Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 18 Oktober 2025

KISAH NABI YUSUF A.S

 KISAH NABI YUSUF A.S

 Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi Ya'qub. Ia dengan adiknya yang bernama Benyamin adalah beribukan Rahil, saudara sepupu Nabi  Ya'qub. Ia dikurniakan Allah rupa yang bagus, paras tampan dan tubuh yang tegap   yang menjadikan idaman setiap wanita dan kenangan gadis-gadis remaja. Ia adalah anak yang dimanjakan oleh ayahnya, lebih disayang dan dicintai dibandingkan dengan  saudara- saudaranya yang lain, terutamanya setelah ditinggalkan iaitu wafatnya ibu  kandungnya Rahil semasa ia masih berusia dua belas tahun.

KISAH NABI YUSUF A.S


Perlakuan   yang   diskriminatif   dari   Nabi   Ya'qub   terhadap   anak-anaknya   telah menimbulkan   rasa   iri-hati   dan   dengki   di   antara   saudara-saudara   Yusuf   yang lain, yang merasakan bahawa mereka dianak-tirikan oleh ayahnya yang tidak adil sesama anak, memanjakan Yusuf lebih daripada yang lain.

Rasa   jengkel   mereka   terhadap   kepada   ayahnya   dan   iri-hati   terhadap   Yusuf membangkitkan rasa setia kawan antara saudara-saudara Yusuf, persatuan dan rasa   persaudaraan   yang   akrab   di   antara   mereka.   Kisah   Nabi   Yusuf   terdapat dalam   satu   surah   penuh   yang   juga   bernama   surah Yusuf.   Disebutkan   bahawa sebab turunnya surah Yusuf adalah kerana orang-orang Yahudi meminta kepada Rasulullah   saw   untuk   menceritakan   kepada   mereka   kisah   Nabi   Yusuf.   Kisah Nabi    Yusuf   telah  mengalami     perubahan     pada   sebahagiannya      dan   terdapat penambahan       pada   sebahagiannya.     Lalu   Allah  s.w.t  menurunkan      satu  surah penuh yang secara terperinci menceritakan kisah Nabi Yusuf.

Allah s.w.t berfirman:

"Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an      ini   kepadamu,       dan    sesungguhnya        kamu     sebelum      (kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahuinya. " (QS. Yusuf: 3)

Para   ulama   berbeza   pendapat   dalam   hal   mengapa   kisah   ini   disebut   dengan kisah    yang    terbaik?   Ada    yang   mengatakan      bahawa     kisah    ini  memiliki keistimewaan dibandingkan dengan kisah-kisah Al-Qur'an yang lain dilihat dari sisi   kandungannya   yang   memuat   berbagai   ungkapan   dan   hikmah.   Ada   yang mengatakan kerana Nabi Yusuf mengampuni saudara- saudaranya dan bersikap sabar   atas   tindakan   mereka.   Ada   yang   mengatakan   lagi   bahawa   kerana   di

dalamnya       terdapat    kisah   para   nabi   dan    orang-orang     soleh,   terdapat     juga pelajaran tentang kehormatan diri dan adanya godaan, kehidupan para raja, lelaki dan wanita, tipu daya kaum wanita, di dalamnya juga disebut tentang aspek tauhid dan fiqih, pengungkapan mimpi dan penakwilannya. Di samping itu,   ia   adalah   surah   yang   penuh   dengan   peristiwa-peristiwa   dan   petualangan emosi (perasaan atau cinta). Ada yang mengatakan bahawa ia disebut sebagai kisah yang terbaik kerana semua orang-orang yang disebut di dalamnya pada akhirnya   mendapatkan   kebahagiaan.   Alhasil,   kita   percaya   bahawa   terdapat sebab   penting   di   balik   keistimewaan   kisah   ini.   Kisah   dalam   surah   tersebut bermuara       dari   awal   sampai    akhir   pada    satu   bentuk     di  mana    Anda    akan merasakan       adanya     kekuasaan     Allah    s.w.t   dan   terlaksananya      perintah-Nya meskipun banyak manusia berusaha menentangnya: "Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya. " (QS. Yusuf: 21)

Nabi   Yusuf   mendapatkan   berbagai   ujian   dalam   hidupnya.   Beliau   menghadapi persekongkolan        jahat    yang    justru    datang     dari   orang-orang      yang    dekat dengannya,         yaitu     saudara-saudaranya.          Mereka      merencanakan          untuk membunuhnya.   Rencana   itu   mereka   buat   saat   Yusuf   masih   kecil.   Kemudian Yusuf   dijual   di   pasar   budak   di   Mesir   lalu   ia   dibeli   dengan   harga   yang   sangat murah.   Kemudian   beliau   menghadapi   rayuan   dari   isteri   seorang   lelaki   yang memiliki jabatan penting. Ketika ia menolak rayuannya, ia pun dimasukan ke dalam   penjara.   Dalam   beberapa   waktu,   beliau   menjadi   tahanan   di   penjara. Meskipun   mendapatkan   berbagai   kehinaan   ini,   pada   akhirnya   beliau   mampu menduduki tampuk kepemimpinan di Mesir. Beliau menjadi menteri dari raja yang pertama. Ia memulai dakwahnya di jalan Allah s.w.t dari atas panggung kekuasaan. Ia melaksanakan rencana Allah s.w.t dan menunaikan perintah-Nya. Demikianlah kandungan dari kisahnya.

Kisah   tersebut   seolah-olah   menggambarkan   suatu   adegan   filem   yang   sangat mengagumkan,   episod   demi   episod.   Di   samping   itu,   Anda   akan   dihadapkan pada     satu   bahagian    dari   bahagian-bahagian       peristiwa    yang    membuat      Anda tercengang dan cukup mengganggu daya imaginasi Anda. Itu adalah kisah seni yang sangat mengesankan yang tidak mampu diungkapkan oleh seniman mana pun   dari   kalangan   manusia. 

Kisah Mimpi Nabi Yusuf A.S

 Pada   mulanya   kisah   itu   mengungkap   mimpi   dan pada   akhirnya   menakwilkan   mimpi   ini.   Mimpi   para   nabi   pasti          selalu   berisi kebenaran, di mana Allah s.w.t menyingkapkan di dalamnya berbagai peristiwa yang     belum     pernah     terjadi    sebelumnya.       Pada    awal     kisah,   kita    tidak mengetahui bahawa Yusuf adalah seorang Nabi. Begitu juga konteks Al-Qur'an terkesan      menyembunyikan         nama    ayahnya,     yaitu   Nabi    Yakub    sebagaimana disampaikan       oleh  Nabi   saw.    Jadi,  kita  berhak    untuk    merenungkan      mimpi tersebut   dengan   penuh   kehairanan.   Layar   akal   pertama-tama   menampilkan pemandangan mimpi. Perhatikanlah filem yang dimulai dengan mimpi. Mimpi identik dengan tidur, dan permulaan kisah apa pun yang dimulai dengan tidur tidak    terlepas    dari  rasa   ngantuk.    Tetapi    yang   perlu   diperhatikan     adalah faktor-faktor daya tarik cerita itu sendiri. Al- Qur'an menceritakan bagaimanaNabi Yusuf menyampaikan mimpinya kepada ayahnya:

"(Ingatlah),      Ketika    Yusuf     berkata     kepada      ayahnya:     'Wahai     ayahku, sesungguhnya   aku   bermimpi   melihat   sebelas   bintang,   matahari   dan   bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)

Amatilah      bentuk    tentangan      yang   diwujudkan      oleh    adanya     mimpi    yang membangkitkan   daya   khayal.   Perhatikanlah   potensi   imaginasi   bagaimana   ia menjalankan        aktivitinya.   Sesungguhnya       otak   manusia     merupakan      sumber masalah   di   mana   ia   menciptakan   di   dalamnya   suatu   gambar   dari   sujudnya matahari, bulan dan bintang. Dengan gambaran mukjizat ini yang menentang imaginasi para ahli seni dan filem, kisah Nabi Yusuf dimulai. Atau, dimulailah video   visual   dari   kisah   Nabi   Yusuf   sebagaimana   yang   diceritakan   oleh   Allah s.w.t     dalam     kitab-Nya.     Nabi    Yusuf    melihat     mimpi     dan    ia  sekarang membeberkannya kepada ayahnya:

"Ayahnya      berkata:    'Hai   anakku,    janganlah     kamu    ceritakan    mimpimu      itu kepada       saudara-saudaramu,          maka     mereka       membuat       makar      (untukmembinasakan)mu.   Sesungguhnya   setan   itu   adalah   musuh   yang   nyata   bagi manusia.'" (QS. Yusuf: 5)

Si   ayah   mengingatkannya        agar  jangan    sampai    ia  menceritakannya       kepada saudara-saudaranya.          Sesungguhnya        saudara-saudara       Nabi     Yusuf     tidak mencintainya dan tidak menyukai kedekatannya dengan ayahnya, dan mereka juga tidak simpati dengan perhatian si ayah padanya. Yusuf bukanlah saudara kandung      mereka     di  mana    Nabi    Yakub    menikahi    isteri  kedua    yang    tidak melahirkan      baginya    anak-anaknya      dan   lahirlah   darinya   Yusuf    dan   saudara kandungnya. Yusuf bin Yakub dan Yakub bin Ishak bin Ibrahim. Salasilah suci dalam   kitaran   suci.   Ketika   mendengar   mimpi   anaknya,   Nabi   Yakub   merasa bahawa      anaknya    itu  akan    mengembang       suatu   urusan    besar,   yaitu   kitaran kenabian   yang   berada   di   sekitarnya.   Sebahagian   ulama   berkata:   "Nabi   Yakub merasa bahawa Allah s.w.t memilih Yusuf melalui mimpi ini":

"Dan   demikianlah   Tuhanmu,   memilih   kamu   (untuk   menjadi   nabi)   dan   di ajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari tabir mimpi-mimpi." (QS. Yusuf: 6)

Makna   takwil   adalah   mengetahui   akhir   dari   sesuatu   dan   kemampuan   untuk menyingkap   suatu   kesimpulan,   juga   mengetahui   rahsia   yang   belum   terjadi. Lalu apa yang dimaksud dengan alhadis? Mereka mengatakan bahawa ia adalah mimpi.     Nabi    Yusuf   akan   mampu      mentafsirkan     mimpi    di  mana     melalui simbol-simbolnya yang tersembunyi, ia mampu melihat apa yang akan terjadi di     masa     depan.     Ada     yang    mengatakan        bahawa      alhadis    adalah peristiwa-peristiwa.      Nabi    Yusuf   akan   mengetahui      kesudahan     dari   suatu peristiwa,     baik   dari   permulaannya       dan   akhirannya.     Allah   s.w.t    akan memberikan ilham padanya sehingga ia mengetahui takwil mimpi.

"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. Yusuf: 6)

Pada    akhir   pembicaraannya,      Nabi   Yusuf   mengembalikan      ilmu   dan   hikmah kepada     Allah  s.w.t.  Sebahagian     ulama   ada   yang  mengatakan      bahawa    ayat tersebut   bukan   termasuk   bahagian   dari   dialog   Nabi   Yakub   bersama   anaknya Yusuf, namun ia merupakan pujian dari Allah s.w.t terhadap Yusuf. Perkataan tersebut   dimasukan   dalam   rangkaian   kisah   sejak   permulaannya,   padahal   ia bukan bahagian darinya. Jadi, sejak semula Nabi Yusuf dan Nabi Yakub tidak mengetahui   takwil   dari   mimpinya.   Kami   memilih   pendapat   ini   (pendapat   ini dikemukakan       oleh  al-Qurthubi    dalam   tafsirnya:   Al-Jami'  li  Ahkamil   Qur'an. Kalau    begitu,   kita  memahami      dialog   dalam  bentuk    pemahaman      yang   lain.

Sesungguhnya Allah s.w.t menceritakan di sini bagaimana Dia memilih Yusuf. Ini bererti proses kenabian Yusuf, dan bukan mengajarinya untuk menakwilkan mimpi   serta   memberitahunya   tentang   hakikat   simbol-simbol   yang   ada   dalam kehidupan   atau   dalam   mimpi,   selain   mukjizat-mukjizatnya   sebagai   seorang nabi.   Dan   Allah   s.w.t   Maha   Mengetahui   kepada   siapa   agamanya   diserahkan. Nabi Yakub   mendengarkan   mimpi   anaknya   dan   mengingatkannya   agar   jangan menceritakannnya   kepada   saudara-   saudaranya.   Yusuf   memenuhi   permintaan ayahnya. Ia tidak menceritakan pada saudara-saudaranya apa yang dilihatnya.

Kisah rencana saudara nabi yusuf untuk membunuhnya

Yusuf berprasangka bahawa Saudaranya  membencinya sampai pada batas di mana sulit   baginya     untuk   merasa     nyaman     bersama     mereka,     dan    kemudian menceritakan         kepada      mereka      rahsia-rahsianya      yang     khusus      dan mimpi-mimpinya.   Tersembunyilah   penampilan   Nabi   Yakub   dan   anaknya,   lalu layar filem menampilkan kejadian lain, yaitu saudara-saudara Nabi Yusuf yang membuat persengkokolan:

"Sesungguhnya        ada   beberapa     tanda-tanda      kekuasaan     Allah   pada    (kisah) Yusuf     dan   saudara-saudaranya        bagi   orang-orang     yang    bertanya.    (Yaitu) ketika     mereka     berkata:    Sesungguhnya        Yusuf   dan    saudara    kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita daripada kita sendiri, padahal kita (ini)   adalah   satu   golongan   (yang   kuat).   Sesungguhnya   ayah   kita   ada   dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia he suatu (daerah yang   tidak   di   kenal)   supaya   perhatian   ayahmu   tertumpah   kepadamu   saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik. Seorang di antara mereka berkata: 'Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dalam telaga, supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat. " (QS. Yusuf: 7-10)

Di   dalam   lembaran-lembaran   perjanjian   lama   disebutkan   bahawa   Nabi   Yusuf menceritakan   mimpinya   kepada   saudara-saudaranya.   Tidak   terdapat   isyarat Al-Qur'an     yang   menunjukkan       hal   itu.  Kalau    memang      demikian,    nescaya saudara-saudaranya   akan   menceritakan   hal   itu   dan   kedengkian   mereka   akan semakin     bertambah      sehingga   mereka     segera   membunuhnya.        Yusuf   percaya dengan      pesan    ayahnya      dan   ia   tidak    menceritakan      mimpinya      kepada saudara-saudaranya.           Meskipun       demikian,       saudara-saudaranya         tetap merencanakan        konspirasi    dan   niat  jahat   padanya.     Salah   seorang    mereka berkata:   "Mengapa   ayah   kita   lebih   mencintai   Yusuf   daripada   kita?"   Saudara yang    kedua    berkata:    "Barangkali    kerana    ketampanannya."       Saudara    ketiga berkata:     'Yusuf   dan   saudaranya     kedua-duanya       mendapat     tempat     di  hati ayahnya."   Saudara   yang   pertama   berkata:   "Sungguh   ayah   kita   telah   sesat." Salah    seorang    mereka    mengusulkan      sebuah    solusi:  "Kalau   begitu   bunuhlah Yusuf."   "Mengapa   kita   membunuhnya?   lebih   baik   kita   membuangnya   di   bumi yang jauh. Mengapa kita tidak membunuhnya, lalu kita merasa tenang." Salah seorang di antara mereka berkata: "Mengapa ia harus dibunuh? Apakah kalian ingin   menghindar      darinya?   Kalau   begitu,   lebih   baik  kita   membuangnya       ke dalam telaga yang di situ menjadi tempat lewatnya para kafilah. Maka kafilah itu   akan   mengambilnya   dan   membawanya   ke   tempat   yang   jauh   sehingga   ia jauh dari wajah ayahnya. Dengan   jauhnya   Yusuf,   maka   tujuan   kita   tercapai. Kemudian   setelah   itu,   kita   bertaubat   dari   kejahatan   kita   dan   kita   kembali menjadi orang-orang yang baik."

Dialog tersebut terus berlanjut setelah timbul ide untuk memasukan Yusuf ke telaga.   Namun   mereka   tetap   kembali   pada   ide-ide   itu   kerana   ia   dianggap sebagai   ide   yang   paling   aman.   Ide   untuk   membunuh   diurungkan.   Kemudian timbullah ide untuk menjauhkan dan membuang Yusuf. Itu dianggap ide yang paling   cemerlang.   Dari   sini   kita   memahami   bahawa   saudara-saudara   Yusuf meskipun   kejahatan   mereka   dan   kedengkian   mereka   sangat   kental,   namun dalam     had   mereka     masih    tersisa  titik-titik  kebaikan.    Akhirnya,     ide  untuk membuangnya          ke   telaga    diputuskan.      Kemudian      mereka     sepakat     untuk melaksanakan rencana itu:

"Mereka berkata: 'Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini   kebaikan   baginya.   Biarkan   dia   pergi   bersama   kami   esok   pagi, agar     ia   (dapat)     bersenang-senang          dan    (dapat)     bermain-main,        dan sesungguhnya         kami    pasti   menjaganya.'       Berkata     Yakub:     'Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkankanku dan aku khawatir kalau-kalau      dia   dimakan     serigala,   sedang    kamu     lengah    darinya.    Mereka berkata: 'Jika ia benar- benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat),   sesungguhnya   kami   kalau   demikian   adalah   orang-orang   yang   rugi.'" (QS. Yusuf: 11-14)

Terjadilah dialog antara mereka dan ayahnya dengan penuh kelembutan dan dendam   yang   tersembunyi.   Mengapa   engkau   tidak   merasa   aman   ketika   kami pergi dengan Yusuf? Apakah Yusuf dapat menjadi saudara kandung kami, lalu mengapa   engkau   khawatir   kepada   kami          jika   kami   membawanya.   Bukankah kami     mencintainya      dan    nanti   akan    menjaganya.       Mengapa     engkau     tidakmembiarkannya         pergi    bersama     kami    besok    untuk    bersenang-senang        dan bermain.   Bukankah   ketika   ia   pergi   dan   main-main,   itu   dapat   menghiburnya? Lihatlah     wajahnya      tampak     pucat    kerana     ia  sering    berdiam     di  rumah, seharusnya   ia   harus   bermain   agar   tampak   ceria.   Masalahnya   adalah,   Yakub khawatir terhadap serigala-serigala gurun. Apakah yang dimaksud Yakub adalah serigala-serigala     yang   ada   dalam    diri  mereka     atau   serigala-serigala    hakiki, yaitu binatang yang buas? Tidak ada seorang pun yang mengetahuinya. Mereka membujuk   ayahnya   agar   mengizinkan   Yusuf   pergi   dengan   mereka.   Akhirnya, mereka berhasil meyakinkan ayahnya yang sangat khawatir kalau-kalau Yusuf dimakan   oleh   serigala.   Apakah   ini   masuk   akal?   Kami   sepuluh   orang   laki-laki, maka   mana   mungkin   kami   yang   banyak   ini   lalai   darinya?   Sungguh   kami   akan kehilangan sifat kejantanan kami seandainya terjadi peristiwa itu. Kami jamin bahawa   tidak   ada   seekor   serigala   pun   yang   akan   memakannya.   Kerana   itu, tidak    ada    yang    perlu   dikhuatirkan.     Si   ayah   berdiri    di  bawah     tekanan anak-anaknya. Mereka pun berhasil menemani Yusuf pada hari berikutnya dan pergi    dengannya     ke   gurun.   Mereka    menuju     tempat    yang   jauh   yang    belum pernah mereka berjalan sejauh itu. Mereka mencari telaga yang di situ sering dilewati oleh para kafilah dan mereka berencana untuk memasukan Yusuf ke dalam   telaga   itu.   Allah   s.w.t   mengilhamkan   kepada   Yusuf   bahawa   ia   akan selamat, maka ia tidak perlu takut. Allah s.w.t menjamin bahawa Yusuf akanbertemu dengan mereka pada suatu hari dan akan memberitahu mereka apa yang mereka lakukan kepadanya.

