   para pendeta      dari   kalangan     Yahudi    dan   para    uskup    tampak     pucat.   Mereka menyaksikan mukjizat terjadi di depan mereka secara langsung. Anak kecil itu berbicara di buaiannya; anak kecil yang datang tanpa seorang ayah; anak kecil yang     mengatakan       bahawa     Allah    SWT    telah    memberinya       al-Kitab    dan menjadikannya   seorang   Nabi.   Ini berarti   bahawa   kekuasaan   mereka   sebentar lagi akan hancur. Setiap orang dari mereka akan menjadi tidak berarti ketika anak kecil itu dewasa. Tak seorang pun di antara mereka yang dapat "menjual pengampunan"   kepada   manusia   atau   menghakimi   mereka   melalui   penyataan bahawa   ia   adalah   wakil   dari   langit   yang   turun   di   bumi.   Atau   pernyataan, bahawa hanya dia yang mengetahui syariat. Para pendeta Yahudi merasa akan terjadi suatu tragedi keperibadian yang akan datang   kepada   mereka   dengan   kelahiran   anak   kecil   ini.   Kedatangan   al-Masih berarti   mengembalikan   manusia   kepada   penyembahan   semata-mata   kepada Allah SWT. Ini berarti menghapus agama Yahudi yang sekarang mereka yakini. Perbezaan      antara    ajaran-   ajaran   Musa    dan   tindakan-tindakan      orang-orang Yahudi      menyerupai       perbezaan      antara    bintang-bintang       di   langit    dan lumpur-lumpur di jalan. Para pendeta Yahudi menyembunyikan kisah kelahiran Isa   dan   bagaimana     ia  berbicara    di  masa    buaian.   Mereka    justru   menuduh Maryam yang masih perawan dengan kebohongan yang besar. Mereka menuduh Maryam   melakukan   pelacuran,   padahal   mereka   menyaksikan   sendiri   mukjizat pembicaraan anaknya di masa buaian. Mula-mula      cerita   tentang    itu  mereka     sembunyikan      untuk   beberapa     saat. Meskipun   demikian,   berita   tentang   kelahiran   Isa   sampai   ke   Hakim   Romawi, yaitu   Heradus.   Ia   memimpin   orang-orang   Palestina   dan   orang-   orang   Yahudi dengan   kekuatan   pedang.   Ia   menakut-nakuti   mereka   dengan   menumpahkan darah serta banyaknya mata-mata yang dimilikinya. Pada suatu hari, ia duduk di   istananya    dan   meminum      anggur.   Lalu   ia  mendengar     berita   yang   samar tentang kelahiran seseorang anak tanpa ayah; seorang anak yang dikatakan ia mampu   berbicara   saat   masih   di   buaian,   lalu   ia   menyampaikan   pembicaraan yang     menjurus     pada    ancaman      terhadap     kekuasaan      Romawi.     Kemudian bergetarlah kursi yang ada di bawah tubuh Heradus. Ia memerintahkan untuk diadakan suatu pertemuan mendadak yang dihadiri oleh para pengawalnya dan para   mata-matanya.   Pertemuan   itu   pun   terlaksana.   Heradus   duduk   dengan wajahnya   yang   hitam   mengkilat,   lalu   ia   memutarkan   pandangannya   ke   arah mata-matanya dan bertanya: "Bagaimana berita anak kecil yang berbicara di

buaiannya?" Salah seorang kepala mata-mata berkata: "Tampak bahawa masalahnya tidak benar. Kami telah mendengar isu-isu sekitar anak kecil yang mereka katakan bahawa ia membuat mukjizat dengan berbicara saat ia masih belia. Lalu saya mengutus   anak   buahku   untuk   mencari   kebenaran   berita   itu,   tetapi   mereka tidak   menemukannya.   Jelas   bagi   kami,   bahawa   berita   itu   dilebih-lebihkan." Kemudian salah satu anggota mata-mata raja berkata: "Aku telah mendapatkan bukti   yang   terpercaya   bahawa   tiga   orang   dari   orang-orang   Majusi   datang   di balik   suatu   bintang   yang   mereka   lihat   menyala   di   suatu   langit   dan   bintang tersebut mengisyaratkan kelahiran anak kecil yang membawa mukjizat, yaitu anak kecil yang akan menyelamatkan kaumnya." Hakim berkata: "Bagaimana ia dapat menyelamatkan kaumnya dan kaum siapa yang diselamatkannya?" Salah seorang      mata-mata      berkata:    "Anak    buahku     tidak   mengetahuinya        kerana orang-orang   pandai   dari   Majusi   itu   pergi   dan   tak   seorang   pun   menemukan mereka." Hakim      berkata:    "Bagaimana       mereka     dapat    pergi   dan    bersembunyi       lalu bagaimana   cerita   anak   kecil   ini?   Apakah   di   sana   ada   persekongkolan   untuk menentang        Romawi?"     Hakim     melompat      dari   tempat     duduknya     ketika    ia menyebut       Romawi,     dan    ia  mulai   berbicara    dengan     keadaan     emosi:    "Aku menginginkan   kepala   tiga   orang   yang   cerdik   itu   dan   aku   juga   menginginkan kepala anak kecil itu. Dan aku menginginkan informasi yang lengkap. Sungguh masalah      ini   semakin     samar    hai   orang-orang      yang   bodoh."     Lalu   kepala mata-mata berkata: "Barangkali ini hanya mimpi yang dibayangkan orang-orang Yahudi   bahawa   mereka   melihatnya."   Hakim   berkata:   "Sungguh   kepala-kepala kalian    semua     akan    terbang    lebih    cepat   dari   merpati     jika   kalian   tidak mendatangkan         cerita   secara   lengkap     tentang    anak   ini.  Kebingungan       dan kekacauan apa yang aku rasakan! Pergilah kalian dari sini." Anak   buah   Heradus   dan   para   mata-mata   pergi,   sedangkan   ia   masih   duduk memikirkan          masalah       tersebut.      Tampaknya         masalah        itu    sangat menggelisahkannya.   Ia   tidak   peduli   dengan   kedatangan   agama   baru   kepada manusia tetapi yang difikirkannya adalah kekuasaan Romawi yang ia menjadi simbolnya.   Kemudian   Heradus   menetapkan   untuk   memanggil   pemuka   orang Yahudi dan bertanya kepadanya tentang masalah ini. Para pengawalnya yang khusus memanggil orang Yahudi itu. Tidak beberapa lama orang Yahudi itu ada di   depan   hakim.   Heradus   berkata:   "Aku   ingin   berbicara   kepadamu   tentang suatu   masalah   yang   sangat   menggelisahkanku."   Pendeta   Yahudi   itu   berkata: "Aku ingin mengabdi kepadamu." Heradus      berkata:    "Aku    mendengar      berita-berita     yang   saling   berlawanan tentang anak kecil yang bisa berbicara di masa buaiannya dan ia mengatakan bahawa      ia  akan    menyelamatkan        kaumnya.     Maka    bagaimana      berita    yang sebenarnya       tentang    itu?"  Pendeta    itu   berkata    -  dan   ia  merasa     bahawa pertanyaan      itu  sepertinya    berupa    jebakan    yang    tidak  diketahuinya     secara pasti: "Apakah tuan yang mulia peduli dengan agama Yahudi?" Heradus berkata dalam keadaan emosi: "Aku tidak peduli sedikit pun selain kekuasaan Romawi. Jawablah pertanyaanku wahai pendeta." Pendeta Yahudi itu telah melihat Isa berbicara di buaiannya. Ia memahami bahawa seandainya ia mengatakan itu, maka ia akan mendapatkan penderitaan pada dirinya, maka ia lebih memilih sedikit berbohong. Ia berkata kepada Heradus bahawa ia mendengar cerita itu tetapi ia meragukannya. Heradus   berkata:   "Apakah   benar   agama   kalian   berbicara   tentang   kedatangan seorang   penyelamat   bagi   rakyat   kalian?"   Pendeta   berkata:   "Ini   benar   wahai tuan    yang   mulai."   Heradus    berkata:    "Apakah    kalian   mengetahui     ini  adalah persekongkolan        menentang       keamanan      kerajaan     Romawi?      Apakah     kalian menyedari   ini   adalah   bentuk   pengkhianatan?"   Pendeta   berkata:   "Aku   harap tuan    membiarkan      aku   meluruskan     suatu   pemikiran     yang   sederhana.     Berita tentang   hal   itu   adalah   berita   yang   kuno.   Berita   ini  diyakini   ketika   rakyat menjadi tawanan di Bebel sejak ratusan tahun." Heradus berkata: "Apakah memang di sana ada yang membenarkan berita ini? Sekarang,     apakah     kamu    secara   peribadi    membenarkannya?        Apakah    engkau melihat     anak   kecil   itu  yang   mereka     katakan    bahawa     ia  dilahirkan   tanpa seorang ayah?" Pendeta itu berkata: "Apakah ada seorang yang percaya wahai tuan   yang   mulia   jika   dikatakan   ada   seorang   anak   yang   lahir   tanpa   seorang ayah. Ini adalah mimpi rakyat biasa." Heradus   berkata:   "Tidak   ada   sesuatu   yang   mengusir   tidur   dari   mata   seorang penguasa selain mimpi-mimpi rakyat. Pergilah wahai pendeta dan jika engkau mendengar        berita-berita,    maka     sampaikanlah      kepadaku     sebelum      engkau sampaikan kepada isterimu." Belum lama pendeta itu pergi sehingga Heradus berfikir, bagaimana seandainya pendeta itu berbohong. Ia menangkap benang kebohongan   pada   kedua   matanya.   Ia   mengetahui   kebohongan   ini   kerana   ia sendiri sangat pandai berbohong. Kemudian bagaimana cerita tiga orang cerdik yang    mereka     mengikuti    bintang?    Apakah    di  sana   terdapat    persekongkolan menentang Romawi yang tidak diketahuinya?

Heradus berteriak di tengah-tengah pengawalnya dan memerintahkan mereka untuk menangkap semua orang yang mendengar cerita ini atau ia akan melihat akibatnya.   Mula-mula   dia   memerintahkan   untuk   mencari   gadis   perawan   yang melahirkan      anak    itu  dan   membunuh       setiap   anak   yang    lahir  di  saat   itu. Sementara   itu,   Maryam   keluar   dari   Palestina   menuju   ke   Mesir.   Sebelumnya, pada     suatu   malam,     datanglah     kepadanya      seseorang     yang   belum     pernah dilihatnya dan orang itu menyampaikan salam kepadanya serta menyerukannya dan   sambil   berkata:   "Bawalah   anakmu   wahai   Maryam   dan   keluarlah   menuju Mesir."   Dengan   nada   ketakutan   Maryam   bertanya,   "Mengapa?   Bagaimana   aku keluar menuju ke Mesir; dan bagaimana aku bisa mengenali jalan?" Orang asing itu   menjawab,      "Keluarlah    engkau    nescaya    Allah   SWT    akan   melindungimu. Sesungguhnya Hakim Romawi mencari anakmu dan ingin membunuhmu." Maryam   bertanya:   "Kapan   aku   keluar?"   Orang   asing   itu   menjawab:   "Sekarang juga.   Janganlah   engkau   khawatir   sedikit   pun   kerana   engkau   keluar   bersama seorang Nabi yang mulia. Semua nabi diusir oleh kaumnya dari negeri mereka dan rumah mereka. Demikianlah hukum kehidupan. Kejahatan selalu berusaha untuk   menyingkirkan   kebaikan   tetapi   pada   akhirnya,   kebaikan   akan   kembali menduduki   singgahsananya.   Keluarlah   wahai   Maryam."   Akhirnya,   Maryam   pun pergi   menuju   ke   Mesir.   Maryam   melalui   gurun   Saina'   bersama   suatu   kafilah yang   menuju   Mesir.   Maryam   berjalan   membawa   Isa   di   jalan   yang   sama   yang pernah dilalui Nabi Musa di mana ditampakkan kepada Nabi Musa api yang suci dan beliau dipanggil dari sisi thur al-Aiman. Setelah melalui perjalanan yang jauh   dan   melelahkan,   Maryam   sampai   di   Mesir.   Mesir   yang   dipenuhi   dengan kebaikan, kemuliaan, kebudayaan klasik serta cuacanya yang stabil mempakan tempat yang terbaik untuk pertumbuhan Isa as. Al-Masih   tumbuh   dan   berkembang   serta   menjalani   masa   kecilnya   di   Mesir. Kemudian datanglah kepada Maryam orang asing yang telah memerintahkannya untuk meninggalkan Palestina. Kali ini, ia memerintahkannya untuk kembali ke Palestina.   Orang   asing   itu   berkata   kepadanya:   "Raja   yang   lalim   telah   mati, maka   kembalilah   bersama   anakmu   wahai   Maryam.   Telah   datang   kesempatan emas bagi Isa untuk menduduki singgahsananya. Isa akan menjadi penyayang orang-orang   fakir   dan   orang-orang   yang   benar.   Kembalilah   wahai   Maryam." Maryam   pun   kembali.   Dalam   perjalanan   Maryam   melalui   banyak   mata   air   di sungai Jordania. Isa pun tumbuh menjadi dewasa dan mencapai masa mudanya. Isa keluar dari rumahnya dan menuju tempat penyembahan kaum Yahudi. Saat itu bertepatan

dengan hari Sabtu. Di sana tidak ada satu rumah pun dari rumah kaum Yahudi yang    dapat    menyalakan      api  atau   memadamkannya         pada    hari  Sabtu,   atau mengambil   buah   di   hari   itu.   Dilarang   bagi   seorang   wanita   untuk   membikin adunan   roti   atau   seseorang   anak   kecil   mencuci   anjingnya.   Nabi   Musa   telah memerintahkan   untuk   menghormati   hari   Sabtu   dan   hanya   mengkhususkanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Terdapat      hikmah    di  balik   penghormatan       hari   Sabtu   sehingga     hari  Sabtu menjadi   hari   yang   sangat   disucikan   di   kalangan   orang-orang   Yahudi.   Mereka melaksanakannya   dengan   berbagai   macam   tradisi   dan   mereka   mencurahkan segala      konsentrasi      mereka      untuk     menjaga      hari    Sabtu     dan     tidak meremehkannya. Sebab, mereka meyakini bahawa hari Sabtu adalah hari yang dijaga   dari   langit   sebelum   Allah   menciptakan   manusia   sebagaimana   mereka percaya bahawa Bani Israil telah diberikan pilihan kepada satu jalur saja, yaitu menjaga       hari  Sabtu.    Mereka     bangga    kerana     mereka     dapat    menjaganya meskipun      hal  itu  menyebabkan       mereka     kalah   di  kancah    peperangan      atau mereka       tertawan     di   tangan     musuh.     Bahkan     saking    ketatnya     mereka mempertahankan            kehormatan       hari     Sabtu     sampai-      sampai      mereka menambah-nambahi           berbagai    macam     larangan    di  hari   Sabtu.   Majlis   kaum Yahudi menetapkan ratusan larangan yang tidak boleh dilakukan di hari Sabtu, seseorang dilarang untuk memakai gigi palsu di hari Sabtu. Seorang yang sakit dilarang   untuk   memakai   perban   atau   memakai   minyak   di   tempat   yang   sakit pada   hari   Sabtu   atau   memanggil   doktor.   Dilarang   pula   di   hari   Sabtu   untuk menulis dua huruf abjad; dilarang juga untuk mempertahankan diri pada hari Sabtu; dilarang untuk panen dan belajar di hari Sabtu. Kemudian, berpergian di hari Sabtu diharuskan untuk tidak lebih dari dua ribu ela. Dilarang juga di hari Sabtu untuk membawa sesuatu ke luar rumah. Jadi,    banyaknya      syariat,   hukum    serta    larangan-larangan      biasanya    diikuti dengan      banyaknya      keburukan      atau   paling    tidak   membantu       terciptanya keburukan. Setiap timbul suatu larangan, maka timbul bersamanya cara untuk menghindar   darinya.   Demikianlah,   kehidupan   kaum   Yahudi   dipenuhi   dengan kemunafikan   yang   luar   biasa   di   mana   secara   lahiriah   mereka   menampakkan penghormatan   terhadap   hari   Sabtu,   tetapi   secara   batiniah   mereka   berusaha menodai kehormatan dengan berbagai macam cara. Meskipun     kelompok     Farisiun   bertanggungjawab        terhadap    tugas   pelaksanaan syariat    dan   mengawasinya       dengan     banyak    mendapatkan       jaminan-jaminan, maka     kita  akan   melihat    bahawa     mereka    siap  untuk    menciptakan      berbagai rekayasa   dan   tipu   daya   yang   memungkinkan   mereka   untuk   menghindar   dari hukum-hukum syariat di saat yang tepat. Saat yang tepat adalah saat di mana syariat-syariat    tersebut    bertentangan     dengan    kepentingan     peribadi   mereka atau    dapat    menjadi     penghalang     bagi   mereka    untuk    mendapatkan       mata pencarian yang haram yang sudah siap masuk pada kantung mereka. Misalnya, terdapat   kaedah   syariat   yang   menetapkan   perjalanan   pada   hari   Sabtu   tidak boleh melebihi dua ribu ela. Namun orang-orang Farisiun mengadakan walimah di   mana   mereka   mengundang   orang-orang   untuk   menghadiri   acara   tersebut pada hari Sabtu, padahal tempat diadakannya acara itu berjarak lebih dari dua ribu ela dari rumah mereka. Lalu, bagaimana mereka dapat melaksanakan hal tersebut?     Sangat   mudah     sekali.  Mereka    meletakkan     pada    sore  hari  Sabtu sebahagian makanan yang berjarak dua ribu ela dari rumah mereka lalu setelah itu   mereka   mendirikan   suatu   tempat   tinggal   di mana   mereka   dapat   berjalan setelahnya   dan   menempuh   dua   ribu   ela   yang   lain.   Dari   sini   mereka   dapat menambah jarak yang mereka inginkan. Begitu juga agar mereka menghindar dari larangan membawa sesuatu ke luar rumah pada hari Sabtu, maka mereka membuat tipu daya yang lain. Yaitu mereka mendirikan gerbang-gerbang pintu dan jendela di berbagai jalan sehingga seluruh kota seperti rumah besar yang dimungkinkan   bagi   mereka   untuk   membawa   segala   sesuatu   dan   bergerak   di dalamnya. Contoh lain yang menunjukkan bagaimana orang-orang Yahudi mempermainkan syariat sedangkan mereka mengklaim menjaganya adalah, bahawa syariat Musa menetapkan   agar   seorang   anak   menginfaki   kedua   orang   tuanya   saat   mereka menginjak   usia   tua   dan   memerlukannya.   Tetapi   kaum   Farisiun   memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lari dan menghindar dari tanggung jawab ini dengan suatu tipu daya yang sederhana. Ketika seorang anak dituntut oleh kedua orang tuanya untuk memberi nafkah, maka ia pergi ke para pendeta dan bersepakat       kepada     mereka      untuk    mewakafkan       semua      hartanya     dan kekayaannya   kepada   haikal,   yaitu   tempat   sembahan   kaum   Yahudi.   Saat   itu kedua     orang   tuanya   tidak   mampu     mengambil     sesuatu    pun  darinya.    Ketika mereka      berdua    telah  putus   asa   dan   tidak   lagi  menuntut     padanya    untuk memberi       nafkah,    maka     semua     harta    kekayaannya      akan     dikembalikan kepadanya      oleh   para   pendeta,    dengan    catatan    hendaklah     ia  memberikan bahagian   tertentu   dari   hartanya   kepada   para   pendeta   itu.   Demikianlah   yang terdapat dalam Injil Mata. Di   tengah-tengah      suasana    kebodohan     pemikiran    yang   luar   biasa  ini,  juga terdapat   sikap   keras   kepala   dan   kejumudan   berfikir   yang   mengelilingi   kaum Yahudi. Terdapat tujuh tingkat kesucian dan dua puluh enam solat yang harus mereka   lakukan   saat   mereka   membasuh   tangan   sebelum   memakan   makanan,