Selesailah     satu   adegan     dan   akan    dimulai    adegan    yang    lain.  Kita   bisa membayangkan   bahawa   Yusuf   sempat   melakukan   perlawanan   kepada   mereka namun      mereka     memukulinya      dan    mereka    memerintahnya        untuk   melepas bajunya,      lalu  mereka     menceburkannya        ke  dalam     telaga   dalam    keadaan telanjang.     Kemudian     Allah   s.w.t   mewahyukan       kepadanya     bahawa    ia  akan selamat dan kerananya ia tidak perlu takut. Di dalam telaga itu terdapat air, namun tubuh Nabi Yusuf tidak terkena hal yang membahayakan. Ia sendirian duduk di telaga itu, kemudian ia bergantungan dengan batu:

"Kemudian       mereka      datang    kepada     ayah    mereka     di   sore   hari   sambil menangis.       Mereka    datang    membawa        baju   gamisnya     (yang    berlumuran) dengan   darah   palsu.      Yakub   berkata:     'Sebenarnya   dirimu   sendirilah   yang memandang   baik   perbuatan   (yang   buruk)   itu;   maka   kesabaran   yang   baik itulah    (kesabaranku).      Dan    Allah  sajalah    yang   dimohon      pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan.'" (QS. Yusuf: 16- 18)

Peristiwa ini terjadi di malam yang gelap. Tetapi kegelapan itu segera dipecah oleh tangisan sepuluh orang lelaki. Sementara itu, si ayah duduk di rumahnya lalu   anak-anaknya      masuk     menemuinya       di  tengah-tengah      malam    di   mana kegelapan malam menyembunyikan kegelapan had dan kegelapan kebohongan yang    siap   ditampakkan.     Nabi   Yakub    bertanya:    "Mengapa     kalian   menangis? Apakah   terjadi   sesuatu   pada   kambing?   Mereka   berkata   sambil   meningkatkan tangisannya:

"Wahai     ayah    kami,   sesungguhnya       kami   pergi   berlumba-lumba        dan   kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala; dan kamu   sekali-kali   tidak   akan   pernah   percaya   kami,   walaupun   kami   adalah orang-orang yang benar. " (QS. Yusuf: 17)

"Setelah   kembalinya   kita   dari   adu   lari,   kita   dikejutkan   ketika   melihat   Yusuf telah berada di perut serigala. Kita tidak menemukan Yusuf. Mungkin engkau tidak percaya kepada kami meskipun kami jujur, tetapi kami menceritakan apa yang   sesungguhnya   terjadi.   Kita   tidak   berbohong   kepadamu.   Sungguh   Yusuf telah   dimakan   oleh   serigala.   Inilah   pakaian   Yusuf.   Kita   menemukan   pakaian Yusuf berlumuran darah sedangkan Yusuf tidak kita temukan:"Mereka  datang membawa baju  gamisnya (yang   berlumuran) dengan   darah palsu. " (QS. Yusuf: 18)

Mereka     menyembelih      kambing     atau   rusa  lalu  melumurkan      darah   palsu   ke pakaian Yusuf. Mereka lupa untuk merobek-robek pakaian Yusuf. Mereka malah membawa  pakaian    sebagaimana       biasanya     (masih    utuh)    tetapi    hanya berlumuran darah. Mereka melemparkan pakaian Yusuf di depan ayahnya yang saat    itu  sedang   duduk.    Nabi   Yakub    memegang      pakaian    anaknya.    Lalu   ia mengangkat       pakaian    itu   dan   memperhatikannya        di   bawah    cahaya     yang terdapat dalam kamar. Ia membalik-balikkan baju itu di tangannya namun ia mendapatinya   masih   utuh   dan   tidak   ada   tanda-   tanda   cakaran   atau   robek. Serigala   apa   yang   makan   Yusuf?   Apakah   ia   memakannya   dari   dalam   pakaian tanpa merobek pakaiannya? Seandainya Yusuf mengenakan pakaiannya lalu ia dimakan   oleh   serigala,   nescaya   pakaian   tersebut   akan   robek.   Seandainya   ia telah    melepas    bajunya     untuk   bermain     dengan    saudara-saudaranya,       maka bagaimana pakaian tersebut dilumuri dengan darah sementara saat itu ia tidak menggunakan pakaian? Melalui bukti-bukti itu, Nabi Yakub mengetahui bahawa mereka   berbohong.   Yusuf   tidak   dimakan   oleh   serigala.   Si   ayah   mengetahui bahwa mereka berbohong. Ia mengungkapkan hal ini dalam perkataannya:

"Yakub      berkata:    'Sebenarnya      dirimu    sendirilah    yang   memandang  baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan   Allah   sajalah   yang   dimohon   pertolongan-Nya   terhadap   apa yang kamu ceritakan.'" (QS. Yusuf: 18)

Demikianlah   perilaku   nabi   yang   bijaksana.   Ia   meminta   agar   diberi   kesabaran dan memohon pertolongan kepada Allah s.w.t atas apa yang mereka lakukan terhadap     anaknya.

Kisah Selamatnya nabi Yusuf A.S dari dalam sumur

terdapat    kafilah   yang   berjalan   menuju    ke Mesir, yaitu satu kafilah besar yang berjalan cukup jauh sehingga dinamakan sayyarah.     Semua     kafilah   itu  menuju  ke   telaga.   Mereka    berhenti    untuk menambah  air.   Mereka  menghulurkan timba ke telaga.    Lalu  Yusuf bergelantungan       dengannya.     Orang    yang   menghulurkannya       mengira    bahawa timbanya telah penuh dengan air lalu ia menariknya. Tiba-tiba, "Oh ini anak kecil." Di zaman itu ditentukan bahawa siapa yang menemukan sesuatu yang hilang, maka ia akan memilikinya. Demikianlah undang-undang yang ditetapkan saat   itu.   Mula-   mula   orang   yang   menemukannya   gembira   tetapi   ia   berfikir tentang tanggung jawab yang harus dipikulnya, dan kemudian timbullah rasa khawatir   dalam   dirinya.   Kemudian   untuk   menghindar   darinya   ia   menetapkan untuk menjualnya saat ia tiba di Mesir. Akhirnya, ketika ia sampai di Mesir I segera menjualnya di pasar budak dengan harga yang sangat murah di mana ia dibeli oleh seorang lelaki yang mempunyai kepentingan dengannya:

"Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang   pengambil  air,   maka   dia   menurunkan   timbanya,   dia   berkata:   'Oh; khabar       gembira,       ini    seorang      anak      muda!'      Kemudian        mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah,      yaitu  beberapa     dirham     saja,  dan   mereka     tidak   tertarik   hatinya kepada Yusuf. Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: 'Berikanlah      kepadanya      tempat    (dan    layanan)    yang   baik,   boleh    jadi   ia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak.' Dan demikianlah Kami berikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir) dan agar   Kami   ajarkan   kepadanya   ta'bir   mimpi.   Dan   Allah   berkuasa   terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. " (QS. Yusuf: 19-21)

Perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t mengungkap kandungan cerita yang jauh pada     permulaannya:       "Dan    Allah   berkuasa     terhadap     urusan-Nya,      tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. "

Yusuf benar-benar diuji dengan ujian yang berat. Ia dimasukkan dalam telaga, ia   dihinakan,   ia   dijauhkan   dari   ayahnya,   ia   diambil   dari   telaga   lalu   menjadi budak yang dijual di pasar, ia dibeli oleh seorang lelaki dari Mesir lalu menjadi seseorang   yang   dimiliki   oleh   lelaki   itu.   Demikianlah   cerita   demi   cerita   telah dialaminya.      Yusuf   tampak     tidak   memiliki    daya    dan   upaya.    Demikianlah prasangka      manusia     mana    pun    tetapi   hakikat    selalu   berlawanan     dengan prasangka.      Yang   dapat   kita   bayangkan     adalah   bahawa     itu  adalah    sebuah tragedi,   ujian,   dan   fitnah.   Allah   s.w.t   pasti   memenangkan   urusan-Nya.   Dia akan     memuluskan       langkah-Nya      meskipun      banyak    orang    yang    berusaha menghentikannya.   Allah   s.w.t    akan    mewujudkan        janji-Nya    dan     akan menggagalkan       kejahatan     orang   lain.  Allah  s.w.t   telah  menjanjikan      kepada Yusuf bahawa ia akan dijadikan Nabi.

Yusuf mendapatkan tempat di hati seseorang yang membelinya, yaitu seorang bangsawan yang berkata kepada isterinya: "Hormatilah ia, kerana barangkali ia bermanfaat bagi kita atau kita dapat menjadikannya sebagai anak." Lelaki ini bukanlah     orang    sembarangan      tetapi  ia  seorang    yang   penting.   Ia  termasuk seseorang   yang   berasal   dari   pemerintah   yang   berkuasa   di   Mesir.   Kita   akan mengetahui bahawa ia adalah seorang menteri di antara menteri-menteri raja.

Seorang     menteri    yang    penting   yang    Al-Qur'an   menyebutnya       dengan     istilah al-Aziz. Orang-orang Mesir kuno terbiasa untuk menyebutkan sifat seperti nama atau     identik    dengan     nama     terhadap     para    menteri.     Misalnya,     mereka mengatakan:   Ini   adalah   al-Aziz   (orang   yang   mulia),   ini   adalah   al-'Adil   (orang yang    adil),  ini  adalah   al-Qawi    (orang    yang   kuat),   dan   seterusnya.    Alhasil, pendapat yang paling kuat adalah, bahawa al-Aziz ini kepala menteri di Mesir.

Demikianlah Allah s.w.t menguatkan Yusuf di muka bumi. Ia terdidik di masa kecil di rumah seorang lelaki yang berkuasa dan Allah s.w.t akan mengajarinya takwil     mimpi.    Dan    pada    suatu   hari,   raja   akan    membutuhkannya  untuk menduduki jabatan di Mesir. Allah s.w.t akan memenangkan urusan-Nya tetapi kebanyakan       manusia    tidak   mengetahui.      Semua    itu  terwujud     melalui   suatu ujian   berat   yang   dialami   oleh   Yusuf.   Nabi   Yusuf   adalah   orang   yang   paling tampan di masanya, di mana wajahnya mengundang decak kagum orang yang melihatnya. Sikapnya yang sopan dan penuh dengan keanggunan moral semakin menambah ketampanannya.

Kisah Cinta Zulaikha kepada nabi Yusuf  A.S

Hari demi hari berlalu. Yusuf pun semakin tumbuh besar:

"Dan   tatkala   dia  cukup   dewasa   Kami   berikan   kepadanya   hikmah   dan   ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik." (QS. Yusuf: 22)

Yusuf   diberi   kemampuan   untuk   mengendalikan   suatu   masalah   dan   ia   diberi pengetahuan       tentang    kehidupan     dan   peristiwa-peristiwanya.       Ia  juga   diberi metode   dialog   yang   dapat   menarik   simpati   orang   yang   mendengarnya.   Yusuf diberi kemuliaan sehingga ia menjadi peribadi yang agung dan tak tertandingi. Tuannya      mengetahui      bahawa    Allah   s.w.t   memuliakannya       dengan    mengirim Yusuf   padanya.   Ia   mengetahui   bahawa   Yusuf   memiliki   kejujuran,   kemuliaan, dan istiqamah (keteguhan) lebih dari siapa pun yang pernah ditemuinya dalam kehidupan.

Sementara itu, isteri al-Aziz selalu mengawasi Yusuf. Ia duduk di sampingnya dan   berbincang-bincang   bersamanya.   Ia   mengamati   kejernihan   mata   Yusuf. Lalu ia bertanya kepadanya dan mendengarkan jawapan dari Yusuf. Akhirnya, kekagumannya        semakin     bertambah      pada   Yusuf.   Al-Qur'an    melukiskan     kisah terakhir   dari   perjalanan   cinta   ini   di   mana   si   wanita   itu   mulai   menggunakan siasat dan taktik untuk memperdaya Yusuf:

"Dan   wanita   (Zulaikha)   yang   Yusuf   tinggal   di     rumahnya   menggoda   Yusuf untuk   menundukkan         dirinya   (kepadanya)      dan   dia   menutup      pintu-pintu seraya   berkata:   'Marilah   ke   sini.'   Yusuf   berkata:   'Aku   berlindung   kepada Allah,     sungguh       tuanku      telah    memperlakukan   aku     dengan      baik.' Sesungguhnya orang-orang yang lalim tiada beruntung. Sesungguhnya wanita itu   telah   bermaksud   (melakukan   perbuatan   itu)   dengan   Yusuf,   dan   Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda     (dari)   Tuhannya.      Demikianlah,       agar   Kami    memalingkan        darinya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. " (QS. Yusuf: 23-24)

Al-Qur'an    tidak   menyebut      sedikit  pun   tentang    berapa    usia  wanita    itu  dan berapa usia Yusuf. Kita dapat mengamati hal itu hanya dengan perkiraan. Ia menghadirkan   Yusuf   saat   beliau   masih   kecil   dari   telaga.   Dia   adalah   seorang isteri yang misalnya berusia dua puluh tiga sementara Yusuf berusia dua belas tahun. Setelah tiga belas tahun, ia berusia tiga puluh enam sementara Yusuf berusia dua puluh lima. Apakah peristiwa itu memang terjadi di usia ini? Boleh jadi memang demikian. Tindakan wanita itu dalam peristiwa itu dan peristiwa sesudahnya   menunjukkan   bahawa   ia   wanita   yang   sudah   matang   dan   cukup berani.    Peristiwa    ini  yang   diungkapkan     oleh   Al-Quran    al-Karim    merupakan puncak      dari  peristiwa-peristiwa      yang   lalu   yang   sangat    mengganggu      daya imaginasi kita.

Sungguh      isteri  al-Aziz  sangat   mencintai     Yusuf.   Ia  merayunya     dengan     cara terang-terangan       lalu   ia  menutup      pintu-pintu    sambil    berkata:    "Hai  Yusuf kemarilah kau ke sini. Kali ini engkau tidak akan dapat lari dariku." Ini bererti bahawa      terdapat    peristiwa    sebelumnya      di  mana    Yusuf   dapat    menghindar darinya. Peristiwa sebelumnya tidak disampaikan dengan cara terang-terangan seperti ini. Yusuf telah terdidik di istana seorang menteri besar di Mesir. Anda bisa membayangkan bagaimana Yusuf tinggal di lingkungan yang mewah yang dikelilingi   dengan   wanita-wanita   cantik.   Yusuf   adalah   seorang   pemuda   yang dibeli    oleh  suaminya     dan   menjadi     budaknya.     Ia  memanggilnya      di  tempat tidurnya      dan    memerintahkannya         untuk     menghadirkan       gelas    minuman, misalnya.     Atau   tampak     padanya    bajunya    yang   tipis  atau   ia  menampakkan padanya kecantikannya atau ia merayunya dengan rayuan yang biasa dilakukan oleh kaum wanita terhadap kaum lelaki.

Bayangkanlah semua ini di mana mereka berdua selama beberapa tahun tinggal di   satu   rumah    dan   di  bawah    satu   atap.   Wanita    itu  menggoda     Yusuf   dan merayunya, sementara Yusuf masih bertahan dengan ketakwaannya. Wanita itu                                                                                    terbelenggu   dengan   hawa   nafsunya.   Kemudian   datanglah   hari   yang   terakhir. Wanita itu bosan dengan sikap tidak peduli ini dan sikap pura-pura tidak tahu ini.   Ia   menentukan   untuk   mengubah   rencananya.   Ia   tidak   lagi   menggunakan bahasa   isyarat   dia   lebih   memilih   bahasa   terang-terangan.   Ia   menutup   semua pintu   dan   menyobek   cadar   rasa   malu   dan   ia   menjelaskan   cintanya   kepada Yusuf.

Barangkali   ia   berkata   kepada   Yusuf: 'Yusuf, alangkah   tampan   wajahmu."  Dan  barangkali     Yusuf    akan   berkata    demikian:     "Tuhanku     menggambarkan        aku  sebelum aku diciptakan." Wanita itu berkata sambil mendekati Yusuf: "Yusuf, alangkah halusnya rambutmu." Yusuf berkata: "Ia adalah sesuatu yang pertama kali   hancur    dariku   saat  aku   berada    dalam   kuburan."    Wanita    itu  berkata: "Alangkah     jernih   kedua    matamu."     Yusuf    berkata:    "Dengan    keduanya     aku  melihat apa yang diciptakan oleh Tuhanku." Wanita itu berkata: "Bukankah aku adalah sesuatu yang diciptakan oleh Tuhanmu? Angkatlah pandangan matamu dan lihatlah wajahku." Yusuf berkata: "Aku takut pada hari kiamat." Wanita itu berkata: "Aku mendekat padamu tetapi engkau malah menjauh dariku." Yusuf berkata: "Aku ingin mendekat pada Tuhanku." Wanita itu berkata: "Aku telah dikuasai oleh perasaan cinta padamu. Aku menjadi bahagian dari udara yang aku hirup dan yang aku bernafas darinya. Engkau tidak akan lari dariku." Yusuf mengetahui   bahawa   ia   mengajaknya   untuk   mendekati,   lalu   beliau   berkata: "Aku   berlindung   kepada   Allah   s.w.t.   Aku   meminta   ampun   kepada   Allah   s.w.t  Yang Maha Agung. Tuhan Pencipta alam semesta telah memuliakan aku dengan rumah      ini,   dan    pemilik     rumah     ini   telah    memuliakan       aku    dengan kepercayaannya. Maka siapakah yang aku khianati? Dan keselamatan apa yang aku    harapkan    bagi   diriku   jika  aku   memang     melakukan      apa  yang    engkau inginkan."   Allah   s.w.t   berfirman:   "Sesungguhnya   wanita   itu   telah   bermaksud (melakukan   perbuatan   itu)   dengan   Yusuf,   dan   Yusuf   bermaksud   (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda (dan) Tuhannya."Para ahli tafsir sepakat tentang keinginan wanita itu untuk melakukan maksiat, sedangkan   mereka   berselisih   pendapat   tentang   hasrat   yang   ada   pada   Nabi Yusuf.   Ada   yang   mengatakan      bahawa   wanita   itu    memang   ingin   melakukan maksiat   dengannya   dan   Yusuf   pun   memiliki   perasaan   yang   sama,   namun   ia tidak   sampai   melakukannya.   Ada   yang   mengatakan   lagi   bahawa   wanita   itu berhasrat   untuk   menciumnya   dan   Yusuf   berhasrat   untuk   memukulinya.   Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa hasrat ini memang terdapat di antara mereka   sebelum   terjadinya   peristiwa   ini.   Ia   merupakan   gerakan   jiwa   yang terdapat dalam diri Yusuf saat beliau memasuki alam remaja kemudian Allah s.w.t     memalingkannya         darinya.    Dan     sebaik-baik     tafsir    yang    cukup menenangkan   saya   bahawa   di   sana   terdapat   pendahuluan   dan   pengakhiran dalam ayat tersebut.

Abu Hatim berkata: "Aku membaca bahagian yang unik dari Al-Qur'an pada Abu Ubaidah   dan   ketika   aku   sampai   pada   firman-Nya":   "Sesungguhnya   wanita   itu telah    bermaksud      (melakukan      perbuatan     itu)   dengan    Yusuf,    dan    Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu," Abu Ubaidah berkata: "Ini berdasarkan pendahuluan dan pengakhiran. Dengan pengertian      bahawa     wanita    itu  benar-benar     cenderung      pada   Yusuf,    dan seandainya Yusuf tidak melihat tanda kebenaran dari Tuhannya nescaya ia pun akan cenderung padanya. Saya kira tafsir ini sesuai dengan kemaksuman para nabi sebagaimana ia juga sesuai dengan konteks ayat yang datang sesudahnya": "Demikianlah,      agar  Kami    memalingkan      darinya   kemungkaran      dan   kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih."

Ayat   tersebut   menetapkan   bahawa   Nabi   Yusuf   termasuk   hamba-hamba   Allah s.w.t   yang   ikhlas,   pada   saat   yang   sama   menetapkan   juga   kebebasannya   dari pengaruh      kekuasaan     setan.   Allah   s.w.t   berkata    kepada     Iblis  pada   hari penciptaan:

"Sesungguhnya        hamba-hamba-Ku         tidak   ada   kekuasaan     bagimu     terhadap

mereka, kecuali orang-orang yang mengikuti kamu, yaitu orang-arang yang sesat. " (QS. al-Hijr: 42)

Selama Yusuf termasuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas, maka ia akan tersucikan dari    berbagai    dosa.   Ini  tidak  bererti   bahawa     Yusuf   sunyi   dari  perasaan kejantanan   dan   ini   juga   tidak   bererti   bahawa   Yusuf   berada   dalam   kesucian para malaikat di mana mereka tidak terpengaruh dengan daya tarik materialis (bendawi). Namun   ini   bererti bahawa   beliau   menghadapi godaan   yang   cukup lama    dan   beliau   mampu   untuk   melawannya,        dan   jiwanya   tidak   cenderung padanya. Kemudian beliau dibimbing dan ditenangkan oleh ketakwaannya yang mampu   melihat   tanda-tanda   kebenaran   dari   Tuhannya.   Apalagi   Yusuf   adalah putera Yakub, seorang Nabi, putera Ibrahim, kakek para Nabi dan kekasih Allah s.w.t.

Terjadilah     perkembangan       pergelutan    antara   mereka     berdua.    Dialog   telah berkembang       dari   bahasa    lisan  menuju    bahasa    tangan.    Isteri  menteri    itu menghulurkan tangannya kepada Yusuf dan berusaha untuk memeluknya. Yusuf berputar dalam keadaan pucat wajahnya dan berlari menuju ke pintu. Lalu ia dikejar oleh wanita itu dan wanita itu menarik-narik pakaiannya seperti orang tenggelam yang memegang perahu. Kedua- duanya sampai ke pintu. Tiba-tiba pintu itu terbuka namun suaminya datang bersama salah satu kerabatnya:

"Dan keduanya berlumba-lumba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu." (QS. Yusuf: 25-29)

Kisah Fitnah seorang wanita kepada nabi Yusuf A.S

Wanita yang sedang mabuk cinta kepada Yusuf itu melihat suaminya muncul di tengah-tengah peristiwa itu, ia segera menggunakan kelicikannya. Jelas sekali bahawa   di   sana   terdapat   pergelutan. Yusuf   tampak   gementar   dengan   penuh rasa  malu   dan   butiran-butiran    keringat   mengalir    dari  keningnya.    Sebelum suaminya      membuka      mulutnya    untuk    mengawali     pembicaraan,      wanita    itu mendahuluinya        dengan    melontarkan      tuduhan    kepada    Yusuf:    "Wanita    itu berkata: 'Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan azab yang pedih?'" Ia   menuduh   Yusuf   telah   merayunya.   Ia   mengatakan   bahawa   Yusuf   berusaha memperkosanya.         Yusuf    memandangi       wanita    itu  dengan     kepolosan     dan kesabaran.     Sebenarnya     Yusuf   berusaha    menyembunyikan        rahsia  wanita    itu namun ketika ia mulai menuduhnya Yusuf terpaksa mempertahankan dirinya.

"Yusuf berkata: 'Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)." Kini   giliran  si  suami   untuk   menunjukkan      reaksinya.   Kami   kira  ia  berkata: "Pelankanlah suara kalian berdua. Sesungguhnya di rumah ini terdapat banyak budak dan pembantu. Ini adalah masalah khusus." Kepala menteri itu adalah seorang   tua   yang   terkesan   tenang   dan   tidak   gampang   emosi.   Peristiwa   ini terjadi   di   kalangan   kelompok   masyarakat   yang   bergaya   hidup   mewah,   bukan kaum     tradisional   sehingga   mereka    cenderung     menggunakan      cara-cara    yang bijak dan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Kemudian kepala menteri itu duduk dan mulai mengusut kejadian itu. Ia bertanya kepada isterinya dan juga bertanya kepada Yusuf. Kemudian orang yang ada di dekat wanita itu berkata: "Sesungguhnya       kunci    persoalan    ini   terletak   pada    pakaian     Yusuf.   Jika pakaiannya      robek    dari   depan,     maka    ini  bererti    Yusuf   memang      ingin memperkosanya.          Wanita      itu   akan     merobek      pakaian      Yusuf    untuk mempertahankan dirinya."

Si   suami    berkata:    "Lalu  bagaimana      jika  pakaiannya     robek    dari  belakang." Seorang penengah dari keluarganya berkata: "Maka ini bererti wanita itu yang merayunya.   Jadi   kunci   dari   peristiwa   ini   ada   pada   pakaian   Yusuf."   Akhirnya, pakaian itu berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Kemudian seorang penengah dari keluarganya mengamati pakaian itu, lalu ia mendapatinya dalam keadaan robek dari belakang. Selanjutnya, kepala menteri itu pun melihatnya dan   ia   juga   mendapatinya   dalam   keadaan   robek   dari   belakang.   Maka   secara otomatis     tuduhan     itu  dibalikkan    pada    si  isteri.  Allah  s.w.t   menceritakan peristiwa     ini  dalam     firman-Nya:     "Dan   seorang     saksi  keluarga     wanita    itu memberikan kesaksiannya: 'Jika baju gamisnya itu koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak   di   belakang,   maka   wanita   itulah   yang   berdusta   dan   Yusuf   termasuk orang-orang   yang   benar.'   Maka   tatkala   suami   wanita   itu   melihat   baju   gamis Yusuf terkoyak di belakang berkatalah ia: 'Sesungguhnya (kejadian) itu adalah tipu daya kamu, Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar.'"

Ketika si suami memastikan pengkhianatan isterinya, ia tampak tenang- tenang saja dan tidak menunjukkan emosi yang berlebihan, bahkan ia tidak berteriak dan   tidak   marah.   Aturan   kelompok   terpandang   saat   itu   memaksanya   untuk menyikapi      suatu   persoalan     dengan    penuh    ketenangan      dan   kelembutan.  Ia  berkata:   "Sesungguhnya   ini   adalah   bahagian   dari   tipu   daya   kalian,   hai   para wanita." Ia mengisbatkan apa yang dilakukan oleh isterinya kepada tipu daya yang umumnya dikerjakan oleh para wanita. Ia menegaskan bahawa tipu daya perempuan   umumnya   sangat   besar   (berbahaya).   Kemudian   ia   menoleh   pada Yusuf   sambil   berkata:   "Hai   Yusuf   berpalinglah   dari   masalah   ini.   Lupakanlah masalah ini dan janganlah engkau terlalu peduli dengannya serta jangan pula engkau     menceritakannya.        Inilah  yang   penting,    yaitu  menjaga     hal-hal   yang telah terjadi. Kami tidak ingin masalah ini akan mencuat ke permukaan." Kemudian si suami merasa bahawa ia belum mengatakan sesuatu pun kepada isterinya    selain   penyataannya       yang   berhubungan       dengan    tipu   daya   kaum wanita secara umum. Ia ingin berkata kepada isterinya tentang sesuatu yang khusus.   Ia   berusaha   untuk  bersikap   keras  pada   isterinya   tetapi   kekerasan   itu berakhir dengan kelembutan yang terwujud dalam ucapannya: "Dan (kamu hai isteriku)    mohon     ampunlah      atas   dosamu     itu,   kerana    kamu     sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah. "

Setelah     pernyataan      yang    pertama     dan   nasihat    yang    terakhir,    si  suami mengakhiri      masalah    tersebut,    lalu  Yusuf   pun   pergi.

Kisah Ketampanan Nabi Yusuf A.S

Tuan    rumah    itu  tidak meminta perincian atau kronologis peristiwa yang terjadi antara isterinya dan pemuda yang mengabdi padanya. Yang ia minta adalah agar pembicaraan ini ditutup   sampai   di   sini   saja.   Tetapi   masalah   ini   sendiri   meskipun   terjadi   di kalangan masyarakat yang terpandang tidak dapat begitu saja di tutup. Alhasil, masalah tersebut akhirnya tersebar kemana- mana. Peristiwa itu tersebar dari satu istana ke istana-istana penguasa saat itu. Kemudian wanita-wanita yang tinggal di istana itu mulai ramai- ramai menjadikannya sebagai bahan cerita.

Kemudian masalah itu pun tersebar di penjuru kota:

"Dan    wanita-wanita       di  kota   berkata:    'Isteri  al-Aziz   menggoda      bujangnya untuk menundukkan   dirinya   (kepadanya),   sesungguhnya   cintanya   kepada bujangan itu adalah sangat mendalam, Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata. " (QS. Yusuf: 30)

Di sini kita mengetahui bahawa yang dimaksud wanita dalam kasus roman itu adalah   isteri   dari   al-Aziz   dan   bahawa   laki-laki   itu   yang   membeli   Yusuf   dari Mesir itu adalah seorang menteri di Mesir, yakni seorang pembesar atau tokoh atau    ketua   dari   para   menteri.    Barangkali    ketika   membeli     Yusuf,   ia  masih menjadi      menteri    biasa   lalu  setelah    itu  ia  naik  jabatan.    Dan   sekarang     ia menjadi kepala menteri di Mesir. Akhirnya   berita   tersebut   berpindah   dari   satu   mulut   ke   mulut   yang   lain,   dan dari satu rumah ke rumah yang lain sehingga sampailah berita itu ke telinga isteri   al-Aziz.   Barangkali   dikatakan   kepadanya:   "Penduduk   kota   banyak   yang membicarakan kisah romantismu." la berkata: "Kisah romantisku dengan siapa?" Dikatakan      padanya:   "Dengan     Yusuf."   Ia  berkata:    "Aku   memang   tidak   dapat memungkiri   bahawa   aku   mencintainya."   Dikatakan   kepadanya:   "Semua   isteri menteri membicarakan tentang kecenderunganmu padanya." Ia berkata: "Apa yang mereka katakan?" Dikatakan kepadanya: "Sungguh engkau berada di dalam kesesatan   yang   nyata."   Ia   berkata   mulai   tampak   emosinya:   "Kesesatan   apa? Siapa    yang   mengatakan       bahawa     aku   tersesat.   Tidakkah     wanita-wanita      itu pernah melihat bagaimana si Yusuf? Apakah mereka mengetahui daya tariknya? Siapa mereka itu yang mengatakan demikian? Sebutkanlah padaku nama-nama wanita-wanita yang banyak bicara itu."Isteri al-Aziz terdiam sebentar dan tampaknya ia sedang berfikir. Kemudian ia telah menetapkan sesuatu dan memerintahkan untuk mendatangkan para juru masak. Akhirnya, para juru masak datang ke istana. Ia memberitahu mereka bahawa   ia   akan   menyiapkan   suatu   jamuan   besar   di   istana.   Ia   telah   memilih berbagai      macam     hidangan     dan    minuman.      Ia  telah    memerintahkan   agar

diletakkan      pisau-pisau     yang    tajam     di   sebelah     buah-buah      apel   yang dihidangkan, dan hendaklah juga diletakkan kain putih di sebelah wadah atau piring-piring yang di situ diletakkan apel, juga diletakkan bantal-bantal yang memang saat itu menjadi tradisi masyarakat timur. Kemudian ia mengundang kaum hawa yang membicarakan petualangan cintanya dengan Yusuf. Akhirnya, datanglah hari jamuan itu. Wanita-wanita dari kalangan masyarakat elit segera berdatangan   menuju   ke   istana   kepala   menteri.   Isteri   al-Aziz   memanfaatkan acara itu sebagai kesempatan emas untuk menunjukkan seorang pemuda yang paling tampan dan paling mengagumkan.

Undangan   tersebut   dibatasi   hanya   di   kalangan   wanita   sehingga   mereka   lebih leluasa   dan   lebih   bebas   untuk   mendengarkan   cerita   dan   untuk   mengobrol. Mereka duduk dan bersandar di atas bantal-bantal sambil makan dan minum. Pesta jamuan itu terus berlangsung di mana dihidangkan di atasnya makanan yang istimewa dan minuman yang dingin dan sangat menyenangkan orang yang melihatnya.

Tempat   pesta   itu   dipenuhi   dengan   berbagai   macam   komentar   dan   berbagai macam canda tawa. Kami kira bahawa setiap wanita yang hadir di tempat itu sengaja     menahan      lidahnya    agar   jangan    sampai    menyentuh      kisah   Yusuf. Sebenarnya mereka semua mengetahui peristiwa yang terjadi antara Yusuf dan wanita     perdana    menteri     itu,  tetapi   mereka    sengaja    menyembunyikannya seakan-akan mereka tidak mengetahuinya. Demikianlah aturan main yang biasa dipegang   oleh   kalangan   elit   dari   masyarakat   saat   itu.   Namun,   isteri   al-Aziz, sebagai     tuan   rumah,    justru   menggugah       mereka    dan   ia   justru  membuka persoalan     tersebut:    "Aku   mendengar      ada   wanita-wanita     yang    mengatakan bahawa aku jatuh cinta pada seorang pemuda yang bernama Yusuf." Tiba-tiba keheningan yang menyelimuti meja makan itu runtuh dan tangan-tangan para undangan nyaris lumpuh. Isteri al-Aziz benar-benar mencuri kesempatan itu. Ia bercerita sambil memerintahkan para pembantunya untuk menghadirkan apel. "Aku   mengakui   bahawa   memang   Yusuf   seorang   pemuda   yang   mengagumkan. Aku tidak mengingkari bahawa aku benar-benar mencintainya, dan aku telah mencintainya sejak dahulu," kata isteri al- Aziz dengan nada serius. Kemudian wanita-wanita   itu   mulai   mengupas   apel.   Saat   itu   peradaban   di   Mesir   telah mencapai       puncak     yang    jauh    di  mana     gaya    hidup    mewah      menghiasi istana-istana.

Pengakuan isteri al-Aziz menciptakan suatu kedamaian umum di ruangan itu. Jika isteri al-Aziz saja mengakui bahawa ia memang jatuh cinta kepada Yusuf, maka      pada    gilirannya    mereka     pun   berhak    untuk    mencintainya.       Meskipun demikian,      mereka     mengisyaratkan       bahawa      seharusnya     isteri   al-Aziz   tidak cenderung       pada   Yusuf    justru   sebaliknya,     ia  harus   menjadi     tempat     cinta. Seharusnya,       ia  yang    dikejar   oleh    lelaki,  bukan     sebaliknya.    Isteri   al-Aziz mengangkat   tangannya   dan   mengisyaratkan   agar   Yusuf masuk   dalam   ruangan itu. Kemudian Yusuf masuk di ruang makan itu. Ia dipanggil oleh majikannya kemudian ia pun datang. Kaum wanita masih mengupas buah, dan belum lama Yusuf   memasuki   ruangan   itu   sehingga   terjadilah   apa   yang   dibayangkan   oleh isteri al-Aziz.

Tamu-tamu wanita itu tiba-tiba membisu. Sungguh mereka tercengang ketika menyaksikan wajah yang bercahaya yang menampakkan ketampanan yang luar biasa,    ketampanan       malaikat.     Wanita-wanita      itu   pun   terdiam     dan   mereka bertakbir, dan pada saat yang sama mereka terus memotong buah yang ada di tangan   mereka   dengan   pisau.   Semua   pandangan   tertuju   hanya   kepada   Yusuf dan tak seorang pun di antara wanita itu melihat buah yang ada di tangannya. Akhirnya, wanita-wanita itu justru memotong tangannya sendiri namun mereka tidak    lagi   merasakannya.   Sungguh     kehadiran     Yusuf    di  tempat     itu  sangat mengagumkan mereka sampai pada batas mereka tidak merasakan rasa sakit dan keluarnya darah dari tangan mereka.

Salah   seorang   wanita   berkata   dengan   suara   yang   pelan:   "Subhanallah   (Maha Suci Allah)." Wanita yang lain berkata dengan suara lembut yang menampakkan kehairanan: "Ini bukan manusia biasa." Sedangkan wanita yang ketiga berkata: "Ini   tiada   lain   adalah   seorang   malaikat   yang   mulia."   Tiba-tiba   isteri   al-Aziz berdiri    dan    berkata:    "Inilah  dia   orang   yang    kalian   cela   aku   kerana    daya tariknya.     Memang      tidak   aku   pungkiri    bahawa     aku   pernah    merayunya      dan menggodanya untuk diriku. Di hadapan kalian ada handuk-handuk putih untuk membalut   luka.   Sungguh   kalian   telah   dikuasai   oleh   Yusuf,   maka   lihatlah   apa yang     terjadi    pada    tangan-tangan       kalian."    Akhirnya,     pandangan       mereka sekarang   berpindah dari Yusuf ke jari-jari mereka   yang   terpotong   oleh   pisau yang tajam di mana mereka tidak lagi merasakannya.

Kami     kira   Yusuf   melihat     atau   memandang        ke  arah    bawah     (tanah),   atau mengarahkan   pandangannya   ke   depannya   tanpa   ada   maksud   tertentu,   tetapi ketika   disebut   ada   darah yang   keluar   di sekitar   tempat   jamuan   itu,   maka   ia pun melihat ke arah tempat jamuan itu. Yusuf dikejutkan dengan adanya darah yang mengalir di sekitar buah apel yang keluar dari jari-jari wanita itu. Yusuf segera   mendatangkan   perban   dan   air   seperti   biasa   yang   dilakukan   pemuda yang   bekerja   di   istana.   Kami   kira   bahawa   isteri   al-Aziz   berkata   saat   Yusuf memerban        luka    yang    dideritai   oleh    para    wanita:    "Sungguh     aku    telah menggodanya namun ia mampu menahan dirinya. Jika dia tidak menaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang- orang yang hina." Kami   kira   Yusuf   tidak   menghiraukan   ucapannya   dan   tidak   mengomentarinya.

Beliau adalah seorang Nabi, tetapi tragedi wanita tersebut adalah bahawa ia mencintai       seorang     nabi.    Kami     kira   juga     bahawa      wanita-wanita       itu menggodanya pada saat mereka hadir di tempat jamuan. Salah seorang yang sangat   cantik  berkata   kepada   Yusuf   saat   beliau   membalut   lukanya:   "Sungguh sekadar engkau memandang tanganku hai Yusuf, itu sudah cukup bagiku untuk mengubati      jariku   yang   terpotong."     Atau   ada   wanita   lagi  yang   mengatakan padanya: "Yusuf, tidakkah engkau menginginkan seorang perempuan yang akan membersihkan         sepatumu      dan   akan    mencuci      pakaianmu      dan    yang   akan mengabdi kepadamu."

Barangkali   wanita-wanita   yang   hadir   di   pesta   jamuan   itu   memiliki   berbagai macam       cara   untuk    menggoda.      Mungkin    sebahagian      mereka     menggunakan senjata   mata   atau   senjata   bulu   mata   atau   senjata   fizik   untuk   mendapatkan Yusuf. Kita tidak mengetahui secara pasti apa yang terjadi di tempat jamuan itu. Biarkanlah daya khayal kita menggembara dan menggambarkan apa yang sebenarnya   terjadi.   Tampak   bahawa   berbagai   godaan   ditujukan   pada   Yusuf dari   wanita-wanita   yang   hadir   dan   diundang   di   acara   itu.   Yusuf   berdiri   di tengah-tengah ujian yang berat ini dengan penuh kehairanan:

"Yusuf     berkata:     "Wahai     Tuhanku,       penjara     lebih   aku    sukai    daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku.'" (QS. Yusuf: 33)

Semua wanita-wanita yang ikut serta dalam undangan tersebut mencuba untuk menundukkan   Yusuf   dengan   menggunakan   lirikan,   gerakan-gerakan   tertentu, atau isyarat atau dengan bahasa yang jelas. Yusuf memohon pertolongan Allah s.w.t agar ia diselamatkan dari tipu daya mereka. Ia berdoa kepada Allah s.w.t sebagai seorang manusia yang mengenal kemanusiaannya dan tidak terpedaya dengan   kemaksumannya   dan   kenabiannya. Ia   berdoa   kepada   Allah   s.w.t   agar memalingkan   tipu   daya   mereka   darinya   sehingga   ia   tidak   cenderung   kepada mereka   dan   kemudian   menjadi   orang   yang   bodoh.   Allah   s.w.t   mengabulkan doanya.   Kemudian   tangan-tangan   yang   terputus   mulai   merasakan   kesakitan, dan    Yusuf   meninggalkan      ruang    makan    itu.  Setiap    wanita   sibuk   memerban lukanya     dan   masing-masing      mereka     berfikir  tentang    alasan   apa   yang   akan mereka sampaikan ketika suami mereka bertanya tentang tangan mereka yang terpotong itu? Dan, di mana peristiwa itu terjadi?