namun      mereka     menganggap       bahawa      meniadakan      pembacaan       solat-solat sebagai     bentuk    pembunuhan       terhadap    jiwa   dengan     cara   bunuh    diri  dan tercegah     dari   kehidupan     abadi.   Demikianlah      kekerasan     sikap  masyarakat Yahudi   yang   menunjukkan   bahawa   moral   mereka   telah   rosak   dan   dipenuhi dengan kemunafikan yang tiada taranya. Sementara itu, Isa berjalan menuju tempat beribadah. Orang-orang berjalan di sekelilingnya. Mereka tampak membanggakan pakaian- pakaian yang berwarna dan    berharga     sedangkan     Isa   berjalan    dengan    memakai      baju   putih    dan menampakkan kezuhudannya. Rambut Isa tampak lembut yang mencapai kedua bahunya   dan   tampak   ia   basah   terkena   air   awan   yang   menurunkan   gerimis. Kemudian   kedua   kakinya   berjalan   di   atas   tanah   sehingga   tanah   itu   dipenuhi dengan bau harum yang tidak diketahui sumbernya. Baju yang dipakai oleh Isa terbuat dari bulu domba yang sangat sederhana dan kasar. Meskipun hari itu hari Sabtu,   Isa   memetik buah di   suatu   kebun   dan   mengambil  dua   buah   yang beliau berikan kepada anak kecil yang fakir dan lapar. Tindakan semacam ini menurut      kepercayaan      Yahudi    dianggap    sebagai   tindakan     yang   menentang agama Yahudi. Isa   mengetahui   bahawa   menjalankan   agama   yang   hakiki   bukan   terletak  pada ketaatan luaran sementara hati jauh dari sikap rendah diri. Oleh kerana itu, Isa mencabut buah dan memberikan makan kepada manusia pada hari Sabtu. Beliau   menyalakan   api   untuk   wanita-wanita   tua   sehingga   mereka   tidak   mati kedinginan. Isa   sering   mengunjungi      tempat     sesembahan      orang   Yahudi.    Isa  berdiri   di dalamnya      dan   mengamati      para   pendeta    dan   manusia    yang   hilir  mudik    di sekitarnya. Sesampainya Isa di tempat sembahan, ia berdiri di dalamnya. Isa mengamat-amati apa yang ada di dalamnya. Dinding-dinding tempat beribadah itu terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum. Di samping itu, terdapat     kelambu-kelambu   yang   terbuat        dari  kain-kain   yang   mengagumkan yang   dicampur   dengan   emas.   Juga   terdapat   lampu-lampu   yang   terhulur   dari atap dan juga ada lilin-lilin yang memenuhi ruangan dengan cahaya. Meskipun demikian, kegelapan menyelimuti hati orang- orang yang ada di situ. Nabi    Isa  berdiri   cukup    lama   di  tempat     penyembahan       itu.  Setiap   kali  ia memutarkan   wajahnya,   ia   mendapati   para   pendeta   di   sana.   Terdapat   dua puluh ribu pendeta. Nama-nama mereka tercatat dalam haikal. Mereka adalah kaum     Waliyun    yang   memakai     saku-saku    yang   besar   yang   di  dalamnya     ada kitab-kitab syariat. Sedangkan kaum Farisiun, mereka memakai pakaian yang lebar yang sisi-sisinya tertenun dengan emas. Mereka adalah pembantu haikal yang    resmi    dengan    memakai      baju-baju    mereka     yang   putih.    Adapun    kaum Shaduqiyun   adalah   kelompok  para   pendeta   aristokrat   yang   bersekutu   dengan penguasa di mana mereka memperoleh kekayaan melalui persekutuan ini. Nabi Isa memperhatikan bahawa jumlah pengunjung haikalita lebih sedikit daripada jumlah     para    pendeta     dan   para    tokoh   agama.     Tempat      penyembahan       itu dipenuhi     dengan     kambing     dan   merpati    yang    dibeli   oleh   para   pengunjung tempat      penyembahan       itu.  Mereka    menyerahkannya         sebagai   korban    kepada Allah.   Yaitu   korban   yang   disembelih   di   dalam   tempat   persembahan   di   atas tempat      penyembelihan.       Alhasil   setiap   langkah     yang   diayunkan     oleh   para pejalan di tempat penyembahan itu akan menghasilkan wang. Di   tempat     penyembahan       Yahudi    itulah   tersingkap   hakikat    kehidupan     kaum Yahudi.   Nilai   satu-satunya   yang   disembah   oleh   manusia   di   zaman   itu   adalah wang. Jadi, kemewahan materi atau kekayaan adalah nilai satu-satunya yang kerananya   manusia   akan   bergulat   satu   sama   lain.   Dalam   hal   itu,   tidak   ada perbezaan         antara      tokoh-tokoh        pembawa         ajaran      syariat     dengan manusia-manusia biasa. Kaum Shaduqiyun dan kaum Farisiun bekerja sama di antara mereka di dalam haikal itu seakan-akan mereka di dalam suatu pasar di mana      mereka    memanfaatkannya         untuk    diri  mereka     dengan    terus   mencari korban-korban        di   dalamnya.      Sering   kali   kaum     Shaduqiyun      dan   Farisiun berseteru      dalam     persoalan     syariat   dan    hukum.     Demikian     juga,    mereka berseteru   dalam   menentukan   korban   yang   harus   mereka   raih   di   haikal   itu. Kaum Farisiun berpendapat bahawa haiwan-haiwan korban itu harus dibeli dari harta haikal sedangkan kaum Shaduqiyun menganggap bahawa harta dari haikal adalah   hak   mereka.   Oleh   kerana       itu,   mereka   menganggap   bahawa   haiwan korban   itu   harus   dibeli   dengan   jumlah   tersendiri.   Begitu   juga   kaum   Farisiun mewajibkan        untuk    membakar        haiwan     yang    disembelih     di   atas   tempat penyembahan,          sedangkan      kaum     Shaduqiyun      mereka      mengambil      haiwan sembelihan ini untuk diri mereka sendiri. Di   dalam   Talmud   disebutkan   bahawa   kaum   Shaduqiyun   menjual   merpati   di toko-toko      mereka      yang    mereka     miliki.    Mereka     sengaja    memperbanyak kesempatan-kesempatan   yang   diharuskan   di   dalamnya   untuk   mengorbankan burung-burung   merpati   sehingga   harga   seekor   burung   merpati   saja   mencapai beberapa   Dinar.   Melihat   hal   itu,   salah   satu   tokoh   Farisiun   yaitu   Sam'an   bin Amlail mengeluarkan fatwa yang intinya mengurangi kesempatan-kesempatan yang diharuskan di dalamnya seseorang menyerahkan merpati sebagai korban. Setelah itu, harga burung cuma mencapai seperempat Dinar. Pergelutan antara kedua     kelompok      itu  mendatangkan       pukulan    berat    bagi   pemilik   toko   yang menyimpan burung merpati terutama anak-anak dari kepala pendeta.

Nabi   Isa   memperhatikan   apa   yang   terjadi   di   sekelilingnya;   Nabi   Isa   melihat kaum fakir yang tidak mampu membeli haiwan korban sehingga mereka tidak mampu berkorban; Nabi Isa melihat bagaimana para pendeta memperlakukan mereka dan memangsa mereka seperti serigala yang buas. Nabi Isa berfikir di dalam   dirinya,   mengapa   binatang-binatang   itu   mereka   bakar   lalu   dagingnya menjadi asap di udara, padahal di sana terdapat ribuan kaum fakir yang mati kelaparan? Mengapa mereka mengira bahawa Allah SWT redha ketika tempat penyembelihan        dilumuri    dengan    darah,    lalu  haiwan    korban    itu  dibawa    ke rumah-rumah        para   pendeta     dan   toko-toko    mereka     untuk    dijual?  Mengapa orang-orang   fakir   banyak   berhutang   dan   mengeluarkan   banyak   wang   untuk membeli      binatang-binatang       korban?    Mengapa     binatang-binatang       korban    itu harus   dimiliki   dan   hanya   dirawat   oleh   para   pendeta   lalu   apa   yang   mereka lakukan dengan wang-wang ini? Lalu, di manakah tempat orang-orang fakir di haikal itu? Bukankah hal yang aneh ketika seseorang memasuki rumah dengan keharusan membawa wang? Nabi Isa pergi dari tempat penyembahan itu dan ia meninggalkan kota menuju gunung. Dada Nabi Isa dipenuhi dengan kecemburuan yang suci terhadap yang Maha Benar. Wajahnya tampak semakin pucat ketika melihat berbagai macam kejahatan   memenuhi   dunia.   Nabi   Isa   berdiri   di   atas   sebuah   bukit   dan   beliau mulai   melakukan   solat.   Titisan-titisan   air   mata   mulai   berlinang   dari   pipinya dan jatuh ke bumi. Nabi Isa mulai merenung dan menangis. Di sana terdapat bunga yang nyaris mati kerana kehausan lalu ketika ia mendapatkan titisan air mata   al-Masih,   maka   bunga   itu   mekar   kembali   dan   mendapatkan   kehidupan. Titisan    air   mata    al-Masih    menyelamatkannya,          sebagaimana       beliau   akan menyelamatkan manusia dengan dakwahnya. Di malam yang penuh berkah ini pula,   dua   orang   Nabi   yang   mulia   meninggalkan   bumi,   yaitu   Nabi   Yahya   dan Nabi Zakaria. Kedua Nabi itu dibunuh oleh penguasa. Sejak kepergian mereka berdua, bumi kehilangan banyak dari kebaikan. Pada malam itu juga, turunlah wahyu kepada Isa bin Maryam. Allah SWT memutuskan perintah- Nya agar ia memulai dakwahnya. Nabi    Isa  menutup     lembaran     halus   dari   kehidupannya      yaitu  lembaran     yang penuh dengan   tafakur   dan   ibadah.   Beliau   memulai   perjalanannya   yang   berat dan penuh tantangan serta penderitaan: beliau mulai berdakwah di jalan Allah SWT;   beliau   mulai   membangun   kerajaan   yang   tegak   berdasarkan   kerendahan hati dan cinta. Kerajaan yang penguasanya bertujuan untuk membebaskan dan menyucikan roh. Kerajaan yang memancarkan sikap rendah diri dan cinta. Nabi Isa    ingin  menyelamatkan        rohani.    Ajaran    Nabi    Isa  berdasarkan     keimanan

terhadap hari kiamat dan kebangkitan. Nilai-nilai dan pemikiran tersebut tidak ditemukan dalam kehidupan orang-orang Yahudi. Syariat    Musa    menetapkan      pemberlakuan       hukum     qisas:  barang    siapa   yang memukulmu   di   pipi sebelah kananmu, maka   pukullah   pipi sebelah kanannya. Lalu bagaimanakah orang-orang Yahudi menerapkan hukum qisas tersebut? Jika yang dipukul mampu untuk menghancurkan rumah orang yang memukul, maka ia   tidak   perlu   merasa   puas   hanya   sekadar   memukul   pipi   sebelah   kanannya, mamun       jika  ia  tidak   mampu,      maka    hendaklah     ia  memukul      pipi  sebelah kanannya. Namun boleh jadi hatinya dipenuhi dengan dendam kerana ia tidak dapat menghancurkan rumahnya. Jadi,    kebencian      adalah    pelabuhan      tempat     bersinggahnya      syariat   Musa. Meskipun beliau adalah seorang Nabi yang merupakan cermin cinta Ilahi yang besar namun syariatnya kini berada di bawah kekuasaan hati-hati yang mati, yaitu   hati-hati   yang   penuh   dengan   dendam   dan   kebencian.   Lalu,   apa   yang dilakukan   Nabi   Isa   terhadap   semua   ini?   Allah   SWT   telah    mengutusnya   dan memperkuat         Taurat    yang    dibawa     oleh    Musa    sebagaimana       Allah    SWT menurunkannya   kepada   Musa.   Jadi,   seorang   nabi   tidak   menghancurkan   tugas nabi sebelumnya. Para nabi bagaikan satu mata rantai yang tujuannya adalah satu,    yaitu   menciptakan      kesucian    dan    mempertahankan        kebenaran      serta mengesakan Allah SWT. Kemudian   apa   yang   dilakukan   Nabi   Isa   terhadap   syariat   qisas   tersebut?   Yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Nabi Isa murni dari ilham yang didapatinya dari Allah SWT. Nabi Isa mengembalikan kaum kepada tujuan asli dari syariat. Nabi   Isa   mengembalikan   mereka   kepada   hikmah   syariat   yang   asli.   Nabi   Isa mengembalikan mereka kepada cinta. Nabi Isa tidak mengatakan sesuatu pun kepada   orang   yang   memukul   pipi   sebelah   kanannya.   Nabi   Isa   tidak   berusaha untuk memukul pipi sebelah kanannya. Al-Masih justru akan membalikkan pipi sebelah kirinya. Inilah syariat Nabi Isa yang tidak berbeza sedikit pun dengan syariat     Nabi   Musa.    Ia   merupakan       kedalaman      yang    mengagumkan        dari kedalaman       syariat  Nabi   Musa.   Nabi   Isa  ingin   menetapkan      kepada    kaum    di sekelilinginya     tentang    sesuatu    yang   penting.    Nabi   Isa  ingin   memberitahu mereka      bahawa    syariat   bukan    mengajari    kalian   untuk   meletakkan     dendam pada diri kalian lalu kalian memukul lawan kalian. Syariat yang hakiki adalah, hendaklah kalian menebar kasih sayang, pemaaf, dan cinta. Terdapat      banyak    binatang-binatang       buas   di  hutan.    Binatang-binatang       itu mencintai diri mereka sendiri. Mereka bermusuhan dan saling membunuh demi makanan   dan   minuman.   Mereka   memberikan   makan   kepada   anak-   anaknya. Perbezaan antara manusia dan binatang adalah perbezaan pada tingkat cinta. Haiwan   tidak   akan   mampu   melampaui   darjat   cintanya   kepada   makhluk   yang lain.   Atau   dengan   kata   lain,   haiwan   tidak   dapat   membagi   cintanya   kepada jenis   yang   lain.  Sedangkan      manusia    mampu     melakukan      hal  itu.  Di  situlah manusia mampu dapat mencapai kemuliaannya dan kemanusiaannya. Al-Masih memberitahu kaumnya bahawa manusia tidak akan menjadi manusia sempurna kecuali    setelah    ia  mencintai    orang   lain  sebagaimana      ia  mencintai     dirinya sendiri. "Aku   mendengar   bahawa   dikatakan,   hendaklah   engkau   mencintai   orang   yang dekat    denganmu      dan   membenci      musuhmu,      sedangkan     aku   berkata   kepada kalian,   cintailah   musuh   kalian   dan   doakanlah   orang   yang   melaknati   kalian. Berbuat     baiklah    kepada    pembenci      kalian   dan   solatlah   untuk    orang-orang berbuat buruk kepada kalian." (Injil Mata). Dakwah      Nabi   Isa  datang    dan   menghapus      syariat  Nabi   Musa    dalam    bentuk luaran. Jika kita berusaha membandingkan dua syariat tersebut dalam bentuk yang    sederhana,     maka    pada   hakikat-nya    dakwah     Nabi   Isa  bertujuan    untuk menghapus bidaah yang dilakukan oleh kaum Farisiun dan Shaduqiun terhadap syariat   Nabi Musa   dan   menunjukkan   hakikat   syariat   ini dan   tujuan-tujuannya yang   tinggi.   Di   tengah-tengah   masa   materialisme   yang   sangat   luar   biasa   dan dunia dipenuhi dengan penyembahan terhadap emas dan tersebarnya berbagai macam       kejahatan,    muncullah      dakwah    al-Masih    sebagai    reaksi   ideal   yang menunjukkan        ketinggian     dan    kesucian.    Al-Masih    mengetahui      bahawa      ia mengajak       manusia     untuk    menciptakan      perilaku    ideal   dalam     kehidupan; Al-Masih     menyedari      bahawa     dakwahnya       penuh    dengan     idealisme     tetapi idealisme ini sendiri pada saat yang sama merupakan solusi satu-satunya untuk mengubati       kehidupan     dari   kesengsaraan      dan    penyakit-penyakit      menular; Al-Masih     mengetahui      bahawa     tidak    semua    manusia     tidak   mampu      untuk mencapai puncak yang diisyaratkannya. Tetapi paling tidak, hendaklah setiap orang berusaha sedikit mendaki sehingga ia selamat. Dakwah   Nabi   Isa   terdiri   dari   kesudian   yang   mengagumkan;   dakwah   Nabi   Isa bertujuan untuk menyelamatkan roh atau dakwah yang dapat dianggap sebagai pedoman   perilaku   individu,   bukan   suatu   sistem   perincian-perincian   tersebut dan     hanya    memfokuskan        kepada     sumber     utama,     yaitu   roh.   Isa   ingin menghidupkan   rohani   manusia   dan   membimbingnya   untuk   mencapai   cahaya Sang Pencipta. Oleh kerana itu, Isa datang dengan didukung oleh Ruhul kudus.

Ruhul     kudus    adalah    Jibril.  Kita   tidak   mengetahui      bagaimana      Allah   SWT memperkuat         Isa   dengan     Roh    Kudus:     apakah     Jibril  menemaninya         dan menyertainya        sepanjang     pengutusannya?       Jibril  turun    kepada     nabi   untuk menyampaikan         risalah  atau    membawa      mukjizat     atau   justru  mendatangkan hukuman atas kaumnya, tetapi ia tidak bersama mereka sepanjang waktu. Oleh kerana   itu,   apakah   memang   Jibril   menemani Isa   sehingga   beliau   diangkat   ke langit? Hampir saja hati menjadi tenang dengan tafsiran ini kerana dalam kehidupan Nabi Isa terdapat sisi-sisi malaikat di mana beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa yang berupa mukjizat-mukjizat. Bahkan kemampuan beliau sampai pada   batas   menghidupkan   orang-orang   mati   dengan   izin   Allah   SWT.   Begitu juga, beliau memiliki kemampuan yang luar biasa di mana beliau dengan hanya meniupkan pada suatu tanah, maka tanah itu terbentuk menjadi burung dan ia terbang dengan izin Allah SWT. Selain itu, Nabi Isa sama sekali tidak mendekati wanita   sepanjang   hidupnya   sehingga   beliau   diangkat   oleh   Allah   SWT.   Beliau tidak menikah. Ini juga sifat malaikat di mana kita saksikan bahawa sebahagian para   nabi   yang   diutus   oleh   Allah   SWT   dan   memiliki   beberapa   wanita   bahkan kitab-kitab     Yahudi    menyebutkan       bahawa    jumlah    isteri-  isteri  nabi   mereka Sulaiman misalnya, mencapai seribu wanita. Isa   hidup   dalam   keadaan   tenggelam   dalam   ibadah   seperti   anak   dari   bibinya, yaitu   Yahya.   Jika   Yahya   khusyuk   beribadah   dan   tinggal   di   gunung   dan   gurun bahkan   dia   menginap   di   gua,   maka   hal   itu   adalah   hal   yang   alami   baginya, sedangkan   Isa   hidup   justru   di   tengah-tengah   masyarakat   kota.   Persoalannya adalah,   bukan   hanya   Isa   tidak   terkait   hubungan   dengan   seorang   wanita   dan bukan     hanya     mukjizat-mukjizat       yang   diperolehnya      yang   luar   biasa   yang berhubungan   dengan   roh,   tetapi   yang   lebih   dari   itu   adalah,   bahawa   beliau didukung      oleh   Ruhul   kudus    sepanjang    masa    dakwahnya.      Tentu    itu  adalah nikmat   yang   tak   seorang   pun   dari   para   nabi   sebelumnya   diberi.   Allah   SWT berfirman: "(Ingatlah),     ketika   Allah    mengatakan:       'Hai  Isa  putera    Maryam,      ingatlah nikmat-Ku   kepadamu   dan   kepada   ibumu   di   waktu   Aku   menguatkan   kamu dengan   roh   kudus. Kamu   dapat   berbicara   dengan   manusia   di   waktu   masih dalam   buaian   dan   sesudah   dewasa;   dan   (ingatlah)   di   waktu   Aku   mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat, dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian   kamu   meniup   padanya,   lalu   bentuk   itu   menjadi   burung   (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan

orang   yang   buta   sejak   dalam   kandungan   ibu   dan   orang   yang   berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku   menghalangi   Bani   Israil   (dari   keinginan   mereka   membunuh   kamu)   di kala    kamu    mengemukakan        kepada    mereka    keterangan-     keterangan     yang nyata, lalu orang-orang kafir di antara mereka berkata: 'Ini tidak lain hanya sihir yang nyata.' Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: 'Berimanlah kepada-Ku dan kepada rasul-Ku.' Mereka menjawab: 'Kami   telah   beriman   dan   saksikanlah   (wahai   rasul)   bahawa   sesungguhnya kami adalah orang- orang yang patuh (kepada seruanmu).'" (QS. al-Maidah: 110-111) Ayat-ayat   tersebut   menyebutkan   lima   mukjizat   Nabi   Isa.   Pertama,   bahawa beliau mampu berbicara dengan manusia saat beliau masih di buaian. Kedua, beliau   diajari   Taurat   dan   Taurat   yang   diturunkan   kepada   Nabi   Musa   telah tersembunyi dan telah mengalami perubahan yang dilakukan oleh orang-orang cerdik   dari   kaum   Yahudi.    Ketiga,   beliau  membentuk   tanah      seperti   burung kemudian      meniupkannya      lalu  tanah   itu  menjadi    burung.    Keempat,     beliau mampu       menghidupkan       orang-orang     yang    mati.    Kelima,    beliau    mampu menyembuhkan   orang   yang   buta   dan   orang   yang   belang.   Terdapat   mukjizat yang keenam yang disebutkan dalam Al-Quran al-Karim: "(Ingatlah),   ketika   pengikut-pengikut   Isa   berkata:   'Hai   Isa   putera   Maryam, bersediakah   Tuhanmu   menurunkan   hidangan   dari   langit   kepada   kami?'   Isa menjawab:   'Bertakwalah   kepada   Allah   jika   betul-   betul   kamu   orang   yang beriman.'   Mereka   berkata:   'Kami   ingin   memakan   hidangan   itu   dan   supaya tenteram   hati   kami   dan   supaya   kami   yakin   bahawa   kamu   telah   berkata benar     kepada    kami,    dan   kami   menjadi     orang-orang     yang    menyaksikan hidangan      itu.'  Isa  putera  Maryam     berdoa:    'Ya  Tuhan    kami,   turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang    datang    sesudah    kami,   dan   menjadi    tanda   bagi   kekuasaan-Mu:      beri rezekilah   kami   dan   Engkaulah   Pemberi   rezeki   Yang   Paling   Utama.'   Allah berfirman:   'Sesungguhnya   Aku   akan   menurunkan   hidangan   itu   kepadamu, barang   siapa   yang   kafir   di   antaramu   sesudah   (turun   hidangan)   itu,   maka sesungguhnya   Aku   akan   menyeksanya   dengan   seksaan   yang   tidak   pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia.'" (QS. al-Maidah: 112-115) Mukjizat     yang   keenam     itu  adalah    turunnya    makanan     dari  langit   kerana