Allah s.w.t menceritakan jamuan yang besar itu dalam firman-Nya:

"Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundanglah wanita-wanita       itu  dan    disediakannya      bagi   mereka    tempat     duduk,    dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan) kemudian dia berkata (kepada Yusuf): 'Keluarlah       (nampakanlah        dirimu)      kepada      mereka.'      Maka      tatkala wanita-wanita itu   melihatnya,   mereka   kagum   akan   keelokan   rupanya, dan mereka   melukai   (jari)   tangannya   dan   berkata:   'Maha   sempurna   Allah,   ini bukanlah      manusia.    Sesungguhnya       ini  tidak   lain  hanyalah    malaikat    yang mulia.   Wanita   itu   berkata:   'Itulah   dia   orang   yang   kamu   cela   aku   kerana (tertarik)    kepadanya      dan   sesungguhnya       aku   telah   menggoda      dia  untuk menundukkan          dirinya     (kepadaku)      akan     tetapi    dia    menolak.      Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan termasuk golongan orang- orang yang hina. Yusuf berkata:

'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku.   Dan   jika  tidak Engkau  hindarkan   daripadaku  tipu  daya mereka, tentu     aku   akan    cenderung      untuk    (memenuhi       keinginan    mereka)     dan tentulah      aku    termasuk      orang-orang       yang    bodoh.'     Maka     Tuhannya memperkenankan   doa   Yusuf   dan   Dia   menghindarkan   Yusuf   dari   tipu   daya mereka.       Sesungguhnya        Dia-lah     Yang     Maha     Mendengar       lagi    Maha Mengetahui." (QS. Yusuf: 31-34)

Allah   s.w.t   berhasil   memalingkan   dan   menyelamatkan   Yusuf   dari   tipu   daya wanita itu. Akhirnya, wanita-wanita itu merasa putus asa untuk mendapatkan Yusuf dan mendapatkan cinta darinya, sehingga mereka merasa bahawa rasa cinta    mereka    kepada    Yusuf   adalah   sesuatu   keinginan    yang   mustahil   untuk diwujudkan.      Keinginan-keinginan       yang   mustahil    ini  justru  membangkitkan ingatan mereka kepada Yusuf lebih daripada sebelumnya.

Kisah Nabi Yusuf A.S di masukan ke dalam penjara

Wanita-wanita         mulai      membicarakan         Yusuf:     tentang      pengaruhnya, kewibawaannya,   dan   kemuliaannya.   Mereka   mulai           menceritakan   bagaimana mereka      memotong      tangan     mereka    dengan     pisau   ketika    melihat    Yusuf. Akhirnya, berita itu tersebar dari kelompok elit ke masyarakat bawah. Manusia mulai    membicarakan       tentang   sosok   pemuda     yang   menolak    keinginan    isteri seorang   ketua   menteri,   dan   isteri-isteri   dari   para   menteri   memotong   tanga mereka      kerana   merasa    kagum     dengannya.     Seandainya    kasus   ini  diketahui secara terbatas di kalangan istana dan kamar-kamarnya yang tertutup nescaya tidak ada seorang pun yang memperhatikannya. Tetapi masalah ini kemudian menyebar kemana-mana sampai kelapisan masyarakat yang paling bawah. Di sinilah kewibawaan pemerintah dipertaruhkan dan menjadi pertimbangan.

Lalu, rejim yang berkuasa menangkap Yusuf. Yusuf dimasukkan dalam penjara untuk     membungkam        banyaknya      gosip-gosip    yang   disampaikan      berkenaan dengan   sikapnya   serta   sebagai   cara   untuk   menutup   cerita   itu.   Yusuf   telah berkata     ketika    wanita-wanita     memanggilnya       untuk    melakukan      kesalahan bahawa penjara baginya lebih ringan dan lebih disukainya daripada memenuhi ajakan     mereka.     Demikianlah     Yusuf   kemudian      masuk    ke   dalam    penjara. Meskipun   sebenarnya   Yusuf   bebas   dari   segala   tuduhan,   ia   tetap   dimasukkan dalam penjara.

Kami   tidak   yakin   bahawa   isteri   al-Aziz   adalah   penyebab   masuknya   Yusuf   ke dalam     penjara.    Kami   mengetahui      bahawa     penolakan    tegasnya    kepadanya membangkitkan kesombongannya dan cukup menjatuhkan kemuliaannya tetapi kami     percaya    bahawa     wanita    itu   memang      benar-   benar    mencintainya. Barangkali   masuknya   Yusuf   dalam   penjara   membuat   suatu   kondisi   lain   yang mengubah hubungannya dengan Yusuf di mana ketika Yusuf jauh darinya, maka rasa    rindunya     dan    rasa   cintanya    kepada     Yusuf    justru   meningkat.    Ia berandai-andai   seandainya   Yusuf   keluar   dari   penjara   meskipun   hal   itu   tidak dapat diwujudkannya.

Dan barangkali bukti tuntutan kami yang mengisyaratkan perubahan cintanya padanya      dan   ketulusannya     dengan    cinta   itu  adalah   bahawa     ia  mengakui benar-benar   berusaha   untuk   berbuat   buruk   padanya   tapi   Yusuf   menolak.   Ia melepaskan pengakuannya dengan ucapannya: "Agar dia (al- Aziz) mengetahui bahwa sesungguhnya aku tidak berkhianat kepadanya di belakangnya."

Seakan-akan       keinginannya     agar   Yusuf   tidak   melupakannya       lebih   penting daripada kedamaiannya bersama suaminya atau kedudukannya sebagai wanita kedua     di   Mesir.   Dan    barangkali    cintanya     kepada    Yusuf—saat      ia  tidak ada—berbeza   dalam   kualitinya   dan   kedalamannya   daripada   cintanya   ketika Yusuf   masih   muda   belia   yang   mengabdi   padanya   di   istana.   Ketika   mereka berdua dipisahkan dengan jarak yang cukup jauh, dan wanita itu tercegah dari melihatnya,  maka    timbullah     rasa  cinta   yang    menjadikannya      tidak   akan mengkhianatinya        meskipun    Yusuf    telah  pergi   jauh   darinya.    Betapa    berat penderitaan   cinta   manusiawi   yang   dialami   isteri   al-Aziz.   Masalahnya   adalah, bahawa ia memilih seseorang yang hatinya telah tenggelam dalam lautan cinta Ilahi. Akhirnya, Yusuf masuk ke dalam penjara.

Allah s.w.t berfirman:

"Kemudian       timbul    fikiran    pada    mereka     setelah    melihat    tanda-tanda (kebenaran       Yusuf)     bahawa     mereka   harus  memenjarakannya   sampai sewaktu-waktu." (QS. Yusuf: 35)

Mereka     telah    menetapkan      suatu   keputusan     meskipun     Yusuf    sebenarnya terlepas dari berbagai tuduhan, dan beliau menunjukkan bukti kebenarannya. Meskipun   demikian,   mereka   tetap   memasukkan   Yusuf   dalam   penjara   sampai waktu   yang   tidak   ditetapkan.   Pembicaraan   seputar   kisah   Yusuf   pun   menjadi padam dan api yang menyala di tengah-tengah manusia menjadi suram. Ketika para menteri dan para pembesar tidak mampu menahan kendali wanita-wanita mereka, namun mereka dengan mudah mampu untuk memenjarakan seseorang yang tidak bersalah. Itu adalah pekerjaan mereka yang mereka lakukan dengan gampang.

Demikianlah      ayat   Al-Qur'an   menggambarkan        secara   singkat   suatu   suasana istana   secara   keseluruhan.   Yaitu   suasana   yang   penuh   dengan   kekotoran   dan kerosakan internal. Suasana orang-orang yang bergaya aristokrasi, dan suasana hukum   yang   mutlak.   Penjara   menjadi   jalan   keluar   yang   dipilih   oleh   hukum yang mutlak. Seandainya kita memperhatikan keadaan masyarakat Mesir saat itu   dan   apa   yang   mereka    sembah,     maka    kita  akan   memahami       mengapa kekuasaan      mutlak    diperlakukan    saat   itu.  Orang-   orang   Mesir   menyembah tuhan-tuhan yang beraneka ragam. Mereka menyembah selain Allah s.w.t.

Kita   telah   mengetahui   sebelumnya   bagaimana   kebebasan   manusia   terpasung ketika   mereka   lebih   memilih   sembahan-sembahan   selain   Allah   s.w.t.   Dalam kisah Nabi Yusuf kita   melihat   fenomena   seperti   itu. Meskipun   beliau   sebagai seorang Nabi, beliau ditetapkan untuk ditahan dan dimasukkan penjara, tanpa melalui    penelitian    dan   tanpa   melalui    pengadilan.    Kita  di  hadapan     suatu masyarakat   yang   menyembah   berbagai   macam   tuhan   dan   kemudian   mereka dikuasai    dan   dipimpin   oleh   multi  tuhan.   Oleh   kerana    itu,  tidak  sulit  bagi mereka untuk menahan orang yang tidak berdosa, bahkan barangkali sulit bagi mereka melakukan sesuatu selain itu.

Yusuf masuk dalam penjara dalam keadaan memiliki hati yang kukuh. Dalam keadaan     tenang    beliau   berada   dalam    penjara.   Beliau   tidak  menampakkan kesedihan, namun sebaliknya. Beliau berhasil melalui ujian dari isteri al-Aziz, dari pertanyaan-pertanyaan para menteri, dari keusilan para dukun, dan dari pembicaraan   para   pembantu.  

Kisah Dakwah Nabi Yusuf A.S di dalam penjara dan mukjizatnya mengartikan mimpi

Bagi   Yusuf,   penjara   adalah   suatu   tempat   yang damai     di  mana    di  dalamnya    ia  mampu     menenangkan       dirinya  dan   berfikir tentang Tuhannya. Nabi Yusuf memanfaatkan kesempatannya di penjara untuk berdakwah       di   jalan   Allah   s.w.t.   Di   dalam    penjara,    beliau    mendapati orang-orang   yang   tidak   berdosa   yang   juga   dimasukkan   di   dalamnya.   Ketika manusia     mendapatkan       perlakuan    lalim  dari  sebahagian     manusia    yang   lain, maka     hati  mereka    akan   lebih   mudah    untuk   mendengarkan       kebenaran     dan menerima   hidayah.   Memang   hati   orang-orang   yang   menderita   dan   teraniaya lebih terbuka untuk memenuhi panggilan Allah s.w.t. Yusuf      bercerita     kepada      manusia      tentang     rahmat      Sang     Pencipta, kebesaran-Nya,   dan   kasih   sayang-Nya   terhadap   makhluk-makhluk-Nya.Yusuf bertanya kepada mereka: "Mana yang lebih baik, apakah akal harus dikalahkan dan     manusia      menyembah        tuhan    yang     bermacam-macam          atau,    akal dimenangkan       dan   manusia     menyembah       Tuhan    Pengatur    alam   Yang    Maha Besar."    Yusuf    menyampaikan       argumentasi-argumentasi         yang   kuat   melalui pertanyaan-pertanyaannya            yang    disampaikan       dengan     ketenangan       dan kedamaian. Beliau berdialog dengan mereka secara sehat dan dengan fikiran yang jernih serta dengan niat yang tulus.

Kemudian      masuklah     bersama   beliau    dua   orang   pemuda   ke   dalam   penjara. Salah   seorang   di   antara   mereka   adalah   pimpinan   petugas   pembuat   rod   yang biasa bekerja di tempat raja, sedangkan yang lain pimpinan petugas pemberi minuman       keras  (khamer)     yang   biasa   diminum     oleh  raja.   Tukang    roti  itu menyaksikan       dalam    mimpinya     bahawa     ia  berdiri  di   satu  tempat     dengan membawa   roti   di   atas   kepalanya   yang   kemudian   dimakan   oleh   burung   yang terbang, sementara orang yang memberikan minum para raja juga bermimpi, dan   melihat   dalam   mimpinya   bahawa   ia   memberikan   minum   khamer   kepada raja.

Kedua orang itu pergi kepada Yusuf dan masing-masing mereka menceritakan mimpinya   kepadanya   serta   meminta   kepada   beliau   untuk   menakwilkan   atau mentafsirkan      apa   yang   mereka    lihat.  Yusuf   menggunakan  kesempatan   itu baik-baik     dan   kemudian     ia  berdoa    kepada    Allah   s.w.t.  Kemudian      beliau tukang roti itu, bahawa ia akan disalib dan akan mati, adapun pemberi   minum   raja,   maka   dia   akan   keluar   dari   penjara   dan   akan   kembali bekerja di tempat raja. Yusuf berkata kepada pemberi minum itu: "Jika engkau pergi   ke   raja,   maka   jangan   lupa   menceritakan   keadaanku   padanya.   Katakan kepadanya      bahawa    di  sana   terdapat   seorang    yang   ditahan   dalam   keadaan teraniaya yang bernama Yusuf.

Akhirnya apa yang diceritakan oleh Nabi Yusuf benar-benar terjadi. Tukang roti itu   pun   terbunuh     sedangkan    orang    yang   biasa   memberi     minum    raja   itu dimaafkan   dan   kembali   ke   istana   tetapi   ia   lupa   untuk   menceritakan   pesan Yusuf kepada raja. Setan telah melupakannya sehingga ia lupa untuk menyebut nama Yusuf di depan raja. Yusuf pun tinggal di dalam penjara selama beberapa tahun. Allah s.w.t berfirman:

"Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang di antara keduanya: 'Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku akan memeras anggur. Dan yang lainnya berkata: 'Sesungguhnya aku bermimpi bahawa, aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan      burung.'   Berikanlah     kepada    kami   ta'birnya:   Sesungguhnya      kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (menakwilkan mimpi). Yusuf berkata: 'Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu   sebelum     makanan     itu  sampai    kepadamu.      Yang   demikian     itu  adalah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku    telah   meninggalkan      agama    orang-orang     yang   tidak   beriman    kepada Allah,    sedang   mereka     ingkar   kepada    hari  kemudian.      Dan   aku   mengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak, dan Yakub. Tidaklah patut bagi kami (para nabi) mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia itu tidak mensyukuri(Nya). Hai kedua penghuni penjara,     manakah      yang    baik,   tuhan-tuhan     yang    bermacam-macam  itu ataukah   Allah   Yang   Maha   Esa   lagi   Maha   Perkasa.   Kamu   tidak   menyembah yang   selain   Allah   kecuali   hanya   (menyembah)   nama-nama   yang   kamu   dan nenek-nenek   moyangmu   membuat-buatnya.   Allah   tidak   menurunkan   suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah.   Dia   memerintahkan   agar   kamu   tidak   menyembah   selain   Dia.   Itulah agama   yang   lurus,   tetapi   kebanyakan   manusia   tidak   mengetahuinya."   (QS. Yusuf: 36-40)

Setelah    dakwah     yang   sangat   dalam    ini  dan  setelah   Yusuf   mengemukakan argumentasinya kepada orang-orang yang bertanya, beliau mulai mentafsirkan mimpi yang mereka lihat:

"Hai kedua penghuni penjara, adapun salah seorang di antara kamu berdua, akan   memberi   minum   tuannya   dengan   khamer;   adapun   yang   seorang   lagi, maka     ia  akan    disalib,   lalu  burung    memakan       sebahagian      dari  kepalanya. Telah   diputuskan   perkara   yang   kamu   berdua   menanyakannya   (kepadaku). Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka      berdua:     'Terangkanlah       keadaanku      kepada     tuanmu.'     Maka    setan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Kerana itu   tetaplah   dia   (Yusuf)   dalam   penjara   beberapa   tahun   lamanya.   "   (QS. Yusuf: 41- 42)

Cuba Anda perhatikan bagaimana Al-Qur'an menceritakan hal ini. Yusuf tidak menentukan        kapan    hal  tersebut    akan    terjadi   pada   kedua    orang    itu,  baik mereka yang bernasib baik atau pun mereka yang bernasib buruk. Ini adalah salah satu bentuk kasih sayang dan kelembutan beliau kepada mereka. Namun mereka   memahami   tujuan   beliau   ketika   memutuskan   suatu   perkara   kepada mereka dan mengatakan kepada yang lain bahawa ia akan bebas. Al-Qur'an   al-Karim  tidak  menceritakan   bahawa   takwil  itu   telah   terwujud dan bahawa perkara itu telah terlaksana sebagaimana telah ditakwilkan oleh Yusuf.

Di sini terdapat celah yang dapat digunakan oleh daya khayal bahawa semua ini   telah   terjadi.   Kemudian   orang   yang   selamat   itu   keluar   dari   penjara   dan menuju       ke  istana.    Ia  pun    kembali     menuangkan       minuman      kepada     raja. Seharusnya       ia   menceritakan       pesan     Yusuf    yang     telah   memberitahukan kepadanya       bahawa      ia  akan    selamat     namun     pesan    Nabi    Yusuf    tersebut benar-benar   dilupakannya   atau   benar-benar   hilang   dari   ingatannya.   Ia   lupa bagaimana       Nabi   Yusuf    menakwilkan      mimpinya      dan   bagaimana      Nabi   Yusuf berdakwah       di  jalan   Allah  s.w.t.   Kemewahan       istana   raja   dan   kesibukannya dalam   melayani   raja   atau   tuannya   membuatnya   lupa   untuk   menyampaikan pesan Nabi Yusuf. Setan pun turut serta dalam melupakannya. Akhirnya, Nabi Yusuf tetap tinggal di penjara untuk beberapa tahun. Nabi Yusuf menghadapi ujian itu dengan penuh kesabaran dan keikhlasan serta tidak berputus asa dan redha akan keputusan Allah s.w.t.

Kisah Nabi Yusuf A.S mengartikan mimpi Raja

Marilah     kita  berpindah     dari   penjara    ke   kamar    raja.   Si  raja  tertidur   dan bermimpi. Ia melihat dirinya berdiri di tepi Sungai Nil. Air sungai Nil turun di depan  matanya.      Air  Sungai    Nil  tenggelam     dan    habis   sehingga    sungai   itu menjadi       tumpukan      tanah    yang    kosong     dari   air.   Kemudian      ikan-    ikan melompat-lompat   sehingga   tersembunyi   dalam   tanah   sungai.   Lalu   keluarlah dari sungai itu tujuh sapi yang gemuk dan keluar juga tujuh sapi yang kurus. Sapi-sapi yang kurus itu malah menyerang sapi-sapi yang gemuk. Sapi-sapi yang kurus   itu   anehnya   berubah   menjadi   binatang-   binatang   buas   yang   melahap sapi-sapi    yang    gemuk.    Dalam    mimpinya      itu,  raja  berdiri   dan   menyaksikan pemandangan   yang    mengerikan       dan    menakutkan       itu.    la  menyaksikan teriakan-teriakan   sapi-sapi   yang   gemuk   itu   saat   dimakan   oleh   sapi-sapi   yang kurus.

Kemudian   timbullah   di   atas   tepi   Sungai   Nil   tujuh   tangkai      hijau   dan   tujuh tangkai hijau itu tenggelam dalam tanah. Dan muncullah di tanah yang sama tujuh tangkai yang kering. Tiba-tiba raja bangun dari tidurnya dalam keadaan takut.   Raja   menceritakan   mimpinya   kepada   para   peramal,   para   dukun,   dan para menterinya. Ia meminta kepada mereka untuk menafsirkannya. Seorang peramal berkata: "Ini adalah hal yang cukup aneh, bagaimana sapi-sapi kurus dapat   memakan   sapi-sapi   yang   gemuk?   Saya   kira   ini   adalah   kembang   mimpi yang tidak ada artinya." Kemudian para ahli mimpi dan para penakwil mimpi dan   mereka   yang   ada   di   sekitar   raja   bersepakat   bahawa   mimpi   si   raja   tidak memiliki makna yang khusus, atau ia hanya sekadar kembang tidur yang tidak ada artinya. Berita   tentang   mimpi   raja   itu   sampai   di   telinga   orang   yang   memberi   minum raja.    Fikirannya     bergoncang     ketika    mendengar      mimpi     raja   itu.  Ia  mulai mengingat-ingat   mimpi   yang   dilihatnya   di   penjara.   Ia   mengingat,   bagaimana Yusuf     menakwilkan       mimpinya.      Ia   segera    menuju      ke   tempat     raja   dan menceritakan kepadanya peristiwa yang dialaminya bersama Yusuf. Ia berkata kepada       raja:    "Sesungguhnya       hanya     Yusuf     satu-satunya      yang     mampu mentafsirkan       mimpimu.      Sebenarnya      ia  telah   berpesan    kepadaku      agar   aku menyebut        keadaannya        di   depanmu       tetapi     terus    terang,     aku     lupa menyampaikan pesannya." Kemudian raja mengutus orang itu ke penjara untuk menemui        Yusuf   dan    bertanya     kepadanya      perihal    mimpinya.  

 Allah   s.w.t berfirman:

"Raja       berkata      (kepada       orang-orang        terkemuka         dari     kaumnya): 'Sesungguhnya         aku    bermimpi       melihat     tujuh    ekor     sapi   betina     yang gemuk-gemuk   dimakan   oleh   sapi   betina   yang   kurus-kurus   dan   tujuh   bulir (gandum)   yang   hijau   dan   tujuh   bulir   lainnya   yang   kering.   Hai   orang-orang yang termuka, terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat   menakwilkan   mimpiku.   Mereka   menjawab:   'Itu   adalah   mimpi-mimpi yang     kosong     dan    kami    sekali-kali    tidak   tahu    takwil    mimpi     itu.'  Dan berkatalah       orang    yang   selamat     di  antara    mereka      berdua    dan    teringat (kepada        Yusuf)      sesudah       beberapa       waktu       lamanya:       'Aku     akan memberitahukan           kepadamu       tentang     (orang    yang    pandai)    menakwilkanmimpi   itu,   maka   utuslah   aku   (kepadanya).'   (Setelah   pelayan   itu   berjumpa

dengan      Yusuf    dia  berseru):     'Yusuf,   hai   orang    yang   amat    dipercayai, terangkanlah        kepada     kami     tentang     tujuh     ekor    sapi    betina    yang gemuk-gemuk   yang   dimakan   oleh          tujuh   ekor   sapi   yang   kurus-kurus     dan tujuh   bulir   (gandum)   yang   hijau   dan   (tujuh)   lainnya   yang   kering   agar   aku kembali kepada orang-orang itu agar mereka mengetahuinya.'" (QS. Yusuf: 43-46)

Kamar raja menjadi gelap, sementara itu layar penjara menjadi terang. Yusuf tampak      berada    dalam    penjaranya.     Seorang    pemberi    minum     raja   datang padanya. Raja membutuhkan pendapatnya dan Allah s.w.t akan memenangkan urusan-Nya      tetapi   kebanyakan     manusia     tidak  menyedari. Utusan    raja   itu menanyakan tentang tafsir mimpi si raja. Yusuf tidak mensyaratkan kepadanya bahawa ia harus dikeluarkan dari penjara sebagai imbalan dari usahanya dalam mentafsirkan      mimpinya.     Yusuf    tidak  tidak   mengatakan      apa-apa    selain   ia berusaha     untuk    mentafsirkan     mimpi   raja.   Demikianlah     sikap  seorang    nabi ketika manusia datang padanya untuk meminta pertolongan meskipun mereka berbuat lalim kepadanya. Yusuf berkata kepada pemberi minum raja itu:

"Yusuf berkata: 'Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa;,    maka    apa   yang   kamu    tuai   hendaklah     kamu    biarkan    di  bulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun   yang   amat   sulit,   yang   menghabiskan   apa   yang   kamu   simpan   untuk menghadapinya (tahun yang sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang akan kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (QS. Yusuf: 47-49)

Yusuf   menjelaskan   kepada   utusan   raja   bahawa   negeri   Mesir   akan   mengalami masa-masa yang subur selama tujuh tahun di mana saat itu tanaman-tanaman akan tumbuh segar, dan hendaklah orang-orang Mesir tidak melampaui batas dalam memanfaatkan musim subur ini kerana setelah itu akan disusul dengan tujuh tahun paceklik. Pada musim itu, apa saja yang disimpan oleh penduduk Mesir   akan   habis.   Oleh kerana   itu,   cara   yang   terbaik   untuk   menyimpan   hasil tanaman        mereka       adalah,      hendaklah       mereka      membiarkannya  di tangkai-tangkainya agar ia tidak rosak atau terkena hama atau dapat berubah kerana cuaca.

Demikian      takwil  mimpi    raja   tersebut   terkuak.    Yusuf   justru  menambahkan pembicaraan tentang keadaan suatu tahun yang belum pernah dimimpikan oleh raja.   Yaitu   tahun   yang   penuh   dengan   kebahagiaan.   Tahun   di   mana   manusia mendapatkan   kurnia   dengan   banyaknya   tanaman-   tanaman   yang   tumbuh   dan melimpahnya air serta tumbuhnya anggur- anggur yang mereka tanam sehingga mereka   memeras   darinya   khamer.   Juga   tumbuh   pohon   zaitun   yang   mereka tanam yang mereka memeras darinya minyak zaitun. Tahun ini tidak terdapat dalam   mimpi   raja.   Ini   adalah   ilmu   khusus   yang   diperoleh   Nabi   Yusuf.   Yusufmenyampaikannya   kepada   pemberi   minum   raja   itu   dan   memesan   kepadanya agar    bahagian     ini   pun   juga    dikemukakan       kepada    raja   dan    masyarakat.

Akhirnya, pemberi minum itu kembali ke raja dan menceritakan semua yang didengarnya       dari   Yusuf.   Raja    menjadi    terhairan-hairan      dengan     apa   yang didengarnya. Ia kemudian berkata: "Siapa gerangan orang yang dipenjara ini. Sungguh   luar   biasa.   Ia   menceritakan   hal-hal   yang   akan   terjadi,   bahkan   lebih dari itu ia memberikan cara-cara untuk mengatasi persoalan yang akan terjadi itu tanpa meminta upah atau balasan atau agar ia dibebaskan dari penjara." Kemudian raja mengeluarkan perintah agar Yusuf dibebaskan dari penjara dan dihadirkan padanya. Lalu utusan raja pergi ke penjara. Utusan ini bukan utusan yang pertama, yaitu si pemberi minum raja. Ia adalah seseorang yang memiliki jabatan penting. Kemungkinan besar ia adalah salah seorang menteri. Ia pergi untuk   menemui   Yusuf   di   penjara.   Ia   meminta   kepada   Yusuf   agar   keluar   dari penjara guna menemui raja. Raja menginginkan agar ia segera menjumpainya.

Ternyata Yusuf menolak untuk keluar dari penjara kecuali semua tuduhan yang ditujukan   kepadanya   dicabut.   Tampak   bahawa   mereka   menuduhnya   terlibat dalam kasus pemotongan tangan para wanita. Mungkin mereka berkata: "Yusuf ingin    berbuat    aniaya    terhadap    wanita-wanita       itu,  lalu  kaum    wanita    inginmempertahankan   diri mereka   dengan   cara   memotong   tangan   mereka   dengan pisau." Alhasil, boleh jadi mereka menggunakan berbagai macam kebohongan yang   sulit   diterima,   tetapi   sebagaimana   kita   ketahui   segala   hal   sah-sah   saja dan   boleh   saja   jika   dilakukan   oleh   orang-orang   yang   hidup   di   istana   kerana hukum   yang   dipakai   di   sana   adalah   hukum   yang   mutlak.   Yusuf   tidak   mahu keluar   dari   penjara   itu   kecuali   bila   ditetapkan   bahawa   beliau   terlepas   dari segala tuduhan:

"Raja    berkata:     'Bawalah    dia   kepadaku.'     Maka     tatkala   utusan    itu  datang kepada       Yusuf,     berkatalah      Yusuf:     'Kembalilah       kepada      tuanmu      dan tanyakanlah kepadanya bagaimana halnya wanita-wanita yang telah melukai tangannya.   Sesungguhnya   Tuhanku,   Maha   Mengetahui   tipu   daya   mereka.'" (QS. Yusuf: 50)

Terbebasnya Nabi Yusuf A.S dari segala tuduhan diangkatnya Nabi Yusuf A.S menjadi pejabat negara

Utusan   itu   kembali   kepada   raja.   Raja   berteriak   ketika   melihatnya   sendirian: "Di mana Yusuf?" Utusan raja berkata: "Ia masih di penjara." Raja bangkit dari tempat      duduknya     lalu   berkata:    "Bukankah     aku   memerintahkanm untuk menghadirkannya?" Utusan raja berkata: "Ia menolak untuk keluar dari penjara kecuali   semua   tuduhan   yang   dialamatkan   kepadanya   dicabut.   Paduka   yang mulia bertanggung jawab  dalam      menyelesaikan         kasusnya      bersama wanita-wanita di istana yang telah memotong tangan mereka." Raja berkata: "Kalau   begitu,   panggillah   semua   isteri-isteri   menteri   dan   hadirkanlah   isteri al-Aziz. Saya minta semua hadir."

Raja    merasa    bahawa     Yusuf   menghadapi      suatu  persoalan    di  mana    ia  tidak mengetahui secara pasti titik terangnya. Barangkali raja mendengar berbagai macam gosip dan desas-desus yang biasa terjadi di kalangan para menterinya dan kisah yang melibatkan isteri ketua menterinya dan Yusuf, tetapi raja itu tidak    begitu    peduli   dengan     apa    yang   didengarnya.      Sebab    cerita-cerita semacam ini sudah menjadi hal yang biasa dan sering terjadi di dunia istana yang glamor. Akhirnya, isteri al-Aziz dan semua wanita yang pernah dijamunya hadir di depan raja.

Raja bertanya: "Bagaimana cerita Yusuf yang sebenarnya? Apa yang kalian ketahui tentangnya? Apa benar ia terlibat dalam skandal seks? Salah   seorang   perempuan   memotong   pembicaraan   raja   dan   berkata:   "Demi Allah, kami tidak mengetahui bahawa ia melakukan suatu keburukan." Wanita yang lain berkata: "Yusuf adalah seorang yang suci bagaikan seorang malaikat." Kemudian      pandangan      tertuju   kepada    isteri  al-Aziz  yang   tampak     pucat.   Ia menampakkan   kerinduan   untuk   melihat   wajah   Yusuf.   Ia   mengaku   bahawa   ia telah   berbohong   dan   Yusuf   adalah   orang-orang   yang   benar.   Ia   benar-benar telah    menggoda      Yusuf   namun     Yusuf   menolak.     Ia  menegaskan      bahawa     ia benar-benar mengatakan yang sesungguhnya, bukan kerana takut kepada raja dan   juga   wanita-wanita   yang   lain.   Fikirannya   masih   berputar   sekitar   Yusuf. Akhirnya,   Yusuf   dibebaskan   dari   berbagai   tuduhan.   Allah   s.w.t   menceritakan

proses pengadilan ini dan penyusutan ini dalam firman-Nya:

"Raja   berkata:   (kepada   wanita-wanita   itu):   'Bagaimana   keadaanmu   ketika

kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepada- mu) ? Mereka berkata: Maha sempurna Allah, kami tiada mengetahui sesuatu keburukkan darinya.   Berkata   isteri   al-Aziz:   'Sekarang   jelaslah   kebenaran   itu,   akulah yang    menggodanya     untuk      menundukkan   dirinya     (kepadaku)       dan sesungguhnya   dia   termasuk orang-orang yang benar.' Yusuf berkata:   'Yang demikian itu agar dia (al-Aziz) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak berkhianat       kepadanya      di   belakangnya,      dan    bahawasanya       Allah    tidak meredhai tipu daya orang- orang yang berkhianat. " (QS. Yusuf: 51-52)

Al-Qur'an al-Karim menceritakan kepada kita proses pengakuan isteri al- Aziz dengan menggunakan lafal-lafal insipiratif yang mengisyaratkan adanya luapan emosi      dan    perasaan     yang    dalam:     "Akulah     yang    menggodanya        untuk menundukkan dirinya (kepadaku) dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang   benar.   "   Itu   adalah   suatu   penyaksian   yang   utuh   dari   wanita   tersebut tentang   dosanya   serta   kesucian   dan   kejujuran   Yusuf.   Suatu   kesaksian   yang tidak didorong oleh rasa takut atau rasa khawatir atau apa pun lainnya.

Konteks   Al-Qur'an   mengungkapkan   faktor   yang   lebih   dalam   dari   semua   ini. Yaitu    keinginan    wanita    itu  agar   lelaki   yang   telah   mencela     kesombongan feminisnya       tetap     menghormatinya.         Ia   tidak    ingin    lelaki   itu    terus merendahkannya sebagai wanita yang salah. Ia ingin meluruskan fikiran lelaki tentang   dirinya.     "Yang   demikian   itu   agar   dia   (al-Aziz)   mengetahui    bahawa sesungguhnya       aku   tidak   berkhianat    kepadanya     di  belakangnya."      Aku   tidak seburuk yang dibayangkannya. Barangkali ia mulai menangis ketika berkata:

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu    itu  selalu   menyuruh      kepada     kejahatan,     kecuali   nafsu   yang    diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampunan lagi Maha Penyayang. " (QS. Yusuf: 53)

Melalui   perenungan   ayat-ayat   tersebut,   kita   dapat   mengetahui   bahawa   isteri al-Aziz   mengikuti   agama   Nabi   Yusuf.   Ia   mengikuti   agama   tauhid.   Penahanan Yusuf   telah   membuat   perubahan   drastik   dalam   hidupnya.   Ia   beriman   kepada Tuhannya dan memeluk agama Yusuf. Ia mencintai Yusuf meskipun beliau jauh dan tidak bertemu dengannya.

diangkatnya Nabi Yusuf A.S menjadi pejabat Negara

"Dan raja berkata: 'Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang tepat bagiku.' Maka tatkala raja telah bercakap- cakap dengan dia, dia berkata: 'Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan        tinggi  lagi   dipercayai    pada    sisi  kami.'   Berkatalah     Yusuf: 'Jadikanlah      aku   bendaharawan       negara    (Mesir);   sesungguhnya       aku   adalah orang     yang   pandai    menjaga,      lagi  berpengetahuan.'       Dan    demikian     Kami memberi   kedudukan   kepada   Yusuf   di   negeri   Mesir;   (dia   berkuasa   penuh) pergi   menuju   ke   mana   saja   yang   ia   kehendaki   di   bumi   Mesir   itu.   Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa saja yang Kami kehendaki dan Kami tidak     menyia- nyiakan     pahala     orang-orang      yang     berbuat     baik.    Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa." (QS. Yusuf: 54-57)

Kisah Zulaikha Memeluk Islam

Setelah   itu,   Al-Qur'an   al-Karim   tidak   menyebutkan   kisah   isteri   al-Aziz   secara penuh.  AlQur'an    malah    berpindah     ke   kisah   yang   lain  sehingga    kita   tidak mengetahui urusannya ketika ia mengakui kejahatannya lalu dibarengi dengan pernyataan keimanannya terhadap agama Nabi Yusuf.

Berkenaaan   dengan   wanita   itu,   terdapat   banyak   dongeng   palsu   dan   bohong. Ada   yang   mengatakan   bahawa   suaminya   mati   lalu   ia   menikah   dengan   Yusuf. Kemudian diketahui bahawa ia masih perawan. Ia mengaku bahawa suaminya adalah seorang tua yang tidak suka mendekati wanita. Ada yang mengatakan bahawa matanya menjadi buta kerana saking seringnya ia menangis terhadap Yusuf, lalu ia keluar dari istana dan tersesat di jalan-jalan kota. Ketika Yusuf menjadi pembesar di istana, wanita itu berteriak dengan penuh kesakitan dan penyesalan   sambil   berkata:   "Maha   Suci   Allah   yang   menjadikan   seorang   raja budak       kerana     kemaksiatannya         dan     menjadikan       budak      raja    kerana ketaatannya." Kemudian Yusuf bertanya: "Suara siapa itu? Dikatakan padanya: "Itu   adalah    isteri  al-Aziz   yang   keadaannya       telah   berubah.    Sebelumnya ia menjadi   mulia   dan   kini   menjadi   hina."   Kemudian   Yusuf   memanggilnya   dan bertanya      kepadanya:     "Apakah     masih   tersisa   dalam    dirimu    rasa  cinta   pada diriku?" Wanita itu menjawab: "Sungguh, memandang wajahmu lebih aku cintai daripada   dunia.   Hai   Yusuf,   berikanlah   padaku   ujung   cemetimu."   Lalu   Yusuf memberikan kepadanya. Ia meletakkan di dadanya. Yusuf melihat cemeti itu bergetar     di  tangannya     dengan     goncangan     yang    sangat   keras   kerana    detak jantungnya       yang    kuat.    Masih    banyak     kebohongan-kebohongan           lain   dan dongeng-dongeng           lain   yang     berkenaan       dengannya.        Kisah-kisah     yang disampaikan itu semua laksana drama romantis yang berakhir pada kehancuran cinta.

Al-Qur'an     al-Karim     tidak   menyebutkan       akhir    dari  kehidupan      wanita    itu. Al-Qur'an   sengaja   menutup   kisahnya   setelah   ia   bersaksi   dan   beriman   kepada Nabi Yusuf. Tentu di balik semua ini terdapat tujuan agamis. Pada dasarnya, kisah   itu   adalah   kisah   Yusuf,   bukan   kisah   wanita   itu.   Jadi,   yang   ditonjolkan oleh Al-Qur'an adalah kisah Yusuf, bukan kisah isteri al- Aziz. Di balik semua ini juga terdapat tujuan seni yang tinggi. Wanita itu muncul dalam kisah itu dan ia bersembunyi atau menghilang di saat yang tepat. Ia bersembunyi ketika berada di puncak penderitaannya. Raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang tepat bagiku." Yusuf masuk menemui raja. Raja berbicara dengannya dengan bahasanya dan Yusuf pun mampu menjawabnya.

Kisah Kecerdasan Nabi Yusuf A.S

Raja   berbicara     dengan    bahasa    kedua    dan  Yusuf   pun   menjawabnya   dengan bahasa Arab. Raja bertanya: "Bahasa apa ini?" Ini adalah bahasa Ismail, paman ayahku,   kata   Yusuf.   Kemudian   Yusuf   berbicara   dengan   raja   dengan   bahasa Ibrani. Raja bertanya: "Bahasa apa ini?" Yusuf berkata: "Ini adalah bahasa orang tuaku, Ibrahim, Ishak dan Yakub." Raja itu memang mampu berbicara dengan lebih dari satu bahasa namun ia mendapati Yusuf justru memiliki kemampuan berbahasa lebih tinggi darinya.