permintaan   Hawariyin.   Juga   terdapat   mukjizat   yang   ke   tujuh   yang   terdapat surah   Ali   'Imran   yaitu   beliau   diberi   kemampuan   melihat   hal-hal   yang   ghaib melalui     panca     inderanya     meskipun      beliau    tidak   menyaksikannya        secara langsung.   Oleh   kerana   itu,   beliau   memberitahu   kepada   sahabat-sahabatnya dan murid-muridnya apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah-rumah mereka: "Dan   aku   khabarkan   kepadamu   apa   yang   kamu   makan   dan   apa   yang   kamu simpan   di   rumahmu.   Sesungguhnya   pada   yang   demikian   itu   adalah   suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu benar-benar beriman. " (QS. Ali 'Imran:: 49) Inilah    mukjizat     Nabi    Isa   yang   ke    tujuh   yang    didahului     oleh   mukjizat kelahirannya yang sangat mengagumkan. Beliau lahir tanpa seorang ayah, lalu diikuti mukjizat berikutnya di mana beliau diangkat dari bumi ke langit ketika penguasa       yang    lalim   berusaha      menyalibnya.       Barangkali     pembaca      akan bertanya-tanya:   mengapa   mukjizat-mukjizat   seperti   ini   diperoleh   oleh   Nabi Isa?   Kita   mengetahui   bahawa   mukjizat   adalah   hal   yang   luar   biasa   yang   Allah SWT   berikan   kepada   nabi-Nya.   Tetapi   pemberian   itu   menjadi   sempurna   jika mukjizat      itu  disesuaikan     dengan    keadaan     zaman     diutusnya     nabi   tersebut sehingga     mukjizat     itu  sangat    berpengaruh      dalam    jiwa   kaum     dan   mampu menggoncangkan hati mereka dan menjadikan mereka beriman kepada pemilik mukjizat ini. Jadi, mukjizat menjadi suatu hal yang luar biasa. Oleh kerana itu, Allah SWT berkehendak agar mukjizat ini sesuai dengan zaman diutusnya nabi tersebut. Jadi, setiap mukjizat yang dibawa oleh rasul selalu berlain-lainan. Nabi Saleh diutus    di  tengah-tengah       kaum    yang   melihat     bagaimana     seekor    unta   yang melahirkan       dari    gunung     atau    mampu      membelah        batu-batuan      gunung. Sedangkan   Nabi   Musa   diutus   di   tengah-tengah   kaum   yang   gemar   memainkan sihir sehingga sihir mendapat tempat istimewa. Oleh kerana itu, mukjizat yang dibawa oleh Nabi Musa bentuk lahirnya seakan-akan menyerupai sihir, tetapi pada hakikatnya ia justru menjatuhkan sihir. Mukjizat itu berupa tongkat yang menjadi   ular   dan   kemudian   ular   itu   memakan   tongkat-tongkat   para   tukang sihir. Lain halnya dengan Nabi Isa, beliau diutus di tengah-tengah kaum materialis yang mengingkari roh dan hari kebangkitan. Mereka menduga bahawa manusia hanya   sekadar   tubuh   tanpa   roh.   Mereka   adalah   kaum   yang   meyakini   bahwa

darah makhluk adalah rohnya atau jiwanya. Taurat yang ada di tangan Yahudi menyebutkan   bahawa   tafsir   an-Nafst   adalah   darah.   Disebutkan   di   dalamnya: "Janganlah   engkau   memakan   darah   dari   tubuh   manusia   kerana   jiwa   setiap tubuh adalah darahnya. " Nabi Isa   diutus  di   tengah-tengah   kaum   yang   mereka   disesatkan   oleh   falsafah yang dasarnya mengatakan bahawa penciptaan alam memiliki sumber pertama, seperti sebab dari akibat. Jadi, alam memiliki wujud yang mendahuluinya. Di tengah-tengah   masa   yang   materialis   ini,   di   mana   roh   diingkari,   maka   secara logik    mukjizat    Nabi    Isa  terkait   dengan     usaha   menunjukkan        alam   rohani. Demikianlah       Isa  dilahirkan    tanpa    seorang    ayah.   Mukjizat    ini  cukup    untuk membungkam kaum yang mengatakan bahawa alam memiliki sumber pertama. Jelas bahawa alam tidak memiliki wujud yang mendahuluinya. Kita berada di hadapan      Sang   Pencipta     yang   mengadakan       sistem    bagi  segala    sesuatu    dan menjadikan sebab bagi segala sesuatu. Dia menjadikan proses kelahiran anak berasal     dari   hubungan      laki-laki   dan   wanita,    tetapi    Pencipta     ini  sendiri menciptakan   sebab-sebab   dan   sebab-sebab   itu   tunduk   kepadanya   sedangkan Dia tidak tunduk kepada sebab-sebab itu. Dengan kehendak- Nya yang bebas, Dia mampu memerintahkan kelahiran anak tanpa melalui ayah sehingga anak itu lahir. Dan, kelahiran Isa pun terjadi tanpa seorang ayah. Cukup ditiupkan roh kepadanya: "Lalu Kami tiupkan ke dalamnya (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan dia  dan   anaknya   tanda   (kekuasaan   Allah)   yang   besar   bagi   semesta   alam.   " (QS. al-Anbiya': 91) Kelahiran   Isa   membawa   mukjizat   yang   luar   biasa   yang   menegaskan   dua   hal: pertama,   kebebasan   kehendak   Ilahi   dan   ketidak   terkaitannya   dengan   sebab kerana      Dia   adalah     Pencipta     sebab-sebab,       kedua     pentingnya      roh   dan menjelaskan        kedudukannya       serta    nilainya    di   antara    kaum     yang    hanya mementingkan         fizik   sehingga     mereka     mengingkari      roh.   Seandainya      kita mengamati sebahagian besar mukjizat Nabi Isa, maka kita akan melihatnya dan mendukung        pandangan     tersebut.    Misalnya,    mukjizat     Nabi   Isa  yang   mampu membentuk tanah seperti burung lalu beliau meniupkannya sehingga tanah itu menjadi burung. Mukjizat ini pun menguatkan adanya roh. Semula ia berupa tanah   yang   bersifat   fizik   yang   tidak   dapat   disifati   dengan   kehidupan   tetapi ketika   Nabi   Isa   meniupnya,   maka   segenggam   tanah   itu   menjadi   burung   yang memiliki   kehidupan,   Sungguh   sesuatu   yang   bukan   fizik   masuk   ke   dalamnya. Sesuatu   itu   adalah   roh.   Roh   itu   masuk   ke   dalam   tanah   sehingga   ia   menjadi burung. Jadi, roh adalah nilai yang hakiki, bukan jasad atau fizik.

Di samping itu, juga ada mukjizat menghidupkan orang-orang yang mati. Bukankah ini juga menunjukkan adanya roh dan adanya hari akhir atau hari kebangkitan. Orang yang   mati   telah   ditelan   oleh   bumi   di   mana   anggota   tubuhnya   telah   hancur berantakan       sehingga    ia  hampir     menjadi     tulang-belulang      yang   hancur    lalu al-Masih     memanggilnya       dan    tiba-tiba   dia   hidup   kembali     dan   bangkit    dari kematiannya. Seandainya       orang    yang    mati    hanya    berupa     fizik  sebagaimana       dikatakan orang-orang   Yahudi,   maka        ia   tidak   akan  mampu   bangkit   dari      kematiannya kerana fiziknya telah hancur tetapi mayat itu mampu bangkit dari kematian. Jayanya kembali hidup dan ia bangkit dari kuburannya serta berbicara. Jadi, roh   adalah   nilai   yang   hakiki.   bukan   fizik   atau   jasad.   Kalau   begitu,   di   sana terdapat      hari   kebangkitan      dan    hari   kiamat.     Hal   ini  bukanlah     mustahil sebagaimana        yang   dikatakan     orang-orang     Yahudi,    kerana    setelah   kematian jasad   menjadi   tanah   yang   berterbangan   di   udara.   Itu   bukan   mustahil   tetapi mungkin-mungkin saja. Dalil dari hal itu adalah, kebangkitan orang-orang yang telah     mati    di   hadapan      mata     kepala    mereka      sendiri.    Nabi    Isa   telah menghidupkan   mereka   agar   kaumnya   yakin   bahawa   kiamat   fizik  akan   terjadi dari kematian dan itu adalah benar dan bahawa hari akhir adalah benar. Juga terdapat mukjizat yang lain, yaitu beliau mampu memberi tahu kaumnya tentang     apa   yang    mereka    simpan     di  rumah-rumah       mereka,    tanpa    terlebih dahulu   beliau   masuk   ke   rumah   mereka   atau   dapat   bocoran   dari   seseorang. Mukjizat ini menetapkan bahawa panca indera bukanlah nilai yang hakiki. Nabi Isa tidak melihat apa yang ada di rumah mereka tetapi rohnya mampu untuk melihat   dan   berbicara   atau   memberitahu   mereka.   Jadi,   rohani   adalah   nilai yang    hakiki,   bukan     fizik.  Demikianlah     mukjizat-mukjizat        Isa  datang    untuk memberitahukan            pentingnya       roh      dan     kebebasan        kehendak        Ilahi. Mukjizat-mukjizat Nabi Isa - sebagaimana dikatakan oleh guru kami Muhammad Abu   Zahra'   -   termasuk   dari   jenis   propagandanya   dan   sesuai   dengan   tujuan risalahnya,   yaitu   dakwah   untuk   mendidik   rohani   dan   keimanan   kepada   hari kebangkitan       dan   hari  kemudian,      dan   di  sana   ada   kehidupan     lain   di  mana seseorang yang berbuat baik akan dibalas kebaikannya dan orang yang berbuat buruk akan dibalas keburukannya. Lalu,     apakah      mukjizat      menghidupkan         orang-orang       yang    mati     masih memberikan          celah     kepada      para     pengingkaran       akhirat     untuk      terus mengingkarinya atau memberikan ruangan kepada penentang hari kebangkitan untuk      meneruskan        penentangannya?         Kami     telah     mengatakan        bahawa orang-orang       Yahudi    telah    diracuni    dengan     fikiran   ketidakpercayaan       atau penentangan   pada   hari   akhirat   serta   tidak   beriman   kepada   hari   akhir,   maka menghidupkan        orang-orang     yang   mati   yang   dibawa     atau   dikuasai   oleh   Isa menjadi   suatu   pukulan   telak   bagi   mereka   yang   membuat   mereka   beriman, tetapi mereka masih menentang tanda-tanda kebesaran Allah. Nabi Isa menutup lembaran kehidupannya yang lembut dan ia mulai berdakwah di jalan Allah. Beliau didukung oleh Ruhul kudus dan mukjizat-mukjizat yang luar biasa. Al-Quran al-Karim menceritakan kepada kita bahawa esensi dakwah al-Masih tidak banyak berubah dari esensi dakwah para nabi sebelumnya, yaitu menyuarakan   Islam   yang   intinya   adalah   menebarkan   tauhid   yang   sempurna hanya   serta   menyerahkan   diri   kepada   Allah:   "Sembahlah   Allah,   Tuhanku   dan Tuhan kalian." Al-Quran memberitahu kita bahawa yang mengatakan kalimat tersebut adalah Isa.   Kalimat    tersebut   adalah    kalimat   yang    sama   yang   pernah    disampaikan seluruh   nabi,   meskipun   nama   mereka,   sifat   mereka,   mukjizat   mereka,   baju mereka, bahasa mereka, usia mereka, bentuk mereka, dan warna kulit mereka tidak   sama.   Mereka   semua   bersepakat   untuk   menyuarakan   Islam   dan   hanya menyerahkan diri kepada Allah SWT serta beriman bahawa Allah SWT adalah Tuhan mereka dan Tuhan alam semesta. Tiada sekutu bagi-Nya dan tiada yang setara dengan-Nya. Dia Maha Esa yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya. Isa tidak mengatakan persoalan tauhid lebih banyak atau lebih sedikit dari apa yang   pernah   disampaikan   oleh   para   nabi.   Al-Quran   datang   kira-   kira   setelah lima ratus tahun dari pengangkatan Nabi Isa. Allah SWT, melalui ilmu-Nya yang azali   mengetahui   apa   yang   terjadi   di   tengah-   tengah   kaum   Masehi   di   mana mereka      berselisih  tentang    hakikat    Isa.  Oleh  kerana    itu,  Al-Quran    al-Karim berusaha menyingkap dialog mereka yang belum terjadi. Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan   kepada   manusia:   'Jadikanlah   aku   dan   ibuku   dua   orang   tuhan selain    Allah?'   Isa  menjawab:      'Maha    Suci   Engkau,     tidaklah   patut    bagiku mengatakan        apa   yang    bukan    hakku    (mengatakannya).        Jika   aku   pernah mengatakannya,          maka     tentulah    Engkau     telah    mengetahuinya.        Engkau mengetahui apa   yang   ada pada   diriku   dan   aku   tidak mengetahui apa   yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.    Aku    tidak   pernah    mengatakan       kepada    mereka     kecuali    apa   yang Engkau      perintahkan     kepadaku      (mengatakannya)       yaitu:   'Sembahlah      Allah, Tuhanku,   dan   Tuhanmu,'   dan   aku   menjadi   saksi   terhadap   mereka   selama

aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.'" (QS. al-Maidah: 116-117) Al-Quran   secara   tegas   mengatakan   bahawa   dakwah   al-Masih   adalah   dakwah tauhid.     Al-Quran    ingin   mengatakan      bahawa     al-Masih   terlepas    dari  segala tuduhan   yang   dialamatkan   kepadanya,   yaitu   tuduhan   bahawa   ia   anak   Tuhan atau ia justru tuhan itu sendiri. "Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali     apa   yang    Engkau    perintahkan      kepadaku     (mengatakannya)        yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu." Nabi Isa pergi berdakwah di jalan Allah SMT. Inti dakwahnya adalah, bahawa tidak ada perantara antara Pencipta dan makhluk; tidak ada perantara antara seorang   penyembah   dan   yang   disembah.   Allah   SWT   menurunkan   kitab   Injil kepada Nabi Isa. Ia adalah kitab suci yang datang untuk membenarkan Taurat dan   berusaha   menghidupkan   syariatnya   yang   pertama.   Injil   adalah   cahaya, petunjuk,     dan   peringatan     bagi   orang-orang    yang    bertakwa.    Nabi   Isa  ingin meluruskan      tafsiran   orang-orang     Yahudi    terhadap    syariat   di  mana    mereka menyampaikan         tafsir  dari   syariat   itu   secara   harfiah    dan   sesuai   dengan kepentingan mereka. Nabi Isa menenangkan orang-orang yang menjaga syariat bahawa ia tidak datang untuk menghilangkan syariat, tetapi ia datang untuk menyempurnakannya           dan   menyelesaikan      tugas   para   nabi.  Namun     Isa  lebih menekankan pada penafsiran esensinya, bukan kepada bentuk lahiriahnya. Nabi    Isa  memberi     pengertian     kepada    orang-orang     Yahudi    bahawa     sepuluh wasiat yang dibawa oleh Isa mengandung makna-makna yang lebih dalam dari apa    yang   mereka     bayangkan.     Wasiat   yang    keenam    bukan    hanya    melarang pembunuhan         materi,     sebagaimana       yang     mereka      fahami     tetapi    juga menyangkut penindasan dan usaha mencelakakan orang lain. Sedangkan wasiat yang    ke   tujuh   bukan    hanya    melarang     zina   (dalam    pengertian    terjadinya hubungan      antara    laki-laki  dengan    perempuan      melalui   cara-cara    yang   tidak sah), tetapi zina berarti segala bentuk perbuatan yang menjurus kepada dosa. Misalnya,     ketika   mata   diarahkan     kepada    lawan   jenis   disertai  syahwat     dan hasrat   seksual,   maka   itu   pun   berarti   zina.   Nabi   Isa   berkata:   "Sesungguhnya lebih baik bagi manusia untuk menghindarkan matanya dari sesuatu yang dapat menghancurkannya daripada ia harus hancur dengan mata itu sendiri. Syariat yang   dibawa   oleh   Isa   melarang   untuk   melanggar   sumpah   dan   janji   Nabi   Isa memberi       pengertian     kepada     kaumnya      bahawa     hendaklah      mereka     tidak melakukan sumpah palsu kerana merupakan "kesalahan   besar   jika   nama   Allah   dibuat   main-main   di   atas   mulut-mulut

manusia." (Injil Mata 21 sampai 48). Dakwah      Nabi   Isa  juga   berbenturan     dengan    arus   materialisme     yang   sangat mendominasi        masyarakat     saat   itu.  Oleh   kerana    itu,  beliau   mengingatkan manusia dari perbuatan munafik, pamrih, tamak, dan gila pujian. Begitu juga beliau mengingatkan mereka dari sifat rakus terhadap kekayaan dunia; beliau mengingatkan   agar   jangan   sampai   mereka   menimbun   harta   di   dunia.   Yakni, hendak lah mereka tidak memfokuskan perhatian mereka pada urusan-urusan duniawi      semata     yang    sifatnya    tidak   abadi.    Tetapi    hendaklah      mereka memfokuskan   perhatian   mereka   pada   hal-hal  yang   bersifat   samawi (ukhrawi) kerana itu bersifat abadi. Nabi     Isa    memberitahu       kepada      masyarakatnya       agar     mereka     menjadi orang-orang yang teliti saat memilih gaya hidup mereka kerana pada gilirannya akal mereka akan menjadi cermin darinya. Kecenderungan manusia itu terkait kuat dengan hatinya. Jika hati tertuju kepada cahaya langit, maka kehidupan manusia akan tampak bersinar tetapi jika hati tertuju pada kegelapan dunia, maka   kehidupannya   pun   tampak   gelap.   Nabi   Isa   mengingatkan   kaumnya   dari sikap   pamrih   dan   cinta   dunia.   Beliau   mengajak   mereka   untuk   teliti   dalam memilih     majikan     yang   mereka    mengabdi      kepadanya     kerana    manusia    tidak dapat   mengabdi   kepada   dua   majikan   dalam   satu   waktu.   Boleh   jadi   ia   akan menjadikan   harta   sebagai   majikannya,   atau   boleh   jadi   ia   akan   menjadikan Allah   SWT   sebagai   tuannya.   Jika   ia   menyembah   harta,   maka   berarti   ia   jauh dari   penyembahan   terhadap   Tuhannya.   Oleh   kerana   itu,   hendaklah   manusia menjauhi dunia, seperti makanan dan pakaian di mana mereka akan dikuasai oleh kegelisahan dan ketidaktenangan serta keraguan tentang penjagaan Allah SWT   kepada   mereka.   Allah   SWT   telah   berjanji   untuk   memenuhi   kebutuhan hamba-hamba-Nya dalam kehidupan. Ketika timbul kegelisahan dan keraguan pada diri mereka, maka itu dikeranakan keraguan mereka terhadap penjagaan Allah SWT dan ketidakpercayaan mereka kepada janji-janjinya dan rahmat-Nya serta   bimbingan-Nya.   Allah   SWT   lah   yang   menciptakan   mereka   dan   Dia   pula yang   menjamin   kehidupan   mereka   dan   melindungi   mereka.   Bahkan   Dia   juga melindungi makhluk yang paling kecil urusannya seperti burung di langit dan kumbang-kumbang di kebun. Nabi Isa memberitahu kaumnya bahawa hanya memperhatikan dunia adalah hal yang salah, yang tidak pantas dilakukan oleh orang-orang yang beragama. Itu adalah     sikap   para   penyembah       berhala    kerana    penyembah       berhala    tidak mengetahui       apa    yang   lebih   baik   darinya,    sedangkan     orang-    orang    yang beragama mengetahui bahawa di sana terdapat bimbingan Ilahi yang mengajak

mereka untuk percaya kepada Allah SWT dan tidak begitu peduli dengan dunia. Allah SWT mengetahui kebutuhan-kebutuhan mereka lebih daripada apa yang mereka      ketahui;   Allah   SWT    akan   melindungi     mereka     dan   akan   menjamin kehidupan   mereka.   kerana   itu,   yang   layak   bagi   mereka   adalah,   hendaklah mereka   memohon   agar   diberi   kekuasaan   Allah   SWT   dan   kebaikan   dari-Nya. Yakni kehidupan rohani dan apa yang dikandungnya dari kebahagiaan abadi. Di samping itu, Nabi Isa menasihati mereka agar jangan terlalu pusing dengan kejadian-kejadian yang akan datang dan persoalan-persoalan esok hari kerana esok     hari   sudah    berjalan     sebagaimana      mestinya.     Jika    kebutuhan      dan penderitaan   datang   silih   berganti,   maka   bantuan   dan   perlindungan   Ilahi   pun terus datang silih berganti. Dakwah Nabi Isa juga berbenturan dengan dualisme yang tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Kita saksikan sebagaimana mereka suka mendapatkan kebaikan yang ditujukan kepada diri mereka, maka mereka pun biasa untuk melakukan kejahatan kepada orang-orang lain. Demikianlah, kehidupan       orang-orang      Yahudi    dicemari     sikap    dualisme     ini.   Nabi    Isa mewasiatkan   kepada   manusia   agar   mereka   memperlakukan   sesama   mereka sesuai dengan akidah yang mengatakan: "Perlakukanlah orang lain sebagaimana engkau memperlakukan dirimu sendiri" Nabi     Isa  terus   melangsungkan       dakwahnya      dan    mengajak     manusia     untuk menyembah        Allah   SWT   serta   tidak   menyekutukan-Nya,        sebagaimana      beliau juga   mengajak   manusia   untuk   membersihkan   rohani   serta   hati   dan   berusaha memasuki kerajaan langit. Dakwah Nabi Isa itu sangat memukul kalangan para pendeta   Yahudi.   Kalimat-kalimat   yang   dilontarkan   Nabi   Isa   bagaikan   senjata yang    siap   menerpa     wajah    mereka     dan   menyatakan      peperangan      terhadap mereka        serta    menyingkap        kedok     kemunafikan        mereka.       Mula-mula pemerintahan       Romawi     tidak   turut   campur    dalam    masalah    tersebut    kerana mereka      melihat    bahawa     itu   hanya    sekadar    perselisihan    dalaman     antara kelompok-kelompok   Yahudi.   Bagi   mereka,   selama   orang-orang   Yahudi   sibuk dengan   masalah   mereka   sendiri   dan   tidak   peduli   dengan   kekuasaan,   mereka pun tidak turut campur. Kemudian para pendeta Yahudi mulai merancang suatu persekongkolan untuk menyingkirkan   Isa.   Mereka   ingin   mengusir   Isa   dan   membuktikan   bahawa   Isa datang   untuk   menghancurkan   syariat   Musa.   Syariat   Musa   memutuskan   untuk merejam wanita yang berzina. Para pendeta Yahudi menghadirkan wanita yang salah   yang   berhak   direjam.