Raja   kagum   dengan   wawasan   luas   yang   dimiliki   Nabi   Yusuf   dan   kedalaman ilmunya   yang   mengesankan.   Kemudian   pembicaraan   menjalar   pada   masalah mimpi.      Yusuf   menasihati     raja   agar   memulai      rencana    yang    tepat   untuk mengumpulkan         makanan       dan   menyimpannya         dalam    rangka     menghadapi tahun-tahun      penceklik.    Yusuf   memberikan       pengertian    kepada    raja   bahawa kelaparan   akan   melanda   Mesir   dan   kota-kota   di   sekitarnya.   Oleh   kerana   itu, negeri Mesir harus siap-siap untuk menghadapi suasana yang sangat sulit itu, demikian   juga   negeri-negeri   di   sekitarnya.   Dari   sini   kita   memahami   bahawa negeri Mesir memiliki kedudukan penting dalam percaturan sejarah kuno. Raja bertanya      tentang     pelaksanaan      rencana.     Salah    satu   yang    dikatakannya sebagaimana disebutkan dalam tafsir al-Qurtubi: "Seandainya penduduk Mesir dapat melaksanakan apa-apa yang berkenaan dengan masalah ini. Tetapi sulit ditemukan di antara mereka orang-orang yang jujur."

Raja   mengisyaratkan   pada   kelompok  yang   berkuasa   dan   kelompok-   kelompok lain   di  sekitarnya   bahawa   untuk   mendapat        kejujuran    pada   kelompok   yang bergaya     hidup    mewah     tersebut   merupakan      hal   yang   sangat   sulit.  Setelah pengakuan raja kepada Yusuf tentang hakikat ini, Yusuf berkata: "Kalau begitu, jadikanlah   aku   sebagai   pengawas   atas   kekayaan   bumi.   Aku   adalah   seorang pengawas   yang   sangat   teliti   dan   berpengetahuan."   Tentu   dalam   pernyataan tersebut,   Yusuf   tidak   menginginkan   keuntungan   peribadi.   Sebaliknya,   Yusuf memikul amanat untuk memberikan makan bagi masyarakat yang lapar selama tujuh     tahun.    Yaitu,    masyarakat     yang    seandainya      mereka     lapar,    maka penguasanya   dapat   mempermainkan   mereka.   Dalam   masalah   ini,   sebenarnya terdapat pengorbanan Nabi Yusuf.

Konteks     Al-Qur'an    tidak  menetapkan       bahawa     raja  setuju.   Seakan-akan      Al- Qur'an     al-Karim     mengatakan       bahawa     permintaan      tersebut     mengandung persetujuan      sebagai    bentuk    penambahan      penghormatan       kepada    Yusuf    danmenunjukkan   kedudukannya   di   sisi   raja.   Jadi,   jawapan   raja   atas   permintaan Yusuf   tidak   disebutkan.     Akhirnya,    kita   memahami      bahawa   Yusuf    kemudian  berada      di  tempat     yang    diusulkannya.      Demikianlah      Allah   s.w.t   memberi kedudukan        kepada      Yusuf    di    negeri    Mesir.     Ia   menjadi      orang    yang bertanggungjawab             terhadap        pengelolaan         kekayaan         Mesir       dan perekonomiannya. Beliau menjadi ketua para menteri besar. Barangkali sesuai dengan   tradisi   saat   itu,   beliau  mendapat   dua   tugas   sekaligus:   tugas   sebagai kepala pemerintahan dan kepala urusan logistik.

Kisah Nabi Yusuf A.S bertemu saudaranya kembali

Konteks   Al-Qur'an   tidak   memberitahukan   kepada   kita   tindakan-tindakan   Nabi Yusuf   di   Mesir.   Kita   hanya   mengetahui   bahawa   beliau   adalah   seorang   yang bijaksana   dan   sangat   mengerti   berbagai   persoalan.   Kita   mengetahui   bahawa beliau adalah seorang yang terpercaya dan jujur. Oleh kerana itu, selama Nabi Yusuf   duduk   di   kerusi   pemerintahan,   maka   perekonomian   Mesir   tidak   perlu dikhuatirkan.      Kemudian      roda   zaman     berputar.    Tahun-tahun       kejayaan    dan kesenangan   berlalu   dengan   cepat,   dan   datanglah   tahun-tahun   kelaparan.   Di sini   konteks   Al-Qur'an    tidak   menyebutkan       keadaan     raja   dan  para   menteri. Seakan-akan masalah hanya terfokus pada Yusuf. Al-Qur'an tidak menyebutkan kepada kita bahawa kelaparan telah dimulai. Ia tidak   menggambarkan kepada   kita    proses   permulaan      musim   kelaparan      itu.

Kitab     suci    itu   justru    membentangkan          suatu     peristiwa     yang    dialami saudara-saudara   Yusuf di   mana   mereka   datang   dari Palestina   untuk   membeli makanan   di   Mesir.   Yaitu   makanan   yang   saat   itu   di   bagi   dengan   sistem   yang menyerupai       sistem    pengagihan.      Penggunaan      sistem    tersebut    menunjukkan bahawa        mereka      berada      dalam      puncak      peradabannya.  Yusuf     ingin membandingkan          antara     kebutuhan      orang-    orang    yang    memerlukan        dan persediaan makanan yang akan digunakan di masa yang lama. Oleh kerana itu, tidak   setiap   orang   yang   memiliki   daya   beli     tinggi   berkesempatan   membeli barang-barang   yang   ingin   disimpannya   sehingga   orang-orang   yang   lain   akan mati   kelaparan.   Ada   yang   mengatakan   bahawa   beliau   memberi   pada   setiap orang—pada satu masa—seberat muatan unta. Sementara itu, saudara-saudara Yusuf   datang   dari   gurun.   Mereka   datang   guna   membeli   makanan   dari   Mesir. Dalam peribahasa Mesir dikatakan: "Seandainya Mesir kenyang dan dunia lapar, maka Mesir akan mengenyangkannya tetapi kalau Mesir lapar, maka dunia tidak akan mengenyangkannya."

Kini saudara-saudara Yusuf yang telah menceburkannya ke dalam telaga telah datang.    Anak-anak      Nabi   Yakub     datang     dan   berbaris     dalam    rombongan orang-orang yang membutuhkan. Yusuf duduk di atas singgahsana Mesir sebagai seorang     penguasa     yang    memerintah       dan   melarang.     Yusuf   bergegas     untuk menjamin       kelangsungan       kehidupan     manusia.      Beliau   dikelilingi   oleh    para menterinya,      orang-orang     penting,   dan    para   tentera.   Nabi   Yusuf    segera mengenali saudara-saudaranya, sedangkan mereka tidak mengenalinya. Mereka telah    terpisahkan     cukup    lama   dengan     Yusuf   di  mana     keadaan  sangat menyusahkan   mereka   sehingga   mereka   datang   dari   Palestina   untuk   mencari makan di Mesir.

 Terjadilah     dialog   antara    Yusuf    dan   saudara-saudaranya       tanpa    mereka mengetahui identiti Yusuf. Saudara-saudara Yusuf itu berjumlah sepuluh orang, namun       mereka      membawa        sebelas     unta.     Yusuf    bertanya      kepada mereka—melalui—salah          seorang    penterjemah—agar       beliau   tidak   berbicara dengan mereka dengan bahasa mereka, yaitu bahasa Ibrani: "Undang- undang kita memutuskan untuk memberikan makanan pada setiap orang sesuai dengan kemampuan   unta   mengangkut   makanan   itu.   Berapa   jumlah   kalian?"   Mereka menjawab: "Sebelas orang." Yusuf berkata kepada salah seorang penterjemah: "Katakan     kepada   mereka,    bahasa    kalian  berbeza    dengan   bahasa    kami   dan pakaian   kalian   pun   berbeza   dengan   pakaian   kami.   Barangkali   kalian   adalah mata-mata."   Mereka   menjawab:  

"Demi   Allah,   kami   bukan   mata-mata   tetapi kami adalah keturunan dari seorang ayah yang baik." Yusuf bertanya: "Kalian mengatakan bahawa jumlah kalian sebelas padahal, kalian berjumlah sepuluh." Mereka     menjawab:      "Sebenarnya    kami   adalah    dua   belas  saudara,    seorang saudara   kami   meninggal   di   daratan   dan   kami   mempunyai   saudara   yang   lain yang sangat dicintai oleh orang tua kami dan ia tidak mampu untuk bersabar ketika   berpisah   dengannya.   Oleh   kerana   itu,   kami   datang   dengan   membawa untanya      sebagai    ganti   darinya."    Yusuf   berkata:    "Bagaimana      aku   bisa memastikan       kejujuran    kalian?"  Mereka    menjawab:      "Pilihlah  sesuatu    yang engkau     dapat   menjadi    tenang   dengannya."    Yusuf   berkata:   "Undang-undang kami   menetapkan   untuk   tidak   memberikan   makanan   kepada   seseorang   yang tidak ada. Kerana itu, datangkanlah saudara kalian agar aku dapat memberinya makanan.      Tidakkah   kalian   mengetahui     bahawa   aku   menegakkan   timbangan dengan jujur?" Demikianlah dialog terus berlangsung antara saudara-saudara Yusuf dan Yusuf. Yusuf   memberitahukan   kepada   mereka   bahawa   kali   ini   mereka   mendapatkan pengecualian   (keringanan)   dan   keistimewaan.   Tetapi,   jika   pada   masa   yang akan   datang   mereka   datang   tanpa   membawa   saudara   mereka,   maka   Yusuf tidak   akan   memberikan   makanan   kepada   mereka.   Mereka   berkata   padanya, bahawa kami akan berusaha memuaskan ayah kami atau meyakinkan ayah kami untuk     meninggalkan     saudara    kami   itu  bersama     kami.   Berkenaan     dengan peristiwa tersebut, Allah s.w.t berfirman: "Dan    saudara-saudara      Yusuf    datang   (ke   Mesir)   lalu  mereka     masuk    ke (tempatnya).      Maka   Yusuf   mengenal     mereka,    sedang    mereka    tidak   kenal (lagi)   kepadanya.   

 Dan   tatkala   Yusuf    menyiapkan      untuk   mereka     bahan makanannya, ia berkata: 'Bawalah kepadaku saudaramu yang seayah dengan kamu   (Bunyamin),   tidakkah   kamu   melihat   bahawa   aku   menyempurnakan sukatan     dan   aku   adalah    sebaik-baik    penerima    tamu.    Jika   kamu    tidak membawanya kepadaku,   maka  kamu  tidak   akan   mendapatkan   sukatan   lagi dariku     dan   jangan    kamu    mendekatiku.'      Mereka     berkata:    'Kami   akan membujuk   ayahnya   untuk   membawanya   (ke  mari)   dan   sesungguhnya   kami benar-benar         akan      melaksanakannya.'         Mereka    berkata       kepada bujangan-bujangannya:              'Masukkanlah          barang-barang          (penukar kepunyaan-kepunyaan          mereka)    ke   dalam   karung-karung      mereka,    supaya mereka mengetahuinya apabila mereka telah kembali kepada keluarganya, mudah-mudahan mereka kembali lagi.'" (QS. Yusuf: 58-62) Kemudian berpindahlah peristiwa di Mesir ke peristiwa yang terjadi di Kan'an. Saudara-saudara   Yusuf   kembali   pulang   dan   menemui   ayah   mereka.   Sebelum mereka menurunkan muatan yang dibawa oleh unta, mereka masuk menemui ayah mereka: "Sungguh kami tidak mendapatkan sukatan gandum. Ini terjadi kerana      engkau     melindungi      dan    mempertahankan         anakmu."      Mereka mengatakan:   "Kami   tidak   akan   memberikan   makanan   bagi   orang   tak   hadir. Mengapa engkau tidak merasa aman ketika kami membawanya? Biarkanlah ia pergi   bersama   kami   dan   sesungguhnya   kami   akan   menjaganya."   Jelas   sekali bahawa     dialog    tersebut    bertujuan     untuk    memujukkan       si   ayah    dan membebankan tanggung jawab kepadanya dalam hal ketidakmampuan mereka memperoleh makanan. Namun, si ayah menjawab dengan menggunakan sopan santun para nabi. Ia berkata bahawa ia tidak merasa aman terhadap mereka atas    anaknya     yang    kecil  sebagaimana      kekhuatirannya      terhadap     Yusuf sebelumnya,      dan   ia  tidak  peduli   atau  tidak   begitu  yakin   dengan    ucapan mereka:      "Sungguh     kami    sebaik-baik    penjaga.    Kerana,     Allah   s.w.t-lah sebaik-baik penjaga dan Maha Pengasih di antara yang mengasihi." Anak-anak itu membuka wadah-wadah yang mereka bawa untuk mengeluarkan biji-bijian   makanan   yang   ada   di   dalamnya.   Tiba-tiba   mereka   mendapatkan barang-barang   mereka   telah   dikembalikan   bersama   makanan.  

Pengembalian harga     menunjukkan       ketidakinginan     untuk    menjual    atau    itu  semacam peringatan, dan barangkali itu merupakan hal yang mengganggu mereka agar mereka kembali membenarkan harga pada kali yang kedua. Melihat kenyataan tersebut,   anak-anak   itu   segera   menuju   ke   ayah   mereka   sambil   mengatakan: "Wahai    ayah   kami,   kami    tidak  berbuat    aniaya   dan  kami   tidak   berbohong kepadamu. Sungguh harga yang telah kami beli dikembalikan kepada kami. Ini bererti bahawa mereka tidak akan menjual kepada kami kecuali jika saudara kami pergi bersama kami." Demikianlah   dialog   antara   mereka   dan   ayah   mereka   terus   berlanjut.   Mereka memberikan pengertian kepada ayahnya bahawa kecintaannya kepada seorang anaknya   dan   hubungan   dekat   dengannya   justru   mengorbankan   kepentingan mereka      dan    menjatuhkan      perekonomian       mereka.     Mereka     ingin   untuk menambah   perbekalan   mereka   dan   mereka   berjanji   akan   menjaga   saudara mereka dengan penjagaan yang sangat hebat.

 Dialog tersebut berakhir dengan persetujuan si ayah terhadap keinginan mereka dengan syarat, bahawa mereka berjanji   untuk   membawa   pulang   anaknya   kecuali   jika   mereka   dikepung   oleh musuh     dan   mereka    tidak   mampu     menyelamatkannya.        Si  ayah  menasihati mereka untuk tidak masuk—kerana mereka berjumlah sebelas orang—dari satu pintu    dari   pintu-pintu    Mesir   sehingga    tak   seorang    pun    yang   menaruh kecurigaan.

 Barangkali    si  ayah  mengkhuatirkan      terjadinya    pencurian    atau kedengkian, namun konteks ayat tersebut tidak menceritakan kepada kita apa yang dikhuatirkan oleh si ayah. Akhirnya, Nabi Yakub bertawakal kepada Allah s.w.t   dan   menyerahkan   urusan   anaknya   pada   mereka.   Berkaitan   dengan   hal tersebut, Allah s.w.t berfirman: "Maka tatkala mereka telah kembali kepada ayah mereka (Yakub), mereka berkata:   'Wahai   ayah   kami,   kami   tidak   akan   mendapat   sukatan   (gandum) lagi, (jika tidak membawa saudara kami), sebab itu biarkanlah saudara kami pergi bersama-sama kami supaya kami mendapat sukatan, dan sesungguhnya kami    benar-benar      akan   menjaganya.'     Berkatalah    Yakub:    'Bagaimana   aku akan   mempercayakannya   (Bunyamin)   kepadamu,   kecuali   seperti   aku   telah mempercayakan         saudaranya     (Yusuf)    kepada    kamu    dahulu?.'   Maka    Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.'  Tatkala     mereka      membuka        barang-barangnya,        mereka menemukan         kembali    barang-barang      (penukaran)     mereka,     dikembalikan kepada     mereka.     Mereka    berkata:    Wahai    ayah   kami apa   lagi  yang   kita inginkan.   Ini   barang-barang   kita dikembalikan   kepada kita, dan   kami   akan dapat   memberi   makan   keluarga   kami,   dan   kami   akan   dapat   memelihara saudara kami, dan kami akan mendapat tambahan sukatan (gandum) seberat beban seekor unta. Itu adalah sukatan yang mudah (bagi raja Mesir). Yakub berkata:   'Aku   sekali-kali   tidak   akan   melepaskannya   (pergi)   bersama-sama kamu,   sebelum   kamu   memberikan   kepadaku   janji   yang   teguh   atas Allah,    bahawa     kamu    pasti   akan    akan   membawanya         kembali    kepadaku, kecuali     jika  kamu    dikepung     musuh.'     Tatkala   mereka     memberikan       janji mereka,   maka   Yakub   berkata:   'Allah   adalah   saksi   terhadap   apa   yang   kita ucapkan      (ini).'  Dan   Yakub     berkata:    'Hai  anak-anakku,       janganlah    kamu (bersama-sama)         masuk     dari   satu    pintu   gerbang,     dan    masuklah      dari pintu-pintu      gerbang   yang   berlain-lain;    namun     demikian    aku   tiada   dapat melepaskan        kamu     barang    sedikit    pun   dari   (takdir)    Allah.

  Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada- Nya-lah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri.' Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiadalah melepaskan mereka sedikit pun dari takdir   Allah,   akan   tetapi   itu   hanya  suatu   keinginan   pada   diri   Yakub   yang telah    ditetapkannya.       Dan    sesungguhnya       dia   mempunyai       pengetahuan, kerana      Kami    telah   mengajarkan       kepadanya.       Akan    tetapi   kebanyakan manusia tiada mengetahui." (QS. Yusuf: 63-68) Kali ini saudara-saudara Yusuf yang sebelas orang itu kembali lagi: "Dan     tatkala   mereka  masuk     he   (tempat)     Yusuf    membawa       saudaranya (Bunyamin)   ke   tempatnya,   Yusuf   berkata:   'Sesungguhnya   aku   (ini)   adalah saudaramu,   maka   janganlah   kamu   berduka   cita   terhadap   apa   yang   telah mereka kerjakan.'" (QS. Yusuf: 69) Konteks     Al-Qur'an   mengarah      ke  keadaan    Yusuf   di  mana    beliau   melindungi saudaranya   dan   menunjukkan   padanya   rahsia   kekerabatannya.   Tentu   hal   ini tidak    terjadi   saat  saudara-saudara      Yusuf    masuk    menemuinya       kerana   jika demikian nescaya mereka akan mengetahui hubungan kekerabatan Yusuf. Hal ini   terjadi    dalam    ketersembunyian        sehingga    saudara-    saudaranya      tidak mengetahui.   Tapi   konteks   ayat   tersebut   yang   sangat   mengagumkan,   sengaja berpindah pada keadaan pertama yang dialami Yusuf di mana beliau tampak khawatir saat mereka masuk menemuinya dan saat beliau melihat saudaranya. Demikianlah,     Al-Qur'an    menjadikannya      sebagai    tugas    pertama     kerana    ia merupakan sesuatu yang pertama kali terlintas dalam hati Yusuf.

Ini termasuk ungkapan yang dalam yang terdapat pada Kitab yang agung ini. Ayat tersebut juga tidak menyinggung masa perjamuan dan apa yang terjadi saat itu antara Yusuf dan saudara-saudaranya. Ia justru mengungkapkan peristiwa saat mereka meninggalkan         tempat      itu.    Yusuf     merencanakan         sesuatu     terhadap saudara-saudaranya. Yusuf ingin agar saudaranya yang kecil tetap bersamanya. Yusuf     mengetahui      bahawa      usahanya     untuk menahan      saudaranya      akan menimbulkan        kesedihan    buat   ayahnya,    dan   barangkali    kesedihan-kesedihan baru akan menumpuki kesedihan-kesedihan si ayah. Mungkin saja peristiwa ini akan mengingatkannya tentang hilangnya Yusuf.

Yusuf   mengetahui   semua   itu.   Beliau   memandangi   saudaranya.   Dan   tidak   ada alasan    kuat   untuk   menahannya.       Kerana   itu,  mengapa      ia  harus  menahan saudaranya      dengan   cara   demikian?    Al-Qur'an   menyinggung      rahsia  tersebut, yaitu   bahawa   Yusuf   bergerak   di   bawah   bimbingan   wahyu   Ilahi.   Allah   s.w.t menginginkan       agar    Yakub    menerima      ujian   dan   menjalani     puncak    dari penderitaan, sehingga ketika beliau mampu melalui berbagai penderitaan dan bersabar     atasnya,   maka    Allah   s.w.t   akan   mengembalikan       padanya    kedua puteranya, dan akan mengembalikan juga matanya yang buta. Rencana Yusuf sudah matang. Yusuf memerintahkan para pengawalnya untuk meletakkan   gelas   raja   yang   terbuat   dari   emas   di   tempat   penyimpanan   yang dibawa     saudaranya     secara   rahsia.  Gelas   itu  digunakan    sebagai   alat  untuk menimbang   gandum   di   mana   gelas   tersebut   tentu   sangat   mahal   kerana   ia terbuat dari emas murni. Akhirnya, gelas tersebut disembunyikan dalam barang bawaan      saudaranya.     Saudara-saudara      Yusuf   bersiap-siap    untuk   pergi   dan bersama mereka saudara mereka yang kecil. Kemudian pintu kota pun ditutup dan tiba-tiba berteriaklah seseorang: "Hai kafilah, kalian adalah pencuri." Teriakan tentera tersebut menghentikan langkah semua kafilah. Kini, mereka semua     menjadi     tertuduh.   Orang-orang     berdatangan      dan   bersama    mereka saudara-saudara        Yusuf.    "Barang    apa    yang    hilang    dari   kamu?"   tanya saudara-saudara   Yusuf.   Para   tentera   itu   menjawab:   "Kami   kehilangan   gelas milik raja yang terbuat dari emas. Barang siapa yang mampu mendatangkannya dan    menemukannya,        maka     kami   akan    memberikan      balasan.    Kami   akan memberikannya makanan yang dimuat oleh unta." Saudara-saudara bukanlah orang-orang yang mencuri.

 Para petugas keamanan Yusuf berkata (sebelumnya mereka telah mendapatkan pengarahan dari Yusuf): "Hukuman   apa   yang   kalian   inginkan   bagi   seorang   pencuri?"   Saudara-saudara Yusuf    berkata:   "Dalam    peraturan    kami,   bahawa    orang   yang   mencuri    akan menjadi budak bagi orang yang kehilangan barangnya." Petugas keamanan itu berkata:   "Kami   akan   menerapkan   peraturan   kalian.   Kami   tidak   menggunakan undang-undang        Mesir   yang   menegaskan      untuk   memenjarakan       orang    yang mencuri." Tawaran ini tentu sebagai tipu daya dan rencana jitu dari Allah s.w.t di   mana    Yusuf    diberi  ilham    untuk   membicarakan       hal  itu  pada    petugas keamanannya. Seandainya kalau bukan kerana rencana Ilahi ini, nescaya Yusuf tidak akan dapat mengambil saudaranya. Agama raja atau peraturannya tidak memutuskan untuk menjadikan budak orang yang mencuri. Salah   seorang   kepala   keamanan   berkata:   "Mulailah   kalian   memeriksa."   Yusuf memperhatikan          semua     ini   dari   sanggahannya.       Ia   telah    menyerahkan perintahnya    kepada     petugas    keamanan      untuk    pertama-     tama    memeriksa saudara-saudaranya        dan   hendaklah     mereka     tidak   mengeluarkan      gelas   raja kecuali   pada   pemeriksaaan   yang   terakhir.   Kemudian   selesailah   pemeriksaan saudara   yang   pertama,   saudara   yang   kedua   sampai   saudara   yang   kesepuluh. Dan mereka tidak menemukan barang yang dimaksud. Saudara-saudara Yusuf merasa   aman   bahawa   mereka   terlepas   dari   tuduhan   mencuri.   Mereka   mulai menarik nafas   lega   dan   mereka   berkata   bahawa   semua   di antara   kami   telah diperiksa kecuali saudara kami yang kecil. Yusuf berkata—kali ini beliau turut campur—: "Ia tidak perlu diperiksa." Tampaknya ia bukan seorang pencuri. Saudara-saudara   Yusuf   berkata:   "Kami   tidak   akan   meninggalkan   tempat   ini kecuali setelah barang bawaannya diperiksa. Ini harus dilakukan agar hati kami menjadi tenang begitu juga hati kalian. Sungguh kami adalah anak-anak dari seorang     tua   yang    baik   dan    kami   bukanlah     pencuri."    Akhirnya,     petugas keamanan   pun   memeriksa   barang   bawaan   saudaranya,   dan   tiba-tiba   mereka mengeluarkan gelas raja dari dalamnya.

Dan sesuai peraturan yang ditetapkan oleh   mereka,   saudara   Yusuf   menjadi   budak   baginya.   Saudara-saudara   Yusuf yang   merasa   tenang   dan   selamat   dari   tuduhan,   kini   mereka   mulai   mencela saudara kandung Yusuf. Mereka berkata: "Jika ia    mencuri,     maka     saudaranya      yang     dulu   pun    juga    mencuri."     Yusuf mendengarkan   tuduhan   mereka   padanya   dan   beliau   menampakkan   kesedihan yang   dalam.   Yusuf   menyembunyikan   kesedihannya   dalam   dirinya   dan   tidak menampakkan perasaannya. Yusuf berkata dalam dirinya: "Sesungguhnya sifat-sifat kalian lebih buruk, dan Allah     s.w.t   mengetahui       apa   yang     kalian   nyatakan      itu."  Beliau    ingin mengatakan: "Dengan tuduhan ini, kalian justru menambah keburukan kalian di sisi   Allah   s.w.t   daripada   si   tertuduh   kerana   kalian   menuduh   seseorang   yang sebenarnya   terlepas   dari   tuduhan   dan   Allah   s.w.t   mengetahui   hakikat   yang kalian      katakan."     Kemudian       terjadilah     keheningan       setelah     komentar saudara-saudara       yang    terakhir.  

Kemudian     hilanglah    perasaan    selamat     dan mereka      mulai    mengingat     Yakub.    Bukankah     mereka     telah   menjalin     suatu perjanjian      besar   dengannya      agar   mereka     tidak   berlaku   aniaya    terhadap anaknya? Mereka mulai merengek- rengek dan mencuba mendapat belas kasih dari Yusuf: "Wahai seorang yang mulia, wahai raja, sungguh ia mempunyai ayah yang   sudah   tua,   maka   ambillah   salah   seorang   dari   kami    sebagai    gantinya. Sungguh kami melihatmu sebagai seorang yang baik." Yusuf   berkata   dengan   penuh   ketenangan:   "Bagaimana   kalian   ingin   agar   kami melepaskan seseorang yang kami temukan gelas raja di tempatnya, lalu kalian meminta seseorang yang lain sebagai gantinya? Ini adalah tindakan yang lalim dan   kami   tidak   akan   berbuat   lalim."   Saudara-saudara   Yusuf   berusaha   untuk terus    meminta     belas  kasihnya    tetapi   petugas    keamanan     dan   para   tentera meyakinkan mereka bahawa pemimpin Mesir, Yusuf yang jujur, telah berbicara dan     mengeluarkan       perintah.    Kerana    itu,   hendaklah     mereka     pergi    dan meninggalkan saudara mereka sebagai budak di sisinya. Kemudian saudara-saudara Yusuf mulai bergerak. Mereka tidak mengetahui apa yang    harus   mereka    lakukan    saat   menghadapi      musibah    yang   baru   ini,  dan bagaimana mereka akan menghadapi ayah mereka dan menceritakan padanya apa yang terjadi. Salah seorang saudara yang paling tua duduk di atas tanah dan   berkata:   "Aku   tidak   akan   bergerak   dari   tempatku.   Kalian   telah   berbuat aniaya     terhadap    Yusuf    sebelumnya,     dan    sekarang    kalian   berbuat    aniaya terhadap      saudaranya.     Pulanglah    kalian   pada    ayah   kalian   tanpa   aku    dan ceritakan padanya apa yang terjadi. Allah s.w.t berfirman: "Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka, Yusuf memasukan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: 'Hai kafilah, sesungguhnya kamu adalah   orang-orang   yang   mencuri.'   Mereka   menjawab,   sambil   menghadap kepada      penyeru-penyeru        itu:  'Barang    apakah     yang   hilang    dari   kamu?' Penyeru-penyeru   itu   berkata:   'Kami   kehilangan   piala   raja,   dan   siapa   yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan (seberat) beban unta,   dan   aku   menjamin   terhadapnya.'   Saudara-saudara   Yusuf   menjawab:

'Demi   Allah,   sesungguhnya   kamu   mengetahui   bahawa   kami   datang   bukan untuk membuat kerosakan di negeri (ini) dan kami bukanlah para pencuri.' Mereka  berkata:   'Tetapi   apa   balasannya   jika   kamu   betul-   betul   pendusta?' Mereka menjawab: 'Balasannya, ialah pada siapa diketemukan (barang yang hilang)    dalam    karungnya,      maka    dia  sendirilah    balasannya     (tebusannya). Demikianlah   kami   memberi   pembalasan   kepada   orang-orang   yang   zalim.'

Maka      mulailah      Yusuf    (memeriksa)        karung-karung       mereka       sebelum (memeriksa)   karung   saudaranya   sendiri,   kemudian   dia   mengeluarkan   piala raja   itu   dari   karung   saudaranya.   Demikianlah   Kami   atur   untuk   (mencapai maksud)      Yusuf.   Tiadalah    patut    Yusuf   menghukum       saudaranya      menurut undang-undang   raja,   kecuali   Allah   menghendakinya.   Kami   tinggikan   darjat orang      yang    Kami     kehendaki:      Dan     di   atas    tiap-tiap    orang    yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. Mereka berkata: 'Jika ia mencuri,      maka     sesungguhnya      telah    pernah    mencuri     pula    saudaranya sebelum itu.' Maka Yusuf menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka.

Dia berkata (dalam hatinya): 'Kamu lebih buruk dari kedudukanmu (sifat- sifatmu) dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu. Mereka berkata: 'Wahai al-Aziz, sesungguhnya ia mempunyai ayah yang sudah lanjut usianya, lantaran itu ambillah salah seorang di antara kami sebagai gantinya, sesungguhnya kami melihat kamu termasuk      orang-orang     yang berbuat    baik.'  Berkata    Yusuf:    'Aku   mohon perlindungan      kepada     Allah  dari  menahan      seseorang,    kecuali   orang   yang kami   ketemukan   harta   benda   kami   padanya,   jika   kami   berbuat   demikian, maka   benar-benarlah   kami   orang-orang   yang   zalim.'   Maka   tatkala   mereka berputus asa daripada (putusan) Yusuf mereka menyendiri sambil berunding dengan berbisik-bisik. Berkatalah yang tertua di antara mereka: 'Tidakkah     kamu    ketahui    bahawa    sesungguhnya      ayahmu     telah   mengambil janji    dari   kamu     dengan     nama     Allah   dan    sebelum   itu   kamu     telah menyia-nyiakan Yusuf. Sebab itu, aku tidak akan meninggalkan negeri Mesir, sampai ayahku mengizinkan kepadaku (untuk kembali) atau Allah memberi keputusan   terhadapku.   Dan   Dia   adalah   hakim   yang   sebaik-baiknya.'"  

(QS. Yusuf: 70-80) Saudara-saudara       Yusuf   menetapkan      akan   kembali    tanpa    saudara   kandung mereka   yang   paling   besar   dan   tanpa   saudara   kandung   mereka   yang   paling kecil. Mereka masuk menemui ayahnya dan berkata: "Wahai ayahku, anakmu benar-benar       mencuri."     Dengan      penuh     kehairanan     ayahnya      bertanya, seakan-akan ia mendustakan apa yang didengarnya: "Apa yang kalian katakan?" Mereka      menceritakan      apa   yang    telah   terjadi. 

Mereka    memberitahukan kepadanya bahawa mereka mengatakan apa yang benar-benar mereka saksikan dengan   mata   kepala   mereka   sendiri.   Kalau   ayah   mereka   ragu,   hendaklah   ia bertanya kepada orang-orang yang bersama mereka di Mesir, dan hendaklah ia bertanya kepada kafilah yang datang bersama mereka. Kali ini mereka benar. Terdapat banyak saksi yang mendukung mereka. Nabi    Yakub    berusaha    mendengar      apa   yang   mereka     katakan    dan   dengan kesedihan     yang   diliputi  dengan    kesabaran    dan  mata    yang   menangis   beliau berkata:   "Hanya   dirimu   sendiri   yang   memandang   baik   perbuatan   yang   buruk itu. Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku. Mudah-mudahan Allah s.w.t mendatangkan         mereka      semuanya      kepadaku.      Sesungguhnya      Dia    Maria Mengetahui dan Maha Bijaksana." Yakub tidak percaya kepada mereka kerana mereka sebelumnya telah berbuat kelaliman. Akhirnya, Yakub mulai merasakan kesepian. Ia hidup tanpa ditemani puteranya yang lebih dicintainya daripada saudara-saudaranya   yang   lain.  

Kisah pertemuan Nabi Yakub A.S dan Nabi Yusuf A.S

Yakub   adalah   seorang   yang   sudah   tua   dan   di masa   tuanya   Allah   s.w.t   mengujinya   dengan   kesepian   dan   kesendirian   tetapi Yakub     telah  mewasiatkan      kesabaran    dalam   dirinya   dan   bertawakal   kepada Allah   s.w.t.

 Yakub   telah   berusaha   menerapkan   kesabaran   yang   indah   tanpa mengadukan   apa   yang   dialaminya   kepada   seseorang   pun   selain   Allah   s.w.t. Beliau hanya mengharap kebaikan kepada Allah s.w.t dan berharap kepada-Nya untuk      mendatangkan       semua      anak-anaknya.      Sesungguhnya       Allah    s.w.t mengetahui keadaannya dan Dia Maha Bijaksana, Maha Penyayang, dan Maha Pengasih terhadap hamba-Nya.

 Nabi   Yakub   pergi   dan   kembali   ke   kamarnya.   Mendengar   peristiwa   tersebut, beliau     kembali    terkenang     dengan  peristiwa    lamanya     berkenaan      dengan anaknya      Yusuf.   Ia  mulai   merenung     sambil    berkata:    "Aduhai   duka    citaku terhadap Yusuf." Keluarlah dalam hatinya suatu kegoncangan cinta yang dalam lalu   kedua    matanya  dipenuhi    dengan    air  mata   yang   banyak    yang   semakin menambah   kesedihannya.   Allah   s.w.t   memberitahukan  kepada   kita   tentang dialog    yang   terjadi  antara   saudara-saudara      Yusuf   dan   ayah   mereka    dalam firman-Nya: "Kembalilah       kepada      ayahmu       dan    katakanlah:      'Wahai     ayah     kami! Sesungguhnya   anakmu   telah   mencuri;   dan   kami   hanya   menyaksikan   apa yang   kami   ketahui   dan   sekali-kali   kami   tidak   dapat   menjaga   (mengetahui) barang   yang   ghaib.   Dan   tanyalah   (penduduk)   negeri   yang   kami   berada   di situ,   dan   kafilah   yang   kami   datang   bersamanya,   dan   sesungguhnya   kami adalah   orang-orang   yang   benar.  

Yakub   berkata:   'Hanya   dirimu   sendirilah yang   memandang   baik   perbuatan   (yang   buruk)   itu.   Maka   kesabaran   yang baik    itulah   (kesabaranku).     Mudah-mudahan         Allah   mendatangkan       mereka semuanya       kepadaku;     sesungguhnya      Dia-lah   Yang   Maha    Mengetahui.      'Dan Yakub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: 'Aduhai duka citaku terhadap Yusuf,' dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak- anaknya). " (QS. Yusuf: 81-84) Tangisan   yang   cukup   lama   itu   menjadikan   beliau   kehilangan   matanya   atau menyerupai   sesuatu   yang   menampakkan   kehilangan   matanya.   Adakah   orang yang     mengatakan:      "Apakah    mungkin     seorang    nabi    menangis     seperti   ini? Tidakkah      menangis    justru   menampakkan       keputusasaan?"      Untuk    menjawab kegelisahan   orang   yang   bertanya   demikian,   kami   katakan:   "para   nabi   adalah manusia yang memiliki perasaan yang paling besar dan paling sensitif terhadap penderitaan. Tangisan itu sendiri merupakan bentuk dan tingkatan dari cinta. Juga merupakan bentuk pengaduan kepada Allah s.w.t. Yakub menangis kerana beliau adalah seseorang yang memiliki jiwa yang besar. Beliau tidak menangis di   hadapan   seseorang   pun.   Tangisan   beliau   sekadar   pengaduan   kepada   Allah s.w.t yang tiada seorang pun yang mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. Tangisan tersebut   tidak   difahami   oleh   anak-anaknya   di   mana   mereka   menyerang   sisi kemanusiaannya   yang   dalam   dengan   menasihatinya   agar   berhenti   menangis dan kalau tidak, kata mereka, ia akan menghancurkan dirinya sendiri." "Mereka berkata: ,Demi Allah, senantiasa kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu   mengidapkan   penyakit   yang   berat   atau   termasuk   orang-orang   yang binasa.'"    Yakub     menjawab:       "Sesungguhnya       hanyalah     kepada    Allah    aku mengadukan   kesusahan   dan   kesedihanku,   dan   aku   mengetahui   dari   Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." (QS. Yusuf: 85-86)

Nabi    Yakub     menjawab      perkataan    anak-anaknya       itu  dan   beliau   berusaha menunjukkan        alasan    dan    hakikat   dari   tangisannya.      Beliau   mengadukan persoalan-persoalannya         kepada    Allah   s.w.t   kerana     Dia  Maha    Mengetahui terhadap     banyak    hal   yang   tidak  mereka     ketahui.   Beliau   meminta  kepada mereka      agar   membiarkannya        menangis     dan   menganjurkan       mereka    untuk melakukan hal lebih bermanfaat bagi mereka. "Hai   anak-anakku,   pergilah   kamu,   maka   carilah   berita   tentang   Yusuf   dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada   yang   berputus   asa   dari   rahmat   Allah,   melainkan   kaum   yang   kafir.   " (QS. Yusuf: 87) Di tengah-tengah kesedihannya yang dalam, beliau menyingkapkan harapannya akan   rahmat   Allah   s.w.t.   Beliau   mengetahui   melalui   ilham   yang   didapatinya bahawa   Yusuf   tidak mati.   Oleh   kerana   itu,   hendaklah   saudara-saudara   Yusuf pergi    mencarinya,     dan    hendaklah    dalam    mencarinya      mereka    benar-benar berharap      kepada     Allah   s.w.t.   Kafilah    bergerak    dan    menuju     ke   Mesir. Saudara-saudara       Yusuf   berjalan   menuju     ke  al-Aziz.   Keadaan    perekonomian mereka   sedang   merosot   tajam   dan   begitu   juga   suasana   kejiwaaan   mereka, kefakiran   mereka,   kesedihan   ayah   mereka,   dan   penderitaan   yang   mengiringi mereka   sangat   meruntuhkan   kekuatan   mereka.