  Mereka   berkumpul   di   sekeliling   Isa   dan   bertanya kepadanya:       "Tidakkah     syariat   menetapkan       untuk    merejam      wanita    yang bersalah?"   Isa   menjawab:   "Benar,"   Mereka   berkata:   "Ini   adalah   wanita   yang bersalah." Isa memandang wanita itu dan ia pun melihat para pendeta Yahudi. Isa   mengetahui      bahawa     para   pendeta     Yahudi   lebih   banyak    kesalahannya daripada   wanita   tersebut.   Para   pendeta   itu   menunggu   jawapan   Isa.   Jika   ia mengatakan       bahawa      wanita    itu  tidak   berhak    dibunuh,    maka     berarti   ia menentang syariat Musa, dan jika ia mengatakan bahawa ia berhak dibunuh, maka ia justru menghancurkan dirinya sendiri yang membawa syariat cinta dan toleransi.    Nabi   Isa  memahami       bahawa     ini  adalah    persekongkolan.      Beliau tersenyum   dan   wajahnya   tampak   bercahaya.   Kemudian   beliau   melihat   para pendeta Yahudi dan wanita itu sambil berkata: "Barang siapa di antara kalian yang tidak memiliki kesalahan, maka hendaklah ia merejam wanita itu." Suara   beliau   yang   keras   itu   memecahkan   keheningan   tempat   penyembahan. Beliau    menetapkan      peraturan    baru   yang   berhubungan      dengan    hukum     yang dijatuhkan     kepada    orang   yang   berbuat    salah.   Hendaklah     orang   yang   tidak berbuat   salah   menghukum   orang   yang   salah   dan   tidak   berhak   seseorang   pun dari   kalangan   manusia   untuk   menghukum   orang   yang   bersalah   jika   ia   sendiri bersalah,   tetapi   yang   menghukumnya   adalah   Allah   SWT   yang   Maha   Suci   dan Maha Tinggi dan Allah SWT adalah Maha Pengasih di antara yang mengasihi. Nabi Isa keluar dari tempat penyembahan itu. Tiba-tiba, wanita itu mengejar dari   belakangnya.   Lalu   wanita   itu   mengeluarkan   dari   pakaiannya   satu   botol dari minyak yang berharga. Ia berdiri di depan Isa dan menjatuhkan dirinya di atas kedua kaki Isa lalu menciumnya dan membasuhnya dengan minyak wangi dan air mata. Setelah itu, ia mengeringkan kedua kakinya dengan rambutnya. Bagi     wanita    itu,   al-   Masih    mempakan       harapan     terakhir    yang    dapat menyelamatkannya.   Lalu   keluarlah   dari   belakang   Isa   seorang   tokoh   pendeta Yahudi.   Ia   berdiri   menyaksikan   pemandangan   tersebut   dan   ia   merasa   kagum terhadap     kasih   sayang   Isa.  Isa  melihat    kepadanya     dan   bertanya;    "Seorang kreditor yang memiliki dua orang debitor, salah satunya berhutang lima ratus dinar dan yang lain lima puluh dinar." Pendeta itu berkata: "Ya." Isa berkata: "Tak   seorang   pun   dari   mereka   berdua   yang   memiliki   wang   yang   cukup   untuk melunasi     wangnya.     Lalu  si  kreditor   memaafkan      mereka    dan   membebaskan mereka dari hutang." Pendeta berkata: "Ya." Kemudian Isa bertanya: "Siapa di antara   mereka   yang   paling   senang   kepada   kreditor   itu?"   Pendeta   menjawab: "Tentu    yang   berhutang     lebih  besar.''  Isa  berkata:    "Benar   apa   yang   engkau ucapkan. Lihatlah wanita ini. Aku telah masuk ke rumahmu tetapi engkau tidak memberikan kepadaku air agar aku dapat membasuh wajahku, tetapi wanita itu   membasuh   kedua   kakiku   dengan   air   mata   lalu   ia   mengusapnya   dengan rambut   kepalanya.   Begitu   juga   engkau   tidak   memberikan   ciuman   kepadaku tetapi wanita ini tidak merasa puas dengan hanya mencium kedua kakiku. Jadi, hatimu sungguh sangat keras tetapi hati wanita itu dipenuhi dengan rasa cinta.

Maka     barang   siapa   yang   banyak   mencintai      nescaya    kesalahan-kesalahannya akan   diampun."   Kemudian   Isa   menoleh   ke   wanita   itu   dan   memerintahkannya untuk bangkit dari tanah sambil berkata: "Ya Allah, ampunilah wanita ini dan hilangkanlah kesalahan-kesalahannya." Nabi   Isa   berusaha   menyedarkan   para   pendeta   Yahudi   bahawa   para   dai   yang menyeru   di   jalan   Allah   SWT   bukanlah   algojo   yang   bengis   yang   menerapkan hukum syariat tanpa melihat keadaan masyarakat yang bersalah, tetapi mereka datang   dan   membawa   ajaran   Allah   SWT   yang   merupakan   ajaran   yang   penuh dengan   rahmat   kepada   manusia.   Jadi,   rahmat   adalah   tujuan   semua   dakwah Ilahi ini. Bahkan diutusnya para nabi itu sendiri mengandung rahmat Allah SWT terhadap kaum mereka. Isa terus berdoa kepada Allah SWT agar merahmati kaumnya. Beliau menyuruh kaumnya agar menyayangi diri mereka sendiri dan beriman kepada Allah SWT. Kehidupan   Nabi   Isa   menggambarkan   kezuhudan   dan   ketaatan   dalam   ibadah. Mu'tamar bin Sulaiman berkata, sebagaimana diriwayatkan Ibnu 'Asakir: "Nabi Isa menemui kaumnya dengan memakai pakaian dari wol. Beliau keluar dalam keadaan   tidak   beralas   kaki   sambil   menangis   serta   wajahnya   tampak   pucat kerana     kelaparan     dan   bibimya    tampak     kering   kerana    kehausan.     Nabi    Isa berkata,   "salam   kepada   kalian   wahai   Bani   Israil.   Aku   adalah   seseorang   yang meletakkan       dunia    di   tempatnya      sesuai    dengan     izin  Allah    SWT,    tanpa bermaksud membanggakan diri. Apakah kalian mengetahui di mana rumahku?" Mereka menjawab: "Di mana rumahmu wahai Ruhullah?" Nabi     Isa  menjawab:       "Rumahku      adalah    masjid,    wewangianku       adalah     air makananku       adalah   rasa   lapar,   pelitaku   adalah    bulan   di  waktu    malam   dan solatku   di   waktu   musim   dingin   di   saat   matahari   terletak   di   timur,   bungaku adalah   tanaman-tanaman   bumi,   pakaianku   terbuat   dari   wol,   syiarku   adalah takut kepada Tuhan Yang Maha Mulia, teman-temanku adalah orang-orang yang fakir,   orang-orang   yang   sakit,   dan   orang-orang   yang   miskin.   Aku   memasuki waktu pagi dan aku tidak mendapati sesuatu pun di rumahku begitu juga aku memasuki waktu sore dan aku tidak menemukan sesuatu pun di rumahku. Aku adalah seseorang yang jiwanya bersih dan tidak tercemar. Maka siapakah yang lebih kaya daripada aku?" Isa   terus   melakukan   dakwahnya.   Ia   didukung   oleh   mukjizat   dari   Allah   SWT. Nabi Isa mampu membuat bentuk burung dari tanah kemudian ia meniupnya, maka   tanah   itu   menjadi   burung   dengan   izin   Allah   SWT.  

Selain   itu,   hujung bajunya yang sederhana jika tersentuh orang yang sakit, maka orang itu akan sembuh. Bahkan jika Isa meletakkan tangannya di atas mata orang yang buta atau orang yang terkena sakit belang nescaya ia akan sembuh. Jadi, Nabi Isa didukung oleh mukjizat yang luar biasa. Bahkan beliau mampu menghidupkan orang-orang   yang   mati   dari   kuburan   mereka   sehingga   mereka   keluar   dalam keadaan hidup dengan izin Allah SWT. Para    ahli  tafsir  mengatakan      bahawa     Nabi   Isa  menghidupkan       empat    orang. Pertama,      al-Azir  yaitu   temannya.      Kemudian     dua   orang    anak   laki-laki  dari seorang     tua,   dan   seorang    anak   perempuan      satu-satunya     dari  seorang    ibu. Mereka   adalah   tiga   orang   yang   mati   di   zaman   Nabi   Isa.   Ketika   orang-   orang Yahudi      melihat    hal    tersebut,    mereka      berkata:     "Engkau    menghidupkan orang-orang   yang   mati   dan   kematian   mereka   tidak   lama   .Barangkali   mereka tidak  mati   tapi   mereka   sekadar   mengalami   keadaan   tidak  sedarkan   diri atau mati suri. Lalu mereka meminta kepada Nabi Isa untuk membangkitkan Sam bin Nuh dari kematiannya. Para   ahli   tafsir   mengatakan   bahawa   Nabi   Isa   bertanya   kepada   mereka,   "Di manakah   kaum   kuburan   Sam   bin   Nuh?"   Mereka   keluar   bersama   Isa   sehingga mereka      mencapai     kuburan.     Lalu  Nabi    Isa  berdoa    kepada    Allah   SWT    agar menghidupkan orang yang mati di situ. Sam bin Nuh keluar dari kuburannya, dan rambut dikepala-nya tampak beruban. Isa berkata kepadanya: "Bagaimana rambut   di   kepalamu   bisa      beruban,    sementara   di   zamanmu   kau   tidak.   ada uban," Sam berkata: "Ya Ruhullah, aku mendengar engkau berdoa untukku lalu aku     mendengar      suara    yang    mengatakan,      aku    akan    mengabulkan       wahai Ruhullah. Aku mengira bahawa kiamat telah tiba. kerana takutnya kepada hal itu sehingga rambut di kepalaku beruban." Apa pun yang dikatakan berkaitan dengan cerita itu yang menyebutkan tentang bagaimana   Nabi   Isa   menghidupkan   orang-orang   yang   mati,   namun   kita   tidak mengetahui konteks Al-Qu'ran serta perincian-perincian yang menjelaskan hal tersebut.      Allah    SWT     hanya     menyebutkan        bahawa      Isa   menghidupkan orang-orang yang mati dengan izin-Nya. Kita percaya bahawa Nabi Isa mampu menghidupkan        mereka     tetapi   kita   tidak  mengetahui      apakah     mereka    mati kembali setelah dihidupkan atau mereka sempat menjalani kehidupan selama beberapa saat. Nabi Isa terus berjalan di jalan Allah SWT. Beliau membuat bagi mereka apa yang disebut dengan hukum roh. Beliau menaiki gunung dan para sahabat- sahabatnya berdiri di sekitarnya. Nabi Isa melihat orang-orang yang beriman kepadanya yang terdiri dari orang-orang yang fakir, orang-orang yang menderita, dan orang- orang yang sedih. Jumlah mereka sedikit sebagaimana lazimnya jumlah para pengikut nabi. Gunung      diliputi  dengan    awan    tipis  dan  turunlah    hujan   gerimis.    Isa  mulai berbicara:      "Sungguh    beruntung      bagi   orang-orang     miskin    kerana    mereka memiliki kerajaan langit. Beruntunglah orang-orang yang sedih kerana mereka akan    menjadi    orang-orang     yang   mulia.   Beruntunglah     yang   diserahi   amanat kerana mereka akan mewarisi bumi. Beruntunglah orang- orang yang lapar dan haus     kerana    mereka    akan    dikenyangkan.      Beruntunglah     orang-orang      yang menyayangi       kerana   mereka   akan   disayangi.   Beruntunglah       orang-orang   yang bersih     hatinya    kerana    mereka     akan    melihat     Allah   SWT.    Beruntunglah orang-orang   yang   tertindas   demi   mempertahankan   kebenaran   kerana   mereka akan mendapatkan kerajaan langit. Kalian adalah garam bumi jika garam telah rosak,   maka   siapa   gerangan   yang   dapat   mengembalikannya   menjadi   garam kembali."     Renungkanlah      kedalaman     ungkapan     dari  Nabi   Isa,  "kalian  adalah garam bumi." Garam   adalah   sesuatu   yang   memberikan   rasa   yang   khusus   dan   tanpa   garam makanan akan menjadi hambar. Yakni, tanpa orang-orang mukmin, maka cita rasa   kehidupan   terasa   tidak   bermakna;   tanpa   kehadiran   orang-orang   Muslim dan perbuatan mereka yang ikhlas terhadap Allah SWT akan tampak kehidupan sangat   berat   dan   tidak   berarti.   Di   samping   itu,   kehadiran   manusia   sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi pun sia-sia, dan keagungan manusia sebagai hamba   Allah   SWT   pun   tidak   bermakna,   dan   pada   gilirannya   kehidupan   akan dipenuhi dengan kejahatan dan keburukan. Allah    SWT   teiah   mewahyukan       kepada    "garam    bumi"   agar   mereka    beriman kepada Nabi Isa. Allah SWT berfirman: "Dan   (ingatlah),   ketika   Aku   ilhamkan   kepada   pengikut-pengikut           Isa   yang setia:     'Berimanlah      kamu     kepada-Ku       dan    kepada      rasul-Ku.'    Mereka menjawab:        'Kami   telah   beriman     dan   saksikanlah     (wahai    rasul)   bahawa sesungguhnya   kami   adalah   orang-orang   yang   patuh   (kepada   seruanmu).'" (QS. al-Maidah: 111) Al-Hawariyin   mengakui   kebenaran   ajaran   Nabi   Isa   dan   mereka   menyatakan keislaman kepadanya, sebagaimana ratu Saba' mengakui kebenaran ajaran Nabi Sulaiman   dan   menyatakan   keislaman   padanya,   dan   sebagaimana   semua   para nabi    menyatakan       keislaman.    Hakikat    ajaran    para   nabi    terbatas    kepada pernyataan keislaman dan semua nabi menyeru kepada jalan tauhid dan jalan

Islam. Islam dalam pandangan kami memiliki makna yang lebih dalam daripada tauhid.     Pengakuan      seseorang    terhadap     Allah   SWT    dan    keimanan     akan keesaan-Nya      dalam    menciptakan     makhluk     tidak  mencegah      orang   itu  untuk berbuat dosa, sedangkan keislaman atau penyerahan hati dan anggota badan serta   pemikiran   kepada   Allah   SWT   merupakan   suatu   tingkatan   sedikit   lebih tinggi.   Ini  adalah   tingkat   kepatuhan     orang-orang     yang   patuh    dan   puncak ketauhidan orang-orang yang bertauhid. Itu adalah keserasian antara tindakan dengan      fikiran,  yaitu   usaha    manusia     untuk   menghindari      kesalahan     dan memurnikan   amal   hanya   untuk   Allah   SWT.   Al-Quran   al-   Karim   memberitahu kita bahawa Allah SWT menyampaikan wahyu kepada al-Hawariyin agar mereka beriman kepadanya dan kepada Rasul-Nya Isa. Marilah     kita  renungkanlah      sejenak    tentang     wahyu    Allah   SWT    terhadap Hawariyin.   Kita   mengetahui   bahawa   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   manusia dan kepada makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada lebah..." (QS. an-Nahl: 68) Yang dimaksud dengan wahyu di sini adalah memberikan ilham kepada makhluk agar    mereka    menuju    ke   jalan  fitrahnya   yang   telah   Allah  SWT    gariskan   di atasnya sehingga mereka mencapai jalan kesempurnaan. Tidakkah Anda ingat tentang jawapan Nabi Musa terhadap pertanyaan Fira'un: "Fir'aun berkata: 'Siapakah Tuhan kamu berdua wahai Musa. " (QS. Thaha: 49) "Musa   berkata:   'Tuhan   kami   ialah   (Tuhan)   yang   telah   memberikan   kepada tiap-tiap   sesuatu   bentuk   kejadiannya   kemudian   memberinya   petunjuk.   " (QS. Thaha: 50) Makna di sana dan di sini sama. Makna yang sama tersebut diterapkan kepada kaum Hawariyin di mana wahyu Allah SWT terhadap mereka berupa pemberian ilham   kepada   mereka   demi   kebaikan   mereka   dan   kebahagiaan   mereka,   dan wahyu ini tidak bertentangan dengan ikhtiar mereka dan usaha mereka serta keinginan mereka, bahkan tidak bertentangan dengan kebebasan mereka. Allah SWT   telah   melihat   hati   mereka   yang   dipenuhi   dengan   kebaikan.   Dia   melihat mereka   sebagai   garam   bumi,   maka   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   mereka agar    beriman    kepadanya    dan   rasul-Nya   sehingga    mereka    pun   beriman    dan mereka     pun   bersaksi   bahawa    mereka    orang-orang     yang   berserah   diri  atau Muslim. Tampaknya   kaum   Hawariyin   menyembunyikan   keimanan   mereka   sehingga   Isa merasakan      kekufuran     kaumnya     semakin    menjadi-jadi     lalu  Isa  memanggil mereka:   "Siapakah   di   antara   kalian   yang   menolong   aku   menuju   jalan   Allah SWT?" Allah SWT berfirman: "Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran dari mereka (Bani Israil) berkatalah dia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan (agama) Allah?' Para Hawariyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: 'Kamilah penolong-penolong         (agama)     Allah.    Kami    beriman     kepada     Allah;    dan saksikanlah       bahawa      sesungguhnya        kami     adalah     orang-orang      yang menyerahkan   diri.   Ya   Tuhan   kami,   kami   telah   beriman   kepada   apa   yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang- orang yang menjadi saksi.'" (QS. Ali 'Imran: 52-53) Nas Al-Quran menunjukkan bahawa Nabi Isa mengajak mereka untuk mengikuti Islam   sehingga   mereka   pun   berserah   diri;   nas   Al-Quran   menegaskan   bahawa Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul yang datang setelahnya yang bernama Ahmad. Dikatakan dalam Al-Quran: "Dan     (ingatlah)    ketika   Isa   putera    Maryam      berkata:    'Hai   Bani   Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab yang turun     sebelumku,      yaitu   Taurat   dan    memberi     khabar     gembira    dengan (datangnya)      seorang    rasul   yang   akan   datang    sesudahku,     yang   namanya Ahmad (Muhammad).' Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa   bukti-bukti   yang   nyata,   mereka   berkata:   'Ini   adalah   sihir   yang nyata.'" (QS. Shaff: 6) Kita tidak mengetahui secara pasti kapan Nabi Isa menyampaikan khabar berita tentang     kedatangan    seorang    rasul  ini  yang  datang    setelah   masanya,    yaitu Ahmad      saw.    Apakah    khabar     berita   itu  beliau    sampaikan     dipermulaan pengutusannya kepada manusia, atau apakah beliau menyampaikan khabar itu pada   akhir   masa   dakwahnya   dan   sebelum   beliau   diangkat   ke   langit?   Tetapi melihat konteks Al-Quran tampaknya khabar berita tersebut itu disampaikan di permulaan dakwahnya, sebagaimana firman-Nya: "Maka tatkala rasul itu dating

kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: 'lni adalah sihir yang nyata.'" Kata    ganti   (dhamir)    dalam    ayat   tersebut   kembali     kepada    Nabi   Isa.  Ayat tersebut menunjukkan bahawa Nabi Isa menyampaikan khabar gembira dengan datangnya      Muhammad        atau   Ahmad     ketika    Allah   SWT    mengutus     kepada kaumnya. Kemudian terjadilah di hadapan Nabi Isa berbagai macam mukjizat yang   luar   biasa   seperti   penghidupan   orang   yang   mati,   peniupan   tanah,   dan sebagainya. Ketika Nabi Isa datang membawa bukti- bukti yang jelas ini, maka mereka menuduhnya bahawa ia membawa sihir. Nabi Isa mengetahui bahawa tuduhan   semacam   ini   telah   dialamatkan   kepada   sebahagian   besar   para   nabi sebelumnya.      Beliau   juga   mengetahui     bahawa     nabi   yang  terakhir   pun   akan mendapatkan tuduhan yang sama. Oleh kerana itu, nabi yang mulia itu tetap berdakwah di jalan Allah SWT dan tidak peduli dengan tuduhan kaumnya yang mengatakan bahawa beliau membawa sihir. Kemudian   pertentangan   antara   Nabi   Isa   dan   Bani   Israil   semakin   meningkat. Mereka   adalah   orang-orang   yang   hatinya   keras,   yang   membeku   di   hadapan kebenaran.   Isa   datang   kepada   mereka   dan   menghancurkan   segala   pemikiran mereka   dan   kehidupan   mereka   serta   sistem   mereka.   Sesungguhnya   dakwah Nabi   Isa   terfokus   kepada   kebenaran,   kedamaian   dan   keadilan   dan   pada   saat yang   sama   mengumumkan   peperangan   terhadap   kehidupan   orang-orang   yang lalim   yang   telah   menjauhi   kebenaran.   keadilan,   dan   kedamaian.   Injil   Mata menyebutkan        melalui    lisan   Isa:  "Janganlah     kalian   mengira     bahawa     aku membawa        kedamaian     ke   muka    bumi.    Aku   tidak  datang    hanya    membawa kedamaian tetapi aku datang membawa pedang." Kalimat tersebut menyiratkan hakikat yang penting dari hakikat dakwah para nabi. Para nabi adalah pejuang sejati di mana senjata yang mereka gunakan di medan   peperangan   beraneka   ragam.   tetapi   mereka   pada   hakikatnya   adalah pejuang.   Mereka   memulai   peperangan   mereka   dengan   satu   pemikiran   yaitu suatu tekad mengatakan bahawa tiada Tuhan selain Allah SWT. Pemikiran itu tentu   berbenturan   dengan   kepercayaan   akan   tuhan-tuhan   yang   diyakini   oleh manusia,   baik   tuhan-tuhan   yang   terbuat   dari   emas   atau   batu.   Pemikiran   itu sangat   mengganggu   ketenangan   orang-orang   yang   lalim   atau   penguasa   yang bengis serta sangat melawan kepentingan mereka, sehingga para raja dan para penguasa      seperti   biasanya    bergerak     menentang      nabi   kecuali   orang    yang mendapatkan petunjuk dari Allah SWT. Para pembesar dari kalangan kaum nabi menentang       nabi.   Al-Mala'   adalah   para   pembesar      sebagaimana     telah   kami jelaskan     dalam    kisah    Nabi   Nuh    dan    sesudahnya.     Kemudian      Nabi    terus melangsungkan        peperangan      mewujudkan      tekadnya:     Nabi   meletakkan      dasar peperangannya dengan menyampaikan ketuhanan Allah SWT. Setelah     meneguhkan      dasar   yang   kuat   ini,  Nabi   menetapkan      keadilan.    Tak seorang pun berhak untuk menghinakan seseorang atau menjadikannya sebagai budak kerana penghambaan hanya pantas ditujukan kepada Allah SWT. Manusia adalah     sama    di   antara    mereka     sehingga    tidak   berhak    seseorang     untuk memanfaatkan         kekuatan    manusia     untuk   membangun       kejayaan     peribadinya atau     untuk    memperkaya        dirinya    dengan     merugikan      orang     lain,   atau menghancurkan   hak-hak   mereka   atau   berbuat   buruk   terhadap   mereka   dalam berbagai     bentuknya.      Jadi,  inti  dakwah     para   nabi   berarti   mengganti      dan mengubah   sistem   yang   rosak   yang   didirikan   oleh   para   pembesar   kaumnya. Kalau begitu, ia adalah dakwah yang menyatakan peperangan dan kerana itu seseorang      nabi   harus   membawa       senjata.    Setelah    meneguhkan       pemikiran tersebut,     dimulailah     peperangan.     Seorang     nabi   menggunakan       pedang.     Ia berlindung      di  balik   senjata    dan   senjata    yang    dimiliki  oleh    setiap   nabi berbeza-beza. Mula-mula       seorang     nabi    tidak   menggunakan        senjata     apa   pun     dalam peperangannya   selain   berusaha   untuk   membangkitkan   akal.   Lalu   peperangan semakin meningkat sehingga nabi terpaksa untuk menggunakan senjata. Para musuh      memaksanya       untuk   menggunakan       senjata    sehingga    para    nabi   pun menggunakan         senjata.     Di   sini   setiap    nabi   mempunyai        senjata    yang berbeza-beza.   Terkadang   senjata   seorang   nabi   berupa   mukjizat   yang   dapat menghentikan langkah dan menghancurkan mereka seperti taufan (kisah Nabi Nuh)   atau   angin   (kisah   Nabi   Hud),   dan   terkadang   senjata   para   nabi   adalah mukjizat yang membantunya untuk mengalahkan musuh-musuhnya secara pasti seperti    ditundukkannya      jin  dan   burung    baginya    (kisah  Nabi   Sulaiman)     dan senjata   nabi   berupa   mukjizat   yang   menyelamatkannya   dari   tipu   daya   musuh seperti     berubahnya       api   menjadi     sesuatu     yang    dingin    dan    membawa keselamatan (kisah Nabi Ibrahim) dan terkadang senjata nabi yang luar biasa yang   memperkuat   dakwahnya   seperti   menghidupkan   orang-orang   yang   mati (kisah Nabi Isa) dan terkadang senjata nabi berupa pedang yang dipegang di tangannya       saat    ia    melangsungkan        peperangan       dan    mempertahankan dakwahnya (kisah Nabi Muhammad saw). Jadi,   senjata   para   nabi   berbeza-beza,   baik   dalam   bentuk   kualiti   mahupun kapasitinya.   Allah   SWT   mengetahui   kondisi   mereka   lebih   dari   apa   yang   kita ketahui     sehingga   Allah   SWT   sangat   tepat   ketika   memilihkan   senjata   untuk setiap nabi. Dan tak seorang nabi pun yang tinggal di suatu tempat sementara ia   tidak   berjuang   dan   tidak   bergerak   dan   tidak   mengalami   penderitaan   dari kaumnya.      Oleh   kerana    itu,  sesuai   dengan    kadar   kesabaran     para   nabi   dan perjuangan mereka dalam menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT, mereka layak untuk mendapatkan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT. Isa   bin   Maryam   telah   menyampaikan   bahawa   beliau   adalah   seorang   pejuang yang     membawa       senjata.     Kata-katanya      sendiri   berusaha     menghancurkan masyarakat yang keras, masyarakat yang bodoh. Masyarakat di zaman Nabi Isa berdiri di atas kesalahan, kesyirikan, kebohongan, kemunafikan, meterialisme, pamrih, kelaliman dan tidak ada kebebasan. Maka melalui kalimat-kalimatnya, Nabi   Isa   menghancurkan   semua   ini.   Nabi   Isa   memberitahu   kaumnya   bahawa dakwahnya di jalan Allah SWT bukan terfokus pada dakwah kedamaian tetapi dalam     hal-hal   tertentu    dakwahnya     pun    berisi  pernyataan     perang.    Sesuatu menjadi      tidak   bernilai    ketika   tidak    berusaha     dipertahankan      oleh   yang bersangkutan sampai titis darah penghabisan. Timbulnya pemikiran- pemikiran, nilai-nilai   dan    prinsip-prinsip    tidak  hanya    bersandar     kepada     idealismenya tetapi nilainya justru bersandar kepada usaha keras yang dikerahkan oleh para pembawanya         dalam    rangka    mempertahankannya.          Tanpa     peperangan      dan mengangkat senjata dakwah para nabi akan menjadi pemikiran-pemikiran yang sekadar idealisme yang tidak akan menghentikan seseorang pun dan tidak akan membangkitkan seseorang pun. Kita mengetahui bahawa sebahagian besar nabi berhadapan dengan kelompok besar     dari  masyarakat      yang   menentangnya        dan   berusaha     memeranginya. Mula-mula   mereka   mengejeknya   dan   pada   akhirnya   mereka   berusaha   untuk membunuhnya.         Kita   mengetahui      bahawa     para   nabi   berusaha    mati-matian untuk   memperjuangkan   kebenaran   yang   dibawanya.   Melalui   kisah   para   nabi, kita mengetahui bahawa bagaimana serangan masyarakat, para pembesar, dan para penguasa terhadap para nabi tetapi pada saat yang sama kita seakan-akan tidak melihat bagaimana serangan para nabi terhadap mereka. Penjelasan dari hal itu sangat mudah. Peperangan yang dibangkitkan oleh kebatilan atas para nabi   didukung   oleh   alat-alat   yang   canggih   dan   sangat   kuat   di   mana   mereka memiliki   berbagai   macam   sarana   untuk   menjatuhkan   para   nabi,   sedangkan para   nabi   hanya   menyandarkan   kekuatan   dari   yang   Maha   Benar,   yaitu   Allah SWT; kekuatan yang tidak berdasarkan pada sebab- sebab tertentu atau tidak peduli dengan tuduhan-tuduhan atau kegaduhan. Para   nabi   hanya   terus   melangsungkan   dakwahnya   yang   berdasarkan   kepada usaha   membangkitkan   akal   dan   hati   serta   menyucikan   roh.  

Keteguhan   sikap para    nabi   ini  bagi  musuh-musuh       mereka    merupakan      masalah    yang    besar. Dakwah      nabi  juga   menjamah      suatu   keluarga    di  mana   seorang    ayah   dapat beriman   sementara   seorang   anak   dapat   menentang   atau   seorang   anak   dapat beriman sementara si ayah dapat menentang atau seorang isteri beriman atau seorang   suami   kafir   atau   seorang   suami   beriman   sementara   si   isteri   kafir. Perbezaan anak laki-laki dengan ayahnya dan seorang isteri dengan suaminya menimbulkan permusuhan di dalam rumah-rumah. Dengan terjadinya hal ini, masyarakat       bergerak    untuk    menentang      nabi   dan    semakin     meningkatkan tekanan-tekanan        mereka     kepadanya     sehingga    permusuhan       dan   kebencian mereka kepada nabi semakin meruncing. Mereka pun berusaha untuk melawan nabi itu yang bagi mereka telah memisahkan antara ayah dan anaknya atau ia datang untuk memisahkan seorang anak perempuan dari ibunya. Kemudian      seorang    nabi   meletakkan     suatu   undang-undang       bagi  orang    yang mengikutinya, yaitu undang-undang pokok yang membatalkan undang- undang yang tidak sesuai dengannya. Undang-undang ini tampak dalam kalimat nabi: "pertama-tama cinta kepada Allah dan kemudian cinta kepada nabi dan setelah itu cinta kepada sesama manusia." Makna-makna yang demikian ini tercermin secara   jelas   dari   kalimat-kalimat   Isa   yang   disampaikan   oleh   Injil   Mata   pada pasal ke-10. Al-Masih   berkata:   "Janganlah   engkau   mengira   bahawa   aku   datang   membawa kedamaian      di  bumi,    aku  datang    bukan    hanya   membawa       kedamaian     tetapi pedang. Aku datang untuk menjadikan seorang anak berbeza dengan ayahnya dan     seorang    anak    perempuan      berbeza     dengan     ibunya    sehingga    musuh seseorang justru terdapat pada keluarganya. Maka barang siapa yang mencintai ibunya dan ayahnya lebih dari kecintaannya kepadaku, maka ia tidak berhak mencintaiku,       dan    barang    siapa    yang    mencintai     anak    laki-lakinya    dan perempuannya        lebih   dariku,   maka    ia  tidak  berhak    mengikutiku.     Meskipun kehidupannya   tampak   beruntung   sebenarnya   ia   telah   rugi,   dan   barang   siapa yang kehidupannya merugi kerana aku, maka sebenarnya ia telah beruntung." Penjelas   Injil   mengatakan:   "Pemikiran   orang-orang   Yahudi   tentang   al-   Masih adalah,     ketika   al-Masih   datang,    maka   semua     pengikutnya     akan   merampas kekayaan dan kejayaan di dunia ini lalu ia hanya memberi mereka ketenangan dan kedamaian. Ketika al-Masih datang, ia menjelaskan kepada para muridnya bahawa   hal   tersebut   tidak   benar,   kerana   jika   ia   datang   untuk   memberikan kedamaian kepada para pengikutnya, maka mereka akan terancam kelaliman dan mereka akan mati kerana tajamnya pedang. Maka hendaklah mereka tidak mengharapkan         kedamaian      tetapi    peperangan;      hendaklah      mereka     tidak mengharapkan keserasian tetapi perpecahan." Demikianlah masyarakat Yahudi terbagi menjadi dua kelompok: kelompok orang-orang yang fakir, orang-orang yang    lemah    dan   orang-orang     yang   bersih   hatinya    bersama     Isa,  sedangkan kelompok   majoriti   menentang   Isa.   Bahkan   kelompok   majoriti   kafir   itu   sering menyakiti Isa. Injil    Mata    menceritakan       penderitaan       al-Masih    pada     pasal    ke-11.    Ia menceritakan bagaimana kemarahan al-Masih terhadap orang-orang yang tidak mengabdi      kepada     Yuhana    (Yahya)    dengan    baik   atau   mengabdi     kepadanya secara    peribadi    dengan    baik.   Injil  Mata   mengutip     pernyataan     Isa  sebagai berikut:   "Dengan   apa   aku   menyerupakan   generasi   ini,   Sesungguhnya   mereka menyerupai       anak-anak      kecil  yang    duduk    di   pasar   yang    berteriak-teriak memanggil teman-teman mereka sambil berkata: "Kami telah meniup seruling tetapi     kalian   tidak   menari.     Kami    mengasihi     kalian   tetapi   kalian    tidak menangis."   Yuhana   telah   datang   dan   tidak   makan   dan   minum   tetapi   mereka mengatakan,   sesungguhnya   ia   terkena   syaitan.   lalu   datanglah   seorang   anak manusia yang makan dan minum lalu mereka mengatakan, ia adalah seorang yang ahli makan dan ahli minum khamer." Dokumen itu menunjukkan penderitaan al-Masih dan menyingkap peperangan yang    akan    dihadapinya.     Penderitaan     yang   dialami   oleh   hati   suci  al-Masih adalah sebagai tindakan generasi tersebut di mana beliau diutus di dalamnya sebagai     orang   yang   memberi     petunjuk     dan   menyampaikan       berita   gembira tentang     kerajaan    langit.  Beliau   menyerupakan       generasi    Yahudi   itu  dengan anak-anak kecil yang duduk- duduk di pasar sambil berteriak-teriak memanggil teman-teman        mereka     sambil   berkata:    "kami   telah   meniup     seruling   tetapi kalian   tidak   menari.   Kami   berbelas   kasih   kepada   kalian   tetapi   kalian   tidak menangis." Al-Masih mengisyaratkan dengan pernyataan itu tentang apa yang diperbuat     anak-    anak   kecil  saat   mereka    bermain-main,       di  mana    biasanya mereka      meniru    orang-orang     yang    besar   saat   mereka     bergembira     dengan menari-nari   dan   saat   mereka   sedih   mereka   menangis.   Demikianlah   mereka sangat      cepat    berubah      antara     bergembira      dan    sedih    tanpa     melalui pertimbangan   dan   kesedaran.   Demikianlah   keadaan   orang-orang   Yahudi   saat mereka mengabdi kepada Yahya, kemudian saat mereka mengabdi kepada al- Masih.   Yahya   telah   datang   kepada   mereka   dalam   keadaan   menangis,   tidak makan dan tidak minum dari apa yang mereka makan dan yang mereka minum. Ia   tidak   bergaul   dengan   sembarangan   manusia. Telah datang   kepada   mereka seorang     nabi  yang    ahli  ibadah   tetapi   kebanyakan     mereka     menolaknya      dan mereka      mengatakan      bahawa     ia  terkena   syaitan.   Kemudian      datang   kepada mereka   al-Masih   di mana   ia   makan   dan   minum   bersama   pada   acara   walimah

dan   hari   raya   lalu   mereka   pun   menolaknya   dan   mengatakan   bahawa   ia   suka makan     dan   minum     khamer    padahal    beliau   adalah    cermin   terbesar    dalam menghilangkan syahwat dan kesucian yang sempurna. Alhasil, generasi itu adalah generasi yang main-main Iayaknya anak kecil. Tidak ada   sesuatu   pun   yang   dapat   mempengaruhi   mereka   dan   mereka   tidak   mau bertaubat. Meskipun demikian, di sana terdapat kelompok kecil dari manusia yang    terpengaruh     dan   bertaubat.    Dokumen      tersebut   menunjukkan       betapa beratnya penderitaan Isa di tengah-tengah generasi yang sezaman dengannya. Isa   mengalami      banyak    penderitaan     dalam    menyampaikan       dakwahnya.      Isa banyak menderita di tengah-tengah kaum yang fikiran mereka belum matang. Mereka tak ubahnya seperti anak- anak kecil yang suka bermain-main. Kaum yang tak tergugah oleh kalimat-kalimat yang baik dan mereka tidak bergerak atau tersentuh ketika menyaksikan mukjizat-mukjizat yang luar biasa. Allah     SWT    kembali      memperkuat       Isa   dengan     mukjizat-mukjizat       yang mengagumkan.        Mukjizat    di  sini  adalah   senjata    yang   diberikan   Allah   SWT kepada   nabi-Nya   agar   nabi   tersebut   menjadi   tenteram   dan   agar   menambah keyakinan   orang-orang   yang   beriman   kepadanya, sedangkan   bagi   orang-orang kafir   mukjizat   tersebut   justru   menambah   kekufuran   mereka   sehingga   Allah SWT memberikan pembalasan yang setimpal kepada kedua kelompok tersebut. Mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Isa bin Maryam yang lain adalah, Allah SWT   mengabulkan   doa   Hawariyin   dengan   menurunkan   makanan   dari   langit. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),   ketika   pengikut-pengikut   Isa   berkata:   'Hai   Isa   putera   Maryam, bersediakah   Tuhanmu   menurunkan   hidangan   dari   langit   kepada   kami?'   Isa menjawab:   'Bertakwalah   kepada   Allah   jika   betul-   betul   kamu   orang   yang beriman.'   Mereka   berkata:   'Kami   ingin   memakan   hidangan   itu   dan   supaya tenteram   hati   kami   dan   supaya   kami   yakin   bahawa   kamu   telah   berkata benar     kepada    kami,    dan   kami    menjadi     orang-orang     yang   menyaksikan hidangan      itu.'  Isa  putera   Maryam     berdoa:    'Ya  Tuhan    kami,   turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang    datang    sesudah    kami,   dan   menjadi     tanda   bagi  kekuasaan-Mu:       beri rezekilah   kami   dan   Engkaulah   Pemberi   rezeki   Yang   Paling   Utama.'   Allah berfirman:   'Sesungguhnya   Aku   akan   menurunkan   hidangan   itu   kepadamu, barang   siapa   yang   kafir   di   antaramu   sesudah   (turun   hidangan)   itu,   maka sesungguhnya   Aku   akan   menyeksanya   dengan   seksaan   yang   tidak   pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia.'" (QS. al-Maidah: 112-115) Barangkali   kita   terhairan-hairan   ketika   memperhatikan   perkataan   Hawariyin, "wahai Isa bin Maryam, apakah Tuhanmu mampu?" Mungkin pertama-tama yang terlintas   dalam   fikiran   kita   berkenaan   dalam   ayat   tersebut   adalah, keraguan Hawariyin   terhadap   kekuatan   atau   kekuasaan   Allah   SWT.   Bagaimana   hal   itu mampu       mereka     laku-kan    sedangkan     mereka     adalah    murid-murid      Isa  yang beriman   dan   berserah   diri   kepada   Allah   SWT?   Berkaitan   dengan   tafsir   ayat tersebut,     para    ulama    berbeza     pendapat.     Sebahagian      ulama    mengatakan, bahawa   pertanyaan   mereka   'apakah Tuhanmu   mampu?' Yakni, berarti   apakah Tuhanmu       bisa?   Kemudian      mereka     mencarikan      alasan    yang    membenarkan perkataan       Hawariyin      itu   dengan      mengatakan       bahawa      pertanyaan       itu dilontarkan      saat  mereka     baru   saja  mengikuti     Isa,  sebelum     mereka    banyak mengetahui       Allah   SWT.     Oleh   kerana    itu,   Isa  berkata    dalam    jawapannya terhadap      pertanyaan      mereka,     bertakwalah      kepada     Allah   SWT    jika  kamu benar-benar orang mukmin. Yakni, janganlah kalian meragukan kekuasaan atau kekuatan Allah SWT. Qurthubi     menampik   tafsir      ini.   Hawariyin   adalah   para    penolong   Allah   SWT, sesuai   dengan   nas   Al-Quran   dan   tentu   tidak   boleh   bagi   penolong   Allah   SWT untuk     tidak   mengetahui      kekuatan-Nya,      apalagi    meragukan      kekuasaan-Nya. Sebahagian       ulama     mengatakan       bahawa      perkataan      tersebut     dikeluarkan orang-orang   yang   bersama   Hawariyin   yang   berasal   dari   Bani   Israil   dan   tidak seorang pun dari Hawariyin yang mengatakan demikian kecuali mereka hanya sekadar menukil perkataan tersebut. Ada pendapat lain lagi yang mengatakan bahawa   ayat   tersebut   tidak   dibaca   'hal   yastathi'   rabbuka'   tetapi   dibaca   'hal tastathi'   rabbaka'   sebagaimana   bacaan   Aisyah   dan   sebagaimana   dibaca   oleh Nabi.    Maknanya,      "apakah    engkau    mampu     menghadirkan       kekuatan     Tuhanmu terhadap   apa   yang   engkau   minta."   Ada   pendapat   yang   lain   mengatakan   ia dibaca     'hal  tastathi'  rabbaka',    yakni   "apakah    engkau    mampu      untuk   berdoa kepada Tuhanmu atau meminta-Nya." Sebahagian       kaum    sufi  berpendapat       bahawa     kaum     Hawariyin    bukan     tidak mengetahui kekuasaan Allah SWT tetapi pertanyaan itu justru bersumber dari cinta kepada Allah SWT dan keinginan menyaksikan kekuasaan Allah SWT. Sikap mereka   ini    menyerupai      dengan   perbezaan   tingkatan   sikap   Nabi   Ibrahim   as ketika beliau mengatakan: "Ya   Tuhanku,      perlihatkanlah      kepadaku      bagaimana      Engkau    menghidupkan orang-orang mati?' Allah berfirman: 'Apakah kamu belum percaya?' Ibrahim menjawab: 'Saya telah percaya, tetapi agar bertambah mantap hatiku.'" (QS. al-Baqarah: 260) Oleh   kerana   itu,   kaum   Hawariyin   berkata:   "Dan   hati   kami   menjadi   mantap," sebagaimana   Nabi   Ibrahim   berkata:   "Agar   bertambah   mantap   hatiku."   Inilah tafsir   yang   membuat      kita  puas   dan   membuat      hati  kita  tenang.    Nabi   Isa menjawab       pertanyaan     mereka:    'Bertakwalah    kepada    Allah   jika  betul-betul kamu orang yang beriman.' Yakni, hati-hatilah kalian dengan banyak bertanya dan menguji Allah SWT kerana kalian tidak mengetahui apa yang boleh kalian minta   untuk   didatangkan   bukti-   bukti   kekuasaan   Allah   SWT.   Perkataan   Nabi Isa, jika kalian benar-benar beriman terfokus kepada apa yang dibawanya yang berupa   mukjizat-   mukjizat   atau   tanda-tanda   kebesaran   Allah   SWT.   Nabi   Isa bermaksud   untuk   mengatakan,   sesungguhnya   apa   yang   telah   aku   bawa   dari mukjizat-   mukjizat   bagi   kalian   seharusnya   sudah   cukup   membuat   hati   kalian mantap.      "Mereka   berkata:    'Kami   ingin  memakan      hidangan    itu  dan   supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu.'" Kaum     Hawariyin    menjelaskan      kepada    Isa  sebab   pertanyaan    mereka     ketika beliau melarangnya. Jika Nabi Isa keluar, maka beliau diikuti lima ribu orang atau lebih. Sebahagian mereka dari kalangan Hawariyin dan sebahagian yang lain campuran di antara pengikutnya dan musuhnya. Dikatakan bahawa mereka berpuasa dan mereka tidak mempunyai makanan, lalu para pengikut berkata kepada     kaum    Hawariyin,     "Tanyalah    kepada    Isa  apakah    ia  mampu     berdoa kepada     Tuhannya     sehingga    diturunkan     kepada    kita  makanan     dari   langit." Kemudian kaum Hawariyin pergi dengan membawa surat kaum itu kepada Isa. Ketika   Isa   meminta   mereka   untuk   merasa   cukup   dengan   mukjizat-mukjizat sebelumnya,      mereka     kembali    melontarkan     kebenaran     permintaan     mereka: 'Kami    ingin  memakan      hidangan    itu.   Mereka   adalah   orang-orang   yang   lapar sementara mereka tidak mempunyai makanan. Dan supaya tenteram hati kami. Hati kaum Hawariyin menjadi tenang seperti tenangnya hati Ibrahim. Dan para pengikut   pun   merasa   hatinya   tenang   dan   mengakui   bahawa   Isa   adalah   Nabi yang diutus untuk mereka. Dan hati musuh juga menjadi tenang kerana mereka menyaksikan kebatilan mereka sehingga pilihan mereka untuk tidak mengikuti Isa berakibat pada suatu saat mereka akan diminta pertanggungjawaban. "Dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami. Yakni kami mengetahui bahawa engkau utusan Allah. Dan kami menjadi orang-orang yang   menyaksikan   hidangan   itu.   Yakni,   kami   menyaksikan   keesaan   Allah   dan risalah dan kenabianmu. Dan bagi orang lain yang tidak menyaksikannya, maka kami akan menceritakan kepada mereka peristiwa yang terjadi." Isa putera Maryam berdoa: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu   hidangan   dari   langit   (yang   hari   turunnya)   akan   menjadi   hari   raya   bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan   menjadi   tanda   bagi   kekuasaan-Mu:   beri   rezekilah   kami   dan   Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama.' Ketika     kaum    Hawariyin     bertanya     kepada    Isa  bin   M   aram    agar   diturunkan makanan dari langit, maka Nabi Isa berdiri dan meletakkan pakaian dari kulit wol kemudian beliau melangkahkan kakinya dan meletakkan tangan kanannya di   atas   tangan   kirinya,   lalu   beliau   menundukkan   kepalanya   dalam   keadaan khusyuk dan tunduk kepada Ala SWT. Kemudian beliau membuka matanya dan menangis       sehingga    air  matanya      membasahi       janggutnya     bahkan     mencapai dadanya dan berkata: 'Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan   dari   langit...   Allah   berfirman:   'Sesungguhnya   Aku   akan   menurunkan hidangan itu kepadamu. Lalu turunlah makanan besar dari celah dua awan: satu awan di atasnya satu awan di bawahnya. Saat itu manusia melihatnya. Nabi Isa berkata, "Ya Allah jadikanlah      makanan     ini  sebagai    rahmat     dan   jangan    menjadi     fitnah."   Lalu turunlah di depan Nabi Isa sapu tangan yang menutupinya kemudian Nabi Isa tersungkur   dalam   keadaan   sujud   yang   diikuti   oleh   kaum   Hawariyin.   Mereka mendapati       suatu    bau    yang   harum     yang    belum     pernah    mereka     temukan sebelumnya. Nabi   Isa   berkata,   "Siapakah   di   antara   kalian   yang   paling   ikhlas   dan   paling percaya   kepada   Allah   SWT   agar   ia   membuka   makanan   itu   sehingga   kita   bisa makan      darinya    serta   berzikir    kepada    Allah   SWT     atasnya    serta   bersyukur kepadanya."   Kaum   Hawariyin   berkata:   "Wahai   Ruhullah   sesungguhnya   engkau lebih berhak daripada kami dalam hal itu.", maka Nabi Isa berdiri lalu beliau mengambil wuduk dan solat. Kemudian beliau banyak berdoa sambil duduk di sisi   makanan   itu   dan   membukanya.   Tiba-   tiba   di   atas   makanan   itu   terdapat ikan   yang   lazat   yang   tidak   ada   durinya.   Nabi   Isa   ditanya:   "Wahai   Ruhullah, apakah      ini  makanan      dari   dunia    atau   dari   syurga?"    Nabi    Isa  menjawab: "Bukankah Tuhan kalian melarang kalian untuk bertanya pertanyaan semacam ini.   Ia   turun   dari   langit   dan   tidak   ada   makanan   sepertinya   di   dunia   dan   ia bukan   berasal   dari   syurga   tetapi   ia   adalah   sesuatu   yang   Allah   SWT   ciptakan

engan   kekuasaan   yang   luar   biasa   di   mana   Dia   cukup   mengatakan   "jadilah, maka jadilah." Para    mufasir    berbeda    pendapat     sekitar   bentuk    makanan     yang   diturunkan kepada Isa, apakah itu ikan atau daging? Apakah roti atau buah-buahan? Kami memandang        bahawa     pembahasan-pembahasan           ini  kurang   penting.    Sesuatu yang paling penting yang perlu kita perhatikan adalah apa yang dikatakan oleh Nabi Isa, Sesungguhnya   ia   diciptakan   oleh   Allah   SWT  dengan   kekuasaan   yang mengagumkan di mana Dia cukup mengatakan "Jadilah, maka jadilah ia." Inilah   hakikat   makanan   tersebut.   Ia   merupakan   tanda-tanda   kebesaran   Allah SWT     yaitu    suatu   tanda    yang    Allah   SWT     mengancam       bagi   siapa   yang menentangnya        Dia   akan    menyeksanya       dengan    azab    yang   belum     pernah diterima   oleh   seseorang   pun   di   dunia.   Para   ulama   berbeza   pendapat   apakah makanan   tersebut   memang   diturunkan   atau   tidak,   tetapi   menurut   pendapat majoriti   dan   ini   yang   benar   makanan   tersebut   memang   diturunkan,   sesuai dengan firman Allah SWT: "Aku akan menurunkan hidangan itu bagimu. " Dikatakan      bahawa     ribuan    pengikut    Nabi   Isa   memakannya       dan   makanan tersebut tidak habis. Setiap orang yang buta ia sembuh dari butanya dan setiap orang   yang   belang   ia   sembuh   dari   belangnya   akibat   memakan   hidangan   itu. Alhasil,    setelah   menyantap      makanan      itu,  orang   yang    sakit  sembuh     dari penyakitnya.      Maka    hari  turunnya    makan    itu  dijadikan    hari  raya   dari  hari raya-hari   raya   kaum   Hawariyin   dan   para   pengikut   Nabi   Isa.   Kemudian   berita dan peristiwa turunnya makanan itu mulai hilang dan mulai dilupakan sehingga kita   tidak   menemukan       beritanya   hari   ini  di  Injil-  Injil  yang  mereka   akui. Setelah peristiwa makanan yang Allah SWT ceritakan dalam surah al-Maidah, Allah SWT menunjukkan kepada kita sikap lain dari Nabi Isa bin Maryam. Allah SWT   berkata   setelah     menceritakan   kepada   kita   tentang   turunnya   mukjizat makanan dari langit: "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan   kepada   manusia:   'Jadikanlah   aku   dan   ibuku   dua   orang   tuhan selain    Allah!'  Isa   menjawab:      'Maha    Suci  Engkau,     tidaklah    patut   bagiku mengatakan        apa   yang   bukan    hakku     (mengatakannya).       Jika   aku   pernah mengatakannya,         maka     tentulah     Engkau     telah   mengetahuinya.        Engkau mengetahui apa   yang   ada pada   diriku   dan   aku   tidak mengetahui apa   yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.    Aku    tidak   pernah    mengatakan      kepada     mereka     kecuali   apa   yang Engkau beri padaku (mengatakan)nya yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu,' dan aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara     mereka.     Maka     setelah    Engkau     wafatkan     aku,    Engkaulah     yang mengawasi       mereka.     Dan    Engkau    adalah    Maha    Menyaksikan       atas  segala sesuatu. Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu,            dan     jika    Engkau       mengampuni         mereka,       maka sesungguhnya        Engkaulah     Yang   Maha    Perkasa    lagi  Maha    Bijaksana.'    Allah berfirman:   'lni   adalah   suatu   hari   yang   bermanfaat   bagi   orang-orang   yang benar   kebenaran   mereka.   Bagi   mereka   syurga   yang   di   bawahnya   mengalir sungai-   sungai;   mereka   kekal   di   dalamnya   selama-selamanya;   Allah   redha terhadap       mereka       dan     mereka       pun     redha     terhadap-Nya.        Itulah keberuntungan yang paling besar.' Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi     dan   apa   yang   ada   di  dalamnya;     dan    Dia  Maha    Kuasa    atas  segala sesuatu. " (QS. al-Maidah: 116-120) Dengan   ayat-ayat   tersebut,   Al-Quran   menutup   surah   al-Maidah.   Demikianlah konteks     Al-Quran     berpindah    secara    mengejutkan      dari   turunnya    makanan kepada   sikap   atau   dialog   antara   Allah   SWT   dan   Isa   bin   Maryam   pada   hari kiamat. Allah SWT bertanya pada hari kiamat: 'Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: 'Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?' Para ahli ilmu sepakat bahawa pertanyaan tersebut bukan bersifat pertanyaan murni     meskipun      tampak     dalam     bentuk    pertanyaan      kerana     Allah   SWT mengetahui       apa   yang    dikatakan    oleh   Isa.  Tentu    yang   dimaksud     dengan pertanyaan itu adalah sesuatu yang lain. Ada yang mengatakan bahawa Allah SWT bermaksud memberitahu Isa bahawa kaumnya telah mengubah ajarannya sepeninggalannya.        Dan   mereka     telah  mendapatkan       fitnah.   Ada   lagi  yang mengatakan bahawa Allah SWT bermaksud dari pertanyaan itu untuk mencela orang-orang yang mengubah akidah Nabi Isa setelah beliau tidak ada. Kami kira pertanyaan tersebut memuat dua makna dan mencakup makna yang lain. Allah SWT ingin menyingkap dan memberitahu manusia dalam Kitab-Nya yang terakhir bahawa Nabi Isa terlepas dari berbagai macam tuduhan, dan apa saja yang   dilakukan   kaumnya   sepeninggalannya.   Konteks   Al-   Quran   menunjukkan tentang   peristiwa   ghaib   yang   belum   terjadi meskipun   akan   terjadi   pada   hari kiamat. Oleh kerana itu, Al-Quran menyampaikannya dalam bentuk fi'il madhi (kata kerja bentuk lampau). Al-Quran menyampaikan berita ghaib ini kepada penduduk dunia agar mereka mengetahui hakikat Isa bin Maryam. Allah   SWT   bertanya   kepadanya   dan   Isa   bin   Maryam   menjawab.   Sebagai   nabi besar, Isa tidak menjawab kecuali setelah ia mengatakan: 'Maha Suci Engkau ya Allah.' Sebelum menjawab, Isa memulai dengan tasbih dan menyucikan Allah SWT.   Nabi   Isa   menampakkan   kepatuhan   dan   ketundukan   kepada   kemuliaan Allah SWT dan rasa takut terhadap azab- Nya. Qurthubi menyampaikan dalam tafsirnya: "Ketika Allah SWT berkata kepada Isa, apakah engkau berkata kepada manusia jadikanlah     aku   dan   ibuku    tuhan   selain   Allah,   maka    Isa  tampak    gementar terhadap perkataan itu sehingga ia mendengar rintihan dari tulang-tulangnya di   dalam   jasadnya   lalu   ia   berkata:   'Maha   Suci   Engkau,   tidaklah   patut   bagiku mengatakan        apa   yang   bukan    hakku    (mengatakannya).       Tidak    mungkin     aku memutuskan         sesuatu    yang    tidak    aku    miliki,   yang    diriku   tidak    dapat melakukannya. Aku hanya seorang hamba, bukan seorang yang disembah: Jika aku pernah mengatakannya maha tentulah Engkau telah mengetahuinya. Demikianlah   Nabi   Isa   menyampaikan   jawapannya   kepada   Allah   SWT   dan   ia mengembalikan   sesuatu   kepada   Allah   SWT.   Dan   Allah   SWT   Maha   Mengetahui terhadap apa yang dikatakannya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan    aku   tidak   mengetahui     apa   yang   ada   pada   diri  Engkau.   Yakni,   Engkau mengetahui apa   yang   aku   sembunyikan   sedangkan   aku   tidak   mengetahui apa yang engkau sembunyikan. Engkau mengetahui rahsiaku dan apa yang terlintas dalam   hatiku   dan   aku   tidak   mengetahui   apa   yang   Engkau   sembunyikan   dari ilmu   ghaib-Mu.   Sesungguhnya   Engkau   Maha   Mengetahui   perkara   yang   ghaib. Hanya Engkau yang tahu terhadap hal-hal yang ghaib. Hanya Engkau yang tahu terhadap apa yang terjadi di tengah-tengah mereka setelah Engkau angkat aku dari   bumi:   'Aku   tidak   pernah   mengatakan   kepada   mereka   kecuali   apa   yang Engkau     kepadaku      (mengatakan)nya       yaitu:   'Sembahlah     Allah,   Tuhanku,     dan Tuhanmu.' Demikianlah kalimat-kalimat yang disampaikan oleh Isa bin Maryam. Dia hanya mengajak        manusia      untuk     hanya     menyembah        Allah    SWT     dan     tidak menyekutukan-Nya:          Dan   aku   menjadi     saksi  terhadap     mereka,     selama    aku berada di antara mereka. Sesungguhnya   Engkau   mengawasi   mereka   saat   aku   tinggal   di   tengah-   tengah mereka      dan   mengajak     mereka     ke  jalan   yang   benar.   Maka    setelah   Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Al-Wafat dalam Kitab Allah mempunyai         tiga   bentuk:    Pertama,      wafat    dalam     pengertian      kematian,

sebagaimana firman Allah SWT:

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya." (QS. az-Zumar: 42) Yakni     ketika    tercabutnya      ajal.   Kedua,     bahawa     wafat     adalah    tidur, sebagaimana firman Allah SWT: "Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari. " (QS. al-An'am: 60) Yakni     yang    menidurkan       kalian.   Ketiga,    wafat     berarti    pengangkatan, sebagaimana firman Allah SWT: "Hai Isa, sesungguhnya Aku yang menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku. " (QS. Ali 'Imran: 55) Demikianlah Isa terbebas dari apa yang mereka katakan dan apa yang mereka nisbatkan   kepadanya.   Isa   mengumumkan   bahawa   dakwahnya   tidak   lebih   dari sekadar   ajakan   untuk   bertauhid   dan   tidak   keluar   dari   kerangka   Islam   yang diakui oleh pengikutnya. Kemudian Isa kembali menyampaikan pembicaraannya dan meminta belas kasihan kepada Allah SWT: Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu. Tidak seorang pun dari makhluk      yang   mempunyai      kekuasaan     di  atas-Mu    dan   tidak   ada   Pencipta selain-Mu.   Maha   Suci   Engkau   dan   tiada   sekutu   bagi-Mu   dalam   kerajaan   dan kekuasaan. Pada akhirnya, mereka adalah hamba-Mu dan seorang hamba tidak memiliki   apa-apa   di   hadapan   tuannya   kecuali   kepatuhan:        Dan   jika   Engkau mengampuni   mereka,   maka   sesungguhnya   Engkaulah   Yang   Maha   Perkasa   lagi Maha Bijaksana.' Isa   tidak   mengatakan   jika   Engkau   mengampuni   mereka,   maka   Engkau   Maha Pengampun   dan   Maha   Pengasih. Jadi, jawapan   Isa   terfokus   pada   penyerahan diri    dan   kepatuhan      serta    tunduk    kepada     kemuliaan      Allah   SWT     dan kebesaran-Nya.   Para   pengikut   Nabi   Isa   adalah   hamba-hamba   Allah   SWT   yang patuh. Jika Allah SWT berkehendak, maka Dia akan menyeksa mereka sesuai dengan seksaan yang layak mereka terima, dan jika Dia berkehendak, maka Dia akan   mengampuni   mereka   kerana   Dia   mengetahui          kerana    mereka   memang layak  untuk  mendapatkan   ampunan. Dengan   penyerahan   yang   mutlak  ini, Isa menyampaikan   jawapan   atas   pertanyaan   Allah   SWT   dan   beliau   berlepas   diri dari apa yang dikatakan oleh kaumnya sepeninggalannya. Isa menyampaikan - pada awal pembicaraannya - bahawa hanya Allah SWT yang patut disembah,

dan pada akhir pembicaraannya Isa menyampaikan penyerahan dirinya kepada Allah   SWT.    Allah  berfirman:    'Ini  adalah  suatu   hari  yang   bermanfaat     bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Allah SWT memuji ketulusan Isa, dan kerana dialog tersebut terjadi pada hari kiamat, Allah SWT berfirman: "Hari ini adalah hari kiamat di mana orang-orang yang benar akan dapat mengambil manfaat dari kebenaran mereka di dunia. Kebenaran      mereka   di  sana   akan   mereka   temukan     balasannya   yang   berupa rahmat di sini. "Bagi mereka syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; mereka   kekal   di   dalamnya   selama-   selamanya;   Allah   redha   terhadap   mereka dan mereka pun redha terhadap-Nya. " Demikianlah   balasan   orang-orang   yang   benar,   syurga.   Dan   ada   balasan   yang lebih baik dari syurga, yaitu kepuasan (redha) seorang hamba terhadap Allah SWT dan keredhaan Allah SWT terhadap hamba. Pengertian kepuasan seorang hamba      adalah   kegembiraannya      terhadap    penyembahan       kepada    Allah  SWT sedangkan      pengertian    keredhaan     Allah   SWT   terhadap     hamba-Nya     adalah rahmat yang diberikan-Nya kepada mereka: Itulah keberuntungan yang paling besar.'    Setelah   itu  Allah   SWT,   memberitahukan       hakikat    Isa  dan   seluruh nabi-Nya: "Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya;      dan   Dia  Maha    Kuasa   atas   segala   sesuatu."   Allah   SWT   adalah Penguasa      satu-satunya    dan   Dia  Pencipta    satu-satunya.     Selain-Nya   adalah hamba. Isa   terus   melangsungkan       dakwahnya     sehingga    kejahatan     dan   keburukan mengetahui       bahawa    singgasana     mereka    terancam     hancur.    Lalu   pasukan keburukan   bergerak   untuk   menangkapnya.   Orang-orang   Yahudi   menyakitinya dan    menuduhnya      dengan    berbagai   macam     tuduhan.    Isa  dikatakan   sebagai penyihir   dan   sebagai   orang   yang   mengubah   syariat   dan   mereka   menisbatkan kekuatannya yang luar biasa kepada kekuatan syaitan. Ketika mereka tidak lagi memiliki   tipu   daya   yang   dapat   melumpuhkan   Nabi   Isa   dan   mereka   melihat orang-orang yang lemah dan orang-orang fakir berkumpul di sekitarnya, maka mereka     mulai   membikin     suatu,   makar.   Mereka    mempengaruhi      orang-orang Romawi. Mula-mula      pemerintahan     Romawi     tidak  turut   campur    kerana    menganggap bahawa       perselisihan-perselisihan       antara     orang-orang      Yahudi     adalah perselisihan   yang   terjadi   demi   memperebutkan   kepentingan   sesama   mereka. Lalu diadakanlah majlis Sanhadurim (yaitu majlis undang-undang tertinggi dari kalangan     Yahudi).   Mereka   berkumpul   untuk   membuat         persekongkolan      demi menyingkirkan Isa. Persekongkolan itu mengambil bentuk yang baru. Ketika orang-orang Yahudi tidak mampu memerangi Nabi Isa, mereka berfikir untuk    membunuhnya.        Mulailah    para  ketua    pendeta    Yahudi    bermusyawarah untuk   membuat   suatu   kesimpulan   tentang   cara   yang   mereka   lakukan   untuk menangkap       Nabi   Isa  yang   tidak  menimbulkan       kegaduhan     di  tengah-tengah masyarakat. Ketika   para   kepala   Yahudi   bermusyawarah,   maka   salah   seorang   dari   murid al-Masih yang dua belas pergi kepada mereka, yaitu Yahuda al- Iskhriyutha. Ia berkata      kepada     mereka,     "Apa   yang    kalian    berikan    jika   aku    berhasil menyerahkannya kepada kalian." "Meja     pengkhianatan       telah    digelar   di   antara    mereka      dan    dimulailah perundingan.   Orang-orang   Yahudi   berusaha   mencari   titik   temu   dan   mereka sepakat   untuk   memberinya   tiga   puluh   lempeng   dari   perak.   Ini   adalah   harga yang biasa mereka lakukan untuk membeli seorang budak sesuai dengan syariat Yahudi." (penjelasan Injil Mata) Selesailah     konspirasi    yang    menetapkan       untuk    menangkap       al-Masih    dan kemudian        membunuhnya.         Dikatakan     bahawa      kepala     pendeta      Yahudi merobek-robek   bajunya   secara   dramatis   di   suatu   pertemuan   agama   dan   ia berteriak, "sungguh Isa telah kafir." Pero bukan baju dalam tradisi orang-orang Yahudi     dilakukan    ketika    mereka     mendengar      atau   melihat    sesuatu    yang mengandung penghinaan terhadap Allah. Para pendeta Yahudi tidak memiliki kekuasaan untuk menetapkan hukum bunuh pada saat itu. Semua itu dilakukan oleh     kekuasaan     penguasa     Romawi.      Tetapi    tampaknya      mereka      berhasil meyakinkan       kekuasaan    Romawi     bahawa     Isa  telah  membuat      rencana    untuk melengserkan   kekuasaan   Romawi   atau   mereka   berhasil  meyakinkan   penguasa Romawi bahawa masalah yang mereka hadapi murni berkaitan dengan tradisi mereka dan keyakinan mereka. Kemudian mereka menyarankan agar penguasa tidak turut campur atas apa yang mereka tetapkan. Demikianlah konspirasi itu telah    ditetapkan     dan   telah   diputuskan     bahawa     Isa  harus   ditangkap     dan kemudian disalib. Empat   Injil  yang   diakui   oleh   kalangan   Masehi   saat   ini   membicarakan   tentang proses   pembunuhan   Isa   di   mana   beliau   disalib   kemudian   beliau   bangkit   dari kematiannya       dan   naik   ke  langit.   Semua    Injil  ini  sepakat    tentang    proses

penyaliban Isa dan kematiannya, sebagaimana mereka sepakat tentang tabiat Isa   yang   mengandung   ketuhanan   yang   bercampur   dengan   tabiatnya   sebagai manusia.   Kami   akan   menyampaikan   keyakinan   orang-orang   Masehi   berkaitan dengan Isa sebagaimana diyakini oleh majoriti kaum Nasrani saat ini, kemudian kami     akan    mengemukakan         keyakinan     Islam    tentang    Isa   sebagaimana diceritakan   oleh   Al-Quran   al-   Karim   dan   disampaikan   oleh   para   ulama   dan disebutkan   dalam   hadis.   Setelah   itu,   kita   akan   membicarakan   hal-hal   yang perlu   dibicarakan   berkaitan   hubungan   antara   kaum   Muslim   dan   kaum   Masehi serta kaitannya dengan akidah mereka. Injil   Mata  mengatakan,      "Isa  ditangkap   dan   majlis   Sanhadirum    memutuskan bahawa ia harus dibunuh. Kemudian para anggota majlis itu dari kepala-kepala para   pendeta   dan   para   tokoh   mereka   menghinanya   dan   mengejeknya   serta berbuat      aniaya    terhadapnya      bahkan     mereka     meludahi     wajahnya      dan menempelengnya.   Sambil   mengejek   mereka   berkata,   "beritahukanlah   wahai al-Masih    siapa   yang   memukulmu."       Setelah   itu  al-Masih    ditangkap    dan   ia ditetapkan untuk dibunuh. Adalah     sudah    menjadi     tradisi   di  kalangan     orang-orang     Romawi     untuk mencambuk orang yang ditetapkan untuk dibunuh sebelum pelaksanaan hukum tersebut.   Oleh   kerana   itu,   para   penguasa   Romawi   menetapkan   agar   al-Masih dicambuk terlebih dahulu. Sedangkan syariat Musa menetapkan agar cambukan itu tidak melebihi empat puluh kali, namun orang-orang Romawi tidak berhenti pada batasan ini bahkan mereka terus mencambuk korban dengan cambukan yang kejam dan terus- menerus sehingga punggung yang bersangkutan hampir saja   patah   dan   nafasnya    nyaris   tinggal  sedikit.  Setelah   itu,  mereka    mulai melaksanakan       hukum    bunuh    kepadanya.     Demikianlah     yang   dilakukan    oleh tentera terhadap penyelamat kita. (Injil Mata 26) Selesailah proses pecambukan, lalu penguasa Romawi menyerahkan Isa kepada tentera   agar   mereka   menyalibnya.   Kemudian   para   tentera   membuat   sesuatu hal   yang   bermaksud     untuk   menghibur.     Mereka    mencabut     pakaian   Isa  yang dilumuri dengan darah yang ada luka di tubuhnya setelah proses pencabukan, lalu mereka memakaikan pakaian merah dengan maksud untuk mengejeknya. Para    raja   biasanya   memakai     pakaian    merah.    Mereka    terus   menghinanya. Mereka     memakaikannya        mahkota     dari   duri   dan   meletakkannya       di  atas kepalanya. (Injil Mata 26) Akhirnya,   mereka   sampai   pada   suatu   tempat   yang   bernama   Jaljatsah,   yaitu suatu    tempat     di  luar  pagar    Ursyilim.   Tradisi  Yahudi    menetapkan      untuk memberi satu gelas khamer yang bercampur dengan minyak wangi bagi orang yang     ditetapkan     untuk    dihukum      mati   sebelum      pelaksanaan      hukum.     Ini dimaksudkan sebagai alat pembius untuk meringankan penderitaannya. Tetapi para   tentera   menentang   tradisi   ini   dan   mereka   memberi   al-Masih   satu   gelas dari cuka yang bercampur dengan sesuatu yang pahit." (Injil Mata 26) Teks   Injil   mata   mengatakan   (cetakan   tahun   1972)   pada   pasal   kedua   puluh tujuh: "Sehingga mereka sampai ke suatu tempat yang bernama Jaljatsah lalu mereka memberinya minuman keras yang bercampur dengan empedu agar ia meminumnya.          Ketika    ia  merasakannya,       ia   enggan     untuk    meminumnya. Kemudian mereka menyalibnya. Kemudian mereka duduk di sana menjaganya dan   meletakkan   di   atas   kepalanya   suatu   tuduhan   yang   tertulis:   Ini      adalah Yasu',    penguasa    Yahudi.    Mereka     benar-benar     menyalibnya      bersama     Yasim. Salah   seorang   dari   keduanya   di   sebelah   kanannya   dan   yang   lain   di   sebelah kirinya. Lalu orang-orang yang lewat di tempat itu mencelanya dan berkata, "wahai yang menghancurkan tempat sembahan dan yang membangunnya pada tiga   hari,   selamatkanlah      dirimu   dan   jika  engkau    adalah    anak   Allah,   maka turunlah dari tempat penyaliban itu." Demikianlah sebahagian riwayat kaum Masehi tentang proses penyaliban serta penafsiran      mereka     berkaitan     dengannya.      Kami     telah   menukilnya      tanpa memperhatikan tentang catatan yang terdapat dalam Injil Mata yang terbaru, yaitu ia merupakan catatan yang paling baik dalam bentuknya yang terkumpul dari   ulama-ulama   mereka   dan   tokoh-tokoh   agama   Masehi   sehingga   ia   lebih mudah      untuk    difahami     dan   lebih   sederhana.     Kami    telah   mengemukakan sebahagiannya kepada Anda dalam halaman-halaman ini. Sementara   itu,   dalam   akidah   Islam   disebutkan   suatu   riwayat   yang   berbeza dengan   riwayat   yang   ada   dalam   Injil-Injil   yang   terdapat   sekarang,   baik   yang berhubungan dengan kehidupan akhir yang dialami oleh Isa mahupun tabiat Isa yang     merupakan      sumber     perselisihan    setelah    pengangkatannya.        Al-Quran al-Karim menceritakan bahawa Allah SWT tidak menghendaki Bani Israil untuk membunuh   Isa   atau   menyalibnya   tetapi   Allah   SWT   menyelamatkannya   dari kekufuran      mereka     lalu  mengangkatnya        di  sisi-Nya.   Mereka     tidak  berhasil membunuhnya   dan   tidak   berhasil   menyalibnya   tetapi   ia   diserupakan   seperti orang-orang di antara mereka. Allah SWT berfirman: "Dan   kerana   ucapan   mereka:   'Sesungguhnya   kami telah membunuh al-   Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah,' padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula   menyalibnya,   tetapi   yang   mereka   bunuh   ialah   orang   yang   diserupakan dengan     Isa  bagi   mereka.    Sesungguhnya      orang-orang     yang    berselisih   faham tentang (pembunuhan) Isa, benar- benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu.   Mereka    tidak   mempunyai       keyakinan    tentang    siapa   yang   dibunuh     itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka      bunuh     itu   adalah    Isa.   Tetapi    (yang    sebenarnya),     Allah    telah mengangkat Isa kepadanya." (QS. an-Nisa': 157-158) Dan Allah SWT juga berfirman: "(Ingatlah),     ketika    Allah   berfirman:      'Hai   Isa,  sesungguhnya       Aku    akan menyampaikan   kamu   pada   akhir   ajalmu   dan   mengangkat   kamu   kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir. " (QS. Ali 'Imran: 55) Para ulama-ulama Islam sepakat atas hal itu dan mereka berselisih pendapat tentang      cara   beragumentasi       terhadap     apa   yang    mereka     yakini   sebagai kebenaran. Sebahagian mereka meyakini nas-nas Al-Quran saja yang menyebut tentang   Isa   al-Masih   dan   mereka   tidak   mendukungnya   atau   memperkuatnya dengan kitab-kitab lain selain Al-Quran. Kedua metode tersebut memiliki titik kekuatan tersendiri. Orang yang berpegangan dengan pendapat yang pertama mengatakan       bahawa     Nabi   melarang    untuk    membahas      kitab-kitab    pegangan kaum   Yahudi   dan   kaum   Nasrani.   Bagi   kaum   itu   agama   mereka   dan   bagi   kita agama kita dan hanya Allah SWT yang akan memutuskan segala perselisihan di antara kita pada hari kiamat. Sedangkan orang-orang yang berpegangan dengan cara yang kedua mengatakan bahawa   larangan   Nabi   tersebut   terjadi   pada   permulaan   masa   Islam   di   mana kaum Muslim sangat dekat dengan masa jahiliah. Nabi memerintahkan mereka agar    tidak   disibukkan    dengan     kitab-kitab   lain   selain  kitab   mereka,     yakni Al-Quran.   Yang   demikian   ini   dimaksudkan   agar   mereka   memiliki   akidah   yang kuat dan keyakinan mereka benar- benar tertanam dalam diri mereka, Tetapi ilmu    dan   pandangan      ilmiah   menetapkan      bahawa     seorang   yang    alim  harus banyak   menggali   kitab-   kitab   kuno   dalam   rangka   mengetahui   kebenaran   dan jika   ia   mendapati   sesuatu   yang   sesuai   dengan   apa   yang   didapatinya   dengan kebenaran,      maka    hatinya   akan    lebih  merasa    tenang    dan   damai.    Berkaitan dengan   kelompok   yang   pertama   yang   merasa   cukup   dengan   Al-Quran,   kita tidak menemukan perincian-perincian yang mendalam berkenaan dengan usaha penangkapan   Isa,   bagaimana   proses   pengangkatannya   ke   langit,   di   mana   Isa diserupakan       dengan     salah    seorang    di   antara    mereka,      bagaimana      dia diserupakan       dengan    salah    seorang    di  antara    mereka.     Allah    SWT    telah

menyerupakannya dengan salah seorang di antara mereka sedangkan Nabi Isa diangkat      ke   langit.   Demikianlah      penjelasan     singkat    mereka,     tidak    ada penambahan lagi. Sedangkan kelompok yang kedua, mereka melontarkan kisah secara    lengkap.    Mereka     mengatakan      bahawa     Allah   SWT   menyerupakan        Isa dengan Yahuda. Yahuda ini adalah Yahuda al- Askhariyutha yang menurut Injil ia   menjualnya      kepada    musuh-musuhnya        dan    menunjukkan      kepada     mereka tentang keberadaannya. Ia adalah seorang muridnya yang terpilih. Demikian ini sesuai   dengan   Injil   Barnabas   di   mana   disebutkan   di   dalamnya:   "Ketika   para tentera mendekat bersama Yahuda di tempat yang di situ terdapat Yasu', maka Yasu'   mendengar   kedatangan   segerombolan   orang   yang   menuju   tempatnya. Oleh   kerana   itu,   ia   segera   pergi   ke   rumah   dalam   keadaan   takut.   Di   dalam rumah itu terdapat sebelas orang yang tidur. Ketika Allah melihat bahaya akan mengancam   hamba-Nya,   maka   Dia   memerintahkan   Jibril,   Mikail,   dan   Rafail (Israfil), serta Idril (Izrail) yang mereka semua adalah para utusan- Nya untuk mengambil   Yasu'   dari   dunia.   Lalu   datanglah   malaikat-malaikat   yang   suci   di mana   mereka   mengambil   Yasu'   dari   pintu   yang   dekat   dengan   arah   selatan. Mereka membawanya dan meletakkannya di langit yang ketiga dengan disertai para   malaikat   yang   selalu   bertasbih   kepada   Allah   selama-lamanya.   Yahuda masuk secara paksa ke kamar yang di situlah Yasu' diangkat ke langit. Saat itu murid-murid sedang tidur semuanya, lalu Allah mendatangkan keajaiban yang luar biasa di mana Yahuda berubah cara berbicaranya dan juga wajahnya. Ia sangat   mirip   sekali   dengan   Yasu'   sehingga   kami   mengiranya   Yasu'.   Adapun   ia (Yahuda) setelah membangunkan kami, ia mencari-cari di mana si guru berada. Oleh   kerana   itu,   kami   merasa   heran   dan   kami   menjawab,   "bukankah   engkau wahai   tuanku   guru   kami,   apakah   sekarang   engkau   telah   melupakan   kami?" Demikianlah kisah yang terdapat dalam Injil Barnabas. Allah SWT berfirman: "Al-Masih     putera    Maryam     itu  hanyalah     seorang    rasul   yang   Sesungguhnya telah   berlalu   sebelumnya   beberapa   rasul,   dan   ibunya   seorang   yang   sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan." (QS. al-Maidah: 75) Para   ulama   berkata,   "Al-Masih   dinamakan   al-Masih   kerana   ia   mengusap   bumi dan membersihkannya serta usahanya untuk menyelamatkan agama dari fitnah di    zaman     itu   kerana    saking    hebatnya     kebohongan       orang-orang      Yahudi kepadanya   dan   bagaimana   usaha   mereka   untuk   menciptakan   dusta   padanya dan   kepada   ibunya   as."   Banyak   ulama   yang   meriwayatkan   tentang   kesucian spirituil   dari   Nabi   Isa.   Abu   Hurairah   meriwayatkan   dari   Nabi   bahawa   beliau menceritakan   tentang   al-Masih   sebagai   berikut:         "Isa   melihat   seorang   lelaki yang mencuri lalu ia berkata: "Wahai si fulan apakah engkau mencuri?" Orang itu berkata: "Tidak, demi Allah aku tidak mencuri," Isa berkata: "Aku beriman kepada      Allah   SWT   dan    penglihatanku      telah   berbohong."     Ini  menunjukkan kesucian rohani Isa di mana ia lebih memilih sumpah orang itu atas apa yang disaksikannya. Ia membayangkan bahawa orang tersebut tidak akan bersumpah dan membawa nama Allah SWT yang Maha Besar lalu ia berdusta sehingga ia menerima penyataannya dan ia kembali kepada dirinya sendiri sambil berkata: "Aku beriman kepada Allah SWT, yakni aku mempercayaimu dan mataku telah berbohong kerana engkau telah bersumpah." Ada riwayat lagi yang mengatakan bahawa suatu hari Nabi Isa berjalan bersama sahabatnya dan mereka melewati bangkai   anjing   yang   busuk   baunya,   lalu   sahabat-sahabat   Isa   sangat   terpukul dan    sangat   menderita     dengan    bau   anjing   itu.  Melihat    sikap  mereka,     Isa berkata: "Lihatlah betapa putih giginya." Isa ingin mengajari manusia bagaimana mereka menghadapi keburukan di mana Nabi    Isa  menekankan       agar   mereka    lebih   melihat    kepada    keindahan     dan kebaikan.     Dakwah     Nabi   Isa  merupakan     puncak    dari  ketinggian    rohani   dan idealisme     yang   mengagumkan       di  mana    Beliau   lebih  menekankan      kebaikan daripada   keburukan.   Rasulullah   berkata:   "Semua   para   nabi   adalah   saudara, agama mereka satu sedangkan mereka dilahirkan dari berbagai macam ibu dan aku adalah manusia yang utama begitu juga Isa bin Maryam di mana tidak ada nabi   setelahku   dan   sesudahnya."   Dalam   berbagai   riwayat   disebutkan   bahawa Nabi Isa akan turun pada akhir zaman. Islam sangat memberikan penghormatan kepada Isa yang sesuai dengan kedudukannya sebagai salah satu nabi ulul azmi yang    besar.   Islam   menamakannya        Rasulullah   dan   Kalimatullah     yang   telah diberikan kepada Maryam. Allah SWT berfirman: "Wahai   ahli   Kitab,   janganlah   kamu   melampaui   batas   dalam   agamamu,   dan janganlah       kamu     mengatakan        terhadap      Allah    kecuali    yang     benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang terjadi    dengan)    kalimat-Nya     yang   disampaikan-Nya       kepada    Maryam,     dan (dengan      tiupan)     roh   dari-Nya.     Maka     berimanlah      kepada     Allah    dan rasul-rasul-Nya       dan    janganlah     kamu     mengatakan:       '(Tuhan    itu)   tiga.' Berhentilah   dari   ucapan   itu.   (Itu)   lebih   baik   bagimu.   Sesungguhnya   Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dari mempunyai anak, segala yang di langit dan     di  bumi     adalah    kepunyaan-Nya.        Cukuplah     Allah    untuk    menjadi Pemelihara. Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat malaikat yang terdekat (kepada Alah). Barang siapa   yang   enggan   dari   menyembah-Nya   dan   menyombongkan   diri,   nanti Allah   akan   mengumpulkan   mereka   semua   kepadanya.   Adapun   orang-orang yang   beriman   dan   berbuat   amal  soleh,   maka  Allah   akan   menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebahagian dari kurnia- Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyeksa       mereka     dengan    seksaan    yang   pedih,    dan   mereka    tidak   akan

memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari Allah. " (QS. an-Nisa': 171- 173) Ibnu   Katsir   berkata   dalam   Qhisasul   Anbiya': Para   pengikut   Nabi Isa   berselisih pendapat setelah Nabi Isa diangkat ke langit. Sebahagian mereka mengatakan, di tengah-tengah kita ada hamba Allah SWT dan rasul-Nya (Ariyus). Sebahagian lagi mengatakan, dia adalah Allah. Yang lain lagi mengatakan, dia adalah anak Allah.   Mereka   berselisih   pendapat   tentang   Injil   yang   menyebutkan   berbagai kebohongan   di   mana   terdapat   di   dalamnya   penambahan,   pengurangan,   dan pergantian.      Al-Quran    al-  Karim   telah   membahas       persoalan    ketuhanan.     Ia menjelaskan   bahawa   Allah   SWT   Maha   Suci   dari   segala   sekutu   dan   anak   dan segala   hal   yang   menyerupai-Nya   serta   segala   bentuk   ingkarnasi,   kejauhan, kedekatan dan pencapaian pandangan mata. Allah SWT berfirman: "Katakanlah:       "Dia-lah   Allah,   Yang    Maha     Esa.'Allah   adalah     Tuhan    yang bergantung   kepadanya   segala   sesuatu.   Dia   tidak   beranak   dan   tiada   pula diperanakkan,   dan   tidak   ada   seorang   pun   yang   setara   dengan   Dia.   "   (QS. al-Ikhlash: 1-4) Dan tentang Isa as Allah berfirman: "Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah,   kemudian   Allah   berfirman   kepadanya:   'Jadilah'   (seorang   manusia), maka jadilah ia." (QS. Ali 'Imran: 59) "Mereka   (orang-orang   kafir)       berkata:    Allah   mempunyai   anak.'   Maha   Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua   tunduk       kepadanya.     Allah   Pencipta   langit   dan   bumi,    dan   bila   Dia berkehendak         (untuk      menciptakan)        sesuatu,     maka      (cukuplah)      Dia mengatakan kepadanya: 'Jadilah', lalu jadilah ia." (QS. al-Baqarah: 116-117) "Orang-orang       Yahudi    berkata:    'Uzair   itu  putera    Allah'   dan   orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih itu putera Allah.' Demikian itulah ucapan mereka dengan      mulut     mereka,      mereka     meniru     perkataan      orang-orang      kafir terdahulu.      Mereka      di  laknat    oleh    Allah;    bagaimana      mereka     sampai berpaling?" (QS. Al-Aubah: 30) Nas tersebut mengisyaratkan akidah orang-orang Mesir dan orang-orang seperti mereka dari umat-umat yang terdahulu di mana akidah mereka terfokus pada keyakinan      penyaliban      Isa,  tentang    tebusan     dan   kebangkitan      Tuhan    yang disembelih       serta    penentangannya         terhadap      para    pengikutnya       setelah kematiannya. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya telah kafilah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya Allah itu   ialah   al-Masih   putera   Maryam.'   Katakanlah:   'Maka   siapakah   (gerangan) yang      dapat     menghalang-halangi          kehendak       Allah,     jika    Dia    hendak membinasakan         al-Masih    putera    Maryam      itu  berserta    ibunya    dan    seluruh orang-orang yang berada di bumi semuanya?' Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang   dihehendaki-Nya.   Dan   Allah   Maha   Kuasa   atas   segala   sesuatu."   (QS. al-Maidah: 17) "Sesungguhnya   kafirlah   orang-orang   yang   mengatakan:   Allah   salah   seorang dari   yang   tiga,'   padahal   sekali-kali   tidak   ada   selain   dari   Tuhan   Yang   Esa." (QS. al-Maidah: 73) Demikianlah Al-Quran al-Karim menyebutkan sikap berbagai aliran yang saling berlawanan         yang     tumbuh      setelah      pengangkatan        al-Masih.     Al-Quran menjelaskan bahawa al-Masih adalah hamba Allah SWT dan seorang rasul yang diutus kepada Bani Israil. Kata hamba dan rasul adalah kata yang sangat jelas ertinya,   adapun   yang   dimaksud   dengan   al-Kalimah   dan   ar-   Roh,   maka   kedua kata   tersebut   perlu   dijelaskan.   Kaum   Muslim   memahami   bahawa   al-Kalimah adalah     petunjuk    Allah   SWT    yang   diberikan-Nya      kepada    Maryam     sedangkan ar-Roh   adalah     menunjukkan   atau   mengisyaratkan   kepada   Roh   Kudus,   yaitu Jibril as. Allah SWT telah menguatkannya atau menguatkan Nabi Isa dengan roh yakni Jibril: "Dan     (ingatlah)    ketika    Aku    dukung     kamu     dengan      Ruhul    Kudus."     (QS. al-Maidah: 110) Setelah mengemukakan keyakinan kaum Masehi tentang karakter Nabi Isa dan akhir   dari   kehidupannya   dan   setelah   menjelaskan   kebenaran   yang   Allah   SWT ceritakan kepada kita tentang karakter tersebut dan akhir dari kehidupan yang dialami   oleh   Nabi   Isa,   kita   ingin   mengetahui   apa   yang   harus   dilakukan   oleh kaum     Muslim    dalam    hubungan     mereka     dengan    orang-orang     Masehi    serta keyakinan mereka. Islam menetapkan atau menyampaikan nas-nas yang jelas yang    mengkhususkan       agama    Masehi   -  di  antara   agama-agama       yang   lain  - dengan      kecintaan.     Al-Qu'ran    mengingkari      ketuhanan     al-Masih;    ia   juga mengingkari penyaliban dan tebusan dosa yang dilakukannya. Namun Al-Quran menegaskan dalam nasnya bahawa agama Nasrani merupakan agama yang lebih dekat kecintaannya kepada Islam. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap      orang-orang      yang    beriman     ialah    orang-    orang    Yahudi    dan orang-orang      musyrik.    Dan   sesungguhnya       kamu    dapati   yang   paling   dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata:      'Sesungguhnya       kami    ini  orang    Nasrani.'    Yang    demikian      itu disebabkan      kerana    di  antara   mereka     itu  (orang-orang     Nasrani)    terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (QS. al-Maidah: 82) Allah SWT memuji para pengikut al-Masih yang berjalan di atas petunjuknya. Allah SWT berfirman: "Dan   Kami   jadikan   dalam   hati   orang-orang   yang   mengikutinya   rasa   santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyah (keadaan tidak menikah   dan   mengurung   diri   di   biara)   padahal   kami   tidak   mewajibkannya kepada   mereka   tetapi   mereka   sendirilah   yang   mengada-adakannya   untuk mencari keredhaan Allah." (QS. al-Hadid: 27) Tidak   terdapat   kontradiksi   dari   dua   sikap   tersebut.   Pengingkaran   Al-   Quran terhadap     ketuhanan     al-Masih   dan   pengakuannya      terhadap     kecintaan    kaum Nasrani     serta   pujiannya     terhadap    orang-orang     yang    mengikuti    Nabi    Isa mengandung makna lebih dari satu: Pertama, bahawa Masehi berdasarkan pada agama   Tauhid   dan     sangat   sulit  bagi  para   pengikutnya   untuk   meninggalkan tauhid,   dan   hanya   Allah    SWT   yang   mengakui   hakikat   apa   yang   terpendam dalam hati; kedua, dalam kalangan orang-orang Nasrani terdapat para pendeta dan    para   rahib  yang   tidak   bersikap   congkak    di  hadapan    Allah  SWT   tetapi mereka sangat patuh dan tunduk kepadanya; ketiga, sebahagian pengikut Nabi Isa memiliki hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan rahmat. Tentu rahmat dan kasih sayang tersebut tidak tumbuh kecuali dari keimanan terhadap hari akhir.   Allah   SWT   telah   menetapkan   perintah-Nya   kepada   kaum   Muslim   agar mereka   memperlakukan   ahlul   kitab   dengan   perlakuan   yang   mulia   dan   baik, sebagaimana   Islam   menjamin   kebebasan   untuk   menentukan   keyakinan   pada setiap manusia. Allah SWT berfirman: "Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka     bumi    seluruhnya.    Maka    apakah    kamu    (hendak)    memaksa     manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?" (QS. Yunus: 99) "Tidak   ada   paksaan   untuk   (memasuki)   agama   (Islam);   Sesungguhnya   telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah." (QS. al- Baqarah: 256) "Katakanlah:      'Hai  ahli  kitab,  marilah    (berpegang)     kepada    suatu   kalimat (ketetapan)   yang   tidak   ada   perselisihan   antara   kami   dan   kamu,   bahawa tidak   kita   sembah   kecuali   Allah   dan   tidak   kita   persekutukan   Dia   dengan sesuatu   pun   dan   tidak   (pula)   sebahagian   kita   menjadikan   sebahagian   yang lain   sebagai   tuhan   selain   Allah.   Jika   mereka   berpaling,   maka   katakanlah kepada      mereka:     'Saksikanlah,    bahawa     kami    adalah    orang-orang     yang menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. Ali 'Imran: 64) Kita     perhatikan     bahawa     ayat-ayat     tersebut     berbicara    tentang     cara memperlakukan        kaum    Masehi    sebagai   individu   sebagaimana      ia  berbicara tentang     bagaimana     kita   memperlakukan       keyakinan     mereka.    Sehubungan dengan   kaum   Masehi   sebagai   individu,   kita   menyaksikan   ayat-ayat   tersebut memerintahkan untuk membalas kecintaan yang mereka perlihatkan di mana nas    tersebut     dengan    tegas    mengatakan      bahawa     mereka     lebih   dekat kecintaannya       kepada    orang-orang     yang   beriman.     Jika   Allah   SWT    yang menegaskan hal tersebut, maka orang-orang Muslim harus membalas kebaikan dan    kecintaan    yang   ditunjukkan    oleh   kaum    Nasrani.   Adapun    sehubungan dengan     keyakinan    mereka,    di  dalam   Al-Quran    terdapat   banyak    ayat   yang melarang      untuk   memaksa      manusia     dalam    bentuk    apa   pun.   Allah   SWT berfirman: "Dan   katakanlah:   'Kebenaran   itu   datang   dari   Tuhanmu.   Maka   barang   siapa yang ingin beriman hendaklah ia beriman, dan barang siapa yang ingin kafir biarlah ia kafir." (QS. al-Kahfi: 29) Yang   demikian   itu,   kerana   keimanan   yang   didahului   dengan   paksaan   adalah bukan keimanan kerana ia berarti mencabut ikhtiar atau kebebasan manusia, padahal     itu   adalah    syarat   dari  keimanan.      Dan   barangkali    inilah   yang menunjukkan kesempurnaan Islam di lihat dari sikapnya yang demikian indah. Kami kira tanpa kita harus memaksakan tafsiran kita kepada ayat-ayat tersebut dan memohon kepada Allah SWT dari kesalahan dan kebodohan bahawa Islam dengan   sikapnya   itu   ingin  menjauhkan   para   pengikutnya   dari   kalangan   awam dari perdebatan   yang   panjang   dan   melelahkan   seputar   keyakinan   orang   lain. Tentu   perdebatan   tersebut   tidak   akan   berhujung   dan   akan   menjadi   seperti debat kusir saja. Namun tugas tersebut hanya di emban oleh para ulama, di mana       mereka      membahas        sebagaimana        mereka      kehendaki       berbagai keyakinan-keyakinan keberagamaan, sedangkan orang-orang awam tidak diberi tanggung   jawab   dalam   hal   itu.   Lagi   pula,   perselisihan   antara   keyakinan   dan aliran- aliran di kalangan Masehi dan kalangan Yahudi jika melibatkan orang- orang awam, maka itu hanya memboroskan waktu dan hanya membuat lelah saja. Islam   akan   kembali   menjadi   asing   dan   akan   kembali   menjadi   asing   seperti pertama kali terbit. Dalam suasana keasingan Islam yang pertama, orang-orang Muslim   berhasil   membangun   suatu   individu   Muslim   yang   kukuh.   Dan   ketika bangunan        tersebut     telah     selesai,    maka      sempurnalah       pembangunan pemerintahan   Islam.   Kita   tidak   mendengar   bahawa   salah   seorang   di   antara mereka   terlibat   dalam   perdebatan   yang   sengit   yang   tidak   berhujung   sekitar keyakinan      orang   lain.  Sesungguhnya      memberi      petunjuk    kepada    orang    lain sehingga orang tersebut mengetahui jalan menuju Allah SWT adalah perbuatan yang   indah, tetapi   hidayah tersebut   didahului   dengan   tekad   seseorang   untuk memberikan   petunjuk   kepada   dirinya   sendiri.   Seandainya   orang-orang   Islam membimbing   mereka   menuju   jalan   Allah   SWT   nescaya   Allah   SWT   memberi petunjuk melalui mereka siapa saja yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya. Al-Quran   menetapkan   dua   mukjizat   kepada   Nabi   Isa   yang   tidak   disebutkan dalam kitab Injil: pertama mukjizat yang berupa pembicaraannya saat ia masih menyusui di buaian. Dan yang kedua mukjizat makanan yang turun dari langit kepada   kaum   Hawariyin.   Sebagaimana   Al-Quran   menetapkan   kemuliaan   yang diperoleh      oleh   Nabi   Isa  saat   ia   diselamatkan      dari  tangan-tangan       jahat orang-orang Yahudi yang ingin menyeksanya atau membunuhnya sehingga Nabi Isa   terselamatkan   dan   dia   diangkat   ke   langit.    Rasulullah    saw   mewasiatkan kepada   sahabatnya   agar   mereka   memperlakukan   orang-orang   Masehi   dengan penuh      kebaikan,     bahkan    beliau    menikahi     Maria    al-Qibthiya.    Ibnu   Jarir meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa seseorang lelaki dari Bani Salim bin Auf yang bernama al-Hasin mempunyai dua orang anak yang masih Kristen, lalu ia masuk   Islam   dan   bertanya   kepada   Rasulullah   saw   bagaimana   seandainya   ia harus memaksa kedua anaknya untuk memeluk Islam sedangkan mereka berdua menolak   agama   lain   selain   agama   Masehi?   Kemudian   Allah   SWT   menurunkan

ayat yang berbunyi: "Tidak ada paksaan dalam memeluk agama (Islam)." (QS. al-Baqarah: 256) Ketika para utusan Najran dari kalangan kaum Masehi datang ke Madinah untuk berunding dengan Nabi, maka beliau memberi mereka setengah dari masjidnya agar mereka dapat melaksanakan solat dengan cara mereka di dalamnya. Pada suatu   hari   Rasulullah   saw   berdiri   untuk   melakukan   solat   kepada   seseorang jenazah lalu dikatakan kepadanya bahawa ia adalah jenazah Yahudi. Kemudian Rasulullah   menjawab:   "Bukankah   ia   adalah   manusia."   Dalam   kesempatan   lain Rasulullah     saw    bersabda:    "Barang    siapa   yang    mengganggu       secara   aniaya seorang Yahudi atau seorang Nasrani, maka aku akan jadi musuhnya pada hari kiamat."     Terkadang      kekuasaan     akan    langgeng     meskipun     disertai   dengan kekufuran tetapi ia tidak akan abadi ketika disertai dengan kelaliman. Para    ulama    Islam   berselisih   pendapat     berkaitan    dengan    keadaan     Nabi   Isa setelah   pengangkatannya.   Mereka   sepakat   bahawa   beliau   tidak  disalib  tetapi Allah   SWT   mengangkatnya   di   sisi-Nya.   Tetapi   ketika   ia   tidak   disalib,   maka bagaimana   keadaannya   setelah   itu:   apakah   ia   masih   hidup,   ataukah   ia   mati seperti    matinya     nabi   yang   lain?  Majoriti    mengatakan      bahawa     Allah   SWT mengangkat   Isa   dengan   fiziknya   dan   rohnya   di   sisi-   Nya.   Mereka   mengambil zahir dari firman-Nya: "Tetapi Allah mengangkatnya di sisi-Nya." (QS. an-Nisa': 158) Juga sebahagian hadis yang mendukung hal tersebut. Sementara itu, kelompok yang   lain   dari   kalangan   mufasirin,   dan   ini   adalah   kelompok   yang   minoriti, mereka mengatakan bahawa Nabi Isa hidup sehingga Allah SWT mematikannya sebagaimana       Dia  mematikan      nabi-nabi-Nya     lalu   Dia  mengangkat      rohnya    di sisi-Nya   sebagaimana   roh   para   nabi   diangkat,   begitu   juga   roh   para   shidiqin (orang-orang yang benar) dan syuhada. Mereka mengambil zahir firman-Nya: "(Ingatlah)     ketika    Allah    berfirman:     'Hai   ha,    sesungguhnya       Aku    akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir." (QS. Ali 'Imran: 55) Kami sendiri lebih memilih pendapat yang pertama kerana ia sangat sesuai sebagai   mukjizat   yang   luar   biasa   -   dengan   kelahiran   Isa   di   mana   kelahiran tersebut     dipenuhi     dengan    mukjizat     yang    luar  biasa,    juga   sesuai   dengan kehidupannya dan kesuciannya. Jadi, kedua-duanya merupakan mukjizat yang luar biasa. NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air   dikebun.   Bila   pemuda   yang   sedang   menyiram   air   itu   melihat   Nabi   Isa   a.s berada     di  hadapannya      maka    dia   pun   berkata,    "Wahai    Nabi   Isa  a.s,  kamu mintalah     dari   Tuhanmu      agar  Dia   memberi     kepadaku     seberat    semut    Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata   pemuda   itu   lagi,   "Wahai   Isa   a.s,   kalau   aku   tidak   terdaya   untuk   satu Jarrah,   maka   kamu   mintalah   untukku   setengah   berat   Jarrah."   Oleh   kerana keinginan   pemuda   itu   untuk   mendapatkan   kecintaannya   kepada   Allah,   maka Nabi   Isa   a.s   pun   berdoa,   "Ya   Tuhanku,   berikanlah   dia   setengah   berat   Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.   Selang   beberapa   lama   Nabi Isa   a.s  datang   lagi   ke   tempat   pemuda   yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut,     dan   berkata    kepada     salah   seorang    yang   berada    di  situ   bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah   Nabi   Isa   a.s   mendengat   penjelasan   orang-orang   itu   maka   beliau   pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi    Isa  a.s  pun   menghampiri       pemuda     itu  dengan     memberi     salam,    tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu    terdapat     kadar    setengah      berat    Jarrah    cintanya     kepada-Ku.      Demi Keagungan   dan   Keluhuran-Ku,   kalau   engkau   memotongnya   dengan   gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.

Pengajaran Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2.   Orang   yang   mengaku    cinta  ikhlas  di  dalam   beramal,   tetapi   dia  ingin mendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. Rasulullah    S.A.W    telah  bersabda,    "Akan   datang   waktunya     umatku    akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima : 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq. 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

 

 

 

0 comments:

Posting Komentar