  Kini   mereka   menemui   Yusuf dan mereka membawa harta benda yang sangat sederhana dan hina. Mereka datang   dengan   membawa   sesuatu   yang   memiliki   harga   sangat   minimum   atau sedikit. Allah s.w.t berfirman: "Maka

 ketika   mereka    masuk     (ke  tempat)    Yusuf,   mereka     berkata:    'Hai al-Aziz,    kami   dan   keluarga    kami   telah  ditimpa    kesengsaraan     dan   kami datang membawa barang-barang yang tak berharga, maka sempurnakanlah sukatan   untuk   kami,   dan   bersedekahlah   kepada   kami,   sesungguhnya   Allah memberi balasan kepada arang-orang yang bersedekah." (QS. Yusuf: 88) Akhirnya,    mereka    terpaksa   meminta-minta.      Mereka    meminta    kepada    Yusuf agar sudi kiranya bersedekah untuk mereka dan menunjukkan belas kasihnya kepada     mereka    dengan   mengingatkan     bahawa    Allah  s.w.t   akan   membalas orang-orang      yang   bersedekah.     Di   tengah-tengah      kehinaan    mereka     dan kemerosotan mereka, Yusuf berbicara dengan bahasa mereka tanpa perantara seorang penterjemah: "Yusuf   berkata:   'Apakah   kamu   mengetahui   (kejelekan)   apa   yang   telah   kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika kamu tidak mengetahui (akibat) perbuatanmu itu?' Mereka berkata: 'Apakah kamu ini benar-benar Yusuf?' Yusuf menjawab:       'Akulah   Yusuf   dan    ini  saudaraku,    sesungguhnya     Allah   telah melimpahkan       kurnia-Nya    kepada    kami.'   Sesungguhnya     barang    siapa   yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.' Mereka berkata: 'Demi   Allah,   sesungguhnya   Allah   telah   melebihkan   kamu   atas   kami,   dan sesungguhnya       kami   adalah    orang-orang     yang   bersalah    (berdosa).'"   (QS. Yusuf: 89-91) Dialog   tersebut   menyentuh   ungkapan-ungkapan   yang   sangat   dalam   yang   ada pada    jiwa   mereka.   Penguasa    Mesir   mengagetkan     mereka    dengan    bertanya seputar apa yang telah mereka lakukan terhadap Yusuf. Nabi Yusuf berbicara dengan   bahasa   mereka   sehingga   mereka   mengetahui   bahawa   ia   benar-benar Yusuf.    Kemudian     dialog   itu  semakin    berkembang      sehingga    terungkaplah kesalahan mereka di hadapannya. Mereka telah membuat tipu daya pada Yusuf tetapi   Allah   s.w.t  memenangkan       urusan-  Nya.   Setelah   berlalu  tahun   demi tahun,   maka   tersingkaplah   tipu   daya   mereka.  

Dan   Allah   s.w.t   memenangkan rencana-Nya   dengan   cara   yang   sangat   elegan.   Masuknya   Yusuf   dalam   perigi merupakan        awal    dari   kebangkitan     untuk    menduduki       kerusi   istana    dan kekuasaan,       dan    jauhnya      beliau    dari   ayahnya justru    menjadi     sebab bertambahnya        cinta  Yakub   kepadanya.      Ini  adalah   tabir   yang   tersingkap   di depan mereka. Kali   ini,   Nabi   Yusuf   justru   benar-benar   menjadi   tumpuan   harapan   mereka. Mereka menutup dialog mereka bersamanya dengan mengatakan: "Demi Allah, sesungguhnya Allah s.w.t telah melebihkan kamu atas kami, dan kami adalah orang-orang      yang    bersalah."    Pengakuan     mereka     terhadap     kesalahan    yang mereka      lakukan   di  sisi  lain  justru  menyembunyikan         kekhuatiran     pada   diri mereka. Mungkin mereka berfikir bahawa Yusuf akan melakukan balas dendam kepada   mereka   sehingga   tubuh   mereka   tampak   gementar.   Melihat   hal   yang demikian itu, Yusuf menenangkan mereka dengan ucapannya: "Dia    (Yusuf)    berkata:    'Pada   hari   ini  tak   ada    cercaan    terhadap     kamu, mudah-mudahan   Allah   mengampuni              (kamu),   dan   Dia   Maha   Penyayang   di antara para penyayang. " (QS. Yusuf: 92) Tidak   ada   balas   dendam,   tidak   ada   celaan,   dan   tidak   ada   kebencian.   Yusuf tidak mengatakan bahawa aku akan memaafkan kalian atau aku mengampuni kalian, tetapi ia berdoa kepada Allah s.w.t agar Dia mengampuni mereka. Ini mengisyaratkan        bahawa     beliau   mengampuni        mereka.     Nabi   Yusuf    berdoa kepada Allah s.w.t agar Dia mengampuni mereka dan tentu doa seorang nabi akan   dikabulkan.   Ini    adalah   sikap   toleransi   beliau   yang   sangat   terpuji.   Ini adalah contoh terbaik dari sikap toleran. Setelah itu, Nabi Yusuf mengalihkan pembicaraan kepada ayahnya. Beliau mengetahui bahawa mata ayahnya sudah memutih   kerana   saking   sedihnya.   Beliau   mengetahui   bahawa   ayahnya   tidak mampu lagi melihat. Beliau merasakan penderitaaan ayahnya sehingga beliau melepas bajunya dan memberikannya kepada mereka: "Pergilah     kamu    dengan     membawa       baju   gamisku    ini,  lalu  letakkanlah     ke wajah     ayahku,    nanti   ia   akan  melihat    kembali;     dan   bawalah    keluargamu semuanya kepadaku." (QS. Yusuf: 93) Kafilah kembali ke Palestina. Akhirnya, peristiwa di Mesir berpindah ke tanah Palestina.   Kita   sekarang   berada   di   rumah   Nabi   Yakub.   Lelaki   itu   duduk   di kamarnya      dalam    keadaan     kedua    matanya     memutih.  

 Tiba-tiba   laki-laki   itu bangkit   dan   tampaklah   perubahan   drastik   pada   wajahnya.   Ia  menggantikan pakaiannya      dan   keluar    menemui      isteri-isteri  anak-anaknya.      Ia  berhenti    di tengah-tengah       rumah   dan   mengangkat      kepalanya     ke   langit  lalu  menghirup udara   dengan   kuat.   Dadanya   dipenuhi   dengan   hembusan   angin   yang   datang dari Mesir. kemudian ia kembali ke kamarnya. Salah seorang isteri anak yang paling besar berkata kepada isteri-isteri anak- anak yang lain: "Sungguh Yakub hari   ini   keluar   dari   kamarnya   tidak   seperti   biasanya.   Kami   merasakan   ada sesuatu yang lain. Yakub meninggalkan persembunyiannya dan berdiri di depan halaman      rumah.    Ia  melihat    ke  langit   padahal    ia  buta,   dan   bagaimana      ia melihat   ke   langit?   Aku   tidak   tahu.   Tetapi   aku   bersumpah,   aku   telah   melihat senyum yang menghiasi wajahnya." Isteri-isteri dan anak laki-laki yang lain bertanya dalam keadaan kehairanan: "Kamu mengatakan bahawa ia memakai baju yang baru dan kamu mengatakan bahawa   dia   tersenyum?"   Wanita-wanita   itu   segera   menuju   Nabi   Yakub   dan tampak      senyuman      masih    menghiasi     wajahnya.      Apakah    yang    dilihat   oleh wanita-wanita   itu   suatu   imaginasi?   Wanita-   wanita   itu   bertanya   kepadanya: "Apa yang kamu rasakan, wahai seorang yang mulia?" Lelaki tua itu menjawab: "Aku mencium bau Yusuf."

Mendengar jawapan itu, para wanita menggerutu. Lalu    Yakub    menambahkan:        "Sekiranya    kamu    tidak   menuduhku   lemah    akal, tentu kamu membenarkan aku." Isteri-isteri dan anak laki-laki itu meninggalkan Yakub dan kemudian terjadilah dialog-dialog   lanjutan   antara   sesama   mereka:   "Lelaki   tua   itu   tidak   memiliki harapan.   Tangisannya   atas   Yusuf   akan   menghancurkannya,"   kata   sebahagian mereka. "Apakah ia berbicara tentang pakaiannya?" "Aku tidak tahu, ia hanya berkata bahawa ia mencium bau Yusuf," jawab yang lain. "Engkau mengatakan bahawa   ia   mengganti   pakaiannya?,"   tanya   sebahagian   mereka.   "Barangkali   ia gila,   hanya    orang    yang   gila  yang   menceritakan    sesuatu    yang   tidak   ada," sambung yang lain. Pada hari itu Yakub meminta segelas susu. Ia berpuasa dan berbuka dengannya, lalu untuk pertama kalinya ia meminta makanan dan tidak menolaknya. Datanglah waktu petang dan ia menggantikan pakaiannya dengan agak lambat.

 Kafilah berjalan dengan membawa pakaian Yusuf. Pakaian itu disembunyikan di   bawah   gandum.   Pakaian   itu   bercampur   dengan   embun-   embun   kebun   dan bau tanah yang baik dan minyak wangi Nabi Yusuf serta kehangatan matahari yang   mematangkan   gandum.   Kafilah   mulai   mendekat   ke   desa   lelaki   tua   itu. Lelaki itu berputar-putar di kamarnya. Ia tampak sibuk solat dan mengangkat kedua tangannya ke langit kemudian ia mulai mencium udara dan menangis.

Ia membayangkan pakaian Yusuf yang sedang menuju padanya:"Tatkala kafilah itu telah ke luar (dari negeri Mesir) berkata ayah mereka: 'Sesungguhnya   aku   mencium   bau   Yusuf,   sekiranya   kamu   tidak   menuduhku lemah   akal   (tentu   kamu   membenarkan   aku).   Keluarganya   berkata:   'Demi Allah, sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruanmu yang dahulu.' Tatkala telah tiba pembawa khabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamis itu ke    wajah     Yakub,    lalu   kembalilah     dia   dapat    melihat.    Berkata    Yakub: Tidakkah   aku   katakan   kepadamu,   bahawa   aku   mengetahui   dari   Allah   apa yang     kamu    tidak  mengetahuinya.'       Mereka     berkata:    'Wahai    ayah    kami, mohonkanlah        ampun     bagi   kami   terhadap     dosa-dosa     kami,   sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah (berdosa).'" (QS. Yusuf: 94-97) Inilah   fasa   terakhir   dari   kisah   Nabi   Yusuf   di   mana   kisahnya   dimulai   dengan mimpi dan di episod terakhirnya menyebutkan takwil mimpinya: "Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapaknya dan dia berkata: 'Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya-Allah dalam keadaan aman." Dan ia menaikkan kedua ibu bapaknya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya bersujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: 'Wahai   ayahku   inilah   ta'bir   mimpiku   yang   dahulu   itu;   sesungguhnya   Tuhanku telah    menjadikannya       suatu   kenyataan.     Dan    sesungguhnya      Tuhanku     telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika   membawa   kamu   dari   dusun   padang   pasir,   setelah   setan   merusakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku.

Doa Nabi Yusuf A.S  

Sesungguhnya   Tuhanku   Maha   Lembut   terhadap   apa   yang   Dia   kehendaki. Sesungguhnya   Dia-lah   Yang   Maha   Bijaksana   lagi   Maha   Mengetahui.   "   (QS. Yusuf: 99-100) Perhatikanlah apa yang dilakukannya saat mimpinya terwujud, beliau berdoa kepada Tuhannya: "Ya    Tuhanku,      sesungguhnya       Engkau     telah   menganugerahkan         kepadaku sebahagian      kerajaan     dan   telah  mengajarkan       kepadaku     sebahagian     ta'bir mimpi.     (Ya   Tuhan)  Pencipta   langit   dan   bumi,    Engkaulah   Pelindungku   di dunia     dan    di   akhirat,     wafatkanlah      aku    dalam     keadaan      Islam   dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh. " (QS. Yusuf: 101)Itu hanya satu doa: "wafatkanlah aku sebagai seorang Muslim."

hikmah Kisah Nabi Yusuf A.S

 Kita tidak ingin meninggalkan   kisah   Nabi   Yusuf   putera   Nabi   Yakub   yang   mulia   sebelum   kita memperhatikan poin penting di bawah ini: Dalam   kisah   Nabi   Ibrahim,   cinta  naluriah   terhadap   Ismail,   anaknya,   dicabut darinya, sehingga hatinya benar-benar dipenuhi dengan cinta yang murni untuk Allah   s.w.t   semata.   Dan   ketika   persoalan   tersebut   terwujud,   maka   perintah untuk menyembelih anaknya dibatalkan dan kemudian datanglah tebusan dari Allah   s.w.t.   Dalam   hal   ini   terdapat   kesamaan   dengan   apa   yang terjadi   pada Nabi Yakub di mana Yakub sangat mencintai Yusuf kemudian ia diuji dengan hilangnya      Yusuf,   dan   ketika    hatinya   murni    untuk    Allah   s.w.t   tanpa    ada kecemburuan        kepada     Yusuf   dan    saudaranya,    Allah   mengembalikan        kedua anaknya kepadanya. Pengajaran yang didapati dari kisah Nabi Yusuf A.S. Banyak ajaran dan kisah yang dapat dipetik dari Kisah Nabi Yusuf yang penuh dengan      pengalaman  hidup    yang   kontroversi  itu.  

Di  antaranya     ialah   :~ bahawasanya        penderitaan      seseorang      yang    nampaknya       merupakan      suatu musibah dan bencana, pada hakikatnya dalam banyak hal bahkan merupakan rahmat   dan   bar   akah   yang   masih   terselubung   bagi   penderitaannya.   Kerana selalunya   bahawa   penderitaan   yang   di   anggapkan   itu   suatu   musibah   adalah menjadi   permulaan   dari   kebahagiaan   dan   menjadi   kesejahteraan   yang   tidak diduga   semula.   Demikianlah   apa   yang   telah   dialami   oleh   Nabi   Yusuf   dengan pelemparan   dirinya   ke   dalam   sebuah   perigi   oleh   saudara-saudaranya   sendiri, disusuli    dengan    pemenjaraannya        oleh   para   penguasa     Mesir.   Semuanya      itu merupakan   jalan   yang   harus   ditempuh   oleh   beliau   untuk   mencapai   puncak kebesaran   dan   kemuliaan   sebagai nabi   serta   tingkat   hidup   yang   mewah   dan sejahtera   sebagai   seorang   penguasa   dalam   sebuah   kerajaan  

yang   besar   yang dengan      kekuasaannya      sebagai    wakil   raja,   dapat    menghimpunkan        kembali seluruh anggota keluarganya setelah sekian lama berpisah dan bercerai-berai. Maka seseorang mukmin yang percaya kepada takdir, tidak sepatutnya merasa kecewa      dan    berkecil    hati   bila   tertimpa     sesuatu    musibah     dalam     harta kekayaannya,        kesihatan    jasmaninya      atau   keadaan      keluarganya.     Ia  harus menerima   percubaan   Allah   itu   dengan   penuh   kesabaran   dan   tawakal   seraya memohon        kepada    Yang    Maha    Kuasa   agar   melindunginya      dan    mengampuni segala     dosanya,      kalau-kalau     musibah      yang    ditimpakan      kepadanya   itu merupakan peringatan dari Allah kepadanya untuk bertaubat. Dan   sebaliknya   bila   seseorang   mukmin   memperoleh   nikmat  dan   kurnia   Allah berupa perluasan rezeki, kesempurnaan kesihatan dan kesejahteraan keluarga, ia    tidak    sepatutnya  memperlihatkan        sukacita     dan     kegembiraan       yang berlebih-lebihan.       Ia  bahkan     harus   bersyukur     kepada    Allah   dengan    melipat gandakan       amal     solehnya     sambil     menyedarkan        diri   bahawa      apa    yang diperolehnya  itu    kadang-kadang  boleh     tercabut      kembali      bila    Allah menghendakinya.

 Lihatlah     sebagaimana       teladan    Nabi    Yusuf    yang     telah kehilangan iman dan tawakalnya kepada Allah sewaktu berada seorang diri di dalam   perigi   mahupun   sewaktu   merengkok   di   dalam   penjara,   demikian   pula sewaktu   dia   berada   dalam   suasana   kebesarannya   sebagai   Penguasa   Kerajaan Mesir,   ia   tidak  disilaukan   oleh   kenikmatan   duniawinya   dan   kekuasaan   besar yang    berada     di  tangannya.     Dalam    kedua   keadaan     itu   ia  tidak  melupakan harapan,   syukur   dan   pujaan   kepada   Allah   dan   sedar   bahawa   dirinya   sebagai makhluk yang lemah tidak berkuasa mempertahankan segala kenikmatan yang diperolehnya atau menghindarkan diri dari musibah dan penderitaan yang Allah limpahkan      kepadanya.      Ia  mengembalikan        semuanya      itu  kepada    takdir   dan kehendak Allah Yang Maha Kuasa. Nabi   Yusuf   telah   memberi   contoh   dan   teladan   bagi   kemurnian   jiwanya   dan keteguhan       hatinya   tatkala    menghadapi      godaan     Zulaikha,    isteri  ketua   Polis Mesir, majikannya. Ia diajak berbuat maksiat oleh Zulaikha seorang isteri yang masih   muda   belia,   cantik   dan   berpengaruh,   sedang   ia   sendiri   berada   dalam puncak kemudaannya, di mana biasanya nafsu berahi seseorang masih berada di   tingkat   puncaknya.     Akan    tetapi   ia  dapat    menguasai     dirinya    dan   dapat mengawal nafsu kemudaannya, menolak ajak isteri yang menjadi majikannya itu,   kerana   ia   takut   kepada   Allah   dan   tidak   mahu   mengkhianati   majikannya yang telah berbuat budi kepadanya dirinya dan memperlakukannya seolah-olah anggota      keluarganya      sendiri.    Sebagai  akibat    penolakannya       itu   ia   rela dipenjarakan   demi   mempertahankan   keluhuran   budinya,   keteguhan   imannya dan kemurnian jiwanya. Nabi     Yusuf   memberi      contoh     tentang    sifat  seorang     kesatria    yang   enggan dikeluarkan dari penjara sebelum persoalannya dengan Zulaikha dijernihkan. Ia tidak   mahu   dikeluarkan   dari   penjara   kerana   memperoleh   pengampunan   dari Raja,   tetapi   ia   ingin   dikeluarkan   sebagai   orang   yang   bersih,   suci   dan   tidak berdosa.     Kerananya   ia   sebelum   menerima   undangan            raja   kepadanya   untuk datang   ke   istana,   ia   menuntut   agar   diselidik   lebih   dahulu   tuduhan-tuduhan palsu     dan    fitnah-memfitnah  yang   dilekatkan      orang    kepada     dirinya   dandijadikannya      alasan   untuk    memenjarakannya.      

 Terpaksalah     raja   Mesir  yang memerlukan Yusuf sebagai penasihatnya, memerintahkan penyusutan kembali peristiwa Yusuf dengan Zulaikha yang akhirnya dengan terungkapnya kejadian yang   sebenar,   di   mana   mereka   bersalah   dan   memfitnah   mengakui   bahawa Yusuf adalah seorang yang bersih suci dan tidak berdosa dan bahawa apa yang dituduhkan kepadanya itu adalah palsu belaka. Suatu    sifat  utama    pembawaan       jiwa   besar   Nabi   Yusuf   menonjol     tatkala   ia menerima   saudara-saudaranya   yang   datang   ke   Mesir   untuk   memperolehi   hak pembelian   gandum   dari   gudang   pemerintah   kerajaan   Mesir.   Nabi   Yusuf   pada masa      itu,   kalau   ia   mahu     ia   dapat    melakukan       pembalasan      terhadap saudara-saudaranya   yang   telah  melemparkannya   ke   dalam   sebuah   perigi   dan memisahkannya dari ayahnya yang sangat dicintai. Namun sebaliknya ia bahkan menerima       mereka     dengan    ramah-tamah       dan    melayani    keperluan     mereka dengan   penuh   kasih   sayang,   seolah-olah   tidak   pernah   terjadi   apa   yang   telah dialami      akibat    tindakan     saudara-    saudaranya      yang    kejam     dan    tidak berperikemanusiaan.         Demikianlah     Nabi    Yusuf   dengan    jiwa   besarnya     telah melupakan   semua   penderitaan   pahit   yang   telah   dialaminya   akibat   tindakan saudara-saudaranya itu   dengan    memberi      pengampunan        kepada     mereka, padahal      ia   berada     dalam    keadaan      yang    memungkinkannya         melakukan pembalasan yang setimpal. Dan pengampunan yang demikian itulah yang akan berkesan   kepada   orang   yang   diampuni   dan   yang   telah   dianjurkan   oleh   Allah dan Rasul-Nya dalam beberapa ayat Al-Quran dan beberapa hadis nabawi.

 

Read